SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Monday, December 30, 2013

Welcome 2014. Bye bye 2013

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai. Harini adalah hari terakhir kita berada dlm tahun 2013. Esok, kita bakal melangkah ke tahun baru 2014. Pantas sungguh masa berlalu. Bila datangnya tahun baru, secara otometiknya umur kita juga meningkat seiring peredaran tahun. Tahun depan, pftt takyah nak tahun dpan sangatlah kan..! Err esok, melangkah lah kita ke tahun baru 2014! Kalau mengikut perancangan aku, 2014 aku nak menamatkan zaman dara la gituu. Tapi, tup tup tup aku pulak bergelar pelajar.. So, plan nak kawin itu terpaksalah diinjak ke 2 @ 3 tahun lagik, yakni lepas sajor aku grad.. Haa gitu cite diaaa..hahaha.
  Bila sebut tahun baru, rata2 mula pasang azam baru kannn. Macam aku, azam aku tetap sama tetiap tahun, nak lebih berjaya dunia akhirat. Nak berhijrah dari sifat2 yg kurang baik kpd yg lebih baik. Nak lebih istiqomah dlm penghijrahan & perjalanan hidup. Nak meningkatkan jati diri ke arah menjadi seorang hamba Allah yg lebih bertaqwa, menjadi anak yg solehah kpd kedua ibu bapa, menjadi pelajar yg lebih berjaya di dlm mencari ilmu duniawi mahupun ukhrawi & menjadi seorang insan yg lebih matang & dewasa dari tahun2 seblomnya. Aminnn. Moga terlaksana hendaknya azam ini. Allahurabbii.
   Sejujurnya, tak banyak kemanisan sepanjang 2013 dlm kanvas kehidupan aku. Yang ada pun hanyalah kepahitan, kegetiran & kepayahan yg bukan sedikit aku lalui. Apatah lagi, 2013 menyaksikan dimana aku bergelar student sepenuh masa. Tercampak nun jauh daripada family & sidia, berulit dgn seribu satu assignment & buku, memerah otak menghadapi final exam & belum lagi dikira hati & perasaan dirobek robek oleh insan sekeliling yg berbaju kawan! Tapi... Syukur seribu rahmat, di balik semua kesusahan & kepayahan itu, aku melaluinya dgn penuh ketabahan! Syukur. Aku sangat berbangga dgn diri sendiri. Aku melaluinya seorang diri tanpa teman di sisi. Jerih perih serta seribu satu kepayahan itu dibalas dgn harga yg tidak ternilai oleh Allah. Siapa sangka, dibalik kedukaan itu, Allah memberi 'hadiah' yg sangat berharga. Yaa! Aku meraih dekan. Sesuatu yg bukan senang utk digapai di balik kegetiran seorang aku, tetapi ia jugak tidak mustahil utk dicapai. Alhamdulillah ya rabb! Hanya sujud syukur mampu aku lakukan tanda terima kasih kepadaNya atas hadiah ini..... :))) 

    Semoga 2014 menjanjikan kehidupan yg penuh warna warni buat aku. Semoga. Harapnya. Aku mohon ya Allah...

    Btw, semalam adalah kenangan. Hari ini adalah harapan. Esok adalah impian. Walau sesukar & sesulit mana sekalipun hidup itu, bertabahlah. Kuatlah. Harungilah dgn penuh kesabaran & ketabahan. Ingatlah, Allah senantiasa ada disisi. Mohonlah kemudahan & kesenangan daripadaNya. Betul. Hidup tidak selalunya indah. Langit tidak selalunya cerah. Tetaplah melangkah walau berjuta rintangan terpaksa kita redah. Jangan mengalah. Usah rebah. Mohonlah bersabar & bertabah. Berpegang semuanya kepada Allah. Insyaallah, hidup beroleh barakah & rahmah. Kan, sabar itu indahhh.. :)) 

    Maassalamah 2013. Ahlan wasahlan 2014. 

    
      Salam tahun baru 2014. Pahatkan 2013 sebagai kenangan. Jadikan 2014 sebagai permulaan kpd hidup yg lebih baik. Sama2 lah kita berhijrah ke arah kehidupan yg lebih diberkati olehNya. Welcome 2014. Bye bye 2013. Jaga diri hiasi peribadi. Kurangkan kontroversi. Tingkatkan prestasi (pinjam tagline melodi kejak) :-) 

Sunday, December 22, 2013

Oh Hello Kitty!

