SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Saturday, November 21, 2015

Tips untuk tenang menjawab final exam. Salam Final Exam. Doakan aku berjaya, wahai sekalian penduduk bumi.

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Sejak dua tiga menjak ini, kehidupan aku tersangatlah pack. Tidur tak pernahnya cukup. Bangun awal pagi, tidur pun nak membawak ke pagi esoknya. Muka aku ni toksah cakaplah, mak jemah jauh lebih jelita aku rasa nak banding dengan muka aku. Bawah mata penuh dengan lingkaran gelap. Jerawat pulak pesen yang dah takleh nak bawak berbincang. Nasib baik setakat ini rambut masih steady, tak gugur ibarat gugurnya bunga cinta. Kah! Ketika ini, baru aku merasakan betapa penat dan letihnya menjadi pelajar tahun akhir. Peh! Bizi gilaaa wa cakap lu. Sikit lagi nak tanding kesibukan Barrack Obama. Betul weh. Mana ada tipu. :-D
  Kadang aku merasakan, masa doplohpatjam satu hari itu macam tak cukup. Terkejar sana sini uruskan memacam hal. Abis program, memacam lah lagi urusan lain menanti. Assignment, present, report praktikal ko takyah cakap. Memang melambak nak matikk. Terpikir gak aku, diploma je pun dah separuh nyawa aku gase. Amik PHD nanti bagaimanalah gamaknya. Matilaanak! :'(
   Dan esok, aku akan menghadapi final exam utk final year. Maksudnya disini, exam terakhir utk semester terakhir. Dan dengan tamatnya final exam ni maka berakhirlah 3 tahun menjadi student disini. Subjek utk last sem ini tidaklah banyak, cuma 3 subjek je. Tapi, ko jangan nak gumbira sangatlah. Ketiga tiga subjek ini semuanya killer subject. Membunuh ko tahu! Aku rasa kalo aku bawak masuk toyol dlm hall pun belum tentu setel masalah. Ko hengat toyol tu cerdik sangat ke? Manusia pun banyak yg bangang, ini pulak toyol. Pikir pikirkanlah. 
    First paper esok ialah subjek yg memang takleh blah, iaitu Islam & Ideologi Semasa. Ko nampak tak perkataan Ideologi tu? Ok, ideologi tu ialah fahaman. Fahaman tu lebih kurang falsafah. Falsafah sampai aku naik menyampah nak baca. Kalau aku baca bab sekular, aku terasa mcm aku terjebak jadik sekular. Kadang kadang rasa macam aku ni serupa kapitalis jugak. Nasib baik baca bab syiah tak terasa nak jadik syiah. Mampus! 
     Jujur cakap, aku takdelah studi hard sangat. Macam ketika ini, esok nak final dan ku masih bleh berhuhuhu updet belog. Macam jilake je perangai. Nak berjaya tapi tak serius. Lex lah bro. Serius serius nak gi mana. Exam je pun. Chill bebeh..! Ah ye, esok lepas kuar hall ko meraung macam mati laki sebab tak dapat jawab. Meninggal..... Ekceli, aku takdelah pulun sangat. Aku baca sehabis baik, buat latihan sesikit, selebihnya aku berdoa dan bertawakal kpd Allah. Sebab niat aku, studi bukan semata mata nk jawab exam je, niat utama adelah ilmu kerana Allah. 
    Kalau orang tanya, apa tips utk tenang menjawab exam, meh ahkak ko nak kasi pencerahan. Pertama, ko jangan kalut. Rileks je. Anggap lah exam tu hanya kayu pengukur kecerdikan ko. Exam bukan penentu segalanya. Cuba buat yg terbaik, yakin setelah berusaha dan berdoa serta tawakkal. Paling penting ko jgn lupa Allah. Ko studi bagai nak rak pun tapi kalo ko lupa Tuhan pun takde guna der... Kendian, mintak restu ngan makpak. Apa ko ingat nak kawen je kene mintak restu dorang. Dalam apa je ko nak buat, restu makpak penting. Mintak dorang doakan ko. InshaAllah, doa makpak makbul. Lagi satu, niat kene penting. Macam aku katakan tadi, niat ko amik exam sebab semata mata nak lulus atau kerana Allah? Terpulang. Itu memasing punya pilihan. Jangan lupa, jaga makan, jaga tidur, jaga emosi. Musim musim exam ni, kalau boleh takyah lah sentuh megi dulu. Cuba makan mende lain biarpun ko dah terlalu miskin sebab takde fulus! Megi ni tak baik sangat utk otak ko. Bukan pe, takut time menjawab paper nanti tetibe sel sel otak ko tak berhubung dgn sempurna. Nanti mulalah ko g salahkan lecturer laa apa bagai.. Jangan! Tidur biar cukup. Jangan sebab pulun studi ko tak tidur. Esok kat dalam hall takut tertidur tak bangun bangun pulak. Lagi sadis terus innalillah... Allahuakhbar! And then, jaga emosi. Jangan serabutkan pikiran, jangan terlampau stress. Kalo acah acah ko gaduh dgn pakwe makwe tu duduk bawak bincang. Lagi bagus, mintak putus mahupun cerai sementara waktu, abis final ko rujuklah balik. Toksah risau, nak rujuk pun bukan kene p mahkamah syariah pe bagai. Ape ko kisah?
    Rasanya itu sajor tips dari aku. Banyakkan berdoa dan jaga hubungan kita dgn Allah, ibu bapa dan manusia lainnya. Dengan kucen lembu beruk apa semua pun jaga hubungan gak. Maksud aku, jgn kejam. Mana tahu ko stress nak mampus, ko gi terajang kucen tak semena mena. Haram jadahlah engko disumpah kucen itu. Eh oke lah. Aku pun takleh nak melalut pepanjang. Buku dah memanggil manggil tu. Aku dah serupa tengah prektis buat soalan esei pun ada bila menaip belog ni haa. Akhir kata, selamat menduduki final exam buat semua yg sedang berjuang, terutama buat classmates Diploma Kaunseling semester 6, gudluck gaiss for the last final and last semester. Be the best. Doakan aku jugak wahai kengkawan semua. Semoga kita semua berjaya bukan saja di dunia malah akhirat sana. Salam final exam! 

No comments:

Post a Comment