SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Monday, October 17, 2011

My Karya : Terlanjur Mencintaimu......part 3~~

            Salam & Hye
          Hallu Aimiey Azizan In Da' House

       Salam hujung minggu guys.Aku xmo merepek meraban pepanjang sbb arinih aku nk buat sambungan Terlanjur Mencintaimu episod terakhir.Seblom tuh,bjuta2 lemon trime kaseh lah aku ucapkan wat korunk yg sudi membaca karya aku yg x sebrape tuh.Shayannggg korunk ketat2 mampat2..muahahaha..So bg korunk yg ternanti2 sambungan & kesudahan cegite nih,jom layaannn zasss~~~

       TERLANJUR MENCINTAIMU

       Dia benar-benar melakukannya..Buat pertama kalinya mutiara jernih mengalir membasahi pipiku.Aku kini bukan milik Harriz lagi.Tahniah utk diriku sendiri kerana mempermainkan undang-undang Allah & natijahnya aku yg terima sekarang.Ooohh Harriz..kenapa kau berlalu pergi begitu saja.Tiada langsung ucapan selamat tinggal yg keluar dari mulutmu.Kenapa hatimu terlalu lembut?Kenapa kau tidak memujukku agar jangan berpisah? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku.Aku mula menyayangi dirimu Harriz.Benih-benih cinta & kasih dlm diri ini sudah bercambah  untukmu Harriz,tapi sungguh..aku tak mampu utk melunaskan mahupun meluahkan padamu..Aku menyintaimu Adam Harriz.......
        Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dgn Harriz.Dia menghilangkan diri begitu saja.Aku tidak tahu kemanakah Harriz pergi membawa diri.Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku temui.Aku sudah memasang tekad bahawasanya aku mesti mencari Harriz.Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yg terputus.Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yg boleh mjadi suamiku.Aku ingin membina semula istana cinta kami yg telah aku runtuhkan dahulu d sebabkan kebodohan aku.Tapi,d manakah aku nk mencari Harriz?Sudah merata tempat aku pergi.Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal.Adakah Harriz sengaja tidak mahu bjumpa aku?Terlalu besarkah dosa aku padanya?
       Papa & mama sudah tahu mengenai perceraian aku & Harriz.Mereka benar2 terkejut dgn tindakan kami pada mulanya.Papa memarahi aku,begitu juga dgn mama.Aku tahu,memang aku yg bersalah.Namun,kemarahan mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku & Harriz tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dgn sikap & perangai aku yg tidak pernah berubah.Aku terlalu degil & sukar utk d bentuk.Tetapi itu dulu..sebelum kehadiran Harriz.Sekarang,aku bukan seperti aku yg dulu.Harriz telah mengubah pendirian aku.Dialah punca segala-galanya.Dia jugalah yg telah membuka pintu hati ini utk mengenal apa itu erti cinta,kasih,sayang & rindu.
       Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz d sisi.Aku rindukan suara lembutnya setiap kali berbicara dgn ku.Aku rindukan senyumannya yg bisa mbuatkan hati wanitaku menjadi cair seperti coklat.Aku rindukan renungan mata Harriz yg begitu menusuk ke dalam sanubariku.Aku rindukan masakan Harriz..Arghh pendek kata,aku tersangat-sangat merindui apa saja berkaitan Harriz! Cinta,kasih & sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah.Nama Eidham terus luput dari ingatan.Dia bukanlah lelaki yg boleh d percayai.Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yg tertinggal d rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yg keramat itu.Setiap detik & hari sudah pasti ada kisah aku & Eidham d London tertulis d dalam diarinya.Segala isi hati & perasaannya pada aku d tulis dalam diari itu.Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri.Harriz lebih mengenali aku berbanding Eidham.Harriz begitu hebat d mata & hati aku.Harriz...di manakah dirimu sekarang..pulanglah Harriz..aku sangat2 merinduimu..aku ingin sekali menatap wajahmu..mendengar suaramu..ingin sekali aku meluahkan rasa cinta yg mulai membenih d dalam hati ini untukmu,Harriz...kembalilah..aku ingin memohon kemaafan & keampunan darimu..aku ingin kita membina semula mahligai cinta kita..aku berjanji akan menyayangi & menyintaimu sepenuh hati sepertimana engkau menyayangi & mencintaiku suatu waktu dulu..kembalilahh sayang...Aku percaya,Harriz akan mendengar luahan rinduku ini.Dan aku percaya,kami akan kembali menyambung ikatan kasih ini & hidup bersama macam dulu.Aku  yakin itu..!
      Suatu hari yg tidak d sangka-sangka,aku mendapat berita yg sgt mengejutkan.Berita tentang insan yg sangat-sangat aku rindui.Insan yg paling ingin aku ketemui.Harriz!Akhirnya setelah sekian lama,dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang sekali kerana ketika itu aku berada d luar negara atas tuntutan kerja kerana salah sebuah anak syarikat papa mempunyai masalah.Aku menggantikan kerja2 Harriz kerana Harriz bukan saja berpisah dgn aku,malah jawatannya sebagai CEO d syarikat papa juga turut d lepaskan.Mama yg menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang Harriz.Kata mama,Harriz kini berada wad jagaan rapi (ICU).Harriz sakit! Itulah kata-kata terakhir yg sempat aku dengar dari mama kerana perbualan kami terputus d sebabkan keadaan cuaca buruk d New Zealand yg ketika ini mengalami musim sejuk melampau.Aku tidak dapat menghubungi mama untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz.Aku menangis semahu-mahunya.Aku ingin pulang segera tetapi semua penerbangan d batalkan utk beberapa hari kerana cuaca buruk.Aku tersangat takut andai aku akan kehilangan Harriz & aku tidak sanggup utk mendengar berita kehilangan Harriz sekali lagi.Harriz..!! Ya Allah..selamatkanlah Harriz Ya Allah... Andai ada jodohku bersama Harriz,pertemukanlah kami d bawah limpahan rahmat kurniamu..Tautkanlah hati kami semula Ya Allah..Aku menyeka mutiara jernih yg tidak henti2 mengalir membasahi pipi ini.Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita tentang Harriz.Setiap waktu yg berlalu aku terkenangkan Harriz.Bagaimana keadaan Harriz sekarang? Jemariku yg masih tidak kenal erti putus asa ini ligat mendail nombor telefon mama & papa namun masih tidak berhasil.Setiap saat degup jantung   ini semakin laju.Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz.Mungkin sekarang Harriz amat memerlukan aku berada d sisinya tapi aku tak boleh Harriz.Kita terpisah dgn benua & lautan.Aku jauh darimu tetapi hati ini terlalu dekat padamu.Andai kau dapat mendengar suara hati ini,ingin aku katakan bahawa d saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat & d jauhkan dari segala kesulitan hidup.Dan akhirnya,malam keramat itu telah mengubah takdir hidupku sekali lagi.Sungguh tidak dapat aku lupakan tatkala mama memaklumkan tentang Harriz,bagaimana sayunya suara mama myampaikan berita yg paling takut & tidak sanggup aku dengar.Mungkin inilah balasan Allah untukku d atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Allah selama ini.Adam Harriz...nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam.Kali ini,Harriz benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya buat selama-lamanya.Harriz tidak lagi akan dapat ku temui sampai bila-bila....
      "Maafkan mama,Nel.Mama tak dapat hubungi Nel dua hari yg lalu.Harriz sudah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya.Dia sudah tiada lagi d dunia ini,sayang.Maafkan mama,Nel.Mama lambat beritahu Nel.Kanser hatinya sudah semakin merebak dalam tubuh Harriz.Dia terlalu rindukan Nelly tapi dia tidak mampu utk bertahan lama.Mama benar-benar minta maaf,Nel..." bait-bait ayat yg keluar dari mulut mama tidak berupaya lagi untuk aku dengar.Jantungku seakan berhenti berdegup.Tubuhku terasa berada d awangan.Semuanya bagaikan halilintar yg membelah bumi.Aku terduduk.Tubuhku lemah tidak berdaya.Air mata mengalir tanpa henti.Aku menangis semahu-mahunya.Ya Allah..Harriz sudah pergi kpd penciptaNYA.Tidak sempat utk aku sujud d kakinya memohon kemaafan dari segala dosa.Dosa aku terlalu banyak.Dosa aku terlalu besar pd Harriz...Ya Allah..betapa peritnya ku rasakan saat ini..
       "Maafkan Nelly,Harriz.Nelly bersalah pada Harriz dan Nelly tidak sempat utk sujud d kaki Harriz.Maafkan Nelly..Maafkan Nelly..." aku menjerit sekuat hati tetapi siapalah yg mampu utk menenangkan aku d saat ini.Aku keseorangan.Papa & mama tiada d sisi.Hanya semangat Harriz yg wujud dalam diri ini tapi kini Harriz pula telah pergi meninggalkan aku.Aku hilang arah tuju.Dunia ku rasakan gelap.Harriz tidak pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya.Patutlah kata2 Harriz malam itu berlainan benar.Hariz betul-betul maksudkannya.Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh utk berpisah dgn orang yg ikhlas mencintai aku.Akan aku jaga Harriz sehingga dia mgucapkan lafaz kematian d hadapan mata aku sendiri.Tapi,itu semua telah terlambat utk d jadikan realiti dlm hidup aku.Harriz telah tiada & dia sudah pergi meninggalkan aku d saat-saat cinta ini telah berputik untuknya.
       Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yg ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi.Hanya pusara yg tinggal utk aku lawati.Setitis demi setitis mutiara jernih ini jatuh mengalir tatkala aku sampai d pusara Harriz.Aku dapat merasakan Harriz seakan berada d sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya.Harriz,jika dapat kau dengar luahan hati ini,ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yg tidak pernah sempat terucap d bibir ini biarpun ketika kita bersama..Baru kini aku dpt menilai erti cintamu yg mendalam terhadap diri ini.Aku terlalu angkuh & keegoan ini telah memakan diri aku sendiri.Sepucuk surat yg terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca.Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait2 puisi yg engkau karangi semata-mata untukku.Aku benar2 bersalah!! Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dgn apa yg ada dlm hati ini utk aku beri.Rendahnya martabat diri ini jika kita dpt bersama.Selafaz doa aku titipkan untukmu,begitu juga jutaan kemaafan aku pohon padamu,Harriz.Sajak yg d tujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya.Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat d saat-saat  pemergianmu yg tidak d rancang agar ia tapi telah d tentukan Allah.Sesungguhnya..syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah & senang..