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hollaa! Oh girangnya dalam hatii..sebab hari ini cutiii (nyanyi spt irama lagu madu tiga). Ekceli, iolls skrg berada d umah niaa. Awal kemain haa cuti krismas..! Ceh macam aku pulak yg nak beraya,kan! Ehehe.. Semtara tengah ada masa nih, updet lah kejap 2,3 minit. Ngee :D
   Oh yea, engkau orang suka x dgn hello kitty? Heh kalo pempuan rasa2nya memang ramai lah jugak kan yg minat & fanatik dgn hello kitty tu, kan. Err ke ada jugak kaum lelaki yg minat dgn hello kitty ekk? Err err berjiwa romentik barangkali lelaki tersebut..hehe. Aku pulak sejak dari sekolah rendah, sejak zaman kecik cinonet dulu dah fanatik abes dgn hello kitty. Bila nampak jek hello kitty, macam nak sawan aku rasa sebab geram sgt dgn kecomelan & kekiutan hello kitty tuh! Dah ler comel, kaler pink pulak tuh! Terasa aku pon jadik comel overload kalo pakai barang hello kitty tuh. Err mohon jangan muntah kerana aku sedang masuk bakul & cuba mengangkat sendiri yeee :D apesal ekk hello kitty tuh terlampau comel? Apesal? Apesal?! 

    Arghh apesal comel sangat nii siaaa! *sawan* Pergh kalaulah aku ada kete cemni, memang doplohpat jam aku gase dok dlm kete jek! 

    Macam jilake weii kreatip nak arwah bilik cenggini! Kenapa comel sangaaattt niii! *pengsan*

    Koleksi hello kitty iolls. Comel botingkek tingkek den koba kek kau tahu! 


      Cermin pon nak comel dah kenapaaaa!! 

       Ipad cover pon haruslah hello kitty gitchuww! *over gila*

    Dalam usaha nak grab luggage comel ini. Sikit lagii..sikit lagiii! 

   Macam comel jek! Macam kiut jek! Janganlah comel sangat, pehlisss! 

     Ada  macam hello kitty tak?? *terjun perigi* 

    Haaa ini ada sikit macam hello kitty kan? Err tak jugak?? Ok fine! 

    Baiteway, hello kitty memang makluk yg comel! Kalau ada yg ckp hello kitty tu x comel, nampak sangat engkau buta seni. Ehh apa kaitan? Hahaha.. Aku nih fanatik & obses dgn kaler pink, so hello kitty dgn pink berpisah tiada katekooo! Ehh aku rasa mcm merapu jek enteri aku harini kan. Macam enteri syok sendiri pon hade. Macam gedik nak arwah pon hade! Muahaha..! K ah. Nak siap2 ni. Nak kua pegi jenjalan metar. Mana tahu terjumpa barang2 hello kitty ke, boleh ah grab sebijik dua ye dopp! Ngee. Tingkiu pd yg sudi baca enteri yg agak boring ini. Babaiiii..! :-D

Thursday, December 19, 2013

Food Lovers!

     Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hai. Taknak membebel panjang2 ah ini hari. Penat tahu, ulang alik pegi kelas, kelas asik batal, kelas takde, lec takde bla bla blaa. Tensen iolls tau! Kalau tau rope nih, bahek iolls takyah balik kampus awal2 cemni. Stay kolumpo dulu lg baguih. Kat sini, punyalah boring nak arwah katekau! Erghh! Dahtu, tak berapa nk lalu makan baqhang! Aku mikirkan hnya aku jek mcm gitu, ropenye rumate aku pon serope! Katanya makanan kt sini tak sedap! Beliaw lebih rela mentedarah megi hari2 drpd makan mkanan kat kampus! Err adatlah makanan di kantin kanzz! Err moh ler cuci mata telan ayaq liuq layan gambar2 makanan ini. Tak kisah ah engkau nak bilang aku sakit mental ke hape sbb upload gambar makanan. Den tak kisah eihh. :D

    Fuel Shack Signature Low Yat Plaza
    
   Nandos Pavillion Kl

   Wafflemeister Klcc

     Madam Lims Kitchen Aeon Maluri

    Penyet Express Daily Berjaya Times Square

     A&W Jalan TAR

   The Castle Restaurant Imbi Plaza

     The Castle Restaurant Imbi Plaza

    Oldtown White Coffee Pavillion KL

    Western Cuisine Food Republic Pavillion KL

    Plan B Midvalley Megamall

   Chakri Palace Royal Thai Cuisine KLCC

   Ok cukup2 lettew. Lapa pulak aku menengok gambar2 makanan nih semua. Nasib baik esok aku dah berambos balik kolumpo. Yeaay! Indah bhaiii..! Okes, mohon terliur. Babai... :D
   

