SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Tuesday, March 13, 2018

Short Vacay : Langkawi Trip part 2

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da’ House

  Seperti yg dijanjikan, kita sambung part 2 pulak. Seawal pagi yg hening, Yong bertindak selaku ketua mengejutkan sekor2 bangun dari tido. Serupa mak2 mengejutkan anak2 bangun subuh dan bangun pergi sekolah je lagak gayanya. Aku antara manusia paling last bangun. Sengaja aku bagi turn kat dorang mandi dulu memandangkan Yong nak kejar subuh, Wawa nak memperuntukkan lbih kurang sejam utk mengadap cermin utk mekap dan Zira utk iron baju utk pagi tu. Aku jenis yg bersiap cepat maka aku paling last. Setelah bersiap, kitorang keluar dari homestay utk pergi breakfast dekat sekitar kawasan Kedawang tu. 

   

Selfie pertama utk pagi di hari yg kedua...nyiahahaha

  

Santapan pagi itu adalah nasik lemak telur mata beserta sambal sotong dan air suam. Padu jugak nasik lemak makcik ni. Tapi sebabkan takut perut buat hal maka aku makan sikit je lahh

 Setelah bersarapan ala kadar, kitorang teruskan perjalanan. Kitorang singgah lu isi minyak sebelum menuju ke destinasi pertama iaitu ke Skycab Langkawi ataupun kereta kabel Langkawi. Tak ngam lah kalau dah ke Langkawi tu tak jejak ke sini ye dopp. Zira antara manusia yg beria taknak naik cable car ni. Yong & Wawa pulak nak sangat naik. Aku pulak jenis tak kisah sebab dah banyak kali naik cable car ni, yelah kampung aku kan dekat Kedah so bila ke Langkawi memang p sini lah cite dia. Cuaca memang panas namateyyy. Lecak dah tiak aku rasa. Nasib kitorang baik sebab tak terlalu ramai manusia memandangkan masih awal masa tu. Dan tak lama pastu tetau je kitorang berempat dah ada dalam cable car tu sambil bergambar tak ingat duniaaa...

  

Muka yg penuh cahaya keimanan tu Wawa, tengah2 yg duduk mengepit tu Yong dan yg selamber badak berdiri kononnya yg paling tanak naik cable car ni, Zira. Konon takut sekali dh sampai atas kemain berdiri ko haaa! 

  

Korang pecaya tak dulu aku ni adalah manusia yg fobia dgn ketinggian. Sekarang, aku dah langsung tak takut dgn ketinggian sebabtu lek2 je aku boleh duduk santai camtu sambil menikmati panorama alam ciptaan Ilahi yg sungguh cantikk. Subhanallahhhhh

  Kitorang turun di stesen pertama untuk pergi Sky Bridge. Cuaca ko jangan cakaplah memang panas berdengkang! Serupa ada matahari sejengkal atas kepala wehh. Tapi walaupun panas, demi nak menikmati keindahan dari atas gunung Mat Cincang maka digagahi jugak... Takpelah, anggap saja sedang praktis berjalan di Titian Siratul Mustakim..huhu

  

Tudiaa cantikk sungguh view belakang tu.. err yg tengah posing kat depan tu pun cantikkkk err err err

 

Minah salleh kat situ menjadik mangsa kitorang suruh snap kan gambar...kehkeh

 

Dari kiri : Wawa, Yong, aku n Zira kaktus! 

 Ekceli ada perkara lucu sebenarnya masa kt sky bridge ni. Zira ni yg pada mulanya paling taknak naik, dia pulak yg berani tak semena mena. Yong pulak manusia yg paling eksaited nak naik, berubah menjadi manusia yg maha penakut tatkala kakinya mencecah lantai sky bridge tu. Sumpah lawak aku tengok dia menggigil terketar ketar nak melangkah. Gila ko sape tak seram doh tinggi hanat jambatan tu. Kalau ko usha ke bawah memang ko rasa gerun gila. Tapi view dia, sumpah cakap memang cantikk gila. Ko boleh nampak bukit batu kapur, kehijauan flora dan kebiraun langit. Subhanallah tak tergambar dgn kata2 tentang lukisan alam ciptaan Allah. 

