SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Wednesday, January 13, 2016

Tips Masuk U :)

  Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai. Tetibe malam ni terasa terpanggil panggil nak mengapdet belog. Sesejak dah berhenti keje ni, banyak pulak masa senggang. Aku ni pulak sejenis maknusia yang mudah mereput kalau tak melakukan sebarang aktiviti. Haaihh.. Bila keje tak best, tak keje boring pulak. Nokharom betul..Kihkih.. :-D Tak lama lagi, bebudak student yg bercuti semester tu, bakal naik sem baru. Syiookknyaaa dorang! Kalau tak, aku pun dah menghitung hari detik demi detik nak naik sem baru.. Dah abis studi ni, mana nak rasa dah semua itu...Rindu pulak zaman studi dan menjadik student. Sekurang kurangnya, masa terisi dengan memacam aktiviti takdela mereput je pandang cicak beromen dekat dinding.. Jilake! Nak beromen pun hagak2 laaa woii. Terbakar perasaan aku tengok aktiviti tak bermoral cicak nih :-D
  Bagi hadik2 yang bakal menyambung pengajian, tak kira laa dekat kolej ke, poli ke, universiti ke, tahniah ahkak ucapkan. Selamat menjadi warga kampus! Ingat, kampus ni tak macam sekolah, tahu! Bila dah menjadi pelajar institut pengajian tinggi nih, segala galanya kene tinggi. Berwawasan tinggi, berdaya saing yg tinggi, bermoral tinggi, bersemangat tinggi, ketabahan dan kesabaran kene tinggi. Jangan engko meninggi diri udah. Itu tak molek! :-P
  Dengan itu, ahkak engko nak kasi beberapa tips buat hadik2 yg bakal menjejak tangga universiti tak lama lagi. Zassss--


    Tips Masuk U :-

--> Tak payah bangga sangat engko dapat masuk U. Melainkan engko masuk U oversea sana nun. Takat U dalam Malaysia je pun, toksah bangga sangat. Haa maghah, maghah!

--> Jadilah lone ranger. Takyah kisah nak jaga hati dan perasaan orang lain. Kita pun takde sakit hati orang buat. Elehh tak susah pun idup sensorang. Mati sok pun dalam kubur engko sensorang gak! 

--> Jangan buat hal dengan lecturer, sebab bila lecturer menyampah dan menyumpah engko, jangan tanya kenapa carry mark engko sikit dan exam engko fail pastu tak pepasal kene repeat subject. Arghh!

--> Takyah pegi kelas awal sangatlah. Nanti bila engko dah gerak, dah sampai depan kelas tetibe dapat info kelas cancel. Carutzzz sangaattzz.

--> Pastikan 'tandatangan' engko mudah ditiru oleh orang ramai bagi memudahkan kengkawan dan member2 engko untuk menolong engko sign kehadiran bila engko tak datang kelas. Ahakss!

--> Tidurlah kalau dah tak mampu bertahan di dalam kelas. Kerana sesungguhnya, student hanyalah insan biasa, tipu ah kalo tak mengantuk. Lagi bila lecturer mengajar subjek yang sepatah haram engko tak paham. Zzzz

--> Semasa kuliah, toksah angkat tangan kalau nak ke tandas. Bangun dan keluar senyap2 sudaaa. Zaman nerd dah berlalu, bro! 

--> Pastikan engko berkawan dengan budak skema dan nerd sorang untuk memudahkan engko copy note diaa. Wakakakkkk

--> Mengenalpasti masalah orang yang suka amik barang tanpa izin, pastu buat harta sendiri. Buat hipotesis berdasarkan masalah dihadapi. Sejenis jilake namanya ini. 

--> Jangan follow coursemates @ classmates dekat sebarang laman sosial lelagi twitter. Housemates dan roomates begitu juga. I repeat, dont follow us! Bukan apa, susah engko nak meroyan nanti. Lagi cilaka, engko tulis ke orang lain, dia perasan tuju ke dia pulak. Tak ke lembu namanya! 

--> Jikalau boypren mahupun gupren engko kene sailang dengan orang lain, mohon sailang balik. Jangan nangis serupa pondan potong bawang. 

--> Kalau dapat password wifi kolej, toksah share kat orang lain. Nanti line slow, engko nak maki siapa? Haa jawab, jawab! 

--> Toksah berchenta dengan classmates sendiri. Satgi bergadoh bermasam muka, menyampah orang lain tengok drama engkorang dalam kelas. Babi. Engko ingat ini pilem Dilwale nak sweet2 nak gadoh2! Dahlaawei. Blahlaaweii.

--> Jangan berharap ada adegan terlanggar bahu lalu buku, kertas dan fail bertaburan lepastu mata bertentang mata. Itu bukan jodoh itu bodoh. Haaa maghah, maghah!

--> Takyah berangan kekonon terlanggar jodoh sehingga bergetar habis tulang rusuk. Tipu semua tu. Ni bukan cite novel hoiii. 

--> Berkawan dengan semua, terutamanya yang jenis rajin download muvie. Baguih dapat member jenis begini, dari pilem zaman tok kaduk sampai ke pilem terbaru dia gigih download. Engko tinggal kasi pendrive je nak copy muvie. Wakakakakkkk!

--> Jangan pecahkan not Rm50, nescaya habis begitu je. Konon nak guna Rm5 je pecahkan Rm50. Balik umah tengok tinggal Rm20. Pakai syiling jelaa, biar nampak miskin sikit. Duit banyak2 kang member pow tak pepasal. Mampus! 

--> Duit banyak habis kat makanan takpe. Orang kutuk engko makan banyak macam jin pun takpe. Asalkan engko tak mintak duit orang lain nak makan. Itu lagi bapak segala jin. 

--> Jadikan megi sebagai sahabat sehidup semati engko. Kalo megi ko habis, jadikan megi member engko sebagai megi engko jugak. Sebat selagi boleh. Amalkan megi mu, megi ku juaaaaa. 
 
--> Buat baik dengan toyol. Barangkali boleh membantu untuk jawab exam nanti. Woii, nak pandai usaha lah. Ko dah kenapa syirik2 bagai ni. Tak takut dosaa ke cemana engko nih?! :-D

--> Jangan riak lagi maha takbur bila dapat pointer tinggi. Bukan apa, pointer tinggi2 pun tapi kalau bangang cam Ahmad Maslan pun tak guna gak. Hek eleh sangat..!

--> Takpayah masuk U. Belajar tinggi2 pun bukan kompem engko masuk syurga! Haa sentap, sentap! 

No comments:

Post a Comment