SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, March 29, 2015

Mentaliti.

         Salam & Hye
        Hallu Aimiey Azizan In Da' House

        Hai pembaca belog sekalian. Tengss ah pada yg selalu mengikuti & membaca belog yg tak seberapa ni. Eh ada ke orang yg sudi baca belog cabuk aku nih? Haaa nengok! Tu satu pemikiran negatif yg tak elok diamalkan ye adik-adik. Atau juga disebut sebagai mentaliti. Apa yg engkau paham mengenai mentaliti? Mentaliti bukanlah sejenis peti ais mahupun berus jamban, ye. Mentaliti is mentaliti. Baiklah, meh aku terangkan dgn lebih jelas apa yg disebut sebut sebagai mentaliti. Mentaliti menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah keadaan atau kualiti kobolehan akal atau cara berfikir manakala menurut Kamus Pelajar edisi kedua pula, mentaliti ialah kaedah atau cara berfikir atau keadaan akal atau kebolehan berfikir. Diringkaskan, mentaliti ialah minda, pemikiran, cara berfikir, sikap, sifat dan pandangan hidup.

     

Seringkali kita dengar, mentaliti nih sangat berkait rapat dengan minda orang kita. Melayu, exactly! Means bukanlah aku nak cakap bangsa lain tidak ada pemikiran yg sempit dan negatif, tetapi setakat apa yg aku pernah alami sepanjang hidup atas muka bumi ini, banyak yg aku lihat mentaliti di kalangan orang melayu lagi pelik dan tahpape. Kenapa aku berkata begitu? Oh pehlis jgn hentam aku pulak gara2 aku mengatakan org melayu mentalitinya sempit, tetapi tulah hakikatnya. Hello, im not racist yaw. Baiklah, biar aku terjemahkan antara contoh2 yg sgt sinonim dgn mentaliti orang melayu yg SELALU sgt kene kat aku. Teruskan pembacaan anda. Kalau rasa boring, takpayah baca. Hek eleh, aku yg tulis kau takyah nak panas sgt. Hiks! :-D

Senario 1 : Bila nak kahwin? Bila bila nak kahwin? (Sila baca spt rentak lagu awak kat mana).
Ini antara soklan populer yg selalu ditanya ke aku. Bayangkanlah, aku nak kene hadam soklan 'bila nak kawin?' ni dari abis SPM smpai lah kini umur aku dah doplohlapan tahun ni. Yess aku paham, makcik pakcik ongtua ni xde idea untuk membuka soklan diluar kotak pemikiran maknusia atau saintifik metafora apa semua. Tetapi, tahukah dorang, soklan yg berjuta kali ditanya itu membuatkan kami2 yg masih belum kawin ni terasa hati & menyampah kuasa dua? Sape yg taknak kawin woii. Pastu bila orang kawin awal kawin muda kene bahan, kawin lewat kawin lambat tak kawin kawin kene kutuk. Nampak tak betapa low classnya pemikiran org kita. Nampak? Dah dah toksah risau sgt. Biarkan je apa org mahu kata. Kalau org tnya 'Bila kau nak kawin?', kau jawab je gini 'Ikutkan sy, malam ni gak nk kawin tau' , 'Org lain dah kawin kau bila lagi?' kau jawab gini 'Saya taktahu bila tarikhnya, tapi Allah dah tahu bila tarikh tu. Makcik sabo eh. Makcik manusia petama sy panggil kalo sy nk kawin nti tau' dan & 'Kau tak jeles ke tgk ramai dah kawin?' , kau jawab je gini 'Gila tak jeles! Saya lagi jeles tengok org lain ramai dah mati' Siyes! kompem makcik ni larik nyuruk bawah peti ais kalo ko jawab gitu. Try lah. Aku sudah, anda bila lagi? :-D

