SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, March 2, 2014

Birthday me & you

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da House

  Hai semorang. Selamat membaca blog yg hambar ini. Tengkiu ah pada engko orang yg tak penah jemu baca coretan & karutan aku selama blog ini tertubuh. Blog ni tak ler best mana pun. Tuan blog lagi lah, tak pemes langsung haa. Err tapi tak kisah ah, aku menulis bukan kerana nama. Hekhek :P  Dah kenapa aku ni mengarut petang2 yg syahdu gini :D
  Senanya iolls ni baru sajor menyambut besday yg ke..... (0_0) Err err doploh plus plus. Doplohlima campur dua sama dengan? Haa doplohtujuh tahun katekoo! Haha lek ah. Remaja lagiiii. Kan? Campur tiga angka maka genaplah tigaploh tahun umo gua! Huhu :D . Tua? Hmm kenkadang terasa jugak dgn perkataan tuh. Gamaknya cemtulah perasaan orang tua bila dipanggil tua kan. Biasa lah, dari tahun ke tahun sudah pastilah umur kita meningkat, bukan? Ngape pulak kita kene takut dgn peningkatan umur. Apa ada pada angka? Benaran enggak? :D

     
     Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk terus bernafas & hidup di muka bumi Allah ini. Syukur, kerana terus diberi kesempatan untuk memperbanyakkan amal di dunia buat bekalan di akhirat. Syukur, atas nikmat iman & islam. Syukur, kerana diberi kekuatan yg bukan sedikit dalam menempuh jalan yang penuh ranjau & melelahkan sepanjang berjihad mencari ilmu ini. Syukur, kerana Allah memberi tingkat kesabaran & ketabahan yg maha tinggi untuk terus melangkah meniti laluan kehidupan sebagai hambaNya. Syukur, syukur ya Allah. 

   
    Dan hari ini, besday chenta hati aku pulak. Dan secara rasminya, genap sudah weolls doplohtujuh tahun usia hidup di muka bumi Allah. Syukur. Sungguh pantas masa bergerak. Doplohtujuh dah kita berdua mot. Tapi nasib bahek kita kecik, jadi orang taktau pun kita berdua dah tua. Orang ingat kita budak2 sekolah je. Haha mohon bangga kejak mot..! :D

     
    Dia, bukan saja teman lelaki yg setia bersama aku susah senang selama 7 tahun lebih, malah dia adalah tonggak penting selain family yg menjadi tulang belakang menyokong aku tanpa henti. Dia ibarat kaunselor, yg selalu meminjam telinga mendengar pelbagai luahan hati setiap malam, yg selalu meminjam bahu utk sandaran bila hati ini kesedihan. Yang selalu ada kala aku memerlukan bantuan. Ehh macam2 lah tentang dia ni. Dan, pada Mac ni jugak, adalah tarikh penting utk hubungan weolls dimana pada bulan ni genap sudah 8 tahun hubungan perchentaan weolls. 8 tahun bersamaan dgn budak sekolah darjah 2. Oke tu simboliknya :D

   
    Btw, happy birthday mot. Happy belated birthday for me. Semoga dgn peningkatan umur ini, kita menjadi insan yg lebih baik dari tahun2 seblomnya, menjadi hamba Allah yg lebih bertaqwa, menjadi anak yg lebih baik kepada kedua ibu bapa, menjadi manusia yg lebih bagus sahsiah & akhlaknya dari seblom ini. Moga dgn peningkatan umur ini juga, kita menjadi seorang hamba yg lebih tahan dgn ujian & dugaan daripada Allah, menjadi insan yg lebih tahan dgn kata nista & kejian manusia. 
    Moga juga, hubungan kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin, insyaallah. Mahal kita, love ❤️❤️