SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Friday, October 14, 2011

My Karya : Terlanjur Mencintaimu......part 2~~

            Salam & Hye
          Hallu Aimiey Azizan In Da House

      Salam Jumaat yg penuh barakah guys.Ohh im very sorry lahh sbb x tunaikan janji kate nk buat sambungan cerpen TERLANJUR MENCINTAIMU part 2 smlm.Bkn hape,aku terrrsangat2 bizi dik non.Balik2 gumah aku terbongkang tido smpai pagi *tido serope mcm dah jalan kaann!* So arinih xmo ckp byk,hayati smbungan cerpen aku nih hokeh.Btw,tengkiuukkk so muchh sbb at least korunk sudi bace hasil nukilan aku nih walopun penat korunk kene scroll smpai ke bwh..Mahap atas pggunaan short form tuh sbb nih nk elakkn spya tak makin panjang.Shaaayaaanggg korunk ketat2..Mmmmuahh! Soo,jomm layaann~~

      TERLANJUR MENCINTAIMU

      Aku terlalu rindukan Eidham.Kenapa Eidham tiba2 shj mghilangkan diri.Sudah lama Eidham x menghubungi aku.Hampir 3 bulan aku x mendengar suaranya.Eidham masih d London.Dahulu d awal usia perkahwinan aku & Harriz,Eidham sering menelefon aku.Suaranya benar2 memberikn aku semangat.Eidham tahu akan hal aku & Harriz.Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini.Eidham langsung tidak memarahi aku.Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada papa.Dia jugalah yg menyokong aku & katanya lagi dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku.Aku merasakan ketika itu,akulah wanita yg paling bertuah d atas muka bumi ini kerana dpt memiliki cinta Eidham yg benar2 ikhlas menyayangi aku.
      Namun,suara Eidham hanya dapat ku dengar 3 bulan yg lalu.D mana Eidham sekarang?Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu & terus menunggu kehadiran aku dlm hidupnya?Ahhh..kalau aku d tempat Eidham pun,sudah pasti aku turut melakukan perkara yg sama.Satu tahun bukannya tempoh yg singkat.Sedangkan hati pun boleh berubah,inikan pula penantiannya yg boleh d anggap satu angan2 yg x pasti.Ini semuanya berpunca daripada Harriz.Terkadang aku sangat bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak telah mgubah hidup aku.Tidak dpt ku sangkal bahawa Harriz memang seorang suami yg baik & benar2 mengambil berat tentang diri ini.Hanya aku yg tidak pernah mghargai kehadirannya dlm hidup aku.Tiada lelaki lain selain Harriz yg tulus ikhlas menyayangi,menyintai & menghormati aku.Bila d fikir-fikirkan,terasa betapa bertuahnya aku kerana memiliki suami yg terlalu memahami aku.Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yg perlu d dodoi.Aku sakit,dia menjadi doktorku.Aku lapar,dia menjadi tukang masakku,malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain.Tapi,kenapa mesti Harriz??Bukan Eidham?Tiba-tiba saja hatiku berdetik,mungkinkah jodohku memang bersama Harriz? Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Harriz sehingga aku mati?Di manakah Eidham sekarang?Kenapa dia menghilangkan diri?Sudah tiada lagi cintakah d dlm hatinya untukku?Atau aku sahaja yg mengangankan sesuatu yg bkn milikku,sedangkan sesuatu yg sudah tentu mjadi milikku aku abaikan begitu saja.Antara Adam Harriz atau Eidham Haikal,siapa yg harus aku pilih?Ooohh..terlalu sukar hidup ini.
        "Masih panas lagi suhu badan awak ni.Saya bawa awak ke klinik,okey.." ingatanku melayang pada peristiwa pertama yg mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz & mewujudkan rasa cinta & kasih d hati ini padanya.Ketika itu,aku d serang demam panas.Sungguh aku tidak mampu utk berbuat apa2 ketika itu.Nak bangun dari katil pun x terdaya.Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Eidham & dalam masa yg sama aku terlalu sibuk dgn tugas2 d pejabat sehingga tidak cukup rehat.