    

    

    

Wednesday, December 11, 2013

Hiperbola Kehidupan

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hai. Uih lama sungguh tak updet blog. Punya bizi aku nih, smpai nak updet 2,3 jam pon takde masa. Cuti sem itu hari, masa aku banyak dihabiskan dgn hangout, berborak tak ingat dunia ngan mak, maklum sajor mak kan baru jek balik dari Tanah Suci, opkos ler banyak mende yg nak dikongsikan ye dok! Hehe. Dan sekarang, cuti sem aku tamatlah sudah. Maka pada ahad itu hari, kembalilah semula ke kampus utk memulakan the new sem... Terkadang, rasa mcm tak sngka jek, mcm cepat jek tetau aku dah naik sem 3. Itew bermakna, tinggal lagi 3 sem sajor bakal dihabiskan yakni berbaki lagik 2 tahun sajor masa yg tinggal utk menghabiskan saki baki diploma ini. Haihh cepatlah masa itu tiba. Cepatlah! Aku sungguh tak sabar nak mengenggam segulung diploma. Paling penting, aku tak sabar nak stay kekal dekat kolumpo tanpa perlu ulang alik balik Melaka lagi... Taknak weii taknak! :'(
   Seperti tajuk diatas, kehidupan ini memang penuh dgn warna warni. Terkadang ada rasa gembira. Ada rasa sedih. Ada rasa manis. Ada rasa pahit. Pendek kata, macam macam ada. Kehidupan ini, penuh dgn ujian. Cabaran. Dugaan. Rintangan. Onak & ranjau yg pelbagai. Kerana itulah kehidupan. Sebagai manusia di muka bumi ini, kita adalah pelakon di pentas dunia. Kisah cerita adalah plot serta sinopsisnya. Dan Allah adalah pengarahnya. Kehidupan kita, sentiasa akan melalui pelbagai fasa & ujian utk meniti arus kedewasaan. Dan ujian itu juga, adalah jentikan Allah utk menguji serta menaikkan taraf keimanan kita sbg hambaNya. Dan inilah dinamakan hiperbola kehidupan.
    Seperti juga aku. Aku melalui 2 fasa berbeza. Daripada seorang yg bekerja, aku melakukan pengorbanan besar dgn memilih utk menyambung kembali pelajaran. Dalam usia yg telah dewasa. Dalam usia yg selayaknya seorang gadis berkahwin & hidup bekeluarga, sedang aku memilih utk berjuang mencari ilmu dikalangan mereka meraka yg meningkat remaja. Engkau cuba bayangkan keadaan itu. Keadaan dimana aku terpaksa menghadapi suatu cabaran yg tidak pernah aku lalui. Boleh aku katakan, sepanjang sem 2 itu aku melaluinya dgn penuh rasa kesedihan. Penuh rasa kesusahan. Dimana aku diuji Tuhan dgn kesakitan, kegetiran & kepayahan. Aku difitnah mereka yg berbaju kawan. Aku disakiti mereka yg bergelar teman. Sedang diri ini tertanya sendiri, apakah kesalahan? Entahlah. Mungkin ini cabaran. Ini dugaan. Ini ujian. Ujian utk mengukur sejauh mana tahap ketabahan & kesabaran. Didalam menempuh jalan sewaktu perjuangan. Ya Ujian! Aku tahu itu. Kerana disebalik setiap airmata & keringat serta sejuta kepayahan & kegetiran itu, Allah memangdangku dgn penuh rasa kecintaan. Kerana aku tahu, Allah itu Maha segalanya. Allah itu maha pengasih. Allah itu maha pendengar. Allah itu maha penolong. Hanya berpaksikan doa, aku meminta secebis kekuatan. Kekuatan utk terus melangkah & melangkah sehingga ke penghujungnya. Kekuatan utk meneruskan perjuangan yg masih belum selesai. Perjalanan ini masih jauh. Tidak sesekali aku akan mengalah & berundur di pertengahan jalan. Kerana berundur dari medan perang itu adalah pengecut. Tidak. Aku bukan begitu. Aku tidak akan sesekali mengecewakan insan2 yg tetap teguh berdiri dibelakang aku. Insan2 yg begitu setia menyokong aku. Yg tanpa jemu jatuh bangun bersama aku. Ya. Untuk mereka! 
    Dan oleh sebab itu. Tatkala aku kembali ke semester 3 ini, niat aku hanya satu. Biarpun aku bersendirian. Biarpun aku tidak berteman. Biarpun aku keseorangan tnpa insan berbaju kawan. Perjuangan tetap akan diteruskan. Sehingga ke jalan penamat. Sehingga ke titik noktah. Kerana aku cukup tahu. Biarpun aku tidak berteman. Aku sentiasa ada Tuhan. Mengapa pula aku harus merasa keruan? Dan tatkala ini, biarpun baru memulakan langkah, awal lagi aku sudah diuji. Ujian yg buat aku rasa mahu jatuh. Mahu rebah. Tetapi, atas sokongan insan2 kesayangan, semangat ini kembali bangkit. Semangat ini mula naik. Untuk terus mara ke depan. Wahai hati. Kuatlah. Kuatlah demi sebuah perjuangan. Wahai perasaan. Pergilah engkau jauh2. Wahai semangat. Bangkitlah. Bangkitlah merempuh cabaran. Kerana seseungguhnya, jalan menuju kebahagiaan itu tidak akan ditaburi mawar yg harum & indah, melainkan penuh duri & onak (William Shakespeare). 
    Apapun, sejuta kesyukuran aku panjatkan kpd Tuhan. Kerana dibalik tiap ujian yg melelahkan, DIA memberi aku sebuah kejayaan. Pelik bukan? Sepanjang sem 2 yg pelbagai liku itu, tak disangka aku berjaya mendapat result cemerlang yg melayakkan aku bergelar Dekan. Ya! Sesuatu yg sangat aku inginkan bila saja menjejaki kaki ke alam kampus. Alhamdulillah. Ini hadiahnya. Hadiah setelah melalui pelbagai kepayahan & kesedihan. Lihat, Allah itu Maha Adil bukan? Subhanallah..! Hanya kesyukuran mampu aku panjatkan. Terima kasih Tuhan.

     
     
     
      Pepatah bijak pandai mengatakan, jalan menemukan kejayaan itu tidak mudah. Melainkan ia akan disertakan dgn airmata & keringat. Bertabahlah wahai hati. Hidup ini tidak terlepas dari diuji. Kerana itu tanda sayang dari Ilahi. Kerana pengakhirannya manis sekali. Percayalah. Usah terus rebah. Jangan terus pasrah. Sebaliknya teruskan usaha & melangkah. Tanpa mengalah. Yakinlah dgn janji Allah. Percayalah dgn pertolongan Allah. Kita ini hamba yg lemah. Banyakkan berserah kpd Allah. InsyaAllah, hidup dibawah lambaian barakah. Terima kasih Allah. Aku akan terus kuat keranamu. Sehingga ke titik noktah! Sehingga ke jalan penyudah! 

    

Saturday, November 16, 2013

Menyambut ketibaan hajah. Welcome back, mak...

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Salam hujung minggu semorang. Itu hari, yakni rabu 13 November mak telah selamat pulang ke Malaysia sekembalinya dari menunaikan fardhu haji. Penerbangan mak menaiki pesawat Mas selamat tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Penang. Ekceli, start ari senin abah dah suro packing baju nak balik Kedah. Masa tuh aku cam malas sikit nak balik kampung, maklum lah setau aku mak balik rabu. Pekehalnya awal lak abah nak balik kampung..! Aku nih bab2 nak balik kampung nih memang malas nau lah cite dia. Yola, kat kampung aku tuh dahler tenet lembap nak mati. Dahtu hemende pon takde. Bapak boring lah gilaa..! Yg ada sawah padi luas terbentang, err tapi time nih pun sawah tengah tak cun sebab baru lepas musim tuai padi. Erghh..! Tepuuu siaaa! 
  Ok berbalik pd cite asal, balik Kedah tuh sebab abah nak jumpa tok & bawak tok pegi Penang rumah Pakteh sebab pakteh & makteh pon akan balik dari Mekah sesama ngan mak rabu tuh. Balik Kedah 4 orang, boring2 pon terpaksa gak melaluinya dgn redoooo & pasrahhh..! Petang ari selasa tuh, demi nak hilangkan boring, aku ikut paksu, abah ngan adik2 g mengail ikan dekat sawah. Hah ilang kejak lah boring aku waktu tuh. Malam tu gerak pegi Penang. Abah cakap, dlm kul 5 cemtu dah kene ada kat airport Bayan Lepas tuh sebab mak dijangka smpai dlm wktu subuh. Pagi tuh, riuh lah rumah sebab anak2 pakteh tuh eksaited bangun awal2 nak g nyambut makpak dorang. Dalam keadaan tak cukup tido & mengantok gila tuh, aku gagahkan diri utk mandi *nasib mandi air panas*, siap mengenakan denim jubah & ready utk pegi menyambut mak. Maka seblom subuh itu, 4 bijik kete meredah keheningan pagi menuju ke airport demi utk menyambut bakal haji & hajah. 

