SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Saturday, December 31, 2016

Selamat Datang ; Dua Kosong Satu Tujuh

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita bakal melangkah ke tahun baru dua kosong satu tujuh. MashaAllah sungguh pantas masa berlalu. Tak sangka dah nak melangkah ke tahun baru, fasa baru. Bila sebut je tahun baru, semua dok kalut nak pasang azam baru. Nasib baiklah manusia hanya kalut nak pasang azam baru je. Dibuatnya manusia ni semua kalut nak tukar semua baru, haaa tu lagi haru. Misal kata, nak tukar perabot baru, kereta baru ataupun bini dan suami baru! Oii bahaya engkooo! Uihh mintak simpang..! Silapnya kita ni *termasuk diri aku sendiri*, adalah kita ni berlumba lumba nak pasang azam baru sedangkan ada diantara azam tetahun lepaspun tak terlaksana lagi, tapi tak pulak kita berlumba lumba nak pasang nawaitu baru. Nawaitu tu adalah niat. Niat tu lebih kurang gak macam azam, cuma niat ni adalah kesungguhan yg tertanam dalam hati kita, seperti contoh, pasang niat nak menjadi hamba Allah yg lebih soleh dan solehah yg jauh lebih baik dari tahun2 sebelumnya, nak menutup aurat dgn sempurna, nak berhijrah daripada perkara2 tak baik kepada perkara2 yg baik. Haaa gitulah. Ustazah bukan main dah sejak2 dah nak masuk three series ni :D
   Bagi aku pulak, tahun baru tetap sama macam tahun2 selepasnya tiap kali nak masuk tahun baru. Err paham tak apa aku maksudkan ni? Hahahaa tak camni, bagi aku lah, nak melangkah tahun baru 2017 ni sama gak macam masa nak melangkah ke 2016, tahun 2015 pulak sama macam masa nak melangkah ke 2016. Arghhh apa aku berbelit niii..! Ok la kesimpulannya, bagi aku tetiap tahun sama je takde perubahan. Apa yg berubah adalah setiap tahun umur kita makin meningkat, kita makin tua, dugaan dan ujian hidup atas dunia ni makin banyak dan apa yg paling utama kita semakin dekat dgn kematian! Dah kenapa cakap pasal mati pulak ni weiii?? Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya mati itu pasti, ajal makin dekat maka beringatlah... *layak dah ni nak masuk program daie pendakwah nusantara tahun depan!* :)
   Bercakap pasal azam tahun baru pulak, aku antara sejenis manusia yg tak sibuk nak pasang azam itu ini. Cukuplah sekadar aku berniat nak mencapai apa2 yg aku nak, pasang impian sebagai contoh. Misalnya, masa aku studi, niat aku nk cepat habiskan studi, nak kerja, nak bayar hutang ptptn, nak bantu makpak, nak bina kerjaya, nak pergi travel..! Semasa nak masuk 2016, dari awal tahun 2015 lagi aku dah berniat nak simpan duit utk pergi travel dan impian tu dah pun terlaksana bilamana bulan march tuari aku dah g ke Jakarta Bandung! Even hanya ke Jakarta dan bukannya Korea apatah lagi Amerika, tetapi aku bersyukur sbb bukan senang nak g travel dlm keadaan ekonomi Malaysia yg tak berapa nak 'cantek' ni. Aku harap, one day aku dapat menjejakkan kaki ke kota Mekah pulak bila dah cukup fulusss dan ilmu agama nanti. Mudah mudahan, aminn. 
   Kalau orang tanya, umur dah nak masuk three series, takde impian nak kawen keeeww? Huiiiiii soalan engkooooo senahhh! Kalah melodi, nyahh! Gilaa ko taknak kawen! Mestilah nak! Ongila je yg takde rasa nak kawen woiii.. Hmm tapi tula, nak kata tak ready nak kawen, rasanya macam 78% dah ready. Nak kata takut nak kawen, hmm ada la sikit. Nak kata taknak kawen tu, nipu nau engkooo ni. Kan aku dah kata aku nak kawenlah, sengal..! Hahahhaha saja wat havoc..! Apa yg boleh aku cakap, aku serahkan semuanya kpd Allah SWT kerana Dia lagi maha tahu. Kita merancang, Dia yg menentukan. Jodoh, rezeki, ajal dan maut tu di tangan Tuhan. Ada jodoh, kawenlah i...ade rupa retiss jawab soklan panas melodi tak! Puihh tak abis2 dgn melodi ko niii :D Doa2 kanlah ye, mana tahu tak kawen sekarang barangkali tahun 2018, 2019 ataupun 2020 baru kawen! Apaa??? Ko nak kata aku dah tua? Dah kerepot? Dah turun saham? Kisah pulokkk aku kan.. Relakss ah, tak mati pun tak kawen. Ko tengok ratu rock, Ella tu umor patploh baru kawen. Tu, Nasha Aziz tu cun melecun pon tak kawen lagi. Tu, Che Ta tu dah tua baru kawen kali ke-2, dapat laki muda belia lagi. Ko hadeee? Ahahhaha apa aku merepek niii syeiton! Banyak pengaruh melodi nii.

