SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Monday, December 30, 2013

Welcome 2014. Bye bye 2013

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai. Harini adalah hari terakhir kita berada dlm tahun 2013. Esok, kita bakal melangkah ke tahun baru 2014. Pantas sungguh masa berlalu. Bila datangnya tahun baru, secara otometiknya umur kita juga meningkat seiring peredaran tahun. Tahun depan, pftt takyah nak tahun dpan sangatlah kan..! Err esok, melangkah lah kita ke tahun baru 2014! Kalau mengikut perancangan aku, 2014 aku nak menamatkan zaman dara la gituu. Tapi, tup tup tup aku pulak bergelar pelajar.. So, plan nak kawin itu terpaksalah diinjak ke 2 @ 3 tahun lagik, yakni lepas sajor aku grad.. Haa gitu cite diaaa..hahaha.
  Bila sebut tahun baru, rata2 mula pasang azam baru kannn. Macam aku, azam aku tetap sama tetiap tahun, nak lebih berjaya dunia akhirat. Nak berhijrah dari sifat2 yg kurang baik kpd yg lebih baik. Nak lebih istiqomah dlm penghijrahan & perjalanan hidup. Nak meningkatkan jati diri ke arah menjadi seorang hamba Allah yg lebih bertaqwa, menjadi anak yg solehah kpd kedua ibu bapa, menjadi pelajar yg lebih berjaya di dlm mencari ilmu duniawi mahupun ukhrawi & menjadi seorang insan yg lebih matang & dewasa dari tahun2 seblomnya. Aminnn. Moga terlaksana hendaknya azam ini. Allahurabbii.
   Sejujurnya, tak banyak kemanisan sepanjang 2013 dlm kanvas kehidupan aku. Yang ada pun hanyalah kepahitan, kegetiran & kepayahan yg bukan sedikit aku lalui. Apatah lagi, 2013 menyaksikan dimana aku bergelar student sepenuh masa. Tercampak nun jauh daripada family & sidia, berulit dgn seribu satu assignment & buku, memerah otak menghadapi final exam & belum lagi dikira hati & perasaan dirobek robek oleh insan sekeliling yg berbaju kawan! Tapi... Syukur seribu rahmat, di balik semua kesusahan & kepayahan itu, aku melaluinya dgn penuh ketabahan! Syukur. Aku sangat berbangga dgn diri sendiri. Aku melaluinya seorang diri tanpa teman di sisi. Jerih perih serta seribu satu kepayahan itu dibalas dgn harga yg tidak ternilai oleh Allah. Siapa sangka, dibalik kedukaan itu, Allah memberi 'hadiah' yg sangat berharga. Yaa! Aku meraih dekan. Sesuatu yg bukan senang utk digapai di balik kegetiran seorang aku, tetapi ia jugak tidak mustahil utk dicapai. Alhamdulillah ya rabb! Hanya sujud syukur mampu aku lakukan tanda terima kasih kepadaNya atas hadiah ini..... :))) 

    Semoga 2014 menjanjikan kehidupan yg penuh warna warni buat aku. Semoga. Harapnya. Aku mohon ya Allah...

    Btw, semalam adalah kenangan. Hari ini adalah harapan. Esok adalah impian. Walau sesukar & sesulit mana sekalipun hidup itu, bertabahlah. Kuatlah. Harungilah dgn penuh kesabaran & ketabahan. Ingatlah, Allah senantiasa ada disisi. Mohonlah kemudahan & kesenangan daripadaNya. Betul. Hidup tidak selalunya indah. Langit tidak selalunya cerah. Tetaplah melangkah walau berjuta rintangan terpaksa kita redah. Jangan mengalah. Usah rebah. Mohonlah bersabar & bertabah. Berpegang semuanya kepada Allah. Insyaallah, hidup beroleh barakah & rahmah. Kan, sabar itu indahhh.. :)) 

    Maassalamah 2013. Ahlan wasahlan 2014. 

