SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, May 1, 2016

Travel & Holiday : Trip ke Jakarta-Bandung part 1

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 MasyaAllah...lamanya tak berapdet belog ni. Segala jenis sawang & habuk dah bermukim dlm belog nihaaa. Fuhh! Mahap laa ye, bizi sangat sesejak dah abis studi ni. Jangan kata belog, kadang pesbuk pun dah berzaman tak berapdet status. Mungkin, penginjakan usia membuatkan aku dah merasa bahawa, medium sosial ini sudah tidak sepenting dulu. Gitew! 
 Ok disebabkan lama sgt dah tak updet, banyak yg aku nak celoteh ni. Baru2 ni, pada 14-17 April, aku & family mengikuti trip ke Jakarta-Bandung selama 4 hari 3 malam. Kitorang pergi dgn sebuah travel agency.  Sebabkan lama sgt dh tak travel luar malaysia, maka peluang travel kali ni betul2 enjoy & sakan habiss! Bukan saja sakan habis, duit juga turut habissss! Ok silakan baca sampai habiss ye..hehe.. :-D

    First step : haruslah tukar uang duluan. Gimana mau shopping kalo uang nya ga ditukar, iya kan? 

    Are u ready to travel & holiday?? Yeah...! Letss goooo bebeh
    
    Khamis, 14/4/2016 ;

    Seawal 4 pagi, kitorang sudah gerak ke KLIA kerana tiket pukul 6.50 pagi dgn menaiki pesawat MAS MH0713. Para ahli rombongan seramai 20 orang termasuk ketua travel agency diminta berkumpul di KLIA utk diberikan sedikit sesi taklimat & urusan pasport serta bagasi. Pada pagi tu, tahap mengantok dia tak usah cegite, memang bikin kepala pusing mcm gasing sbb tak cukup tido. Tapi, kerana keterujaan nk holiday tu, mengantok pun berjaya diatasi dgn jayanya. Dalam kepala aku, dlm flight japgi boleh qada' tido. Setelah settle segala urusan, hampir ke pukul 7 kitorang telah berada dlm flight. Perasaan masa tu sena nya bercampur baur. Seronok tp takut. Maklumlah, naik MAS. Tp ketika itu, aku hanya memanjatkan doa kpd Yg Esa agar selamat sampai. 

    Aku jenis yg prefer bawak backpack dari luggage. Leceh ah nak tarik2 luggage cam akademi fantasia tu.. 

    Acah2 senyum padahal tengah tahan mengantok kuasa lapanbelas! 

    Konon hipster ah snap pic tiket dgn pasport..hek eleh sangat, kan! 

    Menanti seblom dipanggil masuk flight. Haruslah menyelfiee duluannn!
    My family. Semua muka ada senyum jugak kecuali itu pakcik, muka ketat mau pigi mana pun tak tahu. Aiyaaa! 

    Jangkamasa dari KLIA ke Soekarno-Hatta Airport Jakarta memakan masa kira2 1 jam 45 minit. Peluang yg ada aku gunakan utk snap photo. Konon je nak qada' tido. Puihh! 

    Perut dah memang lapar, di baginya pulak nasik lemak sambal udang. Memang layan laa cegite dia. Nak je aku mintak lagi satu bekas, tapi disebabkan nak cover ayu kat pramugara ensem tu, maka niat itu dibatalkan serta merta :-D

   Sebelom fly patutnya baca doa, aku sibuk berselfie. Pempuan memang camtu, gaiss! Eh tapi lepas selfie aku baca doa weh, saja xnak tunjuk nanti dikata riak kang.. Hek! 

    Sejenis keterujaan.. Nasib aku baik sebab dpt seat dekat dgn sayap MAS tu..

    Sejenis saujana hijau mata memandang. Hanya puji-puji kepadaNya mampu aku lafazkan dgn keindahan ciptaanNya ini. 

    Setibanya di Soekarno-Hatta Airport Jakarta, kitorang & para ahli rombongan diperkenalkan kpd 3 orang tour guide indonesia berpengalaman iaitu Pak Gunawan, Pak Adnan & Pak Wawan. Dari Airport, kitorang dibawa dgn sebuah bas menuju terus ke Bandung yg memakan masa kira2 4 jam kerana jam teruk di sepanjang highway. Kata Pak Gunawan, bisa jadi perjalanan ke Bandung makan masa 8 jam jika jam terlalu teruk. Ya ampun, bisa kebas punggung dong kalo lama ker gitu! Kebosanan akibat tersangkut dlm jem dibayar dgn keseronokan krn Pak Gunawan yg cukup bijak menceriakan suasana dgn lawaknya yg x kering gusi selain kitorang disajikan dgn pemandangan yg best & menarik sepanjang jalan. 

   Dalam bas meredah macet (jem) yg teruk. Selfie dulu laaa cegite dia..
   
    Setelah meredah jem hampir 4-5 jam, kitorang sampai ke Bandung yg ketika itu sedang hujan lebat.  Kata Pak Gunawan, kota Bandung lebih sejuk berbanding Jakarta & penduduk di Bandung lebih lembut & bersopan berbanding di Jakarta kerana hampir 100% di Bandung adalah muslim. Bas terus bergerak ke sebuah restoran utk santapan makan tengahari. Memandangkan perut memasing dah kebulur tahap unta, maka makan adalah agenda paling penting ketika itu. 
     Aneka lauk pauk yg menyelerakan. Aku makan nasi bertambah tambah. Kali ni aku tak cover malu, makan sampai lebam. Malu kang lapar! 

    Masakan indonesia sebenarnya lebih kurang saja dgn masakan di malaysia. Pd tengahari itu, kitorang disajikan dgn hidangan nasi padang & aneka lauk pauk indonesia yg sedap & pedas. Ok, aku takleh nk cegite panjang masa ni sbb aku sendiri begitu layanss dgn hidangan yg sedap ini. 
    Selepas menikmati sajian makan tengahari & bersolat zuhur, kitorang menaiki bas semula utk menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Lembang Floating Market Bandung. Disini kata Pak Gunawan mempunyai view yg sgt cantik. Terdapat tasik yg besar, bunga2, pokok2 yg menghijau & fauna yg begitu indah. Disini juga, kita dapat tengok para peniaga yg berdagang secara kecil-kecilan menjual pelbagai makanan gorengan spt pisang cheese, lempeng, tauhu dan banyak lagi di atas sampan di sepanjang pesisir tasik seperti yg terdapat di Vietnam. 

    Makanan gorengan yg sedap & nikmat *telan ayaq liuq*

    Antara view cantik di Lembang Floating Market ;






    Setelah menghabiskan masa hampir 3 jam disini & bersolat asar, destinasi seterusnya ialah ke Tauhu Susu Lembang, dimana disini terdapat perusahaan membuat tauhu susu. Iyelah, orang indo kan terkenal dgn tauhu dlm sajian makanannya.  Kitorang singgah sekejap saja disini sbb hujan.


    Langit ketika ini sudah gelap seakan maghrib sedangkan ketika ini jam baru menginjak ke angka 5. Kata Pak Gunawan, Bandung ini cepat cerah dan cepat gelap. Bayangkan, asar disana kira2 pukul 3 lebih camtu. Destinasi seterusnya ke Farmhouse Lembang. Biarpun ketika ini langit sudah sangat gelap seakan malam & diiringi hujan rintik, namun tak mematahkan semangat kitorang utk turun & jelajah kesini. Disini, viewnya juga cantik krn dpt dilihat senibina ala eropah, pepohon menghijau & aneka jualan disini selain dapat menikmati kesegaran susu fresh dari ladang. Walaweh..nikmat siot! 






    Setelah menghabiskan kira2 2 jam disini menikmati view yg indah serta bersolat maghrib, destinasi seterusnya ialah menuju ke restoran utk menikmati makan malam. Disini, kami disajikan dgn masakan panas spt tomyam & seafood. Lagi sekali takleh nak cegite, sebab aku tgh layanssss!
    Terserlah muka kepenatan disitu. Muka aku dah sememeh macam makcik2 dah waktu ni..

    Setelah kenyang mengisi perut, destinasi terakhir sebelum ke hotel utk check-in ialah ke sekitar jalanraya Bandung dimana terdapat pelbagai kedai & premis utk bershopping. Dalam bahasa mudahnya, sesi menghabiskan duit. Kah! Tidak lengkaplah travel tanpa bershopping, ye idok? Travel & shopping berpisah tiada sih.

    Syurga tas & sepatu. Bisa gila disini. Aduh!

   Sempat grab sepasang kasut. Aku tak igt berapa rupiah, yg pasti bila tukar ke ringgit malaysia berharga rm50 camtu. 

   Di destinasi terakhir ini, kitorang menghabiskan masa sekitar 2 jam utk shopping di sekitar premis yg terdapat disini. Disini terdapat premium outlet spt FOS yg menjual pelbagai pakaian yg memang murah, syurga kasut dan beg tangan & aneka barang kraftangan. Memang rambang mata jadinya sebab kesemua barangan disini bukan saja murah tapi tersangatlah cantikk meletop kebabom mak ko hijooo! Disini juga, terdapat ramai peniaga jalanan yg akan kejar setiap tourist utk membeli apa yg dijual mereka. Agak merimaskan jugak, tp aku lebih kpd kesian dgn dorang. Kata Pak Gunawan, situasi ini biasa di indonesia.
   Dan akhirnya, sekitar pukul 11 lebih, kitorang sampai ke hotel di Bandung ini. Badan, kaki, tangan, kepala, rambut, muka semua dah berminyak, dah kepam masyiaamm pun ada sebab dari pagi tak mandi2 & berganti baju. Ketika ini, di fikiran aku cuma satu, aku nak katil, bantal, selimut, dan teruss tidoooooo kerana esoknya dlm pukul 4 pagi dah kena bangun utk ke destinasi & aktiviti seterusnya...


   Ok, bersambung ke part 2. Tungguin yaaaa! Daaaa.... :-))


   


    

No comments:

Post a Comment