SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Tuesday, October 28, 2014

GAGAL ! ! Dimana silapnya?

     Salam & Hye
    Hallu Aimiey Azizan In Da' House

    Im bacckkkk!! Ceh.. konon macam buat comeback lettew setelah lama menghilang. Kahkah :- D. Eh tapi memang lama pun aku menghilang dari dunia belog nih. Fuh nasib bahek masih hengat pasword belog nih. Huhu rerasanya aku patut resign jadik blogger ler gini. Huhu apa nak buat, kenzz. Tuntutan sebagai student sepenuh masa tidak memungkinkan aku utk mengapdet belog.... ( Helah bela diri ) :-P
    Haaa sekarang nih aku dah merdeka sebabnya segala esaimen, kuiz, exam la hape bagai semua dah habis. Aku skg tengah bergumbira di kolumpo sbb tengah cuti sem. Makanya dapatlah kembali memfokus merepek dekat belog cabuk nih. Nyiahahahahaha :-D
    Diam tak diam macam tak sangka je aku skg nih dah sem 4 dan bakal naik sem 5 bulan doblas nih. Gila pantas masa bergerak! Rasa cam baru jek lagi jejak ke alam kampus & bergelar junior. Tup2  la nih dah jadik senior & tinggal setahun jek lagi utk aku ngabiskan studi. Huhu... Ekceli nampak je macam kejap masa bergerak, tp bagi aku yg melalui hari2 penuh lelah & penat kat kampus tu Tuhan saja yang Maha Tahu. Peh, dia punya penat, lelah, letih & segala macam seteghes & pressure toksah cegitelah weiiii. Mampu aku tergolek terjelepok jatuh kalo tak kuat semangat. Mujur aku sentiasa motivate kan diri supaya sabar & tabah harung seribu satu kepayahan tu tanpa giveup. Sebab apa? Sebab awal2 dah aku set kan dlm mind, semua yg aku harung tu adalah pengorbanan & jihad yg besar utk berjaya & satu ujian dari Dia utk menuntut aku menjadi insan yg cekal. Alhamdulillah. :-)
    Cambese, aku tak sabar nak nengok result lepas naik cuti nanti. Rasanya semua orang yg hamek exam akan ghase eksaited nk tunggu result kua, kan. Ada ke yg rasa lemau waktu nk hamek result?? Ehh adaaaa....! Ada bagik yg x studi laaa, kannn!Kah! Cambese gak, tetiap sem rasanya aku pasang azam utk pegang title DEKAN. Sem lepas pointer aku xmencapai tahap best utk melayakkan aku bergelar dekan. Hmmm sedeih.. Sikit je lagii kot. Itss sokayyy. Usaha tangga kejayaan. Tak dapat DEAN LIST pun takpelah, janji pointer tak jatuh & tak kene repeat subjek.... Cuma aku risau sesangat utk sem nih pointer jatuh teruk & kene repeat subjek sebabnya sem nih hade killer subject yg paling aku menyampah nak mampus! Boleh pulak hade subjek STATISTIK utk sem itu hari. Tah hape kene mengena course aku dgn statistik tu ntah. Siot beteiii. Masa last paper final itu hari pun paper statistik tu aku jawab ikut petunjuk jek. Maksudnya dekat situ, aku jawab ikut ketabahan hati jek. Satu mende pon aku x jawab utk soklan pengiraan tu semua. Lantak situ!
Redha & pasrah ------- 

Semua orang tidak sukakan kegagalan. Walau dalam apa bidang sekalipun, tiada manusia yg memilih utk gagal, bukan? Dalam exam, perkataan GAGAL @ FAIL paling digeruni student. Kenkadang, even dah studi kaw2 separuh nyawa pun masih ada yg gagal. Ngape agaknya jadik cenggitu? 
Namun, bilamana kita telah sehabis daya berusaha tetapi jawapannya tetap kegagalan yg kita dapat, itu bererti masih belum rezeki kita utk menang @ berjaya. Sebabnya disitu menunjukkan, Allah mahu kita usaha lebih lagi utk berjaya. Cewaahh dah macam pakar motivasi ler pulakkk. Hikss! Ok lah, aku nak share sikit faktor2 yg menyebabkan kegagalan. Lets cekidaautt guys----


Gagal ! Dimana silapnya?