    Pukul 5 pagi dah terpacak dekat airport Bayan Lepas dgn mata yg sangat panda sebab tak cukup tido, perut yg lapa, hidung yg berair sebab selsema, kepala yg berdenyut... Complete package! 

    Tengah feeling kekonon macam seorang hajah yg baru pulang dari Tanah Suci laa gitchuww

    Laju2 snap gambar selepas ketibaan mak. Nampak tak betapa rakusnya nak bergambar?? 

    Kat Airport time tuh memang ramai umat2 yg turut menanti kepulangan insan2 tersayang dari Mekah. Senanya dlm waktu subuh camtu, pengumuman ketibaan yg membawak jemaah2 nih dah sampai, tapi para jemaah nih keluar dari balai ketibaan sekitar pukul 8 lebih cemtu atas urusan2 yg tak diketahui nape. Bila nampak jek muka insan dirindui, maka terlepas sudah kerinduan yg membusung didada. Berpelukan diiringi tangisan kesyukuran kerana insan kesayangan pulang dgn selamatnya... Syukur alhamdulillah...! 
    Btw, welcome back to Malaysia, mak... Ahlan wasahlan ya hajjah.. Kegumbiraan jelas terpancar dari wajah  para jemaah yg telah selamat menunaikan ibadah haji. Semoga suatu waktu nanti, aku jugak bakal mengikut jejak mereka2 yg telah sampai ke Tanah Suci. Semoga suatu waktu nanti, Allah bakal menjemputku utk ke rumahNya...insya Allah...:))

    

Saturday, November 9, 2013

Menternak Lemak - Dinner at Chakri Palace Royal Thai Cuisine

     Salam & Hye
    Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Selamat berhujung minggu semorang. Apa je plan cuti2 engko orang? Selalunya lahkan, ari sabtuday cenggini, musti ramai yg hamik peluang hangout & berjimba besama kekasih hati, kengkawan & family terchenta,ye dokk?. Ke ada gak yg kua sensorang tanpa ditemani orang tersayang?? Err kalo ada yg cenggitu, memang lah kau orang berhati tegar. Sanggup kua sensorang demi nak menghiburkan ati & menghilangkan keboringan melepak di rumah. Kalau akulah, memang takklah kan nak kua sensorang tanpa ada hala tuju, melainkan kalo nak carik barang yg sesangat penting. Kalo takde partner, aku lebih rela menghilangkan boring dgn menido..Yeah, ini betul nikmat senikmat nikmatnya, gila..! :D
   Orait, bg yg dok area2 kolumpo & putrajaya tuh, apekata spent time singgah kejap utk menjamu selera, atau dalam erti kata yg lagik best, - menternak lemak di sebuah restoran mewah berkonsepkan Thailand @ siamese - Chakri Palace Royal Thai Cuisine. Penah denga tak, penah denga tak?? Macam tak aje..macam tak aje..Hehe.. Oke let me story yaw..
   Okes, Chakri Palace Royal Thai Cuisine nih adalah sebuah restoran mewah yg menyediakan hidangan & masakan Thai. Chakri Palace mempunyai 3 lokasi, iaitu kat KLCC, Pavillion KL & Alamanda Putrajaya. Konsep & dekorasi dalam Chakri Palace nih memang sangatlah ohsem. Menggunakan dekorasi unik seni ukiran dari negara Thai, dengan penggunaan cahaya samar2 yg mampu membangkitkan suasana romantika d amour gitchuww! Para pelayan di Chakri Palace pula mengenakan kebaya songket & begitu mesra & ramah melayan pelanggan. Dan apa yg boleh aku katakan, sepanjang aku penah makan walau dekat mana2 sekalipun, di Chakri Palace adalah yg paling besttt in da world..! Best sebab servisnya tiptop. Best sebab makanan yg disajikan memang betul2 sedap tak hingat dunia. Best sebab suasana & dekorasi yg mendamaikan. Pendek kata, memang best gila ah baq hang..! 

