SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Tuesday, May 10, 2016

Travel & Holiday : Trip ke Jakarta-Bandung part 4

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Curik2 masa updet belog jap walaupun masa mencemburui aku. Susah betol jadi orang bizi ni. Terkejar sana terkejar sini. Masa nak hadap social media tu terbatas. So, harini aku akan sambung the last part travel holiday tu. Sape yg dah baca ketiga2 part tu, jutaan terima kasih aku ucapkan. Tanpa korang siapalah aku..tudiaa ucapan ngalahkan dah menang bintang paling popular, engkooo! Ok jom teruskan bacaan anda.. Zassss!

  17/4/2016, Ahad ;

 Macam biasa, seawal 4 pagi dah kena bangun. Udah macam bulan puasa ko, nak bangun sahur waktu2 cenggitu. Mata rabak, kepala pening, badan letih namun kugagahkan jua tanpa rungutan. Harini adalah hari terakhir di Indonesia sbb petang nanti dah kena gerak ke airport utk balik Malaysia. Eh ehh kejap betul masa berlalu, tetahu dah nk kena berambus balik. Huhuhu
 Selepas bersiap, langkah dibawa menuju ke lobi hotel utk breakfast. Pagi tu, aku decide nak makan nasik memandangkan haritu hari terakhir, so haruslah rasai kesedapan menu pd pagi tu. Aku amik sepinggan nasi putih, rendang ayam, sambal ikan bilis & air suam. Mak aku hanya amik sekeping roti & secawan tea. Takut nak makan berat2, katanyaaa.. Setelah checkout, kira2 pukul 8, bas bergerak menuju ke Tanah Abang, Jakarta. Aku pikirkan, Tanah Abang ni adalah sebuah pantai seperti Rantau Abang di Terengganu sana nung. Rupanya Tanah Abang yg bakal ditujui itu ialah sebuah mall menjual pelbagai jenis barangan seperti mana Pasar Baru di Bandung tempoh hari. Wahhh nampaknya sesi menghabiskan saki baki rupiah lagi laaa niii. Disini, kitorang tidaklah dikawal oleh tour guide seperti mana di Pasar Baru tu, kitorang bebas bergerak mencari apa yg diingini dlm jangkamasa yg diberikan. Macam juga kat Pasar Baru, Pusat Grosir Tanah Abang ni juga sangatlah ramaaiii. Lagi pulak hari ahad, maka berpusu pusulah masyarakatnya keluar bershopping. Kat sini, memang rambang mata lah lagi sekali tengok memacam yg dijual. Ada telekung sulam cantik2, kain pasang yg menarik tertarik ko memang dabom, tudung2 & shawl, pakaian, kasut pendek kata aneka fesyen dari anak kecil sampai ke orang tua! Dekat sini, aku nyaris2 nak tukar duit lagi sbb duit rupiah dah habis. Tapi, hajat x kesampaian sbb money changer disini tutup pd hari ahad. Punyalah frust masa tu weiii. Tapi bila pikir2 balik, maybe ada hikmah gak money changer tutup, tu bermakna Allah nak selamatkan aku dari terus memboros x ingat duniaa kat situ...hihi.. Disini aku sempat grab sehelai baju & 2 helai pants yg sangat cantik persis retis indo pakai mcm Alyssa Soebandono tu. 


  Setelah menghabiskan masa sekitar 4 jam di Tanah Abang, bas gergerak menuju ke Masjid Istiqlal di Jakarta Pusat utk solat zuhur sbelum pulang ke airport. Utk pengetahuan korang, Masjid Istiqlal ialah masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini bisa menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerna itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka). Terasa sangat bertuah dpt menjejakkan kaki di sini, tetapi alangkah lagi bertuah jika dapat solat di dalam masjid agung ini, tapi apakan daya, ketika ini sedang 'bendera merah'.. I is saddd :(

    
    Sementara menunggu beberapa ahli rombongan yg sedang menunaikan kewajipan terhadapNya, aku mengambil peluang di sekitar masjid dgn menikmati pemandangan yg cukup cantik disini. Disini juga terdapat anak2 kecil yg gigih mencari rezeki dgn menjual beg plastik kpd orang2 yg ingin memasuki masjid, plastik itu utk meletak selipar atau kasut demi mengelakkan kecurian atau kehilangan selipar / kasut. Sempat juga aku cakap indon dgn salah sorang budak kecik bernama adam yg sedang menjual plastik. Dalam diam, aku kagum dgn semangat mereka yg sanggup berpanas terik begitu demi mencari rezeki. 



   Sungguh ramai umat manusia di sekitar perkarangan masjid. Ada penduduk tempatan, tidak kurang pelancong dlm & luar negeri yg berkunjung ke sini samada singgah utk menunaikan solat zuhur ataupun sekadar mengambil gambar keindahan senibina masjid ini. Bagi aku, tiada ucapan lain yg bisa  aku panjatkan bila tengok betapa teguhnya senibina agung yg terdapat di Jakarta Pusat ini. Subhanallah, indahnya rumahMu Ya Rabb! 
   Selepas menunaikan fardhu zuhur, ahli rombongan menaiki bas utk bergerak terus ke Soekarno-Hatta Airport Jakarta. Terasa sayu bila mengingatkan bakal pulang ke Malaysia. Rasa tidak puas utk terus berada di Indonesia krn pada perkiraan aku, banyak lagi tempat2 yg aku nak kunjungi selain Jakarta & Bandung. Namun apakan daya, masa & rezeki hanya mengizinkan selama 4 hari 3 malam saja di bumi Garuda ini. Bukan aku saja yg merasakan piung2 kesedihan, malah ada beberapa ahli rombongan yg turut merasakan yg sama. Maka setelah mengharung kesesakan selama sejam, kitorang akhirnya sampai ke airport. 

    Mengabdikan kenangan bersama 3 tour guide yg baik hati, Pak Wawan, Pak Adnan & Pak Gunawan. Moga ketemu lagi yaaa bapak2 di lain waktu.. Kalian semua emang baik & sporting banget tuh! 


    Setelah mengucapkan salam perpisahan bersama para tour guide, kitorang masuk ke dalam airport utk sesi dokumentasi. Tiket utk balik ke Malaysia sekitar pukul 7.35 malam waktu Indonesia. Boleh tahan mereput jugaklah nak menunggu ke pukul 7, tambahan lagi ketika itu bumi Jakarta dibasahi hujan lebat. Hujan seakan mengiringi kesedihan di hati memasing, gitew! 
   Dan akhirnya, kira2 jam 8 malam kitorang dah berjaya masuk ke dalam perut pesawat MH0724 utk pulang ke Malaysia. Macam biasa, aku sedikit tidak best sebab naik flight waktu malam dlm keadaan cuaca hujan ketika itu, namun hanya doa dipanjatkan dlm hati agar selamat sampai ke bumi Malaysia. Dalam flight, aku dah tak sedar apa terus tido sbb kepala sgt pening & aku hanya dikejutkan ketika stewardess datang hantar makanan, iaitu nasi ayam. 
   Sekitar pukul 10 akhirnya kitorang selamat sampai ke bumi Malaysia oh tanah tempat tumpah darah ku ooo ooo.. Syukur alhamdulillah selamat sampai biarpun flight landing agak panik & cemas. Setelah selesai kesemua urusan bagasi, kitorang ahli rombongan berpelukan sebelum berpisah & menuju ke destinasi memasing. Walaupun hanya 4 hari 3 malam di bumi Garuda, tetapi kenangan & momen manis disana membawa sejuta erti yg tak bisa terungkap. InshaAllah, jika panjang umur dimurahkan rezeki, pasti kaki ini akan jejak ke sana semula. Alhamdulillah. Aminn.

   

No comments:

Post a Comment