SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Wednesday, September 30, 2015

Usah bersedih

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Entah kenapa, tetibe terasa macam nak update belog malam-malam gini. Entah kenapa, lebih selesa meluah rasa melalui tinta pena berbanding meluah bicara ke manusia. Entah kenapa, terasa macam down sangat sejak dua menjak nih. Mana lagi dengan kesihatan yg menurun. Semput, sesak nafas, batuk dan demam bersatu. Musim-musim jerebu gini, penyakit sangatlah mudah menyerang. Jagalah kesihatan korang iye. Pakai mask bila nak keluar dari rumah. Pastikan minum banyak air. Kalau boleh, stay je dekat rumah takyah gi sekolah, takyah gi kampus, takyah gi keje. Ewahh aku bercakap mengalahkan menteri yg nak kasi cuti kepada rakyat jelata katekau! Eh tapi kan, cam tak aci je dak-dak sekolah je dikasi cuti. Acane dengan dak-dak kampus dan orang bekerja? Adakah kami bernafas melalui insang? Mari fikirkan beramai-ramai.
   Lupakan pasal jerebu. Anggaplah jerebu itu sebagai ujian Allah buat hambaNya di muka bumi ini. Allah menurunkan sesuatu ujian mahupun dugaan untuk menaikkan martabat, membersihkan dosa dan sebagai tanda CintaNya kepada kita. Lagipun, Allah itu tidak menurunkan sesuatu ujian dengan sia-sia, melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya. Tak usahlah kita terlalu bersedih dengan apa yang telah Allah datangkan kepada kita. Boleh jadi, Allah mahu memberi hadiah yang tidak ternilai kepada kita setelah berjaya mengharung ujian dan dugaan yg Dia berikan. Sabar. Itu kuncinya.
    Sebagai manusia, aku tidak terlepas dari diuji bertubi-tubi. Peritnya, cukup Tuhan saja maha mengerti. Kadang, aku rasa macam nak terjun perigi. Kadang rasa macam nak terjun sungai kerana terlalu stress dan pressure. Paling aku tak boleh hadap, stress dengan perangai manusia yang macam celaka, puaka, bangsat ehh macam-macamlah. Sape kata tak penat dengan manusia ni. Sape cakap? Aku rasa, jauh lebih baik aku berkomunikasi dengan peti ais mahupun tong gas daripada berhubungan dengan manusia. Mereka ini hanya tahu menyakiti hati kita. Berharap kita menjaga menatang hati mereka bagaikan emas sedangkan hati kita dirobek disiat tanpa peri rasa. Puaka betul. 
    Bila aku rasa down yang teramat sangat, aku adu semua pada Allah kerana itu sebaik-baik tempat mengadu. Setelah puas meluah dengan Dia, aku meluah dengan boypren yang setia menjadi pendengar dan kaunselor tak bergaji aku. Apalagi, berjuta kata nasihat dia khutbahkan ke telinga aku. Kadang aku rasa macam dia yg patutnya duduk tempat aku ni, belajar kaunseling dan bergelar kaunselor satu hari nanti. Aku ni? Huh. Hanya pandai menasihati dan menyelesaikan masalah orang lain sedangkan masalah sendiri ke laut. Oleh itu, meh la aku kongsikan sikit kata2 ini buat korang, khususnya untuk diri aku sendiri. 

    USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

    

     Usahlah bersedih. Allah selalu bersamamu. Usahlah menangis. Allah mendengar luahanmu. Sabarlah. Kuatlah. Kentallah. Sesungguhnya, orang-orang yang hebat, ujian mereka juga hebat. Senyum dan teruskan langkahanmu :-)

No comments:

Post a Comment