Senario 2 : Kau ni makan banyak, tapi tak gemuk2. Bela jin ke hape nih!
Kahkah. Ini antara soklan rare yg macam jahanam je yg selalu ditanya ke aku. Aku dah tak larat nak marah dgn soklan gini, malah aku gelak berdekah dekah sebab soklan ni kelakar nak mampus. Sebab apa aku kata kelakar. Apa kaitan jin dgn kuat makan? Oh barangkali jin tumpang makan sekali dgn tuan dia, itu pasai makan banyak tp tuan jin tak gemuk2. Sadiss sadiss. Kesian jin mjadi mangsa kutukan tak pasal2. Gini je, takyah ko pening2 sedih2 bila dpt soklan maut gitu. Jawab je 'Memang pun aku bela jin. Tu sebab aku kuat makan sebab jin aku tumpang sekali. Apa kata kau sorok2 sikit makanan kau, bukan apa takut2 jin aku sebat sekali makanan kau. Cian kau nanti tak cukup makan'. Kah! Kuat makan dikata bela jin. Nampak sgt pesen tak belajo sains. Org yg kuat makan, tp x gemuk2 tu sebab metabolisme dia tinggi lah, ngok! Tula dulu makpak anto g sekolah takmo belajo bebetul. Dah beso gini jd serupa lembu. Padiaappa! 

Senario 3 : Kau ni mesti kaya. Dekat insta asik keluar tengok wayang shopping makan mahal2 bla bla blaa.
Bangang. Tu je aku boleh cakap. Hanya berpandukan gambar dekat instagram, dah boleh judge orang tu sekian sekian. Dahtu kalau org tu upload gambar rumah pondok, makan ikan masin dgn kicap, pakai selipar jepun maka nya org tu miskin lah ek. Gitu? Tolonglah. Dah nama pun laman sosial. Mana2 manusia boleh bajet2 bagus kat laman sosial. Lagi satu, kuasa edit tu yg nampak kan gambar tu mcm gempaks tak hengat. Sbg contoh, kau g makan ciken chop kat warung cap ayam dan kau snap gambar. Pastu kau edit baeekk punya siap filter apa bagai then kau upload kat insta, maka hasilnya gambar tu kebabom seolah kau g makan kat restoren lima bintang high class nak mampus.See, nampak tak? Hidup kene bijak geng. baru buleh maju. Lagi satu, dunt judge a book by its cover la bebeh!  

Senario 4 : Kau ni mesti gila jenama sebab fesyen kau macam retis stylo gempaks kebabom youuuu!
Ini jugak mentaliti serupa mangkuk tingkat. Asal org tu pndai bergaya je kau kata gila jenama. Asal org tu stailo mailo je kau bilang dia gila jenama. Padahal sebab dia bijak bergaya ngan mix n match pakaian dia. Bukan macam kau! Yang kau pulak bendul tetibe judge dia gitu. Apa org yg stailo mailo tu kene beli berjenama dulu kah baru nmpak class? Pastu apa kene mngena bijak bergaya stailo mailo dgn retiss? Kau pk retiss jek buleh bergaya stailo mailo? Orang biasa tak layak lah bergaya stailo mailo semua. Mazhab mana kau ikut ni labu...Matilaanakkkk

Senario 5 : Kau tak cantik mana pun, tapi dapat boypren ensem. Apa yg boypren kau pndang kat kau kan!
Perghhhh ini sangat cilaka aku rasa. Mentaliti tahap paling bodo bertingkek tingkek. Aku tak tahu nak kategorikan pesen maknusia begini seperti apa. Lelaki hensem harusnya berpasangan dgn perempuan cantik. Lelaki gemuk harus berpasangan dgn perempuan gemuk jugak. Tak seswai org kata kalau boyprennye ensem nak mampus mcm Kwang Soo tapi guprennye serupa Halimah Jongang. Kesian betei. Nampak sgt tukang mengata ini sakit jiwa. Bukankah itu dinamakan jodoh dan ketentuan dariNYA. Sape engkau mahu menetukan itu ini begitu begini? Kalo org kata gitu ke engkau, jawab je gini 'Sekurang-kurangnya aku lagi cantik dari kau weh, thats y boypren aku pilih aku jd gupren dia. Dari kau tu. Boypren pun takdak. Padan muka, sape suro tak cantik!  

