SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Friday, October 16, 2015

Kalau dah namanya Rezeki

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Awalnya, niat aku nak bukak buku dan fokus studi. Maklumlah, dua tiga hari ni life aku sangat bizi. Terkejar sana terkejar sini uruskan macam-macam perkara. Cuti midsem dua minggu ni serupa tak cuti je aku rasa. Tak berapa nak sempat bukak buku dan studi. Masa yang aku ada untuk studi pun waktu tengah malam bila mana semua manusia sedap berdengkur. Waktu itu aje aku punya masa untuk menelaah dengan bersungguh-sungguh. Walaupun aku studi main-main dan sambil lewa, Alhamdulillah aku berjaya habiskan 2 subjek yang boleh aku gelarkan sebagai killer subject. Fuh! 
   Kata orang, kalau nak studi tak boleh ada sebarang gadget berdekatan kita seperti henfon, laptop, game, tablet dan juga tv. Sebab nanti, lebih banyak buang masa tapi studi ke laut. Ya, itu selalu berlaku kepada aku. Contohnya sekarang ini. Lepas solat maghrib tadi, aku berniat untuk studi. Tetapi lepas aku capai Ipad, aku terasa macam nak updet belog dan lupakan buku seketika...kihkih... Biasalah, manusia hanya mampu merancang....... *senyum kerang* :-P
   Sebenarnya ada mende gumbira nak cite sikit ni. Gembira dan seronok tak terkata sampai rasa setiap masa nak senyum je bila ingatkan perkara semalam. Ok mari lah aku cerita sikit apa perkara yang best sangat pasal semalam tu. Gini ceritanya. Semalam, aku keluar ke Suria Klcc untuk mencari beberapa barang keperluan diri. Macam biasalah, dah namanya student dan sejenis ulat buku, tidak sahlah kalau aku tidak menyinggah ke Kinokuniya Bookstore. Kenkadang tu masuk Kinokuniya tak beli buku pun. Tawaf dua tiga round dalam Kinokuniya belek dua tiga buku then blah keluar tanpa membeli apa-apa. Macam takde halatuju pun ada aku rasa :-D . Ok sambung cerita, semalam masa aku dok leka membelek beberapa buku motivasi, secara tetiba anak mata aku terpanah pada satu subjek di depan mata aku. Lama aku memerhatikan manusia yang sedang on the phone itu. Engko nak tahu, siapakah manusia itu? Yaa, manusia di depan mata aku itu adalah seorang sultan! Engko bayangkanlah, depan mata aku itu adalah DYMM Sultan Nazrin Shah, iaitu Sultan Perak yang kacak dan tampan itu. Perghhhh! Semacam tak percaya aku ketika itu. Berderau jantung aku sebab di depan mata aku berdiri seorang sultan yang sangat aku kagumi sejak dari aku kecik dulu. Ketika itu engko jangan tanya apa perasaan aku. Seribu satu perasaan melanda aku. Perasaan tak percaya boleh nampak sultan itu. Perasaan eksaited, perasaan kagum, perasaan gumbira, perasaan bersyukur dan err perasaan gedik mungkin ada sikit dalam 1 %.. Nyiahahaha... :-D
     Yelaa sape tak seronok wei bila kita nampak idola depan mata. Engko ingat senang ke nak nampak manusia-manusia hebat gini. Nampak retis pun orang dah kagum (aku tak kagum dgn retis), ini pulak engko nampak seorang kerabat raja di tempat kebanyakan gitu. Kalau ada pun politicians dan kerabat di tempat kebanyakan gitu, pastinya bersusun dorang punya bodyguard mengawal dorang. Satu hal ko nak kene hadap bodyguard dia yang kadang annoying nak mampus lebih sudu dari kuah, kan? Tapi dalam kes aku semalam, Sultan Nazrin Shah langsung tak dikelilingi bodyguard. Baginda Tuanku rileks je sorang-sorang carik buku tanpa ditemani sesape. Aku apalagi? Peluang keemesan usah dilepaskan. Kata orang, peluang sebegitu tak datang dua kali. Kalau aku terlepas peluang nak jumpa dan bergambar dengan sultan itu, aku akan menyesal seumur hidup. Bila pulak akan punya kesempatan untuk bergambar dengan sultan itu. Betul tak? So, dengan perasaan debor dan nebes nak matikk itu dengan selamba badak aku dan boypren menghampiri sultan Nazrin Shah yang sedang membelek buku. Setelah salam diberi, kitorang menyatakan niat untuk bergambar. Dan yang paling menggembirakan aku bilamana Baginda Sultan tersebut bersetuju dan siap request supaya gambar di snap satu lagi. Aku di sebelah Baginda Tuanku, ko jangan cakaplah! Ketar lutut woii. Gila tak eksaited! Macam mimpi je aku rasa saat tu. Disebabkan kaku dan nebes sampai aku tersasul bila sultan tu mengemukakan beberapa soalan sekadar beramah mesra dengan seorang rakyat jelata. Hahahahahaaa ampun Tuanku! Begitulah...kalau dah namanya rezeki, mana kita nak sangka ye dak? 
    Lepas je aku request nak bergambar dengan sultan tu, terus masa tu ada manusia lain pulak mampir kepada sultan dan ingin turut bersalam dan bergambar. Sampai pulak dekat rumah, tak menyabar aku tunjukkan gambar itu dekat mak. Reaksi mak aku lagi tak boleh blah. Dia lagi seronok kuasa dua lebih dari aku. Mak aku lagi lah minat dengan sultan tu dari zaman dia muda-muda dulu. Mak aku orang Perak, memang dia lagi minat nak matikk dekat Sultan Nazrin Shah itu. Bermacam-macam soalan dikemukakan mak aku ni. Pastu mak aku siap request suruh aku pegi cuci gambar itu sebab dia nak letak dalam frame besar-besar dekat ruang tamu. Over betul mak aku, kan? :-D
    
    
   Ajet-ajet cool dan relaks padahal dalam hati aku berdentum dentum nebes berdiri sebelah Sultan Nazrin Shah yang kacak dan berjiwa rakyat ini. Pengsaaannnnn!

   Apapun, aku tetap memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa kerana dengan aturanNya juga, aku berpeluang bertemu dengan idola aku. Kata orang, dah rezeki kitaaaaa. Sebenarnya, dalam hidup kita ini, apa saja yang kita hendak, kita idam, kita mahu, kita mintak saja dengan Allah Swt. Tak kisahlah, engko nak kejayaan, nak kekayaan, nak ketenangan hati, nak jumpa manusia hebat, engko minta saja ke Dia setiap ketika tanpa jemu. Macam aku, apa saja yang aku berkehendak seperti mahu dapat dean list, mahu hati yang tenang dan lapang, semua aku mintak. Seperti juga dalam hal di atas. Aku sangat kagum dengan manusia hebat, jadi aku berimpian semoga satu hati nanti aku bisa bertemu empat mata dengan mereka. Nampaknya, Allah memakbulkan hajat dan doa aku. Dan semalam menjadi momen manis buat aku. Siapa sangka, kita bisa memperoleh apa yang kita mahu andai saja kita berpaut dan yakin dengan Allah Swt. Alhamdulillah. MasyaAllah. Allahuakhbar. 
    Buat engko orang yang sudi membaca, terima kasih diucapkan. Ingatlah pesanan aku, sentiasalah memasang impian walau apa saja yang kau berkehendak dalam hidup ini kemudian kau minta saja semuanya dari Allah. Percayalah, Allah pasti memakbulkan tiap apa yang kau pinta. Yakin dan sabar. Itu kuncinya. Peaceee. :))))

No comments:

Post a Comment