      Permata hati buat isteri yg d sayangi,Hani Nellydia...
    Dunia saya sewaktu bersama awak d rasakan amat luas..Awak adalah anugerah terindah yg tak ternilai buat saya..Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak,namun harapan itu tetap ada dlm impian saya..Saya menyayangi awak lebih dari segalanya.Saya mencintai awak dgn setulus hati.Tatkala lafaz nikah terucap d bibir ini,memiliki awak adalah amanat yg harus saya jaga sebagaimana Allah menciptakan Adam utk Hawa..Namun,pemergian saya tak d rancang..Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya.Biarpun saya tiada d sisi awak lagi,saya harap awak tidak akan pernah lupakan saya yg sentiasa mencintai awak....-ADAM HARRIZ BIN HISYAM,01 JANUARI 2003..

      Mutiara jernih yg bertakung d kolam mata aku seka lembut.Surat bertulis tangan Harriz ku lipat sebelum ku kucup lembut.Ohh Harriz..perginya dikau membawa bersama cintaku..Terima kasih kerna menerima diri ini,menyayangi & mencintaiku sepenuh hati.Aku berjanji..aku berjanji akan menjaga cinta ini sehingga ke akhir nafasku.Aku tidak mahu menjadi Hawa kpd Adam yg lain,melainkan Hawa kpd Adam yg kucintai,Adam Harriz....bersemadilah dikau dgn aman,sayangku........

   
P/S: Cintailah orang yg mencintai kita setulus hati.Hargailah insan yg mencintai kita selagi hayat mereka masih ada.   

10 comments:

  1. cite yg syahdu... :( dah tamat ke kisah ni? ke ada part 4?

    ReplyDelete
  2. cintailah orang yg mencintai kita..bukan kita saja yg mencintai org itu.. :)

    ReplyDelete
  3. Kreatif sungguh! Errkkk...Harriz hensem ke ek??? kihkihkih...

    nak jemput join contest Ninie....
    Sudi2 la kalo ada masa yer...hihiks

    "Contest: Di Mana Ninie?"

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/contest-di-mana-ninie.html

    ReplyDelete
  4. Okeh saya dah kunjung:), terima kasih dah sudi visit blog saya;-)

    ReplyDelete
  5. Ok..best citer niyh..pandai awak susun ayat. Panjangkan sikit mesti boley jadi novel.. *Thumbs up!*

    ReplyDelete
  6. Keri Ikhwan : Dah tamat dah pon..dah kate cerpen=))

    ReplyDelete
  7. Ninie : Uihhh hensyem yang...hehe=))

    ReplyDelete
  8. Dede Rukmana : Ya ya makasih ya mas kerna kunjung ke blog gue=))

    ReplyDelete
  9. Cik Ice : Tengss yang...Novel? Hehe cerpen jek mampu takat niaa=))

    ReplyDelete