    
      Salam tahun baru 2014. Pahatkan 2013 sebagai kenangan. Jadikan 2014 sebagai permulaan kpd hidup yg lebih baik. Sama2 lah kita berhijrah ke arah kehidupan yg lebih diberkati olehNya. Welcome 2014. Bye bye 2013. Jaga diri hiasi peribadi. Kurangkan kontroversi. Tingkatkan prestasi (pinjam tagline melodi kejak) :-) 

Sunday, December 22, 2013

Oh Hello Kitty!

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hollaa! Oh girangnya dalam hatii..sebab hari ini cutiii (nyanyi spt irama lagu madu tiga). Ekceli, iolls skrg berada d umah niaa. Awal kemain haa cuti krismas..! Ceh macam aku pulak yg nak beraya,kan! Ehehe.. Semtara tengah ada masa nih, updet lah kejap 2,3 minit. Ngee :D
   Oh yea, engkau orang suka x dgn hello kitty? Heh kalo pempuan rasa2nya memang ramai lah jugak kan yg minat & fanatik dgn hello kitty tu, kan. Err ke ada jugak kaum lelaki yg minat dgn hello kitty ekk? Err err berjiwa romentik barangkali lelaki tersebut..hehe. Aku pulak sejak dari sekolah rendah, sejak zaman kecik cinonet dulu dah fanatik abes dgn hello kitty. Bila nampak jek hello kitty, macam nak sawan aku rasa sebab geram sgt dgn kecomelan & kekiutan hello kitty tuh! Dah ler comel, kaler pink pulak tuh! Terasa aku pon jadik comel overload kalo pakai barang hello kitty tuh. Err mohon jangan muntah kerana aku sedang masuk bakul & cuba mengangkat sendiri yeee :D apesal ekk hello kitty tuh terlampau comel? Apesal? Apesal?! 

    Arghh apesal comel sangat nii siaaa! *sawan* Pergh kalaulah aku ada kete cemni, memang doplohpat jam aku gase dok dlm kete jek! 

    Macam jilake weii kreatip nak arwah bilik cenggini! Kenapa comel sangaaattt niii! *pengsan*

    Koleksi hello kitty iolls. Comel botingkek tingkek den koba kek kau tahu! 


      Cermin pon nak comel dah kenapaaaa!! 

       Ipad cover pon haruslah hello kitty gitchuww! *over gila*

    Dalam usaha nak grab luggage comel ini. Sikit lagii..sikit lagiii! 

   Macam comel jek! Macam kiut jek! Janganlah comel sangat, pehlisss! 

     Ada  macam hello kitty tak?? *terjun perigi* 

    Haaa ini ada sikit macam hello kitty kan? Err tak jugak?? Ok fine! 

    Baiteway, hello kitty memang makluk yg comel! Kalau ada yg ckp hello kitty tu x comel, nampak sangat engkau buta seni. Ehh apa kaitan? Hahaha.. Aku nih fanatik & obses dgn kaler pink, so hello kitty dgn pink berpisah tiada katekooo! Ehh aku rasa mcm merapu jek enteri aku harini kan. Macam enteri syok sendiri pon hade. Macam gedik nak arwah pon hade! Muahaha..! K ah. Nak siap2 ni. Nak kua pegi jenjalan metar. Mana tahu terjumpa barang2 hello kitty ke, boleh ah grab sebijik dua ye dopp! Ngee. Tingkiu pd yg sudi baca enteri yg agak boring ini. Babaiiii..! :-D

Thursday, December 19, 2013

Food Lovers!

     Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hai. Taknak membebel panjang2 ah ini hari. Penat tahu, ulang alik pegi kelas, kelas asik batal, kelas takde, lec takde bla bla blaa. Tensen iolls tau! Kalau tau rope nih, bahek iolls takyah balik kampus awal2 cemni. Stay kolumpo dulu lg baguih. Kat sini, punyalah boring nak arwah katekau! Erghh! Dahtu, tak berapa nk lalu makan baqhang! Aku mikirkan hnya aku jek mcm gitu, ropenye rumate aku pon serope! Katanya makanan kt sini tak sedap! Beliaw lebih rela mentedarah megi hari2 drpd makan mkanan kat kampus! Err adatlah makanan di kantin kanzz! Err moh ler cuci mata telan ayaq liuq layan gambar2 makanan ini. Tak kisah ah engkau nak bilang aku sakit mental ke hape sbb upload gambar makanan. Den tak kisah eihh. :D

