SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Wednesday, October 7, 2015

" Tak ada soalan lain ke nak tanya? "

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Entah kenapa aku boleh terajin nak updet belog malam-malam buta gini. Eh malam mende? Dah pagi woiii. Barangkali, imsomnia yang kritikal membuatkan aku terpikir bahawasanya, malam masih muda. Tak rare ah tido awal beb. Lepak lu sap vape lu! :-D Eh engko jangan pikir aku isap vape lak woii. Tak koser aku nak membinasakan diri buat mende2 gitu. Mampus kena talkin 7 hari 7 malam dengan abah aku. Matilaaapaakk!
  Aku ada mende la sikit nak share ni. Cite nye gini. Tadi petang, semasa aku hendak ke kedai membeli keropok lekor, terserempak aku dengan sorang makcik ni. Aku ni jenis yang malas nak berborak petang-petang jerebu gini. Tambahan pula, perut yang laparkan keropok lekor harus diisi segera. Oleh kerana menghormati insan yang lebih tua, maka segaris senyuman aku ukirkan buat makcik itu sekadar membalas teguran dia. Apa yang tidak bestnya, sebaik terpandangkan wajah comel aku ni, makcik itu tanpa berselindung terus mengemukakan soalan yang aku rasa tak berapa nak best. Soalannya, tidak lain tidak bukan berkaitan 'Bila ko nak kawin?' . Ciss! Takde soalan lain ke nak tanya? Semerta aku lihat wajah makcik itu tak ubah seperti keropok lekor yang bebila masa akan ditelan. Terpikir di benak pikiran aku yang tak berapa nak genius ni, adakah makcik-makcik di seluruh malaysia ini dilahirkan sangat suka mengajukan soalan bila nak kawin, bila bila nak kawin *sila baca intro seperti lagu awak kat mana*
   Jujurlah aku cakap, aku sebenarnya bukan fedap dengan soalan sedemikian, tetapi lebih berasa lucu dan kelakar. Kenapa lucu? Sebabnya aku rasa, makcik-makcik joyah begini terlalu sibuk dengan kisah aku yang belum kawin ni berbanding mak abah aku sendirik. Barangkali, makcik tersebut teringin bermenantukan aku. Kot? Sambung cerita, aku tanpa cakap banyak, terus mengukirkan senyuman fake dan mengucapkan salam sebelum blah meninggalkan makcik tersebut. Padan muka makcik tu. Terkulat-kulat dia pandang aku sambil garuk kepala dia yang tersembul jambul itu.
     Buat korang-korang yang mengalami nasib serupa aku, masih single, masih dara dan belum berkahwin, engko toksah pening sangatlah dengan mulut-mulut puaka yang suka bertanya soalan-soalan tak membina gitu. Watlek watpeace sudah. Meh aku share antara jawapan-jawapan bernas yang boleh dikasi ke puak yang suka bertanya soalan tak bijak itu. Nah! Moga-moga ia membantu... :-)

     
    “Bila Nak Kahwin?”
    “Bila nak mendirikan rumah tangga?”

1. “Saya masih mahu berjasa untuk family.”

2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab Dia tahu aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini”

3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku.”

4. “Takde nak rahsia-rahsia eh bila nak kahwin. Sebab ini semua rahsia Allah.”

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.”

6. “Tunggu suami makcik kahwin lagi lah.”

7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi”

8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.”

9. “Nak sponsor ke?”

10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”

11. “Rumah dah ada, tangga pun dah ada tapi semua tue sewa ajer.”

12. “Carikan seorang untuk aku boleh?”

13. “Awak tak tahu ke? Saya dah lama minat suami awak. Jom bermadu!”

14. “Tengah kumpul duit lagi tapi kalau Mak Long ada duit, boleh tak saya nak pinjam”?

15. “Belum cukup puas bahagiakan mak ayah.”

16. “To-Do-List bujang aku tak complete lagi. Kau ada?”

17. “Kalau tak kahwin, tak mati kan?”

18. “Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi”

    Haa kalau engko sering ditanya soalan-soalan gitu, engko kasi je jawapan-jawapan macam kat atas ni. Pegi lantaklah makcik itu mahu label engko kurang ajar sekalipun. Padan muka dia! Sape suro tanya soalan terejah gitu. Engko ingat ini melodi ko nak terejah-terejah retis! Rasain loooo
    Bagi aku, takde apa yang perlu dimalukan kalau kita masih tak ada calon, masih single, masih belum berumah tangga. Zaman dah moden gini, istilah andartu, anak dara tua, bujang terlajak tu semua dah tak memberi kesan pun dalam diri sesetengah individu kerana bagi kami-kami ini, banyak yang ingin dicapai dalam hidup sebelum betul-betul bersedia memikul tanggungjawab di alam rumahtangga. Mak abah aku selalu cakap, perkasakan dulu ilmu di dada sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan, ilmu memikat suami, ilmu memikat mertua dan paling penting, ilmu ukhrawi. Barulah harmonis dan barokah rumahtangga. InshaAllah, dengan ilmu mampu membentuk keluarga sakinah, mawaddah, warohmah. Bukan setakat nak kawin sebab nafsu, terikut-ikut orang, malu dengan skeptikal masyarakat. Sorry, not me! 
    Tiada apa perlu dimalukan. Pandangan masyarakat kerana lambat berkahwin atau berkahwin awal tetapi menjanda di usia muda? Opssss. 
    
    " Eleh..kalo saya kawin lambat sekalipun, bukannya saya mengabiskan beras makcik... Setidak-tidaknya saya mengabiskan beras makpak saya saje.... Eleh..jeles letteeeuuwww "

   Ok. Mata dah berat. Bila membicarakan sesuatu yang serius, terasa mengantuk pula. Sekian. Tido jangan lupa baca doa. Untuk makcik itu, jangan bikin panassss! Zaaaasss------

No comments:

Post a Comment