SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Thursday, October 13, 2011

My Karya : Terlanjur Mencintaimu......part 1~~

            Salam & Hye
           Hallu Aimiey Azizan In Da' House

        Salam Rabu guys.Arinih aku xmo membebel pepanjang.Entry arinih spesel wat penggemar cerpen,so pade sesape yg kemain minat bace novel tuh meh hayati cegite yg aku karang nih..*mahap sbb kemain panjang & korunk kene scroll smpai bwh..haipp,jgn malash2!*


         TERLANJUR MENCINTAIMU...

         Harriz! Satu nama yg cukup aku kenal satu ketika dulu.Dia pernah mjadi suami aku.Suami yg bergelar hnya pd nama,tp tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa & hati aku ketika itu.Perkahwinan yg berlandaskan kertas putih dgn seribu perjanjian yg boleh menjatuhkan maruah seorang suami.Aku tahu,Harriz tidak pernah mempersetujui dgn apa yg aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yg suci.Namun,kerana sayang & cintanya pada aku,dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yg keluar dari mulutnya.Kenapa Eidham tidak seperti Harriz?Sungguh berbeza nilai & peribadi mereka antara satu sama lain.Harriz terlalu baik,tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya.Kenapa?...Dia cukup sempurna utk mjadi seorang suami & pemimpin yg boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat.Adakah aku yg terlalu bodoh utk menolak cintanya yg tulus & ikhlas menyayangi aku @ keegoan aku yg menguasai diri?
        "Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yg ikhlas mencintai awak.Saya tahu,taraf kita berbeza ibarat langit & bumi tetapi utk membahagiakan awak,itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya sangat menyayangi awak.Walaupun kontrak kita hanya ada setahun,tapi cinta saya pada awak sampai ke mati.Biarpun kita akan berpisah nanti,namun untuk mghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar.Sekali saya dah letakkn awak dlm hati saya,bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yg saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak,Nellydia..." kata-kata itu masih ku ingati sampai sekarang.Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras.Aku menolak cintanya mentah2 kerana bg aku,lelaki tersangatlah mudah menuturkan ayat2 manis namun utk membuktikannya adalah satu dlm sejuta.Aku tidak mempercayai Harriz.Bagi aku,Eidham lelaki pertama yg berjaya mencuri hati aku adalah terlalu sempurna.Aku bertemu dgn Eidham sewaktu kami sama2 menyambung pengajian di London.Eidham bijak memainkan kata-katanya dgn rupa parasnya yg kacak itu utk menambat hati aku.Dunia saja yg tahu betapa bertuahnya ku rasakan tatkala aku di pilih Eidham,lelaki yg menjadi rebutan gadis2 di  luar sana.Hampir 2 tahun hubungan kami terjalin.Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu.Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bg kami.Seringkali teman-temanku menasihati supaya aku berpisah dgn Eidham krn dia bukanlah seperti yg aku sangka.Dia adalah romeo.Acap kali teman-temanku terserempak dgn Eidham bersama gadis lain.Aku yg terlalu bodoh krn tidak mempercayai kata2 mereka.Pada firasatku,mereka cemburukan aku.Itulah sebabnya mereka memfitnah Eidham supaya hubungan kami putus lalu mereka boleh mengambil kesempatan utk memenangi hati Eidham.Sehinggakan aku hampir kehilangan teman2 hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Eidham.
       Selepas tamat pengajian,aku pulang ke Malaysia.Eidham masih di London kerana tempoh pengajiannya masih berbaki setahun.Ketika itulah detik aku bersama Harriz bermula.Aku telah disatukan dgn Harriz atas permintaan papa.Entah mengapa,papa terlalu menyukai Harriz sedangkan Harriz hanyalah pekerja bawahan papa.Dia bukanlah dari keluarga yg senang dan setaraf dgn kami.Namun,papa tidak mengambil kira semua itu.Kata papa,Harriz mampu menjaga aku sebagaimana papa dan mama menjaga,mendidik dan membesarkan aku.Papa mempercayai Harriz sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kpd Harriz andai satu saat papa pergi buat selama-lamanya.Kepercayaan papa kpd Harriz memang tiada batasan,begitu juga dgn mama.Papa menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.Aku tidak sanggup menolak permintaan papa.Mereka adalah segalanya utk aku.Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku.Papa bukanlah datang dari keluarga yg senang,tetapi berkat kerajinan dan semangat juang papa yg tinggi serta dorongan mama membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dgn segala kemewahan yg tidak dapat aku gambarkan.Tetapi...aku punya kehidupan sendiri...Berhari-hari aku memikirkan keputusan papa samada utk menerima @ menolak.Kesihatan papa tidak mengizinkan aku utk berfikir lama2.Akhirnya,persetujuan dibuat dan dalam diam2 aku juga turut membuat perjanjian dgn Harriz,lelaki yg tidak pernah aku temui.Aku membenci Harriz krn sangkaanku Harriz bukanlah seperti yg papa bayangkan.Dia tentunya mpunyai niat jahat utk merampas kekayaan kami dgn mengahwini aku & berpura-pura baik di hadapan papa & mama.
       "Sebaik saja kita bernikah,saya haramkan awak utk menyentuh saya.Kita hanya berlakon di hadapan papa dan mama,begitu juga dgn family awak.Selepas setahun,awak ceraikan saya.Semuanya dah termaktub dlm perjanjian kita." Aku tidak berani memandang Harriz ketika kami bertemu buat pertama kalinya di sebuah restoran.Aku akui,Harriz memang kacak orangnya malah jauh lebih kacak daripada Eidham.Sedikit sebanyak hati wanita ku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pd perkara lain.Harriz merenungku tanpa berkelip mata.Aku mulai gelabah.Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yg aku letak di hadapannya.Sakit hati aku dibuatnya.Aku kuatkan semangat utk memandang Harriz & cuba berlagak serius.
       "Allah kurniakan mata utk melihat apa yg terkandung di dalam MOU tu.Saya dah letakkan fail ni kat depan awak.Takkan awak tak tahu nk menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yg patut?" perliku selamba.Harriz menguntum senyum.Masih terus menerus merenung aku.Segenap wajahku di jamahnya.
        "Memang Allah anugerahkan mata utk melihat apa yg ada.Sekarang,saya sedang terpegun melihat satu lagi anugerah Allah yg telah diberikn pd saya.Kecantikan yg tidak pernah saya bayangkan,tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak di muka bumi ini,Hani Nellydia  binti Datuk Hamdan...." ungkap Harriz lembut.Aku tersedak,hampir tersembur apple juice yg baru ku sedut.Pantas tanganku mencari tisu di dlm tas tangan.Harriz masih tersenyum.Merona meroh wajahku menahan malu.Bijak sungguh Harriz bermain kata2,sehingga aku nyaris2 terleka dgn pujiannya.Ahhh lelaki semua sama..! Pandai mengayat..!
         "...Tetapi sayang...awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak.Utk pengetahuan awak,saya ini bukanlah seteruk yg awak bayangkn.Niat saya ikhlas utk memperisterikan awak,Hani Nellydia Datuk Hamdan..Jangan kerana awak berharta & hidup mewah,awak fikir saya akan merampas semua itu dari tangan family awak.Jujur saya katakan,seandainya awak ini gadis cacat yg buta @ bisu sekalipun,saya tetap akan mengahwini awak,walau awak miskin skalipun.Bagi saya,harta boleh dicari tp cinta yg tulus suci hnya wujud sekali dlm hidup kita & awak adalah wanita yg berada d dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas muka bumi ini..." tutur Harriz lagi dalam senyuman.Aku tergamam.Macam mana dia boleh mgenali aku sejauh itu?Kata2 nya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa.Serasa aku,inilah kali pertama aku melihat wajahnya.Pelik! Harriz membuka fail biru itu & tanpa d baca walau sebaris ayat pun,dia mencapai pen dari kocek kemejanya lantas menandatangani MOU tersebut.
        "Err kenapa awak tak baca dulu sebelum sign?" aku memberanikan diri bertanya.Sekali lagi dia memandangku dgn renungan penuh makna.
         "Kalau saya baca,adakah niat awak itu akan berubah utk menerima saya sebagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" aku terperangkap dgn kata2 Harriz.Entah kemana hilangnya marah & semangat aku ketika itu.Lelaki ini benar2 pelik.Tidaakkkk...!! Bukan semudah itu utk menerima dia.Cinta & kasihku hanya utk Eidham.Harriz bangun.Fresh oren d hadapannya langsung tidak d sentuh,masih suci sepertimana aku.
