SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Tuesday, February 11, 2014

Pameran 100 Doremon

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Hai. Kelmarin, yakni ahad itu hari aku pegi pameran 100 doremon bersama kekasih hati. Puih dah kenapa skema beno ayat nih. Dengan hanya berseluar trek & memakai jersi serta kasut sukan, maka kitorang pun meredah lautan maknusia pada hari tersebut utk mengembalikan memori zaman kanak2 ribena dimana ketika itu membesar dgn watak kartun popular, doremon. Bertempat di Viva Home, pameran 100 doremon nih dah berlangsung setat 14/12/2013 tahun lepas. Disebabkan kitorang ni ketinggalan zaman, ehh bukan sebab kan kitorang ni bizi makanya setelah 2 bulan berlangsungnya pameran tuh baru lah teringat nak pegi terejah. Haha. Cite sebenarnya malas nak pegi awal2 sebab nak mengelak dari ramai orang. Yela kompem lah awal2 berlangsung pameran tuh, sure ramai punya yg dtg terejah almaklum sajor ini pameran pertama doremon dekat Asia Tenggara! Tapi nampaknya ramalanku meleset belaka. Walaupun dah 2 bulan berlangsung event tu, umat maknusia tetap ramai lelagi cainis! Aku tengok segenap umor dari baby sampai ke atok nenek bangsa cina datang nengok pameran tu. Tipulah kalau kita tak kenal & taktahu pasal doremon, kan. Rasa aku, bukan bebudak aje gila dgn doremon. Aku yg dah tak berapa nak remaja ni pun smpai sekarang masih layan doremon dekat ntv7 tahu! Eh kau jangan gelak. Takde pun guideline mengatakan, doremon hanya seswai ditonton utk kanak2 6-12 tahun sahaja! Ade kau tengok klasifikasi camtu tak? Takde kan. Haa tu bmkna kartun memang tak penah ada had & takkan ada klasifikasi tontonan yg disasarkan hokey! 

        Tiket masuk pameran 100 Doremon. Alaa macam kau nak masuk funfair ah, kan kene bayar. 

    1st masuk ke alam doremon, kita akan dihidangkan *betul ke ayat aku?* , err kita akan disajikan ehh kita akan dibawa menaiki mesin masa doremon. Masa ni aku fefeling mcm aku pon masuk ke dunia doremon woii. Tu doremon tengah tanya aku lettew nak pegi ke zaman berapa. Aku kalau bleh nak kembali ke zaman aku kekecik. Hahahaha! (Mengarut) :D

    Pameran ni menghimpunkan 100 doremon pelbagai aksi & gaya, bertepatan lah namanya pameran 100 doremon katekoooo! Cecomel pulak aku tengok menatang biru nih.
   
    Dekat sini siap disajikan dgn cerita kisah sebenar doremon. Asalnya doremon ni kaler kuning. Bila telinga dia kene gigit dgn tikus, dia menangis bagai nak rak. Pastu dia kuciwa sesangat, dia minum smpai mabuk. Masa tu jugaklah kaler kuning dia luntur terus jadi kaler biru. Ehh panjang lak aku bercegite. Ahaks! Okeh layan jela gegambar dekat bawah nih ye! :D

   Baru aku tahu ngape doremon takut betei dgn tikus. Hahaha. Memang tak jantan betoi ah tikus pon takut! Yapedaa :D

    Kesedihan melanda lepas mjadi mangsa rakusan tikus sehingga memudarkan kaler asalnya. Ewahh :P

    Kembali gumbira setelah bangkit dari kegagalan & kesedihan. Anugerah dari kegagalan lettew senang cite. :D

    Nampak tak betapa ramainya umat dekat belakang aku tuh. Tu sebab aku mcm malu2 jek nak posing. Gituuu!

    Eh eh comelnya doremon merah nih. Opssss! 

   Pintu ajaib doremon. Banyak2 mende ajaib doremon, aku paling suka pintu dia. Sebab aku rasa kalau bebetul wujud pintu tu, aku snggup beli walau berapa yen pun. Boleh bawak g kampus, bila boring2 bukak pintu tu terus tembus ke rumah terchenta! (Abaikan aku mengarut tu) :D
     Ini antara hasil tangkapan kitorang pd masa tu. Nyiahahaha. 

