SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Wednesday, May 4, 2016

Travel & Holiday : Trip ke Jakarta-Bandung part 3

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Haaiiii semorang! Seperti yg dah aku janjikan, aku akan sambung part 3 pulak. Nyiahahaaa ko nampak tak, baru travel ke indo je pun kemain byk aku nak cegite, padahal pegi 4 hari 3 malam je haaa. Ini kalo pegi europe sana, berminggu gamaknya jenuh aku nk updet cegite, ntah sampai part 10 kot..kihkih..
  Ok taknak bermukadimah panjang lebar, moh le baca cegite seterusnyaaa! Zassss.....

  Sabtu, 16/4/2016 ;

  Seperti semalam (jumaat), harini juga perlu bangun seawal 4 pagi. Dia punya mengantok memang takleh bawak berunding. Terasa macam ada bapak segala setan bergayut atas kelopak mata aku ketika itu. Mana lagi dgn badan yg sgt penat & letih, tambahan pulak pagi tu aku dah 'bocor'. Pehhhhh! Memang spoil betul aku rasa. Dengan pad aku terlupa nak letak dlm bagpack, mana siot nak mengagau carik pad! Arghh betul spoil aku rasa pagi tu. Pulak tu, 1st day period memang bikin aku tak best. Senggugut kuasa nambelas jutaaaa weeiii. Sakitnyaaa maaakk! 
   Sebabkan keadaan yg dah tak selesa tu, aku memang takde mood pagi tu. Terpaksa pulak pinjam pad dekat kakak ketua agency tu. Malu tak tahu nak letak celah mana dah mukaaa ni. Nasib baiklah sbg seorang wanita, dia memahami keadaan aku ketika itu. Huhuu.. Selepas bersarapan & checkout hotel Bandung pagi tu, maka bas pun bergerak utk menuju ke Pasar Baru. Aku pikirkan, Pasar Baru tu sejenis pasar pagi atau pasar tani. Lagi ah buat aku rasa moody, yelaaa dlm keadaan engko dah senggugut ni, memang takde makna lah nak redah orang ramai & kesesakan kat situ. Aku dah decide nak mereput dlm bas jelaa time tu. Sepanjang perjalanan, aku hanya menikmati pemandangan sekitar jalanraya Bandung. Tepat jangkaan aku, memang jalanrayanya lebih sesak dari hari bekerja kerana rata2 penduduknya keluar melakukan pelbagai xtvt hujung minggu spt bershopping & ke pasar. Sehinggakan bas kitorang stuck yg agak lama akibat kesesakan lalu lintas di tepi kawasan pasar pagi. Pehh! Dan akhirnya, tak lama lepas tu kitorang pun sampai ke Pasar Baru, Bandung. Sangkaan aku ternyata melesat, rupanya Pasar Baru itu adalah sebuah mall umpama Kompleks PKNS & Pertama Complex. Seingat aku, kompleks tu ada 8 tingkat & di dalamnya MasyaAllahhhh...sungguh sesak spt pasar borong! Maakk aiihh, gimana mau shopping kalo ramainya ker gini...! 


    Dekat sini, kitorang para ahli rombongan tidak dibenarkan berjalan berasingan dikhuatiri terpisah antara ahli rombongan. Yelaa dah ramai serupa tengah tawaf kat Kota Mekah tu, hilang kang celah mana nak cariknyaaa. Tour guide yg akan membawa & memantau kitorang sepanjang dlm kompleks tu. Pak Gunawan, dibantu dgn seorang lagi tour guide yg memang arif dgn kompleks itu bernama Asep yg membawa kitorang utk ke satu2 kedai. Agak melecehkan jugak sbb kita terpaksa berjalan dlm kumpulan & singgah ke kedai yg kita tak ingin pegi. Sbg contoh, ada kaum pempuan yg nak singgah carik kain pasang, maka kesemua terpaksa ikut juga utk carik kain pasang. So boring sbb kita tiada kebebasan bergerak sendiri, ini krn tour guide risau akan keselamatan para ahli rombongan. Masa ni aku amik kesempatan tanya ke Pak Gunawan dimana kedai menjual pad. Dia bawak aku turun ke tingkat paling bawah utk pegi kedai di luar kompleks tu. Masa sampai d kedai tu, apa yg takleh aku lupakan ialah, aku nk beli pad tp sekor manusia pun dlm kedai tu x paham apa yg aku ckp. Jenuh aku explain apa tu pad, eh mampuss dorang tak paham. Rupanya, dorang tak panggil tuala wanita itu pad, tapi pembalut. Kata dorang, pad itu adalah sejenis koyok tampal di kepala. Ok, wakenabebbb! Dan Pak Gunawan boleh bantai gelakkan aku kat luar kedai. Ciss betei.
   Dekat Pasar Baru ni, bleh tahan byk aku shopping. Sumpah ckp, memang kat sini laagii rambang mata tgk segala bapak fesyen, dari tudung, kain pasang, baju2, telekung eh pendek kata semualah! Dahlah murah pulak harga2 kat sini. Sedar tak sedar, aku terpaksa carik money changer lagi utk tukar rupiah...isk..iskk..issskk