          "Assalamualaikum..." hanya itulah kata2 terakhir yg d ucapkan Harriz sebelum meninggalkn restoran itu.Aku terpinga-pinga.Pelik & aneh lelaki ini.Sebelum bertemu,pelbagai kemusykilan tentangnya berlegar2 d pundak kepala.Kini pd pertemuan ptama kami,fikiranku semakin bertambah kusut memikirkannya.Siapakah dia sebenarnya?Benarkah dia tulus mencintaiku? Arghh makin difikir,makin pening aku di buatnya.
           Kini,telah hampir seminggu aku menjadi isteri kpd Adam Harriz,seorang lelaki yg tidak pernah aku cintai.Majlis perkahwinan yg d adakan cukup meriah,tetapi aku langsung tidak merasai keseronokan itu.Mungkin Harriz juga begitu.Perhubungan kami memang terbatas.Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah.Kami hnya berpura-pura mesra d hadapan papa & mama ttpi d sebalik tabir kehidupan kami,langsung tidak wujud kemesraan tersebut.Harriz benar2 mberi kerjasama yg baik.Terkadang simpati kepadanya menerjah d sudut hati kecilku.Pernah aku menasihatinya spya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Harriz bukanlah lelaki yg senang d pujuk rayu.
         "Saya seorang yg menepati janji.Walau hati ini berat utk berpisah dgn awak,saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hnya bercerai selepas tamat tempoh kontrak.Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pd awakTidak munasabah andainya saya menceraikan awak sekarang.Kalau boleh,saya mahu takdir membuka pintu hati awak utk menerima cinta saya & menyayangi saya sebagaimana tulus & sucinya cinta saya terhadap awak,Hani..." ungkap Harriz lembut lalu perlahan2 meraih tangan kananku yg sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan,tambahan pula Harriz memanggilku dgn panggilan Hani.Kata Harriz,biar dia seorang yg memanggilku dgn nama itu yg bermaksud Honey @ Sayang...Berderau darahku ketika itu.Semerta aku mjarakkn diri.Bulat mataku memandangnya.Harriz semakin tajam memandangku.Aku gementar.Rasa marah & geram mulai datang.Harriz cuba utk memperdayakan aku dgn kata2 manisnya.
         "Tolong jangan kurang ajar! Dah cukup selama nih saya bersabar dgn sikap & perangai awak!! Awak jangan nk umpan saya dgn ayat2 manis awak tu.Saya takkan terpedaya.Kontrak tetap kontrak! Biar setahun atau dua tahun atau selama-lamanya,saya tidak akan sama sekali mencintai awak atau belajar utk menyintai awak,Adam Harriz! Cinta saya hnya utk Eidham.Awak tahu itu,kan? Eidham lebih dahulu hadir dlm hidup saya tp awak merosakkn segala-galanya dgn memperalatkan papa & mama.Saya bukan mcm mereka.Ingat tuu..!! bentak ku penuh berani.Aku sendiri terkejut dgn tindakanku yg tiba2.Entah dari mana aku mperoleh kekuatan utk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain.Terasa semangat utk mpertahankn diri wujud dlm diri ini.Mungkin krn rindu yg menebal terhadap Eidham & kesalahan aku padanya.Harriz diam.Raut wajahnya berubah,mungkin terkejut dgn tindakanku.
       "Maafkan saya sebab membangkitkan kemarahan awak,Hani.Saya tak ada niat utk menyakiti hati awak.Apapun,kita boleh jadi kawan,kan.." tutur Harriz ringkas.Aku masih tidak memandangnya.
        "Nampaknya dah masuk waktu Isyak sekarang.Mari,kita berjemaah sama2.." pelawa Harriz lembut.Aku memandang wajahnya.Dia mengukir senyum, "saya tunggu di bilik.." Harriz berlalu pergi meninggalkn aku d ruang tamu.Amarahku sudah reda.Malu pulak bila mengenangkan kembali kemarahanku yg begitu berapi-api tadi sedangkan Harriz hanya berwajah selamba & tenang tambahan pula sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk d rumahku.Tidak tahu lagi bagaimana utk mewujudkan rasa benci dlm diri Harriz supaya dia membenci aku.Kini,perkahwinan kami menginjak usia 3 bulan.Papa & mama sudah mulai bertanya tentang keadaanku,apa lagi kalau bukan berkaitan hal anak.Bagaimanakah aku harus mberitahu mereka bahawasanya aku ini masih suci lagi.Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang.Dia benar2 mengikut segala kontrak yg d tulis aku supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dgn aku.Aku bertambah bingung.Segala apa yg aku rencanakan tak menjadi.Harriz tetap juga menyayangi & mencintaii aku.Aku kesunyian.Tanpa Eidham,aku terasa kehilangan.Kadangkala aku nampak bayangan Eidham dlm diri Harriz.Sampai bila aku mampu bertahan? Harriz terlalu baik terhadapku.Hanya perempuan sewel seperti aku saja yg tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan utk menambat hati aku.Aku juga manusia biasa.Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin bingung dgn kehidupan yg aku lalui kini......
     Jam menunjukkn ke angka 2.00 pagi.Aku tiba lewat d rumah.Bukan kerna byak kerja d pejabat,cuma aku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka aku perempuan yg tidak baik.Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk.Suasana gelap menyelubungi sekitar banglo mewah pemberian papa sempena perkahwinan kami.Mujurlah hnya aku & Harriz yg tinggal d sini.Kalau tidak,tentunya aktiviti kami terbngkar lebih awal.Harapnya biarlah Harriz memarahi aku kerana pulang lewat.Aku mendaki anak tangga perlahan2 tapi aku telah terlanggar sesuatu yg besar d hadapanku.Nyaris2 aku tergolek namun ada tangan yg pantas memaut pinggangku agar tidak terjatuh.Berderau darahku.Lampu d anak tangga d pasang...Aku tergamam! Pinggangku masih d paut Harriz.Lama mata kami bertaut.Hampir beberapa saat kami terdiam tanpa kata.Tersedar dari lamunan,aku pantas menolak Harriz ke tepi.Wajahku mula berubah.Merona merah.Marah bercampur malu.
       "Awak ni apasal?Macam pencuri! Nasib saya takde heart attack,kalo tak dah gol kat sini.Dah pukul 2.00 pagi,awak ni x reti2 nk tidur ke,hah? aku memarahi Harriz.
        "Saya tunggu awak,Hani..."
        "Tak payah nak tunggu2 lah! Saya ni bukannya budak kecik lagi.Saya tahulah pukul berapa nk balik.Lagi satu..stop call me Hani! Panggil saya Nellydia! Faham!!" getusku marah.Harriz senyum.
        "Awak dah makan?Hari ni saya masakkn lauk kesukaan awak tau.Masak lemak cili api ikan sembilang.Awak mesti suka.Mari makan sama,saya pun belum makan lagi ni.." ajak Harriz lembut.Masak lemak cili api? Terliur aku d buatnya.Aku memang tengah lapar gila ni.Maklumlah,satu hari x makan.Pagi keluar,petang ada mesyuarat.Dah habis kerja,aku pulak yg sengaja balik lewat semata2 nk sakitkan hati Harriz.Sampai pukul 1.30 pagi aku melangok kat opis.Tak terfikir nak makan pun.Sekarang,dah lapar.Bodoh macam lembu aku ni kan.Takkan aku setuju nk makan semeja ngan dia? Hancurlah rancangan aku nk buat dia marah.
        "Awak ni pandai ke masak? Saya ni memilih orangnya.Takpelah,saya dah kenyang.Dah makan kt luar tadi.Awak nk makan,awak makan lah sensorang ehh.Saya nk tidur.." aku pura2 mguap d hadapannya. "Ahh..ngantuknya...good night"
         "Saya tahu awak belum makan lagi.Awak tentu lapar,kan.." Harriz terus menuju ke ruang makan.Dia membuka tudung saji & menyendukkan nasi utk aku & dirinya sendiri.Beria benar dia mengajak aku.Macam mana dia tahu yg aku ni belum makan? Aku masih tercegat di atas anak tangga.Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yg sedang leka menyiapkan makan malam yg rasanya dah boleh jadi makan pagi.Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman.Boleh caye ke dia ni? Entah2 dah siap makan.Saje nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia.Aku pantas meneruskan mendaki anak tangga menuju ke bilikku meninggalkn Harriz.
          "Awak taknak makan?Tak sakit perut ke awak?Nanti kalau awak jatuh sakitkan susah.."
           "Awak ni tak faham bahasa melayu ehh?Kan saya dah cakap,saya dah kenyang.Kalau awak nk makan,makanlah sorang2.Saya nak naik,mandi,tidur! Jngan ganggu saya!" aku membentak keras.
           "Takpelah,saya makan dulu.Nanti kalau awak terasa lapar,awak turun makan ye.Pergi rehat & tidur okey.."Harriz mengakhiri perbualan kami.Aku terus naik dgn mbawa perut yg sgt lapar.Rasa nk terbalik dunia ni.Ya Allah laparnya! Tuhan saja yg tahu.Kenapalah lembu sangat aku ni...Dah ade orang siap masak,sombong x bertempat.Sekarang,sape yg merana? Aku kann??