        "It's okey,i'm fine.Panas sikit aje.Lepas makan panadol sihatlah ni.Awak tak payah nak risaukan saya.Saya tahu apa yg saya buat.Awak buatlah kerja awak.Jangan ganggu saya,boleh tak?" aku meninggikan suara.Tapi aku bukannya marahkan Harriz,cuma aku tak tahan dgn kesakitan d kepala yg aku alami.Harriz masih tak berganjak.Dia meletakkan tangannya d dahiku.Aku menepis tangan Harriz.Berkerut-kerut dahiku menahan sakit.Aku gagahkan diri utk bangun tetapi langsung x mampu.Dgn pantas tanpa mempedulikan kemarahanku,Harriz terus mendukungku keluar dari bilik.Aku benar2 terkejut dgn tindakannya.Tubuh sasa Harriz mjadi sasaran pukulan aku.
        "Awak nak bawak saya ke mana ni? Ehh lepaskan saya!!" aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah & x mampu utk aku meninggikan suara.
        "Awak sakit d depan mata saya.Takkan saya nak jadi orang bodoh utk dengar kata2 awak supaya tinggalkn awak dl keadaan macam ni.Saya nak bawak awak pergi klinik.Nyawa awak lebih penting sekarang ni" Harriz..betapa mulianya hatimu.Aku yg buta utk menilai kasih sayangmu yg mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yg x pasti.Hati wanita ku mulai cair sedikit demi sedikit.Sepanjang aku terlantar sakit,Harriz menjaga aku siang & malam.Dia sanggup mengambil cuti semata-mata utk menemani aku.Segala makan pakai semuanya Harriz yg lakukan utk aku,biarpun pada mulanya aku cukup malu dgn tindakan Harriz.Entah mengapa,perasaan benci & marah pada Harriz bertukar mjadi perasaan kasih & sayang.Aku benar2 terharu dgn keikhlasannya selama ini & aku juga bangga dgn ketabahan Harriz yg sanggup hidup susah & senang bersamaku.Sedikitpun tak terkutik d hatinya dgn caci maki & kutukan aku pada dirinya selama ini.Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Harriz.Tetapi,keegoanku mengatasi segalanya.Aku malu utk meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku banyak melakukan kesilapan.
        Aku tahu,aku seorang isteri tetapi aku tidak pernah menjalankan kewajipanku sbg seorang isteri kepadanya.Aku gagal mjadi isteri yg sempurna kpd Harriz.Dua minggu lagi,akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami.Sepatutnya aku boleh bergembira d saat ini kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata2 keramat yg d takuti oleh para isteri.Namu,kegembiraan itu tidak dpt kurasai sekarang.Buat pertama kali dlm hidup aku,aku dpt melupakan ingatanku pd Eidham.Kerinduanku pd Eidham sudah tiada lagi.Yang terbayang d fikiranku sekarang hanyalah Adam Harriz bin Hisyam,seorang suami yg terlalu agung darjatnya d dlm hati aku.Aku benar2 takut utk berpisah dgn Harriz.Selepas ini,Harriz bukan lagi peneman setia aku.Aku dpt merasakan bahawa selepas ini hidupku akan kesunyian.Tiada lagi senyuman & gurauan Harriz.Tiada lagi suara lembut Harriz.Ohh Tuhan!! Apa yg telah aku lakukan sekarang?
      "Selagi awak d hadapan mata saya & awak hidup bersama saya,selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan.Biarpun dlm kontrak tidak tertulis,namun sudah mjadi tanggungjawab seorang suami supaya mjaga isterinya samada dlm keadaan susah mahupun senang.Dua minggu lagi,hubungan kita akan tamat.Tapi,percayalah Hani..biarpun sehari malah sesaat pun,awak tetap d hati saya.Saya tahu,kebencian awak pd saya tidak akan hilang.Begitu juga dgn cinta saya pd awak,tidak akan pernah pudar.Andai d beri peluang sekali lagi,saya mahu teruskan hidup ini bersama-sama awak sehingga ke akhir hayat saya,Hani Nellydia.Nama awak sudah tersemat kukuh d sudut hati saya selama-lamanya...saya cintakan awak,Hani.." Harriz mengusap rambutku dgn kain basahan sewaktu memandikan aku yg terlantar sakit.Tiba-tiba satu ciuman lembut d berikan d dahiku.Terasa ingin mengalir air mata ini,namun aku dpt bertahan.Mataku ketika itu masih terpejam.Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya.Segala kata2 luahan hati Harriz dpt ku dengar cuma aku tidak berani utk menatap wajah bersih Harriz ketika itu.Harriz,kenapa kau terlalu baik pd diri ini yg seharusnya tidak layak utk berada d hatimu yg tulus suci itu.Aku tdk mampu utk myintai spt mana engkau myintai aku.Andainya kau dpt mdengar luahan hati ini,bjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi utk meluahkannya hatiku amat berat.Aku malu,Harriz.Terasa betapa kecilnya diri ini d matamu Harriz.
