SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Friday, November 20, 2015

"Sedangkan ko nak membuang hajat kat public toilet pun kena bayar, jilake!"

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Student dan duit. Ia bukanlah tajuk novel mahupun tajuk tesis. Ia adalah sebuah kenyataan dan realiti di dalam kehidupan seorang yg bergelar pelajar. Menjadi pelajar ataupun student ini, selain tidak cukup masa dan tidak cukup tidur, tidak cukup duit adalah sesuatu yang sungguh mengundang stress. Tanyalah dengan memana student ipt sekalipun, semua merasakan perkara yang sama, iaitu tidak cukup duit. Dan kajian menunjukkan, kebanyakan daripada student banyak menghabiskan duit kepada makanan selain print esaimen dan buku buku. 
   Aku adelah antara student yg mengalami sindrom tidak cukup duit itu. Walaupun rata rata student mendapat bantuan pinjaman ptptn, mara dan lain lain biasiswa, tetapi tidak mencukupi utk ko survive sampai ke akhir sem dan tetap merasakan kehidupan begitu sempit dan senak. Tambahan pula, hidup pada zaman dimana ringgit jatuh dan harga barang semua mahal nak matikkk. Ko boleh bayang tak, nak beli pad (tuala wanita) pun dah mahal. Pad mahal mahal nak buat mende? Abis kejaplagi ko buang dalam tong sampah jugak ye dak? Nak beli sebatang pen pun jenuh kira duit syiling dalam wallet. Lagi sadis bagi semua syiling lima sen dekat pekedai tu. Dan pekedai tu baikk punya nganjing, "korek tabung eh dik" . Puaka betul. 
    Selalunya bila balik rumah, abah aku akan kasi duit. Setibanya kaki dekat kampus, duit sedikit demi sedikit melambai pergi. Nak kene bayar itu ini. Belum kira lagi bila lect mintak duit last minute nak kena bayar memacam. Lect aku antara yg kuat nganjing bila dia berkata "nak berjaya, kene korban banyak benda. Korban duit, contohnya". Baiklah puan. Pasni saya telan megi je hari hari demi nak berjaya. Tidak apalah saiya miskin sekarang asalkan di masa depan saiya tidak semiskin ini. Berguna sungguh nasihat puan itu. Terharu sampai keluar air hingus sekali. :-(
     Nak katakan aku ni boros pun tak jugak. Kredit fon aku selalu pow boypren aku, sebagai contoh. Siap aku buat ayat madah berhelah ke dia "berkorban jiwa raga, kalau sayang sama saiya, apa salahnya tolong topapkan sepuluh dua..." Haa gituuu ayat koooooo! Nak kata aku memboros beli baju kasut tudung lagi lah tak! Punya miskin nye aku rasa sampai aku sanggup dok jual jubah jubah, tudung, beg dan segala macam barang barang aku ke member member aku. Nampak? Err tapi aku ngaku, duit aku memang banyak abis ke makan. Pegi mampus laa aku tak dapat beli baju, kasut, peti ais, tong gas apa jadah semua, janji perut aku kene kenyang dgn makanan! Memang tak dinafikan, selera aku macam jin. Jin pun takde selera serupa aku nih. Cetan betul. Lumrahlah, student memang cepat lapar. Stress dan pressure tu buat engko rasa nak makan, makan dan makan. Tapi setakat ini, aku belum sampai ke tahap tengok daging manusia pun lapar dan nak makan. Hooo itu dah dikira kronik tahap unta! Barangkali jika aku seperti itu, dah lama roomate aku innalillah dalam dunia yg fana ini.......
      Betullah kata orang, duit masuk macam air menitik tapi duit keluar macam empangan pecah. Walau ko cuba nak jimat cemana pun, tetap ko kene keluarkan duit bilamana ia melibatkan pelajaran. Sebabtu bila member tanya "duit ko tinggal berapa der?" Aku jawab balik "tinggal kenangan je bhai" . Sampai aku rasa macam nak belanja lagu je kat member yg tanya tu. "Tinggalkanku...perlahan lahan ku terima...." Ataupun lagu "Duitku melayang layangg..kini dah tinggal sekupang.." :'(
      Sampai satu tahap aku rasa, wallet aku ni serupa bawang merah jugak. Menangis aku bila bukak wallet sendirik. Lagi meraung bila dalam wallet tu tinggal beberapa not singgit dan selambak syiling lima sen. Koh koh koh. 
      Sebab itulah, takyah nak pelik sangat kenapa megi menjadi makanan asasi student. Pagi petang siang malam esok lusa minggu depan sampai abis studi ko melantak megi. Megi tu ko recycle je, niari megi ayam, esok megi kari, lusa megi tomyam. Jemu melantak megi ko beli nasik putih dekat kantin, makan dgn kicap dan telur mata tidak dilupakan cili potong. Oh itu dah dikira al lazizun wal nikmat. Itu sebab aku pantang betul kalau orang dok cakap, student yg melantak megi hari hari ni lembap. Hoi, megi bukan pengukur kebodohan seseorang! Kalau engko dah spesis bangang tu, bangang jugak. Apa ko salahkan megi pulak? Jilake. Ehh aku teremosi pulekkk. Mahapkan shayeeee... :-P
     Duit memang tak boleh bawak mati, tapi kena ingat kita MATI kalau takde duit. Sebabtu bila member ko cakap "eleh..duit bukan segalanya.." elok di terajang je secara berjemaah. Sedangkan ko nak membuang hajat kat public toilet pon kena bayar, jilake! Haa maghah, maghahhh! 

Kbai, nak sambung nyanyi. Duit duit dimana kau duiitttt....! 

No comments:

Post a Comment