Senario 6 : Dah tua tua ni takyah lah sambung belajar, nagbiskan duit jek. Kawin lagi bagus. 
Hahaha barangkali aku sambung belajar pakai duit dia. Mungkin. Dan, orang tua selayaknya kahwin, duduk rumah jaga anak jaga laki jgn bermimpi pegi smbung belajar. Jangan! Jangan! Berdosa wei. Harraaammm. Belajar hanya untuk orang muda sahaja ye adik2. Kesiannya. Bukankah pepatah mengatakan, menuntut ilmu itu sampai ke liang lahad. Sampai ke lubang kuburrrr. Isk isk iskk

Senario 7 : Eleh kapel lelama entah2 kawin nanti kejap je pastu bercerai berai.
Maknusia hari ini lebih maha tahu semua ketentuan takdir masa depan jodoh ajal maut seseroang barangkali sehingga snggup ambil kerja Tuhan.Sepatutnya tugas kita sebagai maknusia mendoakan yg baik2 buat manusia lain. Ini tidak, mengata seolah2 diri tu purfect nokharom. Jangan begitu. Tidak semestinya apa yg kau pikirkan itu betul. Adakah hidup engkau sudah cukup bagus sehingga kau boleh menuturkan ayat sedemikian rupa? Buang tanggapan begitu, pikirkan yg baik2, doakan yg baik2. Barangkali insan yg kau kutuk itulah yg paling bahagia kawin smpai ujung nyawa daripada engkau muda2 dah menyandang gelaran miss J. Auwww.. tak rela mak, nakkkk.


Mentaliti yg sempit, tolong buang jejauh. Cubalah mjadik insan yg berpikiran rasional, positif dan matang seiring dgn tahap intelektual & akademik anda. Usah berpikir yg tidak2. Husnudzhon. Belajar bersangka baik kpd maknusia lain. Letakkan anda di tempat org yg anda kutuk tu. Dont judge a book by its cover, sayang. Akhir kata, jaga diri hiasi peribadi. Jaga hati, buanglah mentaliti. Salam sayang..... :))
  
     

Monday, March 9, 2015

Selamat menunaikan umrah abahanda ku--

     Salam & Hye
    Hallu Aimiey Azizan In Da' House

    Hello para pembaca & para follower semua. Entah kenapa semacam nk menaip enteri pulak memalam gini. Sesambil layan tibi nengok dokumentari pasai MH370, aku curik masa updet belog padahal letih nak mampus ni dari subuh sampai sekarang tak tidoo sebab pagi tadi pegi KLIA hantar abahanda pegi umrah. Baiklah, aku takmo cegite pepanjang sebab letih nak menaip. Cukuplah badan, mata, kaki dan otak aku yg letih ini hari. Ok let me story...!
    Tanggal 9 Mac 2015, sekali lagi abahanda di jemput Allah ke Tanah Suci uk pergi menunaikan umrah. Abahanda pergi bersama para jemaah yg juga kengkawan beliau mengikut pakej Misbah Travel ke Tanah Suci menunaikan umrah utk yg ke-2 kalinya. Sebulan seblom tarikh keberangkatan, aku nengok wajah abahanda sgt hepi, girang dan bercahaya. Eh nak ke Tanah Suci engko! Ada ke maknusia yg tak hepi? Haaa engko jangan jah! Barangkali spesis yg macam gitu belum mendapat taufiq dan hidayah dari Allah. Mungkin. Eh apa aku melalut ni... Ah sudah sudah mari teruskan pembacaan. So, dgn 2 buah kereta maka bergeraklah kitorang ke Klia menghantar abahanda. Mengikut yg dijadualkan, abahanda akan menaiki pesawat *apehal skema sgt ayat aku doh* pd pukul 1 lebih. Dan kitorang smpai dkt Klia dlm pukul 10 lebih gitu. Aku usha jam. Peh byk masa lagi ni. Sempat ni kalo aku menjelajah sekitar Klia utk pegi menternak lemak dan menangkap gambar. Biasalah, selfie wajib ada ye dok? 
     Aku mengambil keputusan utk pegi menternak lemak lepas snap beberapa keping gambar. Masa tengah menapak nak carik port makan tu, acap kali lah aku terserempak dgn krew2 penerbangan yakni pramugara dan pramugari MAS. Dah pulak serta merta kat kepala hotak aku nih terbayang tentang tragedi MH370. Sudahlah semalam genap setahun kehilangan peswat MH370. Dan tak semena mena aku dirundung sebak. Dalam hati aku waktu tu terus memanjatkan doa moga2 keberangkatan abahanda dan para jemaah lain dilindungi Yang Maha Kuasa. Amin Ya Rabbal Alamin...