      "Kenapa awak menerima saya utk mjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah langsung berjumpa.Awak tak pernah mgenali saya,tapi awak snggup berkahwin dgn saya.Bukankah itu satu tindakan yg bodoh namanya?" aku memberanikan diri bertanya pd Harriz sewaktu kami mjamu selera d sebuah restoran selepas pulang dari mjenguk papa dan mama.Harriz mguntum senyum & merenungku dalam2.Aku jadi kaget.
      "Soalan tu rasanya saya jawab sebelum kita mjadi suami isteri lagi.Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat d sudut hati saya,Hani.Hampir 2 tahun saya mgenali awak sebelum saya bjumpa dgn awak" Harriz sengaja menoktahkan ayatnya d situ supaya aku semakin keliru.Kali ini,aku yg memandang wajahnya dgn seribu persoalan d kepala.
       "Dunia ini tidaklah sebesar mana.Allah mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dgn awak bukan d bumi Malaysia.Saya juga pernah belajar d luar negara & sama universiti dgn awak." aku ternganga.Ligat otakku mengingati semula wajah2 pelajar Malaysia yg pernah aku jumpa d London.Seingat aku tiada langsung wajah Harriz yg pernah aku jumpa.Betul ke dia nih atau sengaja nk mempermainkan aku ni?
       "Setahu saya pelajar Malaysia taklah seramai mana pun,tp kenapa saya langsung x pernah bjumpa dgn awak?Tolong jangan nk bergurau dgn saya.." aku seakan tidak percaya.Benarkah apa yg Harriz cakapkan sebentar tadi?
        "Saya study part time.Awak memang takkan perasan saya.Saya study wktu malam,tp awak & Eidham selalu datang makan kt restoran tempat saya bekerja.Ingat lagi tak Bistroze Cafe? Saya jadi pelayan bar d situ.Maklumlah,saya ni orang miskin.Tak mampu nk belajar sepenuh masa.Siang saya bekerja & malam saya belajar.Ketika itulah saya sempat mgenali awak.." Harriz menamatkan ayatnya d situ.Dia menghabiskan fresh orennya.Aku terdiam.Sungguh tak ku sangka,dunia ini terlalu kecil.Allah mempertemukan aku & Harriz tnpa aku mgenali siapa dirinya.Harriz terlalu pandai myimpan rahsia.
       "Esok,genap setahun kita mjadi suami isteri yg sah spt mana yg termaktub dlm kontrak yg telah saya tandatangani.Biarpun hati ini berat utk melepaskan awak tp saya tidak pernah akan lupa dgn janji saya.Melukakan hati & perasaan awak adalah satu dosa paling besar d mana saya tidak dpt memaafkan diri saya sendiri.Awak terlalu suci d mata saya.Awak x pernah bersalah dgn saya.Saya yg seringkali melukai hati awak selama ni.Saya benar2 berharap agar awak ampun & maafkan dosa2 saya,Hani.." Harriz tertunduk menahan sebak d dada.
        "Terus-terang saya katakan,esok adalah hari yg paling saya takutkan.Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yg selama ini saya rasakan indah.Hidup bersama awak adalah satu kenangan yg paling manis buat saya.Segalanya berubah bila awak hadir dlm diri saya.Awak adalah semangat utk saya teruskan hidup ini yg kian singkat......" aku hairan dgn kata2 terakhir Harriz.Apa yg dia maksudkan?Harriz yg berada d hadapan aku skg bukanlah Harriz yg selama ini aku kenal.Aku dpt lihat perubahan d wajahnya.Lain benar seakan myimpan satu rahsia yg tidak aku ketahui.Aku juga dpt lihat air mata lelakinya hampir mgalir tetapi mampu d tahan.
