SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Monday, January 20, 2014

Realiti @ Mimpi

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Haii uollsss. Curik2 masa updet belog kejap. Dari sehari ke sehari nak updet, tapi masa ni mcm terkejar2 je aku rasa. So harini, memandangkan satu hari takde kelas, setelah menyetelkan ape2 yg patot, dgn gigih aku nak updet cegite terkini yg takler sensasi mana. Hikhik. Oh yea, hari sabtu kelmarin, aku telah mencemar duli *ko ngape?* naik ke pentas utk menerima sijil penganugerahan dekan. Macam terkejut je, macam terperanjat je aku rasa sebab tetibe je diwajibkan hadir bg sesiapa yg bergelar dekan utk menerima sijil tersebut. Mati2 aku ingatkan, anugerah dekan tu akan diberi waktu konvo nanti. Rupanya sangkaan aku meleset. Tak pepasal naik ke pