SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Thursday, November 12, 2015

Tak ada salahnya pun over excaited ketika konvokesyen.

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Entah kenapa ketika ini terasa macam terpanggil-panggil untuk mengapdet belog, padahal di waktu ini aku tersangat letih dan mengantuk. Maklumlah, baru je sampai rumah petang tadi. Lepas kelas, laju-laju aku bergegas balik kolumpo. Diam tak diam tinggal beberapa minggu lagi aku akan berada di bumi Melaka menghabiskan saki baki pengajian. Hujung tahun ini, genaplah 3 tahun pengajian dan secara rasminya tamat belajar. Kendian, next year aku bakal grad. InshaAllah. Oh ya, bercakap pasal grad ataupun konvokesyen ini, entah kenapa aku merasa terpanggil untuk menulis sesuatu berkaitan konvo. 
  Konvokesyen atau graduasi adalah sejenis majlis penganugerahan sijil, diploma, ijazah dan sebagainya untuk para pelajar yang telah tamat pengajian. Ia adalah sejenis saat yg sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang bergelar pelajar kolej atau universiti.
  Baru-baru ini, banyak kolej dan universiti telah mengadakan majlis konvokesyen untuk para pelajarnya. Jika tak silap aku, UKM dan UIAM antara yg telah menganjurkan istiadat konvokesyen mereka. Jika kita lihat di laman-laman sosial seperti facebook dan twitter, gambar-gambar konvokesyen yang unik dan kreatif  telah menjadi viral.
   

  Credit photo from Nurdaniub
   
   Meh aku kongsikan serba sedikit foto istiadat konvokesyen yg kreatif dan unik. Layan...


    

    

    

    

    

    

   Lately, macam-macam stail graduan sekarang menviralkan gambar-gambar konvo yg pelik-pelik & kreatif. Ada segelintir yg memuji kekreatifan stail graduan-graduan itu, tak kurang ada yg mengeji.

"Eleh..takat konvo je dik.. Takyah nak teruja sangatlah"
"Habis konvo belum tentu graduan boleh dpt kerja yg menjamin dik..sebab banyak sgt competitor sekarang ni"
"Lepas konvo pun ko tetap kena bayar hutang kerajaan. Ptptn, Mara. So apa yg happy nye dik..ko rasa boleh melompat / berenang macam dalam gambar ko tu kat depan pegawai ptptn tu nak bayar hutang ke? So x yah nak show off sgt dik..the best convo is the old time convo..legend, beb. Legend"
   
   Pendapat aku, masing-masing ada cara tersendiri dalam mengeksperesikan perasaan teruja dan gembira itu. Tak ada salahnya pun kalau kita nak teruja & over excited ketika konvo. Bagi student, konvokesyen adalah hari yg paling di nanti-nanti setelah berhempas pulas selama beberapa tahun menuntut ilmu. Students saja yg tahu jerih perih, penat lelah sepanjang memerah otak belajar ni. Hari konvo itu diibaratkan spt hari kemenangan & kegembiraan bagi seorang student. 
   Betul, tak dinafikan belum tentu para student akan dapat kerja setelah habis belajar & dah terikat dgn hutang kerajaan. Tp, semua itu kan Rezeki Allah. Hanya Allah yg Maha Mengetahui Rezeki yg telah Dia tetapkan kpd hambaNya.
   Terserahlah bagaimana mereka mahu bergambar sekalipun. Harus diakui, generasi dan muda-mudi hari ini semakin kreatif dan inovasi. Students pada hari ini semakin kreatif dalam mengembangkan idea menarik lalu menterjemahkan idea menarik itu dalam bentuk foto. Lantaklah mereka mahu bergambar melompat ke, berenang di dalam air ke, bergambar di atas puncak gunung sekalipun, kenapa kita perlu kisah. Barangkali, mereka ada duit yg banyak untuk upah photographer hebat atau mengupah sahabat handai yg kreatif dalam mengambil gambar. Duit mereka, apa perlunya kita kisah. Barangkali, gambar membaling topi ke atas ketika konvo sudah terlalu klise dan biasa. Pada aku, tidak nampak dimana overnya. Lainlah jika mereka mengambil gambar konvokesyen dalam keadaan tidak senonoh. Hmm entahlah. 
   Terpulanglah bagaimana cara student meraikan hari konvokesyen, asal ia tidak sampai melanggar hukum. Pada aku, adalah jauh lebih bermakna berhabis pada hari konvo berbanding berhabis pada hari perkahwinan. Konsepnya sama, jika student dikatakan over sehingga sanggup berhabis ketika majlis konvo, apa bezanya dgn mereka2 yg sanggup berhabis ketika majlis perkahwinan dgn alasan berlumba-lumba mengadakan majlis siapa paling gah sedangkan selepas kahwin, hidup berumahtangga terikat dgn hutang? 
   Kehidupan pada hari ini memang banyak ujian dan cabarannya. Kita tidak dapat lari daripada menjadi keji dan cercaan manusia. Buat begini salah, begitu pun salah. Seolah-olah apa yg kita buat ini meminta wang dan ihsan manusia. So annoying. Jawapan mudah, sebenarnya yg suka mencari silap orang lain ini, mereka mempunyai penyakit PHD. Manusia lain dapat anugerah PHD, mereka pulak ada Penyakit Hasad Dengki. 
   
Fikir-fikirkan.

Jangan kecam jangan hentam..! 

Sila baca dan hadam.

Senyum sikit peliss :-)))

-Aimieynism-

No comments:

Post a Comment