 

Kebiruan langit dan laut yg sungguh memukau, seperti aku terpukau melihat mat saleh mata biru yg ramai dekat situ omnomnom

 

Kata pujangga, jika sedang gelisah dan berduka cita, maka pandanglah langit dan laut. Ia bisa menenangkan hati yg bergelora..cewahhhh 

  

Umpama dalam sekeping poskad hakikatnya ia adalah sebuah realiti yg terbentang di depan mata. Maha cantikk dan indah ciptaanNya.

  Kendian kitorang meneruskan pendakian ke puncak gunung mat cincang, yakni stesen terakhir skycab. Orang makin ramai berpusu2nak naik ke atas. Kat sini dh boleh hidu memacam bau. Bau ketiak paling ketaraaaa wehhhhh masyiaammmmm! 

  
View Sky Bridge. Bila aku tengok gini baru aku rasa seriau namateyyy! Masa jalan kat situ rasa leklek cool2 je! 

  
Subhanallah saujana hijau mata memandang!! 

 Kitorang sempat turun utk berjalan kaki dekat hutan simpan kat situ. Lupa pulak dah apa nama hutan tu. Turun menggunakan anak tangga utk menikmati kicauan unggas, flora dan fauna serta desiran angin sepoi2 bahasa. Masa nak naik balik tu memang penat. Nak tercabut rasa tulang2 yg ada dekat badan. Nampak sangatla dah tua memasing! 

  
Kepelbagaian flora yg mendamaikan

  Setelah menikmati pemandangan dekat atas tu, kitorang decide utk turun semula. Perut pun dah lapar macam takleh bagi kerjasama dah. So masa nk turun lagi sekali memasing tak lepaskan peluang menangkap seberapa banyak gambar view2 yg cantikks tu walaupun masa nk turun ketor lutut berderau darah rasa nak tercabut jantung wehhhhh

  

View dari dalam cable car. Demi inginkan kualiti gambar yg superb terpaksa lah aku berdiri walaupun dalam hati nak mampus dia punya cuakkkk

 
Air terjun di sebalik gunung. Tetengah panas berapi ni kalau dapat berendam dalam kesejukan air terjun alangkah damainyaaaaa rasaaa!

 Selepas selamat turun, kitorang sempat menyinggah dekat Muzium 3D Art kat bawah tu sebabnya ia dah termasuk sekali dlm pakej hrga Sky Cab. Boleh tahan best jugak masuk kat situ sebab banyak lukisan 3D yg unik2 dan apalagiiiii bergambar jelah cite diaaa!!!

 

  

  
Bukan nak cakap apa lah kan. Susah jadik pemes ni, semua berebut nak snap gambar iollssss wahhhh giteww

   
Beratus ratus gambar, entah kenapa aku paling suka gambar ni. So sweettttt. Harap satu waktu nanti dapat berLOVE dgn suami pulak kat sini erkk krik krikkk

  
Untuk benda ni je perabis nak dekat RM80. Melayangg duit aku..! Tapi sebabkan aku nak buat kenangan, maka aku gagahkan jugak utk beli.

  Lepas habis menjelajah sekitar muzium 3D art tu, kitorang decide utk keluar. Tapi apa yg melucukan, kitorang pusing punya pusing berkali2 nak carik pintu keluar tak jumpa2. Tak tahulah sesat ke hape. Naik baran jugak rasa boleh sesat kat dalam muzium yg taklah terlalu besar pun. Lepas jumpa je pintu keluar, terus pergi ke kereta dan memecut menuju ke warung Nasi Dagang Pak Malau yg cukup pemes di Langkawi. 

  
Welcome to Nasi Dagang Pak Malau!

   
Makan laaa tunggu hape lagiii ye dopp

   
View sawah bendang di belakang warung Pak Malau. Kedamaian yg tak bisa diungkapkan dgn kata2.

   Selepas menternak lemak dan menunggu Yong menunaikan fardhu Zuhur (yg lain semua keuzuran :D), kitorang meneruskan perjalanan ke Kompleks Hj Ismail Group (HIG) utk memborong coklat. Tak sah kalau p Langkawi tak memborong coklat. Kat HIG ni diumpamakan syurgaa coklat bagi pengemar coklat sebab kat sini segala tok nenek coklat pelbagai jenama dgn harga yg murah ada kat sini, tinggal ko sediakan duit jelaa. Sesampai je kat HIG memasing bawak haluan sendiri sebab nk fokus beli coklat yg telah dikirim oleh kengkawan. Aku beli utk diri sendiri je. Tak koserr mak nak beli utk orang buat berat beg aku je nak angkut balikk satgi nyiahahha. 

