SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Monday, October 12, 2015

Mindset, Motivasi dan Positif.

   Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Tak tahu pasal apa niari aku terpaling takde mood nak studi. Aku rasa macam nak tido, nak makan, nak tido balik, sambung makan, then tido lagi. Haramjadah betul perangai camni. Nak berjaya tapi malas nak studi. Al-Fatihahlah buat diri sendiri yang malas ini.. Err aku sorang je ke yang mengalami sikap malas kuasa lapan cam gini? Mengapakah sifat malas bertenggek dalam diri ini? Oh patut pun, niari kan hari isnin. Isnin kan sering dikaitkan dengan monday blues. Cisss.. Macam mana aku boleh terpengaruh dengan fahaman ntahpape gitu! Asal hari isnin je, kita rasa malas. Kita rasa lemau. Kita rasa lepu. Rasa nak mereput dan sebagainya. Sebab apa kita jadi begitu? Kerana kita sudah set kan minda kita sebegitu 'Hari isnin adalah hari lemau sedunia, this is monday blues!'. Yaa, itu dinamakan mindset. Mindset kita mengatakan, hari isnin adalah hari yang sangat malas untuk memulakan kerja, kuliah dan sebagainya. Walhal sepatutnya, hari isnin menjadi hari paling rajin untuk memulakan tugasan memandangkan kita sudah cuti selama 2 hari. Allahuakhbar! MasyaAllah! 
   Hidup ini pelbagai rencam. Kadang-kadang kita hepi, kadang-kadang kita down, kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita produktif, kadang-kadang kita malas, kadang-kadang kita ditimpa musibah. Tetapi sebenarnya, kita adalah motivator untuk diri kita sendiri. Sebenarnya, hidup kita sentiasa diberikan Tuhan dengan 1 senjata yang sangat mahal. Apakah senjata itu? Duit yang banyak atau adakah memiliki rupa yang cantik jelita? Tidak! Senjata yang mahal itu ialah MINDSET untuk memotivasikan diri kita sendiri, tanpa perlu bergantung dengan buku-buku motivasi, seminar motivasi mahupun motivator. 
    Dunia memerlukan kita untuk sentiasa berfikiran positif dan kita dianugerahkan Tuhan dengan minda dan akal, dan hal ini dinamakan sebagai minda separa sedar. Di dalam minda separa sedar inilah, ia mengawal satu perkara yang sangat penting iaitu SISTEM KEPERCAYAAN. Perkataan MOTIVASI itu sendiri terdiri daripada 2 perkataan, iaitu 1) Motivate - Motif , 2) Action - Tingkahlaku. Dirangkumkan keduanya menjadi MOTIVATION. Motivasi ialah bagaimana mengubah tingkahlaku dengan mengubah tujuan atau mengubah sistem kepercayaan kita kepada apa yang kita buat. Di dalam kehidupan ini, tidak ada seorang manusiapun yang berbuat sesuatu tanpa tujuan. Setiap manusia berbuat sesuatu dengan tujuan. Hatta berbuat dosa sekalipun, dia pasti boleh menjustifikasikan apa yang dia buat kerana manusia mempunyai alasan. Sebagai contoh, 2 orang student di dalam kelas. Ada yang suka datang awal ke kelas (macam aku) dan ada yang dengan tanpa rasa bersalah dan malu datang lewat ke kelas. Sebenarnya, 2 jenis tingkahlaku ini berpunca daripada 2 motif yang berbeza yang terdapat pada kedua student itu. Barangkali, student yang datang awal itu sangat menjaga masa dan tidak mahu terlewat dikhuatiri lecturer akan masuk kelas awal, maka dia akan terlepas ilmu pada hari itu. Bagi student yang lewat tadi, mereka mungkin jenis yang malas ke kelas awal-awal kerana berpendapat malas mahu menunggu lecturer yang adakalanya lewat. Hasil daripada motif dan suara hati berbeza itu disebut sebagai BELIEVE SYSTEM, maka tingkahlaku jadi berbeza. Action seseorang sangat dipengaruhi oleh motifnya, kerana itu dinamakan MOTIVATION. Asasnya ialah apabila kita mahu mengubah tingkahlaku daripada tidak baik kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik, caranya ialah kita mesti mengubah BELIEVE SYSTEM dan kita mesti mengubah cara kita mempercayai sesuatu dan mengubah cara kita melihat sesuatu. 

   Kunci untuk menjadi positif ialah BERJIWA BESAR. Orang yang sukses ialah orang yang mampu melihat kebaikan disebalik keburukan yang berlaku, mampu mencari hikmah disebalik musibah yang menimpa. Ya, bukan mudah untuk berjiwa besar. UNTUK BERJIWA BESAR, KITA MESTI BERFIKIRAN POSITIF. Kita berfikiran positif, kita seorang yang berjiwa besar! 💪

    Ok, meh aku kongsikan sedikit cara untuk bermotivasi. 

 -> Orang yang berjaya adalah mereka yang percaya bahawa mereka boleh melakukan apa yang mereka ingini dan tidak mampu digugat oleh sesiapapun.
->  Orang yang sukses dapat melihat kebaikan dalam keburukan yang berlaku.
->  Tuhan membalut kebaikan dengan keburukan. Cabutlah balutan itu, kita akan temui kebaikan itu. Nikmatilah kehidupan ini dengan fikiran yang positif kerana orang-orang yang hebat, terus dengan jati diri dan kepercayaan. Pilihan di tangan kita. Mulakan pagi kita dengan kata-kata yang positif kerana kita memulakan dari awal (subuh) dengan kata-kata positif yakni 'Lakalhamdu a'laa ma kobaita' iaitu 'Tuhanku, apa yang akan aku lalui sepanjang hari ini, aku berprinsip ia adalah kebaikan daripadaMu. Aku tidak akan bersangka buruk kepadaMu. Aku sentiasa akan bersangka baik kepadaMu kerana kamu tidak akan membebankan aku dengan sesuatu musibah kecuali kamu memberikan aku kekuatan untuk berdepan dengannya'.
-> Melihat musibah dengan positif, menatijahkan kemenangan. Pilihan di tangan kita, untuk berfikiran positif atau sebaliknya. Mudah-mudahan kita menjadi individu yang sentiasa sebut pada diri kita bahawa 'SAYA MAHU JADI LEBIH BAIK DARIPADA HARI SEMALAM'. Mari kita membudayakan satu perkara, bangun pagi, lihat diri di depan cermin dan berkata 'seandainya saya mati hari ini, apa sejarah yang mahu saya buat?'. Sebutlah perkataan-perkataan positif dan ia membantu kita untuk senyum :)))
-> Sentiasa berfikiran positif sejak dari awal pagi.
-> Orang yang mampu senyum pada diri sendiri, orang itu akan mampu senyum pada semua orang.
-> Buat tanpa TAPI dan lakukan tanpa NANTI.
 
     Ingatlah, 

-> Kita adalah motivator untuk diri sendiri.
-> Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia.
-> Orang yang berjaya percaya bahawa dia boleh menjadi apa yang dia ingini.
-> Orang yang berjaya melihat kebaikan dalam keburukan.
-> Jadilah seseorang yang lebih baik dari hari semalam.
-> Sentiasa senyum dan berfikiran positif.

    Betul. Nak berjaya memang tidak mudah kerana tiada laluan mudah untuk berjaya. Kita perlu melalui susah payah, jerih perih dan penat lelah sebelum kita mampu mengecap sebuah kejayaan. Kan, dunia ini tempatnya kita berpenat kerana disana nanti tempat kita berehat. 
    Satu yang selalu aku ingat bilamana aku mula down, terasa sangat letih nak hadap dunia ini dan bila malas bermaharajalela di hati - Ujian itu diberikan Tuhan, tanda sayang dan cintaNya Dia pada kita. Dia mahu beri hadiah yang paling baik setelah kita berjaya mengharung semua kesusahan di dunia ini. Sabar itu, buahnya sangat manis :)))

    
    
    Salam positif. Salam penuh kasih sayang. Teruskan berjihad melawan nafsu malas di dalam diri wahai pejuang-pejuang Allah. Peace- ✌️
   

No comments:

Post a Comment