--> Kurang persediaan : Kurangnya persediaan menghadapi exam. Mind set spt 'kalau aku fail sekalipun, aku masih lg dapat bersekolah @ melanjutkan pelajaran' harus dibuang jauh2. Hal ini krn, melalui pemikiran spt inilah mbuatkan korang memandang ringan & sambil lewa apabila exam menjelang. 

--> Kurang Bertanya : Student yg kurang berjaya adalah student yg malu bertanya (erk macam aku!) Student seharusnya bertanya & jangan menenggelami kemusykilan itu tanpa bertanya krn jawapan itu mungkin membantu korang ketika menjwab exam.

--> Kurang membaca & tidak fokus : Utk berjaya, korang perlu ada sikap rajin membaca & mengulangkaji pelajaran. Fokus ketika di dlm kelas juga penting krn apabila hilang fokus di dlm kelas, ilmu yg korang terima kosong & korang mungkin mudah lupa isi2 penting & maklumat berguna.

--> Bertangguh belajar & belajar last minute : Lagi lama nk exam, lagi korang malas & bertangguh utk studi. Inilah padahnya jika korang amalkan studi last minit. Ingat ya, otak kita tak mampu menampung segala ilmu & mengingat sekaligus. (Nasib bahek aku pesen yg suka studi awal2)

--> Tidak suka subjek yg dipelajari : Bercakap soal ni, korang tak punya pilihan utk skip exam bagi subjek yg korang tak suka. Cer korang pk, adakah korang nak mendapat markah yg tinggi bg subjek lain tp subjek yg korang x suka tu mencacatkan result exam korang? Ingat, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, jika korang pilih untuk tidak gagal, 'cintailah' subjek yg korang tak suka tu. (Pesanan utk DIRI SENDIRI terutamanya yg menyampuh nk mampus dgn subjek mathss!) :-(

--> Pentingnya restu & keberkatan daripada guru / lecturer : Korang seharusnya menjaga hubungan yg baik, rasa hormat & tidak menyakiti hatinya. Sekiranya korang dah berusaha & masih gagal, tidak mendapat restu & berkat mungkin faktor ilmu yg dipelajari payah utk lekat di minda & diterima. Jadi, usaha itu lebih manis jika dapat diselarikan dgn restu & berkat drpd pendidik & juga ibu bapa. 

Sedikit kata2 perangsang & semangat




Jom tukar KEGAGALAN kpd POSITIF ! 

Kegagalan adalah motivasi. Menerima kegagalan sbg motivasi utk terus melipat gandakan usaha supaya berjaya pada masa akan datang.
Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Andaikata gagal, pujuk diri korang utk berubah & menggunakan peluang kedua sebaik mungkin. Ingat, gagal sekali tidak bermakna gagal selama2nya malah melalui kegagalan itu, lahirlah semangat yg makin kuat utk berjaya. Gudluck guys! 

Motivate diri utk lebih rajin & bersemangat!

Sematkan kata2 ini dlm mindset korang di setiap permulaan hari..! 

Penting! Meh amalkan bersama--

Doa jangan lupa. Doa kan senjata org mukmin. So, even apa pun kita nak buat, tetapkan niat LILLAHITAALA krn ALLAH & doa mohon kejayaan dari Dia....

Ok. Jumpa lagi di lain entri. Tengkiu utk yg sudi baca. Sesamalah kita amalkan. Sesungguhnya, tiada kejayaan yg datang bergolek. Semuanya memerlukan usaha, ikhtihar, doa & tawakkal. 



Assalam--- :)