SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Friday, September 18, 2015

Sekian lama menghilang dan mereput, Aimiey Azizan kini kembali dengan nafas baru.

           Salam & Hye
         Hallu Aimiey Azizan In Da' House

      Bismillahhirrohmanirrahim. Allahu. Sekian lama tak berusik belog ni. Segala macam sawang, debu dan habuk berkumpul dalam belog ni. Apa nak jadik dengan diri sendiri...isyh..isyh..isyhhh. Nasib baik masih ingat pasword..keh..keh..kehh :-P

     
Sebabkan dah lama menghilang dan mereput, maka kasi payung satu gambar dulu. 


      Title dekat atas sungguh tak boleh blah. Ajet2 macam retis sendu yg nak buat comeback gitu. Macamlah orang heran sangat aku menghilang ke tak, kan kan kan. Hikhikkk
      Hitung punya hitung, dekat 6 bulan gak belog ni ditinggalkan sepi tak bertuan. Kalau rumah kosong ditinggalkan lama tak bertuan nih, dah sah2 menetap hantu kak limah mahupun hantu kum kum. Euw tatot ite...! Tapi nasib baik jugak aku ini sejenis belogger yg tidak glemer, sapa je pun nak baca coretan merapu ntah hape2 aku ni. Kalo aku ni belogger pemes, rasanya mesti followers aku pakat unfollow secara berjemaah belog aku. Huihh untung gak ah jadi belogger tak pemes ni. Nyiahahaha :-D
       Punca2 aku mengabaikan belog ini sekian lama adelah kerana aku mengalami sindrom kebizian melampau. Maklum saje lah, aku dah semester akhir. Banyak komitmen, engkoo tahu! Bulan mei tuari, aku sibuk dengan praktikal dekat AADK sebagai kaunselor pelatih. Biaselah, sebut je praktikal ni mana yg tak bizi ye dopp? Mana lagi nak kene buat sesi dgn klien, nak buat program lagi bla bla bla ehh pendek kata bizi gila lah sampai makan pun tak sempat. Yang aku tahu, balik rumah terus katil dan bantal memanggil-manggil aku. Dan aku terus diulit lena bagaikan didodoi dengan alunan lagu arjuna beta yg syahdu itu. Ohhh....
      Kendian lepas tamat praktikal, naik pulak sem baru. Lagilah berganda ganda bizi aku, Yelah, bila dah final semester ni macam2 engko nak kene harok. Mana lagi nak pikir report, esaimen yg tak pernah sehati sejiwa dgn aku, presentation, program itu ini begitu begini. Perghhh.. sumpah penat nak matikkk baqhang! Dan aku rasa bila dah final semester ni, sure dosa aku bertimbun timbun sebab asyik mengeluh, merungut, menyalak, mencarut dan segala macam lah! Report kena reject, aku carutkan lecturer aku. Bahan esaimen tak jumpa, aku marahkan library mahupun google *kesian google tak pepasal jadi bahan makian aku*. Duit tak cukup aku salahkan perut sebab asyik lapar nak mampus. Eh pendek kata ada je nak aku carutkan sampai pasu bunga dekat fakulti tu pun terkena tempias amarah aku. Kesian beliau. Kalaulah pasu bunga itu bisa bercakap, sudah pasti dia membodoh bodohkan aku yg umpama tiada otak ini. Sadis betul.
      Kadang2, sebab terlampau penat dan stress tak semena-mena aku menangis macam janda kematian suami. Lepas abis nangis, aku menyanyi karok kuat2 sampai roomate aku naik stres dengar suara aku yg macam kambing mengembek. Itu dikira nasib baik siling dan dinding dorm tak retak mendengarkan suara aku yg sumbang itu. Belum kira segala stres dan pressure tu aku sumbatkan ke telinga boypren aku. Dia lah tetiap malam menadah telinga tiga pat jam dengar luahan perasaan aku yg menjengkelkan tu. Tapi aku tahu, kenkadang dia dengar2 ayam je tu..dengar sambil korek hidung korek telinga.. cisss sungguh!
       Untuk sem ini, aku berjaya memecahkan rekod diri sendiri dgn kurangkan balik kolumpo. Peh! Aku macam tak percaya jugak sebenarnya, aku berjaya mengharungi keboringan tahap gaban laut dekat kampus ni. Mereput dia engko takyah cakap. Sampai tinggal tulang dah aku gase ni. Oke aku tipu je. Sape pecaya mak dia hijau. Wakakakak! Disebabkan muka aku yg kerap balik ni, aku dicop sebagai kaki balik. Dan sesape je yg tahu pasal perangai nokharom aku yg tak pernah stay dekat dorm ujung minggu tu, mesti akan menganjing aku tahap jilake bila tahu aku tak balik. Kongasam betei.
       Eh macam panjang pulak aku membebel ni. Sudahlah esaimen melambak2 menanti, aku boleh rileks pegi tulis belog menggunakan laptop member aku yg dah serupa aku buat macam harta sendiri. Nokharom betul perangai aku sekarang. Kesian boypren aku mempunyai gupren macam aku. So sad. :'(  laptop aku rosak. Dah final sem ni pulak laptop ni nak buat perangai keji begini. Ikutkan hati aku yg panas membara ni, aku tangankan aje laptop tu. Berani2 nya dia menyusahkan hidup aku yg dah sedia susah ni. Memang mintak kena hempas. Kang aku beli laptop baru kang, jangan kata aku menduakan laptop pulak, Siot.
      Eh okeylah. Aku nak sambung ngadap esaimen. Line tenet pun macam dah mintak makan kaki je rasa ni. Semua nak buat aku angin. Jagalah sikit hati dan perasaan aku ni. Huh. Kbai.

   

No comments:

Post a Comment