SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Tuesday, April 4, 2017

Puisi Aimiey : Simfoni Sekeping Hati

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House



 Aku jadi takut,
 dengan setiap perkenalan
 takut terlalu rapat
 takut terlalu dekat
 takut terlalu erat
 Dan akhirnya,
 dikecewakan
 dilupakan
 dilukakan!

 Tuhan,
 maafkan aku
 untuk rindu yang wujud
 ku hambur ia
 dalam tiap sujud
 aku manusia biasa
 yang Engkau cipta dengan rasa
 Semoga ;
 hati ini tidak terlalai
 dengan rindu dalam jiwa.

 Pada takdir Tuhan
 yang masih kelam
 aku sandarkan mimpi dan harapan
 semoga apa yang bakal datang
 simfoni yang terindah
 untuk sekeping hati
 dan seluruh hidupku.

 Bilamana penat dengan ujian
 lelah dengan dugaan
 perit dengan kelukaan
 ingatlah ;
 yang kita Bertuhan
 Dia,
 sumber kekuatan.

Selamat malam,
para pemilik kisah yang tak selesai
penyimpan rindu yang tak sampai
pemberi ketulusan yang tak dihargai..
Kuatkan hati. 

Hati jangan bersedih dan berduka,
satu hari kau akan bahagia. 

Created by aimieyazizan. 
theaimieynism, 12am, 050417. 

Saturday, April 1, 2017

5 sebab untungnya berkahwin di usia three series!


   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hujung minggu gini, pastinya banyak jemputan kawin yg kita dapat tak kira la dari kawan, sedara mara mahupun jiran tetangga. Dan pasti gak ada antara kita, yg malas betul nak attend kenduri tu, kan. Bukan kerana malas nak tunjuk muka, tapi lebih kepada malas nk hadap soalan2 maut netizen yg bertanyakan tentang jodoh dan bila turn kita pulak nak naik pelamin (ye, aku laa tu). Soalan sebegitu memang dah sebati dgn masyarakat malaysia, melayu khususnya! Ibarat menjadi satu kehinaan pulak bila lambat berkawin ni, lagi2 jika usia engko dah masuk ke angka tiga kosong! Segelintir masyarakat kita menganggap usia three series ni adalah usia yg telah terlewat utk berkahwin. Seringnya ayat2 seperti 'tak laku', 'saham jatuh' & 1001 ayat ntahpape yg menerobos masuk ke gegendang telinga bg mereka yg masih tak kawin2 ni. Bagi perempuan terutamanya, soalan tentang bila nak kawin tu cukup buat kita rasa annoying & tekanan tahap dewa sehingga rasa macam nak libas dgn selipar jepun je kat orang yg menanya tu. Kata orang, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Ada yg dipertemukan jodoh dgn pantas dan ada jugak yg lewat. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu maha sempurna. Ingatlah manusia! 
  Jika engkorang telah mengenali seseorang yg sesuai utk dijadikan pasangan hidup, toksah terlalu memaksa pasangan korang utk berkawin sekiranya salah sorang dari engkorang masih belum bersedia atau dgn erti kata lainnya, masih tak puas enjoy! Toksah nak takut sangat pada usia yg makin kertu dan sendu sekaligus memaksa engko utk mempercepat mendirikan rumah tangga. 
  Semakin meningkat usia, semakin matang diri kita dalam menghadapi ujian2 hidup lelebih lagi pada zaman yg serba mencabar kini. 

  
 Maka dgn itu, meh la aku share sikit kebaikan dan keuntungan berkawin pd usia 3 series ni. Lets cekidaut! 

   1. Pemikiran lebih matang & emosi lebih stabil. 
       Menurut kajian, pd usia 30an, setiap individu akan lebih tenang dlm menghadapi pelbagai situasi. Pada usia ini, perasaan individu utk menghargai cinta & menghargai diri seseorang akan lebih fokus. So, agak kurang perasaan utk emo tak bersebab macam bebudak wicet yg bila break nak toreh tangan apekebenda bagai sambil layan lagu aiman tino menghitung menunggu mati woo woo. 

    2. Tidak lagi mengejar keseronokan dunia.
         Pada usia three series, rata2 orang pd usia begini sudah puas berseronok. Kata orang, zaman muda belia dah berlalu. Pelbagai kejayaan telah dikecap baik di peringkat akademik mahupun kerjaya. Jadi bercinta & berkawin pd usia begini pasti akan lebih bahagia kerana masing2 tak lagi mengejar cita-cita individu tetapi utk mencapai kebahagiaan bersama dlm alam rumah tangga. 

   3. Pembentukan jati diri lebih kuat.
       Pada usia sematang ini, mereka yg telah berumur 30an telah membina satu jati diri yg kuat. Mereka telah punyai karisma & matlamat yg ampuh. Mereka yg punyai jati diri yg tinggi selalunya dapat memimpin diri & pasangan ke jalan yg lebih diredhai Allah Swt. 

   4. Memiliki ekonomi yg kukuh.
       Kebanyakan orang pd usia sebegini telah mempunyai kerjaya yg tetap & bagus. Maybe ada antaranya yg dah ada aset seperti rumah atau kereta sndiri serta simpanan dan mampu untuk menempuh keadaan ekonomi yg serba mencabar ini. Dengan itu, rumah tangga akan lebih harmoni sekiranya masalah2 kewangan dapat diatasi. Idok ler selalu bertekak laki bini sebab tak cukup duit pastu brim tak lulus salahkan najib dan kak mah! 

   5. Matang sebaga ibu & bapa.
       Sekiranya dikurniakan rezeki & cahaya mata, mereka yg berusia 30an ini pasti mampu menjadi ayah & ibu yg baik. Kematangan & kesabaran yg tinggi akan menjadikan mereka ibu bapa yg mampu memberikan kasih sayang dan perhatian yg terbaik utk anak2 serta bijak dlm menangani permasalahan anak2! 

   Bukanlah bermakna, berkawin di usia muda itu tidak bagus. Mendirikan masjid itu sendiri adalah satu perkara yg dituntut dan mendapat keberkatan dari Allah. Macam yg aku cerita diatas tadi, setiap manusia rezekinya tidak sama. Ada yg cepat, ada yg lambat. Berkawin di usia lambat, tidak bermakna dia derita. Berkawin di usia muda, belum tentu menjamin dia bahagia. Ilmu, iman dan taqwa dlm diri setiap individu yg meletakkan diri kita di paras mana selain dari takdir & ketetapan dari yg Maha Esa. 
   Bagi aku sendiri ;

   Kawin awal itu rezeki, dapat hidup awal dengan pasangan. Kawin lambat juga satu rezeki, dapat hidup lebih lama dgn mak dan ayah. Semuanya aturan Dia. 

   So, bagi sesape yg dh berusia tp masih belum berkawin tu, toksah ler stress dipanggil andartu, anak dara tua, bujang terlajak, bujang lapuk dan sebagainya malah korang lagi patut merasa bangga dari orang yg dah berkawin awal tu. Sebab apa? Sebabnya, korang ada banyak masa utk diri sendiri, boleh penuhi keinginan diri sendiri, simpan duit pergi makan sedap2, simpan duit pergi travel & sebagainya. Gila tak seronok! 
    Jodoh itu ada. Bahagia itu ada. Cuma, ia lambat tiba. Positive, smile & peaceeee yo!