      
      
     Selfie wajib ada. Acah2 senyum sedangkan dalam hati dah sedih sebak apa bagai. Susah betei jadik maknusia berhati tisu nih. Oh ye, jubah ohsem tu dari Calaqisya dan handbag dari Charles & Keith. 
                He's my hero, my idol, my mentor, my love & everything! *mata berpasir*
     Lambaian terakhir seorang anakanda kepada abahanda nya. Sumpah masa ni airmata aku dah turun macam hujan membasahi bumi. Sedih sbb berpisah sementara dgn abahanda. Sedih sbb tengok pesawat MAS tu. Haih memacam lah perasaan time tu. 

    Biarpun abahanda hanya pegi selama 2 minggu je pun, tp aku tetap berasa sebak. Pastu memati aku ingatkan akulah makhluk yg paling sentimental dlm abad nih kemain menangis bagai. Rupanya bila aku toleh sekeliling pun ada yg menangis peluk2 waris dorang yg bakal nak berangkat tu. Siap ada makcik ni peluk erat suami dia tanak lepas. 
    Part yg paling aku sebak takleh nak tahan bila annoucement dah berkumandang dan semua jemaah dah kene masuk ke balai perlepasan. Lepastu aku tengok sekeliling aku waris2 melambai lambai penuh syahdu. Allah.... Sedihnya tu disini kok! 
     Apapun, doa aku moga saja abahanda selamat pergi dan pulang, diberi kesihatan yg baik sepanjang menunaikan ibadah umrah, dilindungi & dirahmati Allah SWT dan beroleh umrah yg mabrur. Moga satu hari nanti, aku juga bakal dipanggil Tuhan ke rumahNya! Amin...
      Bukan aku saja yg bersedih, makluk ni seribu kali lagi sedih bila tuan kesayangan dia takde. Selama 2 minggu ni takde tuan yg rajin mandikan dia, belikan ayam goreng tiap subuh, tuan yg rajin goreng ikan pepagi semata mata utk dia. Pastu hari2 mesti nk duduk atas luggage tuan dia. Haih. Jgn buat cerita sedihlah! 
     Hmm sudahlah! Aku nak pegi layan cegite Do Re Mi kasi ilang sedih pilu nih. Assalam. 

Sunday, March 1, 2015

Aimiey turns 28.