   Chakri Palace di Suria Klcc.. Sawadikaapp..! *err perkataan ni jelah yg aku paham pon* :D

   First kita masuk tuh, memang telinga kita akan disajikan dgn pekataan 'Sawadikap' oleh sume pelayan & staf2 restoren termasuk manager dia sekali. Yela dah name pun restoran thai,ye dokk. Takkan pulak nak wish Ahlan Wasahlan,kan...! :D

   Susun atur meja yg membangkitkan ekslusif & bercitarasa mewah. Feeling2 dinner dekat hotel laa cenggitu...Hikhik 

   Menu di Chakri Palace. Nasib dia tak tulis bahse siam, kalo tak ada aku google translate kang haaa! 

   Dekorasi & konsep dalam Chakri Palace yg sgt ohsem & amazing! Sumpah aku rasa mcm dekat siam haaa.. Terimbau balik kenangan holiday dkt Thailand dgn family seploh tahun yg lampau...! 

   Nih antara menu dinner aku besama kekasih *skemalah pulak* err besama momot mlm semalam. -> Tomyam campur pedas, kailan goreng, sambal udang petai & itik panggang yg sedap nak arwah..! Err means sedap nak mati..! Nilah 1st time aku makan itik sepanjang aku hidup atas muka bumi..! Ya Allah, kenapa sadis sgt???? :D *err ekceli nama2 menu nih dlm bahasa inggeris, aku lupa apa die tulis, so pepandai jela aku trnslate dlm malay language* 
  
     Aku sajikan sereba sedikit antara menu yg ada dekat Chakri Palace yg aku rembat dari google.








    Dan...the last one yg wajib ditempek dalam belog nih adelah..........! 
   
    Tadaaa..! After dinner. 
    Jelas terpancar riak kegumbiraan di wajah & kebuncitan di perut selepas je menikmati hidangan yg mabeles di Chakri Palace. Err aku cuba mencover kebuncitan perut dgn Ipad & Cardigan. Momot siap tapau bawak balikkk haaa..! Opsss :D

   Baiteway, pagi penggemar2 makanan Thai, moh ler datang & try sendirik setiap hidangan yg disajikan dekat sini. Dijamin engko orang xkan rugi punya, & sure berpuas ati dgn layanan & hidangan dekat sini. Aku adalah penggemar & addick gila dgn makanan thai, lagik2 seafood. So far, aku sangatlah berpuas hati dgn hidangan dkt Chakri Palace. Jgn risau, restoran nih ditanggung halal. Memang ramai org melayu & islam yg makan dekat sini. Soal harga, pada aku memanglah mahal. Sebab aku yg makan berdua pon regenye makkk aihhh gilaa ahhh..! Tapi x salahkan, kalo sesekali nk try. Nak lagi best kalo kita pegi dgn family & org tersayang, memang kita tak rasa keMAHALan harganya. Elee pe salahnya sesekali try makanan mahal2 nih.. Untuk perut sendiri,kaaaannn..
  Apepon, sekalung time taceh utk pemomot sebab bawak iolls dinner dekat sini. Time taceh 4 da sweet suprise. Time taceh sbb makin membuatkan iolls mengumpul lemak. Time taceh sbb belanja, opsss..! Err tingkiu jugak utk staf2 Chakri Palace yg peramah & mesra alam. Time tacih sebab ChakriMy follow iolls dekat instagram & tuiter. Utk staf filifinos tuh, Salaamatt yaa (Time kasih) *aku taktau time kasih dlm bahse siam*.. oke bai :))
   

   

Wednesday, October 30, 2013

Kerana diriku begitu berharga :)))