          Itu baru saja keadaan d mana dia boleh bertahan dgn sikap aku.Kali ini,aku pula yg xtahan dgn keadaan kami apabila tpksa berlakon d depan papa & mama sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami.Dari berdiri jarak 50KM kini dah rapat mcm belangkas.Dari muka yg ketat seketat ketat alam kene senyum meleret smpai ke telinga.Aku kene memainkan peranan sbg isteri & Harriz sbg suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami.Terasa kaku aku pd permulaan watak ttp Harriz bijak memainkan peranannya sbg suami.
          "Berapa lama papa dgn mama nk tinggal kt sini?" aku mengajukan soalan sebaik papa & mama duduk d ruang tamu selepas kami mjamu selera tengah hari itu.Percayakah anda,semua masakan d masak oleh Harriz yee..tapi Harriz memberitahu papa & mama aku ni yg memasak.Mama hnya tersenyum menggeleng.
          "Nelly..Nelly..mama & papa belum panas punggung lagi dah d tanya bila nk balik.Mama rindukan anak mama.Salah ke kalau mama nk melawat anak manja mama yg dah jadik isteri orang nii.."balas mama.Aku tertunduk malu.
          "Nelly ni bukan apa,ma.Dia takut mama dgn papa balik awal.Duduklah 2-3 hari kat sini,ma.Lama2 pun takpe.Kami pun berdua.Kalau ada mama dgn papa,xlah sunyi sgt rumah ni.." Harriz menyampuk.Aku menjeling Harriz.Nampaknya dia ni nk mengambil kesempatan.Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku & dgn selamba d hadapan mama & papa Harriz mencium pipiku.Perghh ini sudah melebih.Aku geram tapi xboleh memberontak.Sabar kak,sabarrr...
          "Yelah ma.Duduklah lama2 kat sini.Mama pun tentu bosan duduk kt rumah sorang2,papa kan asyik sibuk kat opis.." aku terpaksa menipu.Kalau boleh,nak aje aku suruh papa & mama balik sekarang jugak sebab aku nak ganyang makhluk gatal kat sebelah nih.Makin melebih dah dia ni!!!! Argghh aku dah x snggup nk berlakon lagi!!
          "Mana boleh gitu.Kamu dah berkeluarga.Mama & papa taknak ganggu kamu.Kami ni saja datang nk melepas rindu,nk melawat anak menantu.Dua hari lagi kami baliklah.." Haaa?? 2 hari lagi?? mama,apsal mama x cakap 2 tahun jek kan lagik best dengar! 2 hari dah mcm 2 tahun aku rasakan mama oiii.Aku lihat Harriz tersenyum meleret smbil mengenyitkan matanya padaku.Suhu kat kepala aku dah mendidih.Rasanya nk aje aku cekik2 Harriz sekarang.Betul2 mgambil kesempatan! Aku pantas bangun.Semua mata tertumpu ke arahku.
         "Takpelah ma,pa.Nelly ada hal hari ni.Pukul 2 ni Nelly ada meeting dgn client.Malam baru Nelly balik.Mama ngan papa tak payah tunggu Nelly lah.Tak sure pukul berapa Nelly balik.."
        "Ehh kan hari ni hari ahad,Nel.Takkan bekerja jugak.Kesian kt Harriz ni.Sepatutnya masa cuti jgn d ganggu.Kamu tuh da berkahwin,dah bersuami.Kamu kene jaga makan pakai suami.Kesian Harriz nihaa.." berbakul bakul mama membela Harriz.Eeeee bertambah-tambah bengang aku.Papa hnya tersenyum.Tak bnyak cakap,malas nk masok campur lah tu.Pendek kata,apa saja yg mama cakap papa pasti setuju.Betullah mereka ni satu kepala.Berbeza aku dgn Harriz,ibarat panggang jauh dari api.
         "Nelly memang ada hal petang ni,ma.Tak boleh nak tolak.Client tu dari Jepun,ma.Dia xboleh lama kt sini" aku membalas kata2 mama dgn harapan Harriz akan membantu aku.
         "Takpelah,ma.Saya tak kisah,lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Nelly pada saya.Lagipun saya kenal client Nelly tu.Dia kawan lama saya masa berkursus kt Tokyo dulu,ma.." Harriz menyokong aku.Lega rasanya d hati.Aku memandang Harriz.Dia hnya mguntum senyum.Tiba-tiba saja Harriz mghulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya.Mahu x mahu terpaksalah aku bersalam & mencium tangan Harriz.
         "Nel pergi dulu,bang..." lembut aku bersuara memohon izin.Papa & mama senyum memandang gelagat kami berdua.Rasa senang d hati mereka melihatkan kemesraan & 'kebahagiaan' aku & Harriz yg hnya d buat-buat.Nelly..kau sepatutnya jadi pelakon lah! Untung2 kau menang pelakon waita terbaik anugerah skrin tv3 tuu......