         Salam & Hye
        Hallu Aimiey Azizan In Da' House

       Hai. Cambese larik kejap ke cc curik2 masa utk hapdet belog semtara nak menunggu paso malam mesejid tanah ni bukak. Oh yea, kelmarin adalah besday aku. Oke bertambah lagi umur nampaknya. Tak lama lagi dah masuk 3 series woii. Eh tapi apeadehal kan. Itu sekadar angka. Yang penting, makin menambah umur, makin matang & dewasa. Gittuww~~
       Entah kenapa, besday kali ni ialah yg paling heaven & gempaks aku rasa sepanjang aku bernafas di atas muka bumi yg fana ini. Family, boypren, kengkawan kampus, sahabat2 lama & orang2 yg mengenali diri ini pakat wish & celebrate dgn meriah. Terharu pulak hati kita ni haaa. Nak nangis tahu sebab terharu nak mampus! So memandangkan besday aku jatuh pada hari Jumaat, maka petang khamis tu aku dah chow dari kampus terchenta. Euww terchenta sangatttttttt *tangan di bahu mata keatas* :-P
       Petang Jumaat tuari, semua member baik aku memprank kan aku dgn begitu jayanya! Yeah! Prank paling lehnet dlm sejarah peradaban maknusia. Kenapa aku kata paling lehnet? Sebabnya, prank ini hampir & nyaris2 membuatkan aku terkena heart attack & di masukkan ICU. Engko bayangkan, aku dikejutkan dgn panggilan talipon oleh seorang member mengatakan seorang bestfren aku kemalangan ngeri & dimasukkan ke ICU. Gila tak tekezut! Member yg call ni siap nangis bagai nak rak mengatakan member lagi sorang ni dah separuh nazak. Aku tanpa berpikir panjang terus bergegas ke spital dgn menangis gila babi memikirkan nyawa member baik seko ni. Konon macam nk menatap wajah terakhir member seblom dia meninggal laa cegite dia.  Dan sesampainya aku kat spital tu, bergegas aku ke ICU dgn mata bengkak hingus apa bagai demi nak jumpa member tu. Dan apa yg aku terkejut smpai rasa nk termencarut adelah bila dorang reramai pakat jerit supriseee & bawak kek ke aku. Kongasam! Hampir aku nak termencarut di petang jumaat yg penuh barokah itu. What daaa teeettttt.....! Eh mana ada mencarut. Tak. Relaks je ni haaaaa.

   
Sejenis kek hasil prank sahabat2 sejati sampai mati till jannah oh tapi agak jahanam gak prank engko orang yg hampir bikin gua sakit jantung semput mak enon puih puihhh! :-P

Cupcakes from Zarith, member gua yg paling cun dlm kelompok member. *terpaksa puji*


Kek from my lovely momot. Ekceli, kitorang celebrate besday sesama sekali anniversary yg ke-9 years. Selasa ini, besday boypren gua pulak. Dia jugak bakal tua seperti gua. Kah!


Seketul tuan tanah kedaung yg bakal menginjak 3 series  dua tahun lagi. Erk!


Ini adalah kesayangan saya. Sila jangan caras! 

The part of me ~~ 

Saya tahu, anda nak cakap muka kitorang sama kan kan kan? 

Celebrate a lovely day at Dome Cafe Pavillion. 

With manager of Dome Cafe, Mr Zaki yg hensem eh halamak mampus aku terpuji orang lain sedangkan boypren di sebelah eh kodahkenapa! *ketuk kepala*

Antara hadiah2 yg diterima sempena besday gua yg ke doplohlima campur tiga samadengan doplohlapan tahun. ;)))
Godiva Coklat from my momot.

Victoria Secret set from my sahabat, Ayu.


Bracelet Habib from my momot. 
Calvin Klein from Ben.
Tiffany & Co from Wan.

Wallet Charles & Keith from Erika.

Owhh ini paling shuwittttt from my momot.

Mug from Mr. Zaki, manager of Dome Cafe.

Pandora from Hanis.

Jovian Mandagie from Fareez. 

Thanks a lot to engko orang semua yg wish, yg kasi hadiah, yg tak putus2 mendoakan sempena besday aku. Sumpah, aku tatau nak cakap cemana perasaan ni. Terharu, sedih, gumbira, rasa dihargai eh semualah perasaan2 yg wujud atas muka bumi nih. Alhamdulillah kerna masih diberi kesempatan utk terus menghirup udara di muka bumi Allah ini. Syukur Alhamdulillah ya Tuhan. 
Untuk semua yg terlibat, love u all muchoooooooooooooooooooooooooooooo (simbolik '0' bebanyak itu sbg tanda bahawasanya aku sangat sayang engko orang berjuta lemon) *nangis* 
Baiklah. Sampai sini je karangan aku. Mata terasa berpasir. Aku dah aaa nak g paso malam nih. Mampus kang bengkak mata semua. Helloo...besday gurl mana buleh nangis2... Aku baru nak terasa comel nih. Opsss. Ok thanks 4 reading. Salam shayang semua...... Muah ciked :)))