SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Tuesday, October 20, 2015

Stress and Tired

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Stress and tired. Dua perkataan itu sungguh sinonim dengan kehidupan student. Dua perkataan itu juga bagaikan berpisah tiada dengan seorang student. Nak tahu kenapa? Kerana, kehidupan student bagaikan tidak lengkap jika tiada stress dan tired. Tipulah kalau seorang student itu tidak ada stress dan tired dalam kehidupannya. Sape kata belajar ni tak penat dan stress? Sape kata? Barangkali, jika engko belajar di sekolah tadika rasanya yang tidak ada stress dan tired. 
  Menjadi seorang student di kampus memang sangat memenatkan dan memeningkan. Student di sekolah tidak sepenat dan sepening student di kampus. Student kampus akan mengalami rasa tidak cukup dalam kehidupannya. 1) Tidak cukup tidur. 2) Tidak cukup masa 3) Tidak cukup duit. Dan yang ke-3 itu yang paaaliinnggg tak cukup! Koh koh koh 
   Menjadi student kampus juga tidak dapat lari dari keserabutan. Bukan student lah namanya kalau tidak serabut dengan assignment, presentation, kuiz, midterm, program dan final exam. Kadang-kadang sebab terlampau serabut, rasa macam nak jadi mereng dan mental pun ada. Itu sebab ko takyah pelik ngape student ni mood nya agak swing dan otaknya tak berapa nak center. Kadang-kadang hepi. Kadang-kadang sedih. Kadang-kadang kuat. Kadang-kadang lemah. Kadang-kadang rajin. Kadang-kadang malas. Tapi selalunya ngantok dan lapar! Macam aku! :-P
    Sebagai seorang student tahun akhir, kesibukan sangatlah tinggi. Dia punya penat dan stress tu tak payah cegite. Nauzubillah dia punya rasa. Terkejar sana terkejar sini. Nak fikir assignment, presentation, mana lagi report dan program yang memerlukan mengeluarkan duit yang banyak! Peh....! Ko boleh bayang tak, kos untuk program, print itu ini, beli itu ini. Aiyaakk bangkrap nak, bangkrap! Terketar-ketar tangan ni bila nak keluarkan duit bayar itu ini bagai. :'(( Betullah kata orang, bercinta dengan duit ini mengajar aku erti 'melepaskan' ... Wuwuwu 
    Nak belajar ni, ko kena korbankan macam-macam. Masa tidur, masa lapang, tu belum kira duit lagi. Duit masuk macam air menitik, duit keluar macam empangan pecah. Mengalir laju bagaikan air sungai di Pelabuhan Klang, meninggalkan diri ini terkapai-kapai sendirian. Soooo saadd. Patutlah pada zaman dulu-dulu, makpak sanggup bergolok gadai jual tanah apa semua semata-mata nak bayar pengajian anak nak masuk universiti. Tak macam zaman sekarang, Ptptn kan hadoooo! Koh koh koh :-D
    Semester akhir ni, stress dan penat aku diganda lapan. Bukan kuasa dua lagi tau, tapi kuasa lapan!  Subjek last year ni tak banyak pun, cuma 3 subjek je. Tapi....ketiga-tiga subjek tu its killer subject. Bila sebut je killer subject, sendiri bayanglah cemana dia punya payah dan susah! Walaupun subjek tak banyak, tapi assignment dan presentation dia memang banyak. Mana lagi nak kena shoot video. Paling aku terasa penat dan stress nak matik ialah program-program last year ini. Sudahlah tarikh program-program itu sangat dekat, ditambah dengan tugasannya yang agak mencabar. Satu program yang memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal iaitu lawatan ke perkampungan orang asli selama 2 hari 1 malam dan satu lagi program berbentuk ilmiah iaitu forum keagamaan. Untuk kedua-dua program itu, tugas yang digalas oleh aku memang tak berapa nak best aku rasa. Aku ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran dan bayaran, dimana aku perlu duduk di kafeteria mempromote forum kendalian bebudak kelas. Bagi seorang manusia pendiam dan pemalu seperti aku, cuba ko bayangkanlah bagaimana aku harus mencapap di kafe ketika itu? Belum lagi masuk program perkampungan orang asli itu, dimana aku diberi tugasan membuat kutipan derma di blok asrama demi mencari dana untuk menampung kos program. Setibanya pada hari program, aku dan beberapa budak kelas ditugaskan untuk memasak. Pehhh! Sudahlah aku ni tidak pandai memasak. Takat memasak untuk diri sendiri bolehlah tahan. Matikk! Pengsan! 

    Demi kejayaan, keluar dating pun hakak bawak buku dan buat nota, dikkk! Gigih dik, gigih. :-D

    Apepun, meh aku share sikit doa dan secebis kata hikmah, khususnya buat diri sendiri. 

    1. Doa penting bg seorang student.

: اللّهمّ إنا نعوذبك من الهمّ والحزن، ونعوذبك من العجز والكسل
Rabb, jauhkanlah kami dari sifat malas. Ameen

   2. Menuntut ilmu merupakan kewajiban atas setiap muslim. [HR. Ibnu Majah no:224] 

   3. "Kejayaan Semanis Madu" memerlukan "Pengorbanan Sepahit Hempedu"

   4.  "Jika kau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, kau akan menanggung peritnya kebodohan" 

   5. "Bukan senang nak senang dan tak susah pun kalau nak susah"

   6. Tips study;

Kalau rasa malas gila nak buka buku, pergi ambil wudhuk dan baca beberapa helai al Quran. InsyaAllah mood study akan menjelma.

   6. Jangan mengeluh disaat peluh menitis kebumi dikala kau berjalan jauh utk ke kelas kerna setiap titisan ada ganjarannya dihadapan Allah kelak.

   7. Barangsiapa yg menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya menuju surga. (HR. Muslim)

    Sesungguhnya, tiada laluan mudah untuk berjaya. Kita perlu melalui jerih perih, susah payah, peluh keringat sebelum berjaya. Jadikan tiap kesusahan, penat dan ujian itu sebagai penyuntik semangat untuk menjadi insan berilmu dan berjaya. Berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang di kemudian. :)) 

     
    

No comments:

Post a Comment