SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Monday, January 4, 2016

Kalau engko ada rasa nak keje dekat Ramly kioks, lupakanlah hasrat itu.

  Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Bengang. Geram. Marah. Menyampah. Sakit hati. Pelbagai perasaan bercampur baur yang aku rasakan ketika ini. Tak tahu nak decribe cemana dah betapa annoyingnya aku rasakan sekarang nih. Sepatutnya, di awal tahun baru begini, kita merasa hepi dan ceria, tetapi aku sebaliknya. Sedih, tak usah ceritalah. 
  Aku ni baru je abis studi. Aku ni sejenis maknusia yang boring dan jenis mudah mereput bila duduk melepek dekat umah. Makanya, daripada takde buat mende aku pun mengisi masa lapang dengan mencari kerja sambilan berdekatan umah. Masa terisi, poket pun terisi. Haa begitulah. Maka dipendekkan cerita, aku pun bekerja sementara sebagai pembantu kioks dekat Ramly Halal Kioks. Alaaa kioks ajet ajet serupa mekdi kepsi gitu. Sepanjang hidup, aku tak pernah lagi bekerja dalam industri makanan ni. Dan, dipendekkan lagi cerita aku pun mencuba nasib lah dekat situ sementara menanti kerjaya tetap. 
   Pengalaman bekerja sebagai pembantu kioks atau boleh aku katakan bekerja dekat dapur ni boleh tahan advance nya. Selama ini, aku sebagai food lovers atau kaki makan ni hanya tahu makan, makan dan makan! Tetapi kali ini, aku sendiri kene menyediakan makanan kepada customer. Memang sesuatu yang agak mencabar namun seronok. Yela selama ni engko je membeli burger tapi kali ini engko pulak yang buat burger kepada customer. Ada beza disitu yaa. 
   Sepanjang sebulan aku bekerja ada gembira ada duka. Gembira kerana mendapat kawan kawan baru, dapat pengalaman yang takleh dibeli di mana mana. Ya, itu tak aku nafikan. Yang membuatkan aku kental dan semangat untuk pegi kerja adalah kawan kawan sekerja yang happening dan kelakar nak matikkk. Apa yang membuatkan aku annoying tahap jilake pulak adalah perangai bos yang serupa syeiton! Bukan sikit2 punya syeiton tapi ini dikira bapak segala syeiton wal jahannam. Entahlah, tak tahu nak decribe macam apa punya manusia lah dia ini. 
   Dekat kioks itu, bermacam peraturan bodoh yang tak masuk akal dikenakan. Tidak dibenarkan main henfon, aku boleh terima. Tetapi engko turut tidak dibenarkan duduk, berborak, berkelompok, membaca buku, melukis, buka internet, makan dan minum, ehh pendek kata semua lah tidak boleh! Serupa bekerja dalam istana dah aku rasa, penuh dengan protokol bodoh. Jika engko didapati berbuat salah satu perkara diatas, maka engko siap siap perlu menadah telinga mendengar sindiran jilake bos disitu. Bak kata staf lama disitu, pekerja disitu tidak ubah seperti seekor hamster yang diawasi didalam sangkar dengan begitu ketat. Staf dikerah tenaga bagaikan hamba, sedangkan gaji yang dikasi ibarat engko ini seorang pendatang asing yang baru sebulan berhijrah ke malaysia. Sungguh haramjadah. 
   Jika kau didapati lambat seminit dua, dan tidak datang kerja kerana sakit kau dikira ponteng dan esok, siaplah kau mendapat surat amaran disiplin umpama budak sekolah. Hahahahhahahaaramjadah. Belum dikira jika staf didapati makan makanan disitu tanpa membayar, maka bersiap sedialah menahan sindiran puaka daripada bos. Sehinggakan engko terpaksa tayang resit sebesar besar alam kasi bos itu nampak, bukti engko tidak makan free sewenang wenangnya. Itu haramjadah. 
   Masuk pulak soal engko nak bersolat. Mana lagi dengan surau yang perlu berkongsi lelaki perempuan. Tidak mengirakah mereka soal aurat dan ikhtilat? Hairan aku dibuatnya. 
    Setiap hari, staf dihidangkan dengan sindiran dan mulut longkang bos. Ada saja yang tidak kena. Bila buat kerja, usahkan dipuji, terima kasih jauh sekali. Baru saja hendak duduk melepas lelah, terus dicop pemalas! Sejenis celaka. 
   Meh aku nak kasitau, kalau ada antara engkorang yang teringin nak kerja di Ramly, maka lupakanlah hasrat itu. Lebih baiklah engkau pergi bekerja di kepsi atau mekdi. Walaupun mekdi itu umum mengetahui ia penyumbang besar kepada Israel, tetapi kepada staf mereka masih punya peri rasa. Tidak seperti di Ramly, kononnya ingin membantu sesama bangsa dan agama, tapi hakikatnya, Tuhan saja tahu cerita. Dulu, aku juga tidak percaya bila dengar cerita kawan kawan yang pernah bekerja di Ramly. Tetapi lepas aku alami sendiri, baru tahu betapa perit rasa bila diri kita ini tak ubah seperti sampah. 
   Betullah kata Tun M, 'melayu mudah lupa'. Kalau diberi pilihan, aku lebih rela bekerja dengan kompeni chinese atau indian, dimana pekerti dan ihsan mereka jauh lagi mulia dari bangsa sendiri. Bangsa sendiri? Hanya tahu menindas sesama bangsa. Hai entahlah. Dunia...duniaaaa! 

   
   

No comments:

Post a Comment