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Hai..Lama rasanya tak updet blog. Nak wat acaner, bizi bortingkek-tingkek katekau! Memang taklah kan time2 ngah bergelut dgn segala macam nota utk sepanjang minggu final exam aku nak updet blog kan..Uihh tak jadik keje kalo aku dah mengadap blog niaa..Now, final dah habis & cuti sem pun bermula. Ada banyak gila masa yg terluang, so mengupdet blog lah kitak! :P 
   Waktu cuti2 cenggini, aku banyak fokus buat keje2 rumah memandangkan mak pun tak balik lagi dari Mekah. So semua keje2 kat rumah nih iolls lah yg buat..Settle keje2 rumah, barulah masa utk diri sendirik, means masa utk memanjakan diri. Waktu2 cuti ginilah, banyak masa bleh fokus dekat diri sendiri sbb wktu ada kelas tuh rasa cam terkejar2 pon hade nak manjakan diri nih..hewhew
   Memanjakan diri tuh adalah memfokus penjagaan dari hujung rambut smpai ke hujung kaki, ala2 jaga kecantikan laa gitchuw! Wat masa nih nak pegi spa ke salon ke bagai takde kesempatan lagik, so buat mende2 nih kat rumah jela..Btw, semua pempuan sukakan kecantikan, bukan? Hatta seorang pondan juga menitikberatkan soal kecantikan luar dalam, inikan kita yg memang dilahirkan sejati sebagai makhluk bernama pempuan ini..Sebagai sorang pempuan yg bleh dikategorikan sbg pertengahan remaja, adalah sgt fenting utk iolls menitikberatkan ttg penjagaan kesihatan & kecantikan. So, iolls nak share sikit produk2 yg iolls guna luar dalam utk cantik,molek,comey & sihat...lets cekidauttt..! 

       Motip letak gambar sendiri?? Eh aku kan tuan belog nih, opkos ler kan tempek muka sendirik takkan nak tempek muka jiran seblah rumah pulak kan...! Ecehh gurau jek...Senanya motip gambar diatas adalah tiada motip papepun! *natang sungguh*

    Dgn tiada rasa malunya, aku dgn ini mengaku, aku bukanlah remaja yg muda belia budak2 sekolah ke hape. Aku sudah di pertengahan remaja, yakni tahun depan aku jika masih diberi kesempatan hidup & bernafas di muka bumi Allah yg fana ini, aku bakal menginjak ke usia doplohtujuhtahun atau twenty seven years old yah! Hape kau kata? Dah tua? Kau jangaann! Tua2 ni sensitip siot! Err Rozita Che Wan lagi tuaa dari aku weii..Eh dah kenapa?! Tapi dek sebabkan aku nih umat yg kurang ketinggian & kurang lemak di badan (keding), maka aku kelihatannya spt budak2 sekolah yg belum baligh! Ehhh bukan2! Err budak2 sekolah yg baru lepas amik exam PMR..! Gempak tak cite aku? Setuju laa setuju laa supaya aku tak perasan sendirik! :D Tau x selain dari fizikal yg kocik & pendek, aku salu disalah tafsir sbb pangai yg x bape nk matang..Contohnya mcm gambar kat atas nun..Ade pulak dah tua2 sibuk duk main patung! Patut dah umur2 cenggitu main dgn anak sendirik, bukan anak patung! Nmpak x betapa tak matangnya aku disitu..wakakakk! :D
    Rahsia utk kekal muda belia & comel spt tuan belog ini *sediakan baldi sebanyak mungkin utk muntah*, adalah dgn mengamalkan pengambilan suplemen & produk kecantikan & kesihatan luar & dalam. Mari tatap gambar dibawah apa natang yg aku guna tuh semua utk nmpak comel (buat muka spt patung line diatas) :

   ESP by Shaklee.. Susu nih bukan sebarang susu. Susu ESP nih adalah susu yg sgt bermanfaat utk kesihatan & kecantikan. ESP bukan hanya khusus utk pempuan, malahan utk lelaki, (pondan x dikenalpasti), tnpa mengira tua @ muda, berkahwin @ belum, pregnant @ tidak, kaya @ miskin (ini takde kena mengena lah sengaall..!) Info lanjut : boleh google @ tunggu aku updet next entry pon bolee 

    Brands Innershine Berry Essence.. Aku pengguna tegar Brands sejak dari mula2 produk nih kuar dekat pasaran. Sbg sorang yg rabun, maka aku memang menitik beratkan penjagaan mata, sebab mata adalah pancaindera yg sgt penting dlm kehidupan. Setelah mengguna selama beberapa tahun, memang ada lah kesan yg membanggakan aku sbb kadar kerabunan aku statik, yakni power aku takde lah naik. Paling best, bijik mata aku bersinar2 shine like a diamond gitchuw! Bola mata putih pun nampak dia punya putih tu bersinar2 keputihan, bukan kekuningan @ kemerahan! Walaupun berry essence nih fokus utk penjagaan mata, tp secara x langsung jugak ia berfungsi membekalkan vitamin utk kulit sbb pelbagai vitamin yg ada dlm rumusan brands nih...

     Testimoni pengguna Brands Innershine Berry Essence iaitu tuan blog ini sendirik...No lens, no editing, nofilter! 