       

P/S: Nantikan sambungan part 2 esyok yeeww...tungguuuuuu ^_^

17 comments:

  1. wau.. ada bakat terpendam nih.. part 2 bila lak.. heh2

    ReplyDelete
  2. waa..sumer ada berapa part nih??heee..:D

    ReplyDelete
  3. waa..bleh tahan... cume penggunaa short form trlalu bnyak... klu boleh, guna perkataan penuh/lengkap. -cuma pandangan :)-

    ReplyDelete
  4. erm....besh citer nie..cepat2 smbng yer.tak sabar nak bc~

    ReplyDelete
  5. Iena Salieza: Hehe part 2 akan d sambung jugak..tungguu=))

    ReplyDelete
  6. CikNuwairah: Hhehe juz wait & see yaa=))

    ReplyDelete
  7. Keri Ikhwan: Trimas krn mbace yek..Insha Allah sgala teguran akan d ambil kira..tggu kemunculan part 2 lak tau=))

    ReplyDelete
  8. Sieyla Alissa: Horait yunk..trimas sbb sudi mbace..jgn lupa nantikan part 2 tauu=))

    ReplyDelete
  9. wahaha.. teman nk right click n copy xleh.. hik3.. nk cantumkan jd 1 buku, tp xleh copy.. hik3.. ( lanun terang2an nih.. hih3 ) =P

    ReplyDelete
  10. Iena Salieza : Hohoho piretes of the carribean laa neh ehh...hehe=))

    ReplyDelete
  11. Terima Kasih kerana mengaku ini adalah Karya Adik..Setahu akak, ini adalah karya cerpen akak. Akak hasilkan ini dalam tahun 2002-2003...

    ReplyDelete