    Fuel Shack Signature Low Yat Plaza
    
   Nandos Pavillion Kl

   Wafflemeister Klcc

     Madam Lims Kitchen Aeon Maluri

    Penyet Express Daily Berjaya Times Square

     A&W Jalan TAR

   The Castle Restaurant Imbi Plaza

     The Castle Restaurant Imbi Plaza

    Oldtown White Coffee Pavillion KL

    Western Cuisine Food Republic Pavillion KL

    Plan B Midvalley Megamall

   Chakri Palace Royal Thai Cuisine KLCC

   Ok cukup2 lettew. Lapa pulak aku menengok gambar2 makanan nih semua. Nasib baik esok aku dah berambos balik kolumpo. Yeaay! Indah bhaiii..! Okes, mohon terliur. Babai... :D
   

    

    

    

Wednesday, December 11, 2013

Hiperbola Kehidupan

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hai. Uih lama sungguh tak updet blog. Punya bizi aku nih, smpai nak updet 2,3 jam pon takde masa. Cuti sem itu hari, masa aku banyak dihabiskan dgn hangout, berborak tak ingat dunia ngan mak, maklum sajor mak kan baru jek balik dari Tanah Suci, opkos ler banyak mende yg nak dikongsikan ye dok! Hehe. Dan sekarang, cuti sem aku tamatlah sudah. Maka pada ahad itu hari, kembalilah semula ke kampus utk memulakan the new sem... Terkadang, rasa mcm tak sngka jek, mcm cepat jek tetau aku dah naik sem 3. Itew bermakna, tinggal lagi 3 sem sajor bakal dihabiskan yakni berbaki lagik 2 tahun sajor masa yg tinggal utk menghabiskan saki baki diploma ini. Haihh cepatlah masa itu tiba. Cepatlah! Aku sungguh tak sabar nak mengenggam segulung diploma. Paling penting, aku tak sabar nak stay kekal dekat kolumpo tanpa perlu ulang alik balik Melaka lagi... Taknak weii taknak! :'(
   Seperti tajuk diatas, kehidupan ini memang penuh dgn warna warni. Terkadang ada rasa gembira. Ada rasa sedih. Ada rasa manis. Ada rasa pahit. Pendek kata, macam macam ada. Kehidupan ini, penuh dgn ujian. Cabaran. Dugaan. Rintangan. Onak & ranjau yg pelbagai. Kerana itulah kehidupan. Sebagai manusia di muka bumi ini, kita adalah pelakon di pentas dunia. Kisah cerita adalah plot serta sinopsisnya. Dan Allah adalah pengarahnya. Kehidupan kita, sentiasa akan melalui pelbagai fasa & ujian utk meniti arus kedewasaan. Dan ujian itu juga, adalah jentikan Allah utk menguji serta menaikkan taraf keimanan kita sbg hambaNya. Dan inilah dinamakan hiperbola kehidupan.
    Seperti juga aku. Aku melalui 2 fasa berbeza. Daripada seorang yg bekerja, aku melakukan pengorbanan besar dgn memilih utk menyambung kembali pelajaran. Dalam usia yg telah dewasa. Dalam usia yg selayaknya seorang gadis berkahwin & hidup bekeluarga, sedang aku memilih utk berjuang mencari ilmu dikalangan mereka meraka yg meningkat remaja. Engkau cuba bayangkan keadaan itu. Keadaan dimana aku terpaksa menghadapi suatu cabaran yg tidak pernah aku lalui. Boleh aku katakan, sepanjang sem 2 itu aku melaluinya dgn penuh rasa kesedihan. Penuh rasa kesusahan. Dimana aku diuji Tuhan dgn kesakitan, kegetiran & kepayahan. Aku difitnah mereka yg berbaju kawan. Aku disakiti mereka yg bergelar teman. Sedang diri ini tertanya sendiri, apakah kesalahan? Entahlah. Mungkin ini