   VCO Catalyst : Virgin Coconut Oil @ minyak kelapa dara nih jugak mpunyai byk kelebihan & manfaat bukan saja utk kecantikan malah utk kesihatan tubuh badan. Antara kelebihan VCO ni adelah mengurangkan kadar kolestrol, mengawal kencing manis, mengelakkan risiko kanser, tubuh lebih tahan serangan penyakit & byk lagi.. Info : sila google @ tunggu aku updet next entry 

   Scott's Emulsion : Jangan kau hengat scotts emulsions nih hanya utk bebudak jek tau! Org dewasa pon boleh oke! Scotts Emulsions nih mengandungi minyak ikan kod, kalsium & jus oren utk membina ketahanan terhadap penyakit & menolong pertumbuhan tulang & gigi yg kuat. Ia diperkaya dgn vitamin A,D, kalsium hipofosfit, kasium sorbat. Vitamin C sgt penting bkn je utk kesihatan malah utk kecantikan kulit.

    Glucolin Glucose : Kalau utk kesihatan, aku amalkan minum mende nih utk kasik tenaga even aku x sempat nak makan pagi2 before pegi kelas. Almaklum sajor aku nih memang budak yg berpenyakit sejak dari kecik, so mende2 yg kasik antibodi jadik kuat & kental wajib lah aku minum iyee dopp! 

    Dan, tetiap bulan aku wajib menghadirkan diri ke klinik pakar kulit utk sesi rawatan. Oleh sebab pimples aku sangat teruk 2 tahun kebelakangan nih, maka aku terpksa utk pegi sesi rawatan nih. Err sesi rawatan nih mcm ala2 New York Skin Care gitchuww! Oii kau nampak jek botol ubat tuh cam bodoh2 jek tapi tiap kali sesi harga dia memang bapak mahal kau tahu! Bayangkan dlm sebulan tiap kli sesi aku pegi kene bayar dlm RM 4 rats okeh! Ketor2 tangan awok nak bayor tahu! 

    Utk kulit muka, aku hanya menggunakan scrub muka Floral Mask by Dian Pixy.. Scrub nih sgt best sbb lain drpd yg lain, sebabnya scrub nih kaler purple gitu. Scrub nih berfungsi utk menanggalkan white & black head, menegangkan kulit, memudarkan parut jerawat, mengecilkan liang pori & menganjalkan kulit. Scrub nih sgt pemes okeh! 

    Hai..saya adalah testimoni yg telah berjaya mendapatkan kembali kulit saya sama macam waktu sekolah2 dulu. Masa sekolah saya langsung takde jerawat sbb saya mempunyai kulit jenis kering. Tapi entah kenapa mulai penghujung tahun 2011, tetibe kulit saya menjadi berminyak & timbullah musuh utama wanita iaitu jerawat! Bencinya saya....! Tp saya bersabar & berusaha utk kembali mcm dulu, dan syukur...saya telah berjaya..anda bila lagii?? (Baca spt iklan London weight management tv3) 

        Kini saya lebih yakin utk melangkah tanpa merendah diri even saya dah memang rendah..Ehh err saya rasa gumbira sbb jerawat saya dah tak seteruk dulu. Saya bersyukur sbb dah dapat kulit mcm saya muda2 dulu even saya bukanlah tua manapun..Err tu aje. Jangan menyampah dgn testimoni ini. Ini kisah benar. Tiada yg benar melainkan yg benar2 belaka...! 

   Dan nasib baik boypreng saya bukan jenis yg mengutuk menganjing melembu saya waktu saya banyak jerawat tuh, malah beliau ini tetap teguh dibelakang saya memberi kata2 semangat even beliau ini haram nak kisah psl saya ada jerawat @ x, cantik @ x sebab beliau berkata beliau menerima saya seadanya. Tp sebagai pempuan, saya yg gedik sgt nak cantik! (adatlah tu).. Dan dlm apa jua yg kita nk buat, kata2 pendorong itu penting sbb kalau dpt kata2 yg menjahanamkan tuh, otometik kita pun rasa nk down terjun perigi..(err bukan aku) 

P/S : Cantik itu subjektif. Bg aku, bukan cantik fokus utama tp kesihatan adalah yg terpenting lagi2 bila kita semakin meningkat umur. Btw, cantik luaran saja tak berguna jika tak disertakan sekali dgn cantik dalaman, bukan? Apapun, kerana diriku begitu berharga...:))