SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Monday, May 2, 2016

Travel & Holiday : Trip ke Jakarta-Bandung part 2

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Hai uollsss..! Seperti yg dijanjikan, aku akan sambung story holiday trip part 2. Mohon sesape yg baca belog aku ni tidak boring sbb cegite aku panjang & bakal ada sambungan part 3 & part 4 tentang holiday trip ini. Berjuta terima kasih pd sesape yg sudi baca. Pada yg rasa macam annoying dgn cegite2 aku ni, takyah laa baca, off saja & pegi mereput sana sambil makan jagung rebus okeh. I dont kisah..kahkah :-P . Nanti aku akan updet entri tentang tips2 memulakan travel, khusus buat sesape yg nak g travel tu. Nantikan yee! :)) 

  Ok, lets continue this story, gaisss! Cekidaut----

  Jumaat, 15/4/2016 ;

  Seawal pukul 4 pagi waktu jam malaysia, aku sudah bangun dari tido. Jika ikutkan hati, nak aje aku teruskan tido sampai tengahari sebab mengantok namatikk & penat nokharom. Ditambah dgn enaknya tido berbungkus dlm selimut tebal dgn kedinginan aircond dlm hotel. Fuh! Sgt mencabar keimanan ketika itu. Oleh kerana kota Bandung ini cuacanya sejuk spt di tanah tinggi, maka kedinginannya menggigit sehingga ke tulang hitam. Sehinggakan, air panas di dlm bilik mandi juga sudah tak terasa suhu panasnya krn cuaca sejuk lebih mendominasi. Jadi cuba engko bayangkan, mandi seawal 4 pagi dgn keadaan yg sejuk kuasa nambelas juta! Aku menggigil serupa kena sawan akibat sejuk yg tak tertahan. Fuh! Usai menunaikan solat subuh (subuh di Bandung sekitar 4-5 pagi & perbezaan waktu malaysia dgn indonesia ialah sejam), terus bersiap utk turun ke lobi krn tour guide & para ahli rombongan menanti di situ. Seawal 7 pagi, kitorang bersarapan di hotel. Tak pernah2 aku breakfast awal cenggitu. Kalo di malaysia, waktu cenggitu aku enak buat taik mata lepas solat subuh. Nyiahahaaa.. Ok menu di hotel pepagi gitu ialah roti bakar, bijirin dgn susu, buah-buahan, ada juga makanan berat spt nasi putih & lauk pauk. Aku hanya menjamah roti disapu mentega & secawan tea o panas. Bukan apa, risau perut meragam dlm bas nanti. Tak pepasal nak memerut kang..leceh! 
  Setelah bersarapan lebih kurang, kitorang masuk ke dalam bas. Bas akhirnya bergerak meninggalkan kawasan hotel utk menuju ke Kawah Putih sekitar pukul 8 pagi. Perjalanan ke Kawah Putih memakan masa sekitar 2 jam dari Bandung. Ketika itu, bas melewati kawasan pasar baru di sepanjang jalan. Pasar Baru itu menurut Pak Gunawan, ialah seumpama pasar pagi atau pasar tani di malaysia. Terdapat para peniaga yg menjual barangan basah & kering, ada juga yg menjual pakaian, dan bermacam lagi. Keadaan jalanraya ketika itu sangat sesak, dgn sistem jalanrayanya yg sempit, ditambah dgn kenderaan bertali arus. Kata Pak Gunawan, oleh kerana hari jumaat maka penduduk sibuk utk keluar bekerja, pergi sekolah, dan melakukan pelbagai urusan. Menurutnya lagi, hari jumaat ialah hari terakhir org bekerja maka sesaknya lebih berbanding isnin hingga khamis memandangkan esoknya sabtu rata2 org bcuti. Sama mcm d malaysia juga. Cuma kata Pak Gunawan, hanya budak sekolah saja yg bersekolah dari isnin hingga sabtu, tak mcm di malaysia bercuti 2 hari sabtu & ahad bg budak sekolah. Spt biasa, sekali lagi kitorang menempuh macet (jem) yg teruk. Menurut Pak Gunawan, macet di indonesia itu perkara biasa, sehinggakan jika enggak macet pd hari itu, penduduknya malah pelik & mikir pasti ada yg enggak beres nih.. *speaking indon sepam dua*
  Perjalanan ke Kawah Putih yg sepatutnya memakan masa sekitar 2 jam terus menjadi 4 jam krn jem yg teruk. Kenderaan, terutama motor sgt byk di indonesia. Apa yg aku tengok, rakyat indonesia lbh banyak menggunakan motor berbanding kereta, mungkin motor lebih menjimatkan. Satu yg membuatkan aku begitu kagum dgn negara indonesia ini, biarpun indonesia adalah sebuah negara republik, negara yg besar dgn kepadatan penduduk serta ramai, tetapi dorang begitu kool & relaks. Bayangkan, setiap hari dorang terpaksa menghadap jem yg jauh lebih teruk dari di malaysia, kenderaan yg sgt byk bertali arus, sistem jalanraya nya tidaklah sehebat di malaysia, tetapi sedikitpun tiada eksiden @ kemalangan berlaku sesama dorang. Bas seenaknya masuk ke simpang, simpang lain pulak motor sesuka hati mencelah, tetapi yg ajaibnya tiada langsung perlanggaran & dorang takde pun caruts tak puas hati spt apa yg aku tgk kat malaysia ni. Hebat. Kalo kat malaysia bas nak terlanggar motor, penunggang motor dh mencarut sambil tunjuk jari tengah! Tudiaaa..
   Sesampainya di tanah tinggi, sekali lagi bas stuck dlm jem kerana kenderaan bertali arus dgn jalanraya yg sempit. Ketika itu, aku mengambil peluang menikmati pemandangan indah di sekitar kawasan tanah tinggi. Dapat dilihat, deretan rumah yg kecil2 comel2, banyaknya kawasan penanaman spt kebun sayur, kebun buah, penanaman padi huma di lereng bukit seperti di cameron highlands dgn kabus yg menyelimuti langit ketika itu. Begitu mengasyikkan! Dapat dilihat juga, penduduk sekitar yg begitu tekun mengusahakan tanaman, anak2 kecil yg berjalan kaki pulang dari sekolah & kaum lelaki yg lengkap berpakaian hendak ke masjid menunaikan fardhu jumaat. 
  Setelah berjaya menghadap jem, kitorang akhirnya sampai ke kawasan Kawah Putih. Bas tidak boleh naik ke puncak, maka utk ke puncak kitorang dibawa menggunakan van yg dipanggil 'angkot'. Kira2 10-15 minit, kitorang sampai ke puncak. Ketika ini, suhunya sejuk dgn kabus menyelimuti langit. Disini, kitorang diberi mask penutup muka utk dipakai kerana bau sulfer yg cukup kuat menusuk ke rongga hidung. Setibanya di kawasan Kawah Putih, cukup Allah saja yg Maha Tahu betapa cantiknya tempat ini. Subhanallah...! 

