SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Friday, April 13, 2012

Islamic Entry : 13 Aurat Wanita Menurut Islam ♥♥

           Salam & Hye
          Hallu Aimiey Azizan In Da' House

      Salam Jumaat guys.Apa kabar kalian d hari jumaat yg penuh barakah ini? Harapnya engko orang sihat walafiat segar bugar lah hendaknya ehh.Jangan jadik cam aku nih,demam x bahek2 dgn sakit tekak segala.Sampai aku dah malas nk makan ubat dah.Selamba badak aku pekena milo ais ngan eskrim! Takyah nk manja2 kan sgt badan nih,nanti lagi bertambah2 lembik..hewhew..
      Macam biasa kalo hari jumaat aku akan tulis entry ala-ala islamik buat renungan & panduan bersama.Ekceli aku terbaca kt pesbuk tentang info nih jadik dgn semahngat berkobar2 nk share,terus gigih menaip buat entry.Meh sesama baca tentang 13 Aurat Wanita Menurut Islam..zasss...

   
        13 AURAT WANITA MENURUT ISLAM :-)

=>   BULU KENING : Menurut Bukhari,Rasulullah melaknati wanita yg mencukur @ menipiskan bulu kening @ d minta supaya d cukurkan bulu kening.
=>   KAKI ( Memakai gelang kaki berloceng) : Dan janganlah mereka (wanita) menghentakkan kaki (mengangkatnya) agar d ketahui perhiasan yg mereka sembunyikan - (Petikan dari Surah An-Nur ayat 31)  Keterangan : Menampakkan kaki & menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pd mereka yg mengikatnya dgn loceng sama juga spt pelacur d zaman Jahiliah.
=>   WANGI-WANGIAN (PERFUME) : Siapa saja wanita yg memakai wangi-wangian kemudian melewati  suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,maka wanita itu telah d anggap melakukan zina.
=>    DADA : Hendaklah (wanita) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian dada-dada mereka -(Petikan Surah An-Nur ayat 31).
=>   GIGI : Rasulullah melaknat wanita yg mengikir gigi @ meminta giginya dikikirkan.Di laknat wanita yg menjarangkan giginya supaya mjadi cantik,yakni merubah ciptaan Allah - (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
=>   MUKA & LEHER : Dan tinggallah kamu (wanita) d rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu spt orang Jahiliah yg dahulu.Keterangan : Bersolek (mekap) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yg menampakkan leher spt orang Jahiliah.
=>   MUKA & TANGAN : Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis.Sabda Rasulullah : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yg telah d datangi haid,tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan & wajah shja - (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim & Bukhari).
=>  TANGAN : Sesungguhnya kepala yg d tusuk dgn besi itu lebih baik drpd menyentuh kaum yg bukan sejenis yg tidak halal baginya - (Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani & Baihaqi).
=>  MATA : Dan katakanlah kepada wanita mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian drpd pemandangannya - (Petikan dari Surah An-Nur ayat 31).
=>  MULUT (suara) : Janganlah wanita-wanita itu terlalu lunak dlm berbicara sehingga berkeinginan orang yg ada perasaan serong dlm hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan2 yg baik - (Petikan dari ayat Surah Al-Ahzab ayat 32) Sabda Rasulullah : Sesungguhnya akan ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dgn yg lain,iaitu kepala mereka d lalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) & penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelam mereka itu d dalam bumi - (Petikan drpd Hadis Riwayat Ibn Majah).
=>   RAMBUT : Wahai anakku Fatimah! Adapun wanita-wanita yg akan d gantung rambutnya hingga mendidih otaknya dlm neraka adalah mereka itu d dunia tidak mahu menutup rambutnya drpd d lihat oleh lelaki yg bukan mahramnya - (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
=>  KEMALUAN : Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka & menjaga kehormatan mereka - (Petikan dari Surah An-Nur ayat 31). Apabila seorang wanita itu solat lima waktu,berpuasa d bulan ramadhan,menjaga kehormatannya & mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dairpda mana-mana pintu yg ia kehendakinya - (Hadis Riwayat Al-Bazzar). Tiada seorang wanita pun yg membuka pakaiannya bukan d rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dgn Allah - (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi,Abu Daud & Ibn Majah).
=>    PAKAIAN : Barangsiapa yg memakai pakaian yg berlebih-lebihan terutama yg menjolok mata,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan d hari akhirat nanti - (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu Daud,An-Nasaii & Ibn Majah) (Petikan dari Surah Al-Ahzab ayat 59) bermaksud : Hai nabi-nabi,katakanlah kpd isteri-isterimu,anak-anakmu & isteri-isteri org mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh & longgar)  yg demikian itu supaya mereka lbh mudah d kenali.Lantaran itu mereka tidak d ganggu.Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

        Sesungguhnya sebilangan ahli neraka adalah wanita-wanita yg berpakaian tetapi telanjang yg cenderung melakukan maksiat & menarik orang lain melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga & mencium baunya - (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Keterangan : Wanita yg berpakaian tipis,jarang,ketat,membentuk,berbelah & membuka bahagian2 tertentu

     

        Seorang wanita itu d akhirat kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke neraka,iaitu ayahnya,suaminya,adik beradik lelakinya & anak-anaknya jika dia tidak menutup auratnya.Jadi jika kamu menyayangi mereka,tutupilah auratmu wahai wanita kerana seindah-indah perhiasan ialah wanita yg menutup aurat dgn sempurna yakni wanita solehah ♥♥


      Cantikkah aku andai AURAT ku terbuka untuk d santap oleh mata  yg bakal membawa ALLAH murka?
      Cantikkah aku  andai MARUAH ku tidak terjaga lalu senang d kata oleh mereka yg suka mengata?
      Cantikkah aku andai AKHLAK ku tidak terpelihara mudah saja d canang d jadikan tajuk utama cerita?
      Cantikkah aku andai AGAMA ku tidak terguna lalu mudah saja aku alpa dek kerana tipuan dunia?

      Wahai Muslimah,peliharalah AURATMU,MARUAHMU,AKHLAKMU & AGAMAMU agar kamu beroleh pahala & keredhaan Allah krn seindah2 perhiasan adalah wanita solehah ♥♥

No comments:

Post a Comment