cabaran. Ini dugaan. Ini ujian. Ujian utk mengukur sejauh mana tahap ketabahan & kesabaran. Didalam menempuh jalan sewaktu perjuangan. Ya Ujian! Aku tahu itu. Kerana disebalik setiap airmata & keringat serta sejuta kepayahan & kegetiran itu, Allah memangdangku dgn penuh rasa kecintaan. Kerana aku tahu, Allah itu Maha segalanya. Allah itu maha pengasih. Allah itu maha pendengar. Allah itu maha penolong. Hanya berpaksikan doa, aku meminta secebis kekuatan. Kekuatan utk terus melangkah & melangkah sehingga ke penghujungnya. Kekuatan utk meneruskan perjuangan yg masih belum selesai. Perjalanan ini masih jauh. Tidak sesekali aku akan mengalah & berundur di pertengahan jalan. Kerana berundur dari medan perang itu adalah pengecut. Tidak. Aku bukan begitu. Aku tidak akan sesekali mengecewakan insan2 yg tetap teguh berdiri dibelakang aku. Insan2 yg begitu setia menyokong aku. Yg tanpa jemu jatuh bangun bersama aku. Ya. Untuk mereka! 
    Dan oleh sebab itu. Tatkala aku kembali ke semester 3 ini, niat aku hanya satu. Biarpun aku bersendirian. Biarpun aku tidak berteman. Biarpun aku keseorangan tnpa insan berbaju kawan. Perjuangan tetap akan diteruskan. Sehingga ke jalan penamat. Sehingga ke titik noktah. Kerana aku cukup tahu. Biarpun aku tidak berteman. Aku sentiasa ada Tuhan. Mengapa pula aku harus merasa keruan? Dan tatkala ini, biarpun baru memulakan langkah, awal lagi aku sudah diuji. Ujian yg buat aku rasa mahu jatuh. Mahu rebah. Tetapi, atas sokongan insan2 kesayangan, semangat ini kembali bangkit. Semangat ini mula naik. Untuk terus mara ke depan. Wahai hati. Kuatlah. Kuatlah demi sebuah perjuangan. Wahai perasaan. Pergilah engkau jauh2. Wahai semangat. Bangkitlah. Bangkitlah merempuh cabaran. Kerana seseungguhnya, jalan menuju kebahagiaan itu tidak akan ditaburi mawar yg harum & indah, melainkan penuh duri & onak (William Shakespeare). 
    Apapun, sejuta kesyukuran aku panjatkan kpd Tuhan. Kerana dibalik tiap ujian yg melelahkan, DIA memberi aku sebuah kejayaan. Pelik bukan? Sepanjang sem 2 yg pelbagai liku itu, tak disangka aku berjaya mendapat result cemerlang yg melayakkan aku bergelar Dekan. Ya! Sesuatu yg sangat aku inginkan bila saja menjejaki kaki ke alam kampus. Alhamdulillah. Ini hadiahnya. Hadiah setelah melalui pelbagai kepayahan & kesedihan. Lihat, Allah itu Maha Adil bukan? Subhanallah..! Hanya kesyukuran mampu aku panjatkan. Terima kasih Tuhan.

     
     
     
      Pepatah bijak pandai mengatakan, jalan menemukan kejayaan itu tidak mudah. Melainkan ia akan disertakan dgn airmata & keringat. Bertabahlah wahai hati. Hidup ini tidak terlepas dari diuji. Kerana itu tanda sayang dari Ilahi. Kerana pengakhirannya manis sekali. Percayalah. Usah terus rebah. Jangan terus pasrah. Sebaliknya teruskan usaha & melangkah. Tanpa mengalah. Yakinlah dgn janji Allah. Percayalah dgn pertolongan Allah. Kita ini hamba yg lemah. Banyakkan berserah kpd Allah. InsyaAllah, hidup dibawah lambaian barakah. Terima kasih Allah. Aku akan terus kuat keranamu. Sehingga ke titik noktah! Sehingga ke jalan penyudah!