SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Wednesday, December 11, 2013

Hiperbola Kehidupan

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hai. Uih lama sungguh tak updet blog. Punya bizi aku nih, smpai nak updet 2,3 jam pon takde masa. Cuti sem itu hari, masa aku banyak dihabiskan dgn hangout, berborak tak ingat dunia ngan mak, maklum sajor mak kan baru jek balik dari Tanah Suci, opkos ler banyak mende yg nak dikongsikan ye dok! Hehe. Dan sekarang, cuti sem aku tamatlah sudah. Maka pada ahad itu hari, kembalilah semula ke kampus utk memulakan the new sem... Terkadang, rasa mcm tak sngka jek, mcm cepat jek tetau aku dah naik sem 3. Itew bermakna, tinggal lagi 3 sem sajor bakal dihabiskan yakni berbaki lagik 2 tahun sajor masa yg tinggal utk menghabiskan saki baki diploma ini. Haihh cepatlah masa itu tiba. Cepatlah! Aku sungguh tak sabar nak mengenggam segulung diploma. Paling penting, aku tak sabar nak stay kekal dekat kolumpo tanpa perlu ulang alik balik Melaka lagi... Taknak weii taknak! :'(
   Seperti tajuk diatas, kehidupan ini memang penuh dgn warna warni. Terkadang ada rasa gembira. Ada rasa sedih. Ada rasa manis. Ada rasa pahit. Pendek kata, macam macam ada. Kehidupan ini, penuh dgn ujian. Cabaran. Dugaan. Rintangan. Onak & ranjau yg pelbagai. Kerana itulah kehidupan. Sebagai manusia di muka bumi ini, kita adalah pelakon di pentas dunia. Kisah cerita adalah plot serta sinopsisnya. Dan Allah adalah pengarahnya. Kehidupan kita, sentiasa akan melalui pelbagai fasa & ujian utk meniti arus kedewasaan. Dan ujian itu juga, adalah jentikan Allah utk menguji serta menaikkan taraf keimanan kita sbg hambaNya. Dan inilah dinamakan hiperbola kehidupan.
    Seperti juga aku. Aku melalui 2 fasa berbeza. Daripada seorang yg bekerja, aku melakukan pengorbanan besar dgn memilih utk menyambung kembali pelajaran. Dalam usia yg telah dewasa. Dalam usia yg selayaknya seorang gadis berkahwin & hidup bekeluarga, sedang aku memilih utk berjuang mencari ilmu dikalangan mereka meraka yg meningkat remaja. Engkau cuba bayangkan keadaan itu. Keadaan dimana aku terpaksa menghadapi suatu cabaran yg tidak pernah aku lalui. Boleh aku katakan, sepanjang sem 2 itu aku melaluinya dgn penuh rasa kesedihan. Penuh rasa kesusahan. Dimana aku diuji Tuhan dgn kesakitan, kegetiran & kepayahan. Aku difitnah mereka yg berbaju kawan. Aku disakiti mereka yg bergelar teman. Sedang diri ini tertanya sendiri, apakah kesalahan? Entahlah. Mungkin ini cabaran. Ini dugaan. Ini ujian. Ujian utk mengukur sejauh mana tahap ketabahan & kesabaran. Didalam menempuh jalan sewaktu perjuangan. Ya Ujian! Aku tahu itu. Kerana disebalik setiap airmata & keringat serta sejuta kepayahan & kegetiran itu, Allah memangdangku dgn penuh rasa kecintaan. Kerana aku tahu, Allah itu Maha segalanya. Allah itu maha pengasih. Allah itu maha pendengar. Allah itu maha penolong. Hanya berpaksikan doa, aku meminta secebis kekuatan. Kekuatan utk terus melangkah & melangkah sehingga ke penghujungnya. Kekuatan utk meneruskan perjuangan yg masih belum selesai. Perjalanan ini masih jauh. Tidak sesekali aku akan mengalah & berundur di pertengahan jalan. Kerana berundur dari medan perang itu adalah pengecut. Tidak. Aku bukan begitu. Aku tidak akan sesekali mengecewakan insan2 yg tetap teguh berdiri dibelakang aku. Insan2 yg begitu setia menyokong aku. Yg tanpa jemu jatuh bangun bersama aku. Ya. Untuk mereka! 
    Dan oleh sebab itu. Tatkala aku kembali ke semester 3 ini, niat aku hanya satu. Biarpun aku bersendirian. Biarpun aku tidak berteman. Biarpun aku keseorangan tnpa insan berbaju kawan. Perjuangan tetap akan diteruskan. Sehingga ke jalan penamat. Sehingga ke titik noktah. Kerana aku cukup tahu. Biarpun aku tidak berteman. Aku sentiasa ada Tuhan. Mengapa pula aku harus merasa keruan? Dan tatkala ini, biarpun baru memulakan langkah, awal lagi aku sudah diuji. Ujian yg buat aku rasa mahu jatuh. Mahu rebah. Tetapi, atas sokongan insan2 kesayangan, semangat ini kembali bangkit. Semangat ini mula naik. Untuk terus mara ke depan. Wahai hati. Kuatlah. Kuatlah demi sebuah perjuangan. Wahai perasaan. Pergilah engkau jauh2. Wahai semangat. Bangkitlah. Bangkitlah merempuh cabaran. Kerana seseungguhnya, jalan menuju kebahagiaan itu tidak akan ditaburi mawar yg harum & indah, melainkan penuh duri & onak (William Shakespeare). 
    Apapun, sejuta kesyukuran aku panjatkan kpd Tuhan. Kerana dibalik tiap ujian yg melelahkan, DIA memberi aku sebuah kejayaan. Pelik bukan? Sepanjang sem 2 yg pelbagai liku itu, tak disangka aku berjaya mendapat result cemerlang yg melayakkan aku bergelar Dekan. Ya! Sesuatu yg sangat aku inginkan bila saja menjejaki kaki ke alam kampus. Alhamdulillah. Ini hadiahnya. Hadiah setelah melalui pelbagai kepayahan & kesedihan. Lihat, Allah itu Maha Adil bukan? Subhanallah..! Hanya kesyukuran mampu aku panjatkan. Terima kasih Tuhan.

     
     
     
      Pepatah bijak pandai mengatakan, jalan menemukan kejayaan itu tidak mudah. Melainkan ia akan disertakan dgn airmata & keringat. Bertabahlah wahai hati. Hidup ini tidak terlepas dari diuji. Kerana itu tanda sayang dari Ilahi. Kerana pengakhirannya manis sekali. Percayalah. Usah terus rebah. Jangan terus pasrah. Sebaliknya teruskan usaha & melangkah. Tanpa mengalah. Yakinlah dgn janji Allah. Percayalah dgn pertolongan Allah. Kita ini hamba yg lemah. Banyakkan berserah kpd Allah. InsyaAllah, hidup dibawah lambaian barakah. Terima kasih Allah. Aku akan terus kuat keranamu. Sehingga ke titik noktah! Sehingga ke jalan penyudah! 

    

No comments:

Post a Comment