SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Tuesday, February 11, 2014

Pameran 100 Doremon

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Hai. Kelmarin, yakni ahad itu hari aku pegi pameran 100 doremon bersama kekasih hati. Puih dah kenapa skema beno ayat nih. Dengan hanya berseluar trek & memakai jersi serta kasut sukan, maka kitorang pun meredah lautan maknusia pada hari tersebut utk mengembalikan memori zaman kanak2 ribena dimana ketika itu membesar dgn watak kartun popular, doremon. Bertempat di Viva Home, pameran 100 doremon nih dah berlangsung setat 14/12/2013 tahun lepas. Disebabkan kitorang ni ketinggalan zaman, ehh bukan sebab kan kitorang ni bizi makanya setelah 2 bulan berlangsungnya pameran tuh baru lah teringat nak pegi terejah. Haha. Cite sebenarnya malas nak pegi awal2 sebab nak mengelak dari ramai orang. Yela kompem lah awal2 berlangsung pameran tuh, sure ramai punya yg dtg terejah almaklum sajor ini pameran pertama doremon dekat Asia Tenggara! Tapi nampaknya ramalanku meleset belaka. Walaupun dah 2 bulan berlangsung event tu, umat maknusia tetap ramai lelagi cainis! Aku tengok segenap umor dari baby sampai ke atok nenek bangsa cina datang nengok pameran tu. Tipulah kalau kita tak kenal & taktahu pasal doremon, kan. Rasa aku, bukan bebudak aje gila dgn doremon. Aku yg dah tak berapa nak remaja ni pun smpai sekarang masih layan doremon dekat ntv7 tahu! Eh kau jangan gelak. Takde pun guideline mengatakan, doremon hanya seswai ditonton utk kanak2 6-12 tahun sahaja! Ade kau tengok klasifikasi camtu tak? Takde kan. Haa tu bmkna kartun memang tak penah ada had & takkan ada klasifikasi tontonan yg disasarkan hokey! 

        Tiket masuk pameran 100 Doremon. Alaa macam kau nak masuk funfair ah, kan kene bayar. 

    1st masuk ke alam doremon, kita akan dihidangkan *betul ke ayat aku?* , err kita akan disajikan ehh kita akan dibawa menaiki mesin masa doremon. Masa ni aku fefeling mcm aku pon masuk ke dunia doremon woii. Tu doremon tengah tanya aku lettew nak pegi ke zaman berapa. Aku kalau bleh nak kembali ke zaman aku kekecik. Hahahaha! (Mengarut) :D

    Pameran ni menghimpunkan 100 doremon pelbagai aksi & gaya, bertepatan lah namanya pameran 100 doremon katekoooo! Cecomel pulak aku tengok menatang biru nih.
   
    Dekat sini siap disajikan dgn cerita kisah sebenar doremon. Asalnya doremon ni kaler kuning. Bila telinga dia kene gigit dgn tikus, dia menangis bagai nak rak. Pastu dia kuciwa sesangat, dia minum smpai mabuk. Masa tu jugaklah kaler kuning dia luntur terus jadi kaler biru. Ehh panjang lak aku bercegite. Ahaks! Okeh layan jela gegambar dekat bawah nih ye! :D

   Baru aku tahu ngape doremon takut betei dgn tikus. Hahaha. Memang tak jantan betoi ah tikus pon takut! Yapedaa :D

    Kesedihan melanda lepas mjadi mangsa rakusan tikus sehingga memudarkan kaler asalnya. Ewahh :P

    Kembali gumbira setelah bangkit dari kegagalan & kesedihan. Anugerah dari kegagalan lettew senang cite. :D

    Nampak tak betapa ramainya umat dekat belakang aku tuh. Tu sebab aku mcm malu2 jek nak posing. Gituuu!

    Eh eh comelnya doremon merah nih. Opssss! 

   Pintu ajaib doremon. Banyak2 mende ajaib doremon, aku paling suka pintu dia. Sebab aku rasa kalau bebetul wujud pintu tu, aku snggup beli walau berapa yen pun. Boleh bawak g kampus, bila boring2 bukak pintu tu terus tembus ke rumah terchenta! (Abaikan aku mengarut tu) :D
     Ini antara hasil tangkapan kitorang pd masa tu. Nyiahahaha. 

     Pameran ni akan berakhir pada 23/03/2014. So pada kengkorang yg masih belom berkesempatan pegi tu, cecepat lah pegi ye! Di samping dpt menyelami dunia doremon & kengkawannya, korang jugak boleh beli pelbagai merchandise & barangan doremon. Memang rambang mata ah tengok barangan dia yg belum tentu ada dekat Malaysia. Apepon, doremon memang lejen! 
   

No comments:

Post a Comment