        "Awak x pernah bersalah dgn saya.Saya yg sepatutnya memohon ampun & maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar.Saya kagum dgn awak kerana menghormati saya & keputusan saya selama ini.Awak seorang lelaki yg terlalu baik & saya tidak layak berada d hati awak.Saya percaya,selain saya akan ada seorang wanita lain yg akan muncul dlm hidup awak & benar2 menerima cinta awak lalu menyayangi awak lebih dari segala-galanya d dunia ini.." aku menahan sebak.Tidak mahu air mata mengalir d hadapannya.Percayalah Harriz,sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku x mampu utk berterus terang.Aku perlukan masa.Tidak tahu berapa lama lagi.Aku sebenarnya terlalu malu utk berhadapan dgn dirimu yg tulus ikhlas mcintai aku.Aku tahu,akulah insan paling bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yg boleh menerangi hidupku.Harriz hnya mampu tersenyum.Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya d berikan.Aku dapat merasakan,mungkin ini adalah ciumannya yg terakhir sebelum kami berpisah.
       "Selepas ini,saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pd saya.Biarpun diri saya ini hnyalah sebesar zarah d mata awak,namun awak jangan lupakan saya.Kalau boleh biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak.Setahun adalah tempoh yg singkat utk saya mgenali awak.Kalau Allah mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak d dlm satu keadaan yg berbeza d mana awak benar2 mencintai saya & myayangi saya sepenuh jiwa & hati awak.Andai itu terjadi,saya rasakan bahawa sayalah manusia paling bertuah dpt memiliki awak,Hani Nellydia.." kami bertentangan mata buat kali terakhir.Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya.Takdir kami akan berubah esok.Mungkinkah ianya terjadi? Malam itu,aku tidur dgn seribu ketakutan.Esok pasti akan terjadi,begitu juga dgn lafaz kontrak akan termaktub.Ahhh..undang-undang yg d buat oleh manusia.Sentiasa myusahkan.Takdir hidup aku esok akan d tentukan.Aku tahu,bukan saja aku,malah Harriz lebih merasai ketakutannya.Dia terlalu mencintai aku.Malah kerana mendalamnya cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri.Dia mghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pd diri ini.Keesokan harinya,aku terlewat bangun.Tergopoh gapah aku keluar dari bilik.Aku dapat rasakan sesuatu...Harriz tiada d dalam biliknya.Begitu juga dgn kereta Harriz,tiada d garaj.Aku terduduk d ruang tamu.Terlalu cepat Harriz meninggalkan cintanya.Tidak sempat dia berkata sesuatu pd aku buat kali yg terakhir.Mungkin Harriz tidak mampu utk berhadapan dgn aku.Kontrak perkahwinan terletak kemas d atas meja d hadapanku.Aku dapati sepucuk sampul surat bewarna biru d atas kontrak tersebut.Hatiku d landa debar.Semakin lama getaran d dadaku semakin terasa.Tanganku mjadi sejuk.Menggigil jari jemari ini utk menyentuh surat tersebut.Lama anak mataku merenung surat Harriz.Aku tidak sanggup nk membukanya kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada d dlm baris2 ayat dlm surat tersebut.Aku takut,namun aku pasrah.Ia kehendak Allah & hati aku sendiri.Aku harus menerima keputusan ini dgn tenang.Lagipun selama ini itulah yg aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat utk melakukannya.Dengan lafaz Bismillah,aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya.......
   
      "Bahawasanya,saya Adam Harriz bin Hisyam dengan ini menceraikan Hani Nellydia binti Datuk Hamdan dgn talak satu.Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 Disember 2010"  -Adam Harriz bin Hisyam-

     

P/S: Nantikan sambungan TERLANJUR MENCINTAIMU part 3 pulak hokeh.Sorry ler tpksa sambung2,jari aku dah naik kebas menaip laa shayang...Btw,time taceh tau sebab sudi baca karya aku yg tak seberapa nih..See you next time guys..Nunite:D -SALAM- 

4 comments:

  1. dah baca...besh lak..cmne kesudahan citer nie ea?xsabar nak tau~

    ReplyDelete
  2. cerita sendiri? anda berbakat... (^_^)

    ReplyDelete
  3. Sieyla Alissa : Weee kene tunggu tauu..supriseee!!

    ReplyDelete
  4. Cik Maz : Time taceh yang sbb sudi bace=))

    ReplyDelete