   Sejenis keindahan yg tidak terungkap dgn kata2. Subhanallah...!

    Kalo dapat wedding photoshoot kt sini alangkah cantiknyaaaaa! 
    
   Jangan bilang akak tak payung! 
    
   Disini juga, terdapat ramai rakyat tempatan yg mencarik rezeki dgn menjadi photographer kpd tourist. Dorang akan dtg kpd tourist menawarkan khidmat menangkap gambar dgn menggunakan kamera DSLR & gambar itu siap serta merta dgn bayaran sekeping gambar kira2 RM6. Aku tak lepaskan peluang pegi photoshoot ala2 model disini & photographer itu sgt baik melayan aku yg kaki gambar ini. Dan, aku berjaya beli 2 keping gambar sbg kenangan. 

    Bersama bunda & ayahanda terchenta. 

    Acah2 kandid. Foto ini d snap oleh pemandu bas, Pak Adnan. 

    Ga nyangka yaa, selain teror bawak bas, Pak Adnan juga teror ngambil foto! 

    Para ahli rombongan yg gegilaaa happening masuk air

   Diluar kawasan Kawah Putih & foto ini di snap oleh Pak Adnan

    Asal boleh bergambar, semua tempat aku nak bergambar. Nak je aku bergambar dlm tong sampah tu. Baru rare! 

   Setelah hampir 2 jam menikmati view cantik di Kawah Putih & mengabdikan kenangan disini, kitorang bergerak naik 'angkot' utk turun semula ke kawasan bas diparkir. Di sini gak, aku sempat membeli sebuah bantal comel sbg kenang-kenangan. 


   Bas bergerak meninggalkan kawasan Kawah Putih dan singgah ke Saung Gawir utk menikmati makan tengahari & bersolat. Saung Gawir terletak di lereng bukit & kawasan disini sungguh cantik dgn cuaca yg mendinginkan. Makanan yg dihidangkan cukup enak & pedas. Sedap sampai tak tahu nk describe cemana ahh. Boncet perut makan bertambah tambah. 

    
    Sejurus menjamu selera & bersolat, kitorang bergerak ke ladang strawberry Ciwidey. Kitorang singgah sekejap saja disini kerana menurut Pak Gunawan, ketika ini strawberry masih belum berbuah. 


     Jadi, destinasi seterusnya ialah ke kawasan membeli belah di sekitar Bandung. Kitorang dibawa ke Cibaduyut, iaitu pusat jualan aneka barangan kulit. Disini menurut Pak Gunawan, terdapat barangan kulit original & juga aspal (asli tapi palsu) & kita tinggal sediakan duit saja & perlu bijak membuat penawaran harga dgn peniaga. 


    Selepas itu, kitorang bergerak pula ke sebuah bangunan menempatkan pelbagai barangan terus dari kilang. Terdapat pelbagai barangan yg dijual disini seperti kasut, pakaian, beg, dan sebagainya iaitu Grutty Bandung. Memang rambang mata dibuatnya! 


   Aku terus tukar pakai spek sbb mata dah tak tahan sgt tengok memacam yg dijual kat sini. Rambang mata weh! Kalo pakai spek ni tak clear sgt pandangan aku. Kahkahhhh


   Lebih kurang 2 jam di Grutty Bandung, bas bergerak menuju pula ke Toko Tiga iaitu pusat jualan jeans berjenama. Terdapat pelbagai jenama denim seperti Levi's, Lee Cooper & puluhan jenama lain yg jauh lebih murah dari di malaysia. Betul aku cakap, memang rambang mata dibuatnya! Kalo nafsu tak dikawal, boleh bangkrap sebab terlebih berbelanja. Mohon tahan nafsu bila ke sini, yaa. Eh tapi takpe, money changer banyak. Duit abis, g tukar duit lagi. Gituuuuuuu


    Setelah sakan bershopping, bas bergerak ke sebuah restoran utk makan malam. Disini, kitorang dibawa ke restoran Belacan. Restoran ini begitu ekslusif & tampak mewah & ketika ini memang full dgn pengunjung samada rakyat tempatan juga tourist yg diserikan lagi dgn live perfome dari band & penyanyi yg membuat persembahan. Memang happening! 



    Bersama penyanyi jalanan @ buskers di sekitar jalan Bandung. Diminta nyanyi lagu Tegar, dorang nyanyi sambil main alat muzik. Hebat. 

   Usai makan malam & bersolat maghrib, perjalanan diteruskan utk pulang ke hotel. Oleh kerana esoknya rata2 penduduk Bandung bercuti, maka suasana sgt happening & meriah dimana kelihatan penduduk berpusu pusu keluar malam. Jalanraya di sekitar Bandung sesak teruk & hampir 2 jam kitorang stuck dlm bas. Tetapi disepanjang jalan, sedikitpun tidak membosankan krn kitorang disajikan dgn pemandangan suasana malam yg meriah dgn simbahan cahaya lampu menerangi sepanjang jalan. Selain syurga membeli belah, Bandung juga ibarat syurga makanan krn dapat dilihat deretan peniaga menjual beraneka makanan menggunakan kereta tolak di sepanjang jalan. Cuma pesan Pak Gunawan, elakkan makan nasi campur di sini kerana terdapat peniaga yg menjual 'lembu kaki pendek' oleh peniaga yg non-muslim. 


   Selepas mengharung kesesakan selama 2 jam, akhirnya kitorang sampai ke hotel kira2 pukul 11 malam. Penat & letih tak usah cegite, tapi puas. Rata2 para ahli rombongan begitu enjoy & happy biarpun terpancar keletihan di muka memasing. Tetapi di tangan memasing, penuh dgn hasil tangkapan di setiap tempat yg dikunjungi. Malam berlabuh membawa seribu satu kepuasan tak terucap. Esoknya, kitorang harus checkout dari hotel Bandung kerana destinasi seterusnya ialah ke Jakarta. Yeaaha! 2 malam di Bandung membawa sejuta kenangan yg manis. 

  Nantikan perjalanan ke Jakarta seterusnya dlm part 3. Tunggu! Daaaa... :-))



    

    

No comments:

Post a Comment