SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, February 15, 2015

Bisnes partner.

         Salam & Hye
       Hallu Aimiey Azizan In Da' House

       Aku selalu amik masa dekat doploh minit termenung depan pc time nak hapdet belog nih. Selalunya seblom ngadap pc, kemain banyak idea dalam kepala hotak ni. Elok je depan pc, semua idea ilang tah kemana. Haih sindrom amnesia begitu membimbangkan.
       Baiklah, bio aku ringkas kan je cerita ni. Takyah nak bermukadimah panjang berjela. Penat naik bas pun tak hilang lagi ni. Memang tak lah aku nak memenatkan pula jari jemari runcing aku utk menaip panjang berjela jelaa. Matilaanaakk!
       Oh ye, semalam tetibe je takde angin takde ribut adik aku ngajak aku utk join partner bisnes dia. Dengan seribu satu kepelikan lagi maha hairan, aku cuba memerah ingatan dgn berfikir sedalam dalamnya apakah yg sedang berlaku kepada beliau. Mengapakah beliau berubah 365 darjah sebegitu rupa. Adakah beliau buang tebiat? Adakah beliau sedang mamai? Atau adakah beliau juga mempunyai amnesia spt aku? Tak semena mena sajor beliau mengoffer aku mjadik bisnes partner beliau! Itu seswatu yg menghairankan. Kenapa aku bilang hairan? Ok mari aku jelaskan. Sila baca dgn penuh khusyuk skrg. Jeng jeng jengggg
     Ok utk pengetahuan umum, aku dan beliau aka adik aku tu sama sekali tidak pernah ngam. Atau dlm erti kata lainnya, kitorang ini serupa anjing dgn kucen. Serupa Tom & Jerry. Pantang bertemu muka, berantem terusss siiii. Apa? Tak faham? Berantem itu ialah bergaduh. Haaa... masa kekecik cinonet dulu mmg ngam hoo wa cakap lu. Tapi start sekolah menengah smpi menginjak ke usia belia dewasa ini, sepertinya tidak ngam dan sering bertikam lidah. Biasalah pempuan sama pempuan nih. Memasing takmo ngalah. Memasing cam gud2 jek. Eh tapi aku baik. Beliau lah yg suka carik pasai dgn aku. Bikin panas jeee!
     Thats y aku pelik ngape beliau boleh terpikir utk ngajak aku mjadi bisnes partner beliau. Tapi....bak kata pepatah lama, air yang dicincang tidak akan putus. Carik carik bulu ayam, lama lama akan bercantum jua. Haa kemain kau! Ok aku pendekkn cegite, beliau ini mpunyai bisnes online yg agak berjaya. Beliau ini sgt berbeza dgn aku sereba serebi. Beliau sgt meminati bidang akaun, bisnes bla blaa sedangkan aku lebih terarah ke bidang seni atau artistik. Jadik, dipendekkan cegite lagik sekali, beliau mengajak aku utk bekerjasama dgn beliau utk menubuhkan satu label baharu diatas jenama sendiri dimana tugas aku sebagai fashion designer dan beliau menguruskan akaun, marketing dan lain lain. Ko paham tak? Tak paham ko cuba2 laa paham sendirik ehh.
    Katanya ; 'engko ada bakat melukis, mereka baju dan banyak bakat seni lain tapi engko pendamkan. Dgn bakat tulah, engko mampu menjana duit. Engko takleh takut dgn risiko. Nak berjaya, engko kene positif, berani dan cuba' . Wahhh kemain beliau! Mementang selalu join seminar Dr Azizan Osman, idealogi pun sudah seumpama Dr Azizan haaa!
     Dan mak pulak, menyokong limaratosperatus idea beliau itu. Kata mak, Allah jadikan manusia utk saling melengkapi. Aku ada apa yang dia tiada, dia pulak ada apa yang aku tiada. Well, nobody is perfect, rite? Dan aku ringkaskan lagi cerita, beliau meminta aku mendesign beberapa lakaran pakaian, kendian beliau akan discuss bersama tailor dan akhir sekali beliau dan mak akan ke Vietnam utk mencarik fabrik disana. Eh, g berdua jek? Pehal tak hajak aku? Woii, engko kan tengah bz dgn final time tu dol. Kodahkenapa? Kahkah tak kelakoooo!
    Beliau punyalah berkobar kobar nak mampuss tentang projek ni. Beliau mengingatkan aku agar tidak perlu risau sama sekali dgn network, customers, pasaran semasa, daftar syarikat dan haihh ntah pape mende lagiklaaa. Beliau cuma mintak aku mendesign sajorr. Wahh cambest gak idea beliau itu. Agak memberangsangkan!
     Dan secara tak semena mena, aku pulak merasa berkobar2 dgn projek beliau itu. Heh aku ni dulu pun seblom sambung studi, banyak melibatkan diri dlm bisnes jual beli bagai ni. Hemm begitulah kata orang. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasik. Kalau dah susur galur keturunan tu peniaga, darah peniaga pastinya mengalir dlm diri memasing, ye dok?

   
Tiga tahun yang lalu. 

Baju yang aku pakai itu ialah hasil dari rekaan aku sendirik. Ko tak rasa bangga ke pakai pakaian hasil rekaan sendirik?? Bngga nak mampus woiii. 

Ini ialah Jubah Calaqisya. Aku adalah sejenis maknusia yg fanatik dgn koleksi Calaqisya. Kalo engko orang nak tahu, Calaqisya adalah label popular hasil kombinasi 3 beradik. Motip aku tempek pic ini? Takde motip pun sena eh. Eh sukati akulah nak menempel ke apa. Blog aku kan! Haih. Haha takde ah, senanya aku dari dulu penah pasang angan2 nak mpunyai label sendirik hasil rekaan sendirik. Adakah bakal mjadik kenyataan?? 


Apapun, tiada apa yg mustahil dlm idup nih kalau disertai dgn usaha, doa & tawakal tanpa henti. Moga segala apa yg direncana ini mdapat keberkatan Allah SWT & juga restu mak abah. Dan... mana tahu, barangkali hasil dari kerjasama ini bakal menamatkan perang dunia ke 2 ini. Kan? Kahkah!
Doakan aku korang. Utk yg sentiasa menyokong tanpa henti, terimas kasih bebanyak aku ucapkan. Baiklah, aku dah kesuntukan masa ini. Susah woii updet belog dekat cc nih. Banyak nau gangguan kebisingan. Lain enteri aku cerita lagi. Thanks for reading. Muah cikedd meh! 
Wasalam. :))