     Pameran ni akan berakhir pada 23/03/2014. So pada kengkorang yg masih belom berkesempatan pegi tu, cecepat lah pegi ye! Di samping dpt menyelami dunia doremon & kengkawannya, korang jugak boleh beli pelbagai merchandise & barangan doremon. Memang rambang mata ah tengok barangan dia yg belum tentu ada dekat Malaysia. Apepon, doremon memang lejen! 
   

Monday, February 3, 2014

Kefanatikan terhadap aiskrim

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Haiii uolls. Samat kembali bekerja buat engkau orang yg dah kembali bekerja setelah bercuti utk CNY. Toksah nak monday tuesday blues sangatlahh kan. Muahahaha. Aku pulak sedang relaks2 goyang kaki dekat rumah nihaaa, maklum lah seminggu cuti katekoo! Heh relaks sangat..! Esaimen banyak botingkek tingkek siak! Cuti macam tak cuti je aku rasa tahu! Lepas aje abih cuti, memang kelibut baqhang! Dengan banyak kuiz, midterm ah, presentation lah bagai. Perghhhh! Ini gilaaa..! So, memandangkan aku tengah bersantai dekat kolumpo, makanya xtvt aku takde lain dah melainkan keluar jenjalan carik makan. Weiii, keluar hangout pun bawok lappy engkau tahu. Usung ke sana sini buat esaimen katekoo! Hahaha. Dan selalunya, kalau aku nak buat esaimen, aku lebih suka terejah port2 yg agak santai & tenang. Selain Starbucks @ memana coffee house, aku lebih suka menaip esaimen dekat kioks eskrim, tambahan pulak aku nih memang penggemar & fanatik ngan eskrim! Aku nih pesen takleh buat keje tanpa mengunyah. Daripada aku mengunyah mende2 yg lagik boleh mengumpulkan lemak tepu, ada baiknya aku menikmati eskrim, err even eskrim pun tak ler sihat mana pun silap2 boleh kene diabetes katekoo!  Selain menjanjikan kesantaian, aku dapat menikmati eskrim yg maha sedap smbil mncari ilham utk menaip. Jadi, pada pendapat aku kalau engkau orang nak menaip dgn penuh privasi, lepaklah di kioks eskrim & orderlah seberapa banyak eskrim yg engkau gemari. Memang lebih layan & ilham pun turun mencurah curah seperti di ladang gandum koko krunch..hikss! :D 
   Meh usha antara eskrim yg selalu aku nikmati smbil mencari ilham. Lets cekidaut.

    The Cream & Fudge Factory, Fahreinheit Kl. 

   Gelato Fruity, Suria Klcc.

   Gelatomio, Pavillion Kl.

   Gelatomio, Pavillion Kl. 

    Gelatomio, Pavillion Kl.

    Gelatomio, Pavillion Kl.

    Mado Cafe, Bukit Bintang Plaza Kl.

   Tony Roma's, Pavillion Kl.

    Baskin Robbins, Mid Valley Megamall, Kl.

   Baskin Robbins, Mid Valley Megamall, Kl.
   
    Tutti Fruity, Suria Klcc Kl.

    Madam Kwan's, Pavillion Kl.

    Senanya banyak lagi gambar eskrim aku nak tempek, tapi mcm over pulak kan aku rasa. Cukuplah doblas gambar sajor. Muehehehe. Kalau aku tak hangout & hanya buat esaimen dekat rumah, aku akan melantak eskrim jugak. Kalo dekat rumah nih, engkau sebut aje ape jenis eskrim semua ada dlm freeze tuh haa. Sampai mak aku cakap dah mcm kilang eskrim pon hade. Magnum, paddle pop, drumstick, smpaikan ke eskrim malaysia pon hade wokey! Hahaha sure engkau pikir aku nih melantak eskrim memahal je kan! Manede. Apa jenis semua aku bedal tahu. Dan, yg paling aku fanatik adelah....

   Ini legend. Ini heaven. Ini ohsem. Setuju? 

   Baiteway, tak salah pun nak menikmati eskrim memahal. Ikutlah kalau ada kemampuan. Mcm aku, kalau time tu rasa2 tengah sengkek aku lepak mekdi jela layan mcflurry, abih cite! Kalo terpaling sesen pon takde, duduk dediam kat rumah melantak eskrim malaysia. Haaa gitu! K ah, nak sambung buat esaimen smbil makan eskrim. Tingkiu pd yg mbaca. Nak eskrim, kontek aku keh! Aku payung eskrim malaysia. Mahu? :) :)