    Suka duka pahit manis masam kelat masin tawar dua kosong satu enam! 

    Harapan aku, semoga tahun baru ini, aku akan mengalami anjakan paradigma dari segi kesihatan yakni dikurniakan kesihatan tubuh badan yg baik dan sihat sebab 2016 asyik sakit je, pastu banyak duit abih g klinik jumpa dokter hamik ubat bagai. Ubat2 sekarang dah lah mahal nak mampuihh. Baik aku rebus herba jelaaa takpun minum pamoga! Untung2 sihat gebu seperti datok vida atau kak mah bini najib tu! Dan lagi, moga aku terus diberi kejayaan dari segi kerjaya, ini adalah kerana sepanjang 2016 aku asyik bertukar kerja! Banyak kerja yg cam hampeh. Susah woii dapat kerja skg! Patut tak aku masuk mentor dan jadi retiss?? Ehh apa lak mentor! Katanya nak masuk daie! Ok abaikan. Dan lagi, moga aku dapat kumpul dan simpan duit bebanyak utk pergi travel lagi, pergi umrah (paling nak), teruskan kelangsungan membayar hutang ptptn kan hadooo, bukak bisnes dan simpanan utk hari kematian...err err nak mati sekarang pun pakai duit weyyy ko gelak hape? Dan lagi, moga aku terus dikasi kekuatan, kekentalan, kecekalan, kesabaran dan ketabahan yg bukan sedikit utk terus kuat menempuh hidup yg penuh pancaroba ini. Paling utama, semoga aku tidak cepat sentap, terluka, kecewa dan jatuh kerana manusia sebab 2016 adalah tahun paling 'sakit' aku rasakan kerana tersangat banyak airmata yg jatuh angkara manusia. Ditikam, dipijak, dihenyak cuma tak dibunuh je sebab kalo dibunuh dah tentu aku dah arwah dan siapalah nak menaip belog ini, kan? Sakit tu, lebih sakit daripada kena cakar ngan kucen aku wehh! Tak berdarah tapi tersayat. Alaaa bahasa mudahnya, biarpun lukanya tak nampak darah tetapi dihati Allah saja maha mengetahui. Paham?
    Semoga tahun dua kosong satu tujuh ini seiring dgn peningkatan umur ku yg dah three series, aku menjadi manusia yg ada gunanya di mata Allah, Rasul, family, bos, kawan2, jiran tetangga dan manusia sejagat. Semoga dua kosong satu tujuh memberi harapan dan sinar baru buat hati yg selalu dilukai ini. Semoga dua kosong satu tujuh ini tidak mengulang sejarah dua kosong satu enam yg celaka. 

    
    Tuhan ;
    Anugerahi aku kesabaran, ketabahan dan kekuatan.
    Untuk aku teruskan perjalanan.
    Dalam meniti arus kehidupan.
    Tuhan ;
    Jadikanlah aku hamba yg penuh ketaatan.
    Jauhilah aku dari kesesatan,
    Kealpaan dan kelalaian dalam pancaroba keduniaan!
    Tuhan ;
    Aku ini selemah lemah insan.
    Sering jatuh dan rebah dalam ujian.
    Yang engkau hamparkan.
    Tuhan ;
    Aku ini selemah lemah insan.
    Kalah dalam godaan.
    Hanyut dalam senda gurau dan permainan
    Keduniaan!
    Kurniakan aku, Tuhan.
    Kurniakan aku semangat dan kekuatan.
    Untuk teruskan langkahan.
    Selagi nyawa dikandung badan.
    Izinkan aku, Tuhan.
    Untuk terus bertahan.
    Sehingga ajal dan maut memisahkan.
    Sampai aku dipanggil menemuimu,Tuhan~~

    -Aimieynism- 

     Salam dua kosong satu tujuh, sekalian penduduk bumi. Salam tahun baru. Happy new year! Tingkatkan prestasi, jauhi dengki mendengki dan berusahalah seperti esok anda akan mati (tagline melodi diubah ala2 daie) ok, bye. :)))