SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Friday, August 1, 2014

Dari Pintu Neraka--

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Rasanya belum terlambat lagi utk aku mengucapkan salam 6 syawal & happy eid mubaraq kpd semua muslimin muslimat. Huhu dah raya ke-6 baru hade masa utk mengapdet belog. Nak wat cane, bizi katekooo. Ekceli, bukan cite hari raya yg aku nk kongsi ni. Tengok dari title kat atas tuh mcm takde kene mengena jek dgn hari raya. Hahahaha. Hmmm kalo nk cegite pasai smbutan raya aku, takde mende yg best pon utk dikongsikan. Tetiap tahun cemtu jela jln cite nye. Balik Kedah, p beraya umah kaum kerabat bla bla balik kolumpo smula & menunggu masa utk pulang semula ke kampus. Pulak tu raya serupa x raya je aku rasa memandangkan esaimen botingkek tingkek nk kene hadap. Ehh boringlah nk cite. Udah2 tutup cegite! 
   Tahun ni gak aku perasan semua stesen tv mcm kekontangan program2 best hari raya. Bukanlah aku dahagakan program hiburan tah pape semua tu memandangkan kita skrg tgh bersedih atas berita berkaitan Gaza & pesawat MH370 & MH17 tp aku maksudkan drama2 berkualiti hari raya mcm tahun2 sudah. Aku ingat lagi masa zaman aku sekolah2 dulu, start mlm raya dah ditayangkan drama2 best spt 'pondok buruk' lakonan Rosyam Nor & Fauziah Nawi. Tahun2 selepas tu pn byk drama2 berkualiti terbitan kompeni Rosyam Nor ditayangkan kt kaca tv. Tp skg dah xbyk pun drama2 meruntun perasaan mcm tu dimainkan kt tv, yg hade pon pilem2 mengarut tahap kuasa dua yg mcm sampah! :(
   And semalam tv3 tayangkan sebuah drama yg sgt meruntun perasaan bertajuk 'Dari Pintu Neraka'. Hah dengar tajuk pun dah amazing, apetah lagi plot cegitenye diserikan pulak dgn barisan pelakon yg mantap2! Perghhhh memang Nora kasiii limaaa bintaangg! 

    
    'Dari Pintu Neraka' dibarisi pelakon2 hebat yg juga pelakon fevret aku iaitu Sheila Rusly (Nab), Amar Asyraf (Kamal), Syafiq Kyle (Zakri), Nad Zainal (Effa) & Shakilla Khoriri (Adik). Drama ni arahan Azman Hj Yahya @ Jinggo yg jugak laki Sheila Rusly & terbitan JS Pictures. Selain Suhan Movies milik Rosyam Nor, JS Pictures jugak antara kompeni yg selalu menerbitkan drama2 bermutu & berkualiti. Gud job for them! 

    
    'Dari Pintu Neraka' mengisahkan tentang seorang remaja miskin bernama Kamal yg sering membuat kekacauan di kampungnya. Kamal tinggal bersama ibunya, Nab serta 2 org adiknya, Zakri & adik. Kamal seorang yg jahat, keji, kejam & sering derhaka kpd ibunya. Walau banyak kejahatan yg dilakukan dikampung itu, termasuk membuntingkan budak sekolah, Effa namun Kamal tak pernah terkantoi sehinggakan 1 hari Kamal akhirnya ditangkap polis krn membunuh slh sorg pnduduk kampungnya & dia dijatuhkan hukuman mati. Walaupun sering melukakan & memalukan ibunya, namun Nab sedikitpn x membenci anaknya malah sering dtg melawat Kamal di penjara. Di dlm penjara, Kamal telah byk berubah & bertaubat. Sehinggakn pd 1 hari Nab didatangi keluarga Effa yg meminta Kamal bertanggungjwb krn telah membuntingkan Effa tp malangnya Kamal dahpun dipenjarakan. Kerana malu, keluarga Effa myerahkan Effa dlm jagaan Nab sehingga selamat melahirkan. Nab menjaga Effa & membawa Effa menemui Kamal di dlm penjara. Effa meninggal dunia semasa melahirkan & Kamal juga meninggal dunia di hospital krn menghidap radang paru-paru. Kamal meninggal dlm keadaan seorang hamba yg telah bertaubat kpd Tuhannya.
    Seriously air mata aku x henti2 mengalir masa layan drama ni. Mulanya memang geram abis dkt Kamal tu sbb kuajaq gila dgn mak dia. Part yg paling sedih smpi aku menangis mcm Kasim Selamat ialah masa Kamal kene tangkap & mak dia merayu2 ke polis mintak utk suapkan anaknya makan. Ya tuhan...betapa kasih ibu sgt tinggi nilainya. Biarpun anak itu sering melukakan, tetapi kerana kasih dia tetap menyayangi anaknya tanpa belah bahagi. Aku rasa, bukan semua emak kot yg mcm gitu. Ada sesetengah mak smpi buang terus anaknya krn terlalu malu & terluka. 
    Drama nih sgt banyak nilai & pengajaran yg diselitkan. Apa yg dpt aku singkap, taubat seorang pendosa itu jauh lebih mulia drpd taubat kita ini krn seorang pendosa adalah mereka yg bersungguh2 kembali kpd jalan Allah tnpa berbelah bagi. Selain tu, tak selamanya seorang yg jahat akan kekal jahat selamanya krn apabila hidayah dtg mgetuk pintu hati, seorang penjahat itulah mjadi semulia mulia insan. Dan lagi, kadang2 ujian tiap manusia itu berlainan. Watak Kamal contohnya antara insan terpilih yg menemui ajal dgn cara itu. Sesungguhnya, keampunan Allah itu lebih besar dari dosa2 yg telah dilakukan hamba2Nya. Betapa Allah itu maha pengasih & penerima taubat. 
    Aku harap tv3 ulang siar drama ni lagi. Moga drama ni tercalon utk anugerah skrin & menang. Btw, gud job JS Pictures. Moga sukses & byk hasilkn drama2 berkualiti lg. :)

P/S : Makin bertambah tambah minat Amar Asyraf. Heh nasib dah kawin! Omnomnom :D