Berpinar mata tengok lambakan coklat camgini. Gila tak sawan dohh kalau boleh semua aku nak borong!

  
Hasil tangkapan. Tak silap aku utk coklat je aku perabis dekat RM250! Emanggg dasarrr looo!

  
  Tunggu Yong datang bawak kete sempatlah aku mempoyo kejap depan tu acah2 usahawan coklat!

   Selepas HIG, kitorang singgah dekat kedai gamat. Tak ingat pulak apa nama kedai tu. Tak silap aku kedai tu area Pekan Kuah. Wawa, Yong n Zira gigih carik minyak gamat. Aku tak beli pun sebab minyak gamat berlambak kat umah. Aku masuk situ cuma beli bedak sejuk gamat 2 botol. Jadilaahhnakk daripada x membeli langsung. Dan destinasi seterusnya kitorang singgah nak bergambar dekat tepi pantai ni. Pantai ni pun aku tak ingat nama apa. Yg pasti aku tak nampak pulak orang mandi kat pantai tu. 

   
Cuaca masa ni dah mula mendung macam nak ujan

   
Merenung ke kaki langit yg mendung.....

   Temgah dok syiok2 berselfie memasing tu, rintik hujan dah turun. Tak kasi can beteiii. Baru nak acah2 photoshoot ala2 model pantai, ujan pulak. Maka berlari la masuk kete. Kitorang dah takde hala tuju masa ni. Sebab ikut perancangan nak p Tasik Dayang Bunting, tp tak kesampaian sebab kata Zira, speedboat yg nak p Dayang Bunting tu dah jalan p sana dan tu last perjalanan speedbaoat tu memandangkan hari dah petang. Dalam situasi ni, Yong manusia yg terpaling kuciwa sbb dia nak sangat p tasik tu. Konon katanya dia nak sangat merasa naik speedboat. Tapi apakan daya, speedboat tu dah tinggalkan kita. Maka berhuhu sajalah sambil berdayang senandung dalam kete wakakakkaka. Acesebenarnya banyak gak lagi destinasi yg kitorang nak g tapi tak kesampaian antaranya Rumah Terbalik, Makam Mahsuri, Telaga Tujuh, Beras Terbakar tapi tulaahh masa tu memanglah tak cukup. Lepas pusing2 dalam kete, kitorang singgah lagi sekali kat Pantai Chenang. Nak tengok sunset lagi sambil meyinggah dekat area pasar malam chenang tu. Sempat gak lah menternak lemak dekat gerai tepi pantai tu pekena nasik, cendol ngan Starbucks! Tak, aku sekor je pekena Starbucks. Dorang yg lain pekena cendol. Kihkih
    Nak dekat maghrib tu lepas jenjalan dan nengok sunset, kitorang naik kete utk balik homestay. Balik mandi la wehhh seharian keluar punyalah melecak rasanya. Lepas mandi kang nak kua balik p jenjalan pasar malam area Kedawang. So lepas mandi, solat dan bersiap ala kadar, kitorang kuar balik utk pergi pasar malam area Kedawang sekaligus menyinggah ke Dataran Lang, simbol atau mercu tanda Pulau Langkawi. Kat pasar malam Kedawang tu sempat gaklah beli makanan. Dorang beli sate ikan, air dgn kuew teow. 

   

   

   
 Dibawah cahaya bulan menikmati view malam di sekitar Dataran Lang. 

   Zira, Wawa n Yong memasing leka berselfie. Lantaklah dorang. Aku pulak asik menikmati bayu laut yg indah malam tu. Terbayang2 rasa macam nak p dgn suami je malam2 yg romantik tu tapi tulah suami celah manaaaa haaaa! Hahaha verangaann tu bukan kena bayar pun, kannnnsss!
    Lebih kurang setengah jam kat Dataran Lang, kitorang dah mula gerak utk balik. Maklumlah esok pagi2 dah kena checkout dari homestay sebab flight pagi. Halaaaahhh sat nyaaa kat Langkawi tahu2 nak balik Kolumpo dah. Apak bocannn! Oh lupa...dah nama pun short vacay...hikss!
    Masa dalam perjalanan nak balik ke homestay tu, ada pengalaman yg tak boleh kitorang lupakan. Masa tu, Zira ada cakap dia nak carik beg kain utk isi barang2 yg dia beli utk bawak naik flight esok. So setelah pusing2 carik beg tu, memang tak jumpa pun beg yg dicarik. Kendian decide p area pasar malam chenang utk carik beg tu. Tapi sekali lagi hampa beg tu takde pun dijual kat sana. Jadiknya Yong buat keputusan utk balik homestay je memandangkan masa tu pun dah lewat. Nak dijadikan cite, Zira yg drive malam tu tak ikut ke jalan yg memula kitorang lalu tu. Sebab dgr cite, laluan tu ‘keras’. So bila dah tahu cmtu memang takklah kitorang nak ikut jalan tu. Jdiknya Zira ikut laluan lain berpandukan waze. Tp yg peliknya, waze tu menunjukkan jalan yg ntah apa2. Pusing2 masuk sampai ke jalan yg boleh tahan menakutkan. Dengan gelap, jalan kampung yg sempit, pastu mcm arghhh takleh bayang lah jalan tu macam jalan puaka je aku temgok. Tak berani aku nk usha sekeliling takut2 kang ternampak hantu kak limah ke hape! So boleh tahan lama gak kitorang pusing2 tak jumpa jalan balik. Waze tu pun macam haram je aku rasa. Setelah berzikir dan baca sedikit ayat suci, akhirnya kitorang jumpa jalan dan selamat sampai ke homestay! Perghhh memang mencabar sungguh aku rasa malam tu. Balik tu aku x ingat apa dah sebab terlampau letih dan tau2 dah tido dan esoknya Yong kejutkan utk bangun mandi sebab dah tiba masa utk checkout. Waaaa dah nak balikkkkkk....! 

   
Time to going back to KL.........

   Seawal pagi dah checkout dari homestay dan pulangkan kereta sewa. Sampai dekat airport Langkawi, sementara tunggu masa nak fly, duduk lepak2 lu dekat restoren area airport. Nak makan, kedai satu hape pun tak bukak kat dalam airport tu. Tunggu sampai Klia lah baru makan cite diaaa! Mata ko jangan cakap memang baraii abiss. 

   
Muka barai memasing tak cukup tido plus lapar namatey! 

   Masuk je flight memasing tak tunggu lama terus berdengkur. Takdemasa dah aku nak snap sayap kapal terbang ke, nak selfie acah ratu cantik dunia ke, nak kenyit mata kat pramugara ensem ke ahh lantak sume tu. Yg aku tahu nak tido smpai ke Klia. Hahahahhaha. Dan kitorang smpai dalam tengahari. Turun je kat airport lepas check out luggage, kitorang menyinggah dekat Oldtown Klia dan melantak sampai lebam sebab lepastu nak booking grab utk balik ke rumah memasing. 
   Apapun, walaupun percutian ini ta layak pun dipanggil percutian apatah lagi travel, sebab terlalu singkat selama 3 hari je pun, tapi cukup meninggalkan momen manis utk dikenang sebab dalam masa yg singkat tu memacam kenangan indah, pahit, masam, manis dan seram yg kitorang lalui. Cuma apa yg boleh aku cakap, 3 hari tu memanglah tak puas. Tapi hape nk buat, memasing dihambat seribu satu kesibukan kerja. Hopefully satu masa nanti kita dapat bercuti sesama lagi, wahai kawan2ku. Dah harapnya kalini, bukan lagi short vacay kalau boleh panjangkan lah sikit vocation tu wehhhhh...! Akhir kata dari aku buat engkorang 3 orang ;

   ‘ Kalau ada sumur di ladang,
      Bolehlah aku menumpang mandi
     Kalau ada usia yg panjang
       Marilah kita bercuti lagi ‘

  Salam sayang semua. Terima kasih sudi baca. Doakan aku utk next travel tahun ini. Kemana??? Tungguuuuu!