   Gigih aku ajak 2 orang cewek ini bergambar sbg kenangan lepas aku beli palazo dkt kedai dia. Makasiiii ya mbak atas layanan nya yg baaikk.. :))

    Masa ni aku rileks jalan sensorang pegi terejah kedai ni. Sumpah rambang mata tgk fesyen muslimah yg dijual dlm kedai ni. Aku berjaya grab palazo yg sgt cantik & murah kat sini. Berbaloi baloiiii. Bukan apa, lama beno tunggu ahli rombongan ni bershopping, baik aku jalan sensorang eleh lagipun aku pegi pun tak jauh mana, sekitar dorang jugak. Aku tak takut langsung kalau terpisah dari ahli rombongan pun sebab aku pandai cakap indon. Kalo engkorang nak tahu, sepanjang kat Indonesia ni aku cakap indo dgn warga dekat sana. Dan Alhamdulillah, dorang sgt baik kalo kita bleh ckp indo dgn dorang, siap ada diskaun lagiii weehh. Kerlass! 

   
    Antara barangan yg aku beli kt sini selain palazo ialah telekung, kain pasang & blouse. Ikutkan byk lagi aku nak sambar tp aku pikir sbb lepasni destinasi seterusnya ke Jakarta, so kene la kawal nafsu agar x terlebih belanja kat sini. 
   Sekitar 4 jam masa yg diberikan kt sini, dan destinasi seterusnya ialah ke Kartikasari. Mati2 aku ingatkan Kartikasari ini tempat menjual jamu, rupa2 nya ialah tempat jual pelbagai kek, cupcake, brownies, coklat & manisan. Senang cegite, mcm kedai kek laa. Dekat sini, aku beli brownies almond yg super duper sedaaappp namatikkkk yg beharga kira2 Rm12! 

    Berpinar bijik mata aku tengok kek2 dekat sini. Awaaa, saiya taa kuaddd..... :(

    Ini dia brownies almond yg aku beli. Tengok pun dah sedap, rasa laaagiii laa sedaap! Aku x tipu weh. Ini best seller dekat Kartikasari. 

    Dekat Indonesia ni, amatlah pemes dgn eskrim durian. Kata Pak Gunawan, eskrim durian di indo memang sedap & pasti kena cuba bila berkunjung ke Indonesia, kalo tidak tergolonglah kalian dlm kalangan org yg rugi krn tidak merasainya. Iyaa...akulah orang yg rugi itu krn aku tidak makan durian. I izz sadd :((
    Setelah menghabiskan masa membeli manisan di Kartikasari, bas bergerak menuju ke sebuah restoran utk santapan makan tengahari. Aku terlupa apa namanya krn ketika ini, aku begitu lapar. Apa yg terbayang di pikiran aku ialah makan, makan & makan! Dan dekat sini, makanannya jugaa sedap. Eh pendek kata tak jumpa lagi laa makanan yg x sedap sepanjang kat Bandung ni. Ngeee


    Memasing dah kekenyangan menikmati makanan yg sedap & perut rata2 nya memang dah boncet dgn makanan, maka perjalanan diteruskan iaitu ke Cihampelas Walk atau Ciwalk. Disini kata Pak Gunawan ialah jalan paling aman di dunia. Puas memasing berpikir kenapa ia digelar jalan paling aman di dunia? Rupa2nya sesampainya kitorang disana, barulah kitorang sedar apa yg dikata Pak Gunawan. Digelar jalan paling aman kerana disini terdapat deretan kedai menjual pelbagai barangan superhero & figura superhero spt Superman, Batman, Ironman, Spiderman, Ultraman & memacam karakter lain. Kononnya jalan itu paling aman krn di 'jaga' oleh para superheroes itu, sedangkan hakikatnya menurut Pak Gunawan, sebenarnya bagi penduduk disitu, kawasan itulah antara kawasan paling tidak aman krn banyak kejadian jenayah spt peragut, penyeluk saku & penyamun. 

    
    Hari makin menginjak petang. Kota Bandung ini pula cepat gelap. Macam yg aku katakan, sekitar jam 5, langit mulai gelap. Destinasi terakhir di Bandung ialah ke Rumah Mode sebelum bergerak ke Jakarta. Rumah Mode ini konsepnya menjual pakaian moden krn itu digelar mode & ia seakan spt H&M & Uniqlo. Disini, tersangatlah ramai tourist & apa yg aku tengok byk nya dari Malaysia. Bershopping habis berjuta juta rupiah engkoooooo! Masyiukkk baqhang. View dekat sini memang cantik menarik ko memang deboomm! 

    

    
   Setelah berjaya menghabiskan duit dekat Rumah Mode, kitorang dibawa ke sebuah restoran menyediakan masakan padang utk sajian makan malam. Masa ni, aku tak sempat nak snap foto sebab dah terlampau capek (penat). Mana lagi nak kena tahan senggugut terukss..isk..iskk.. Dan selepas menjamu selera, sekitar jam 8 kitorang bergerak ke Jakarta utk checkin hotel di sana & menghabiskan hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia..........

  Nantikan sambungan, the last part. Stay tuned okeyyy :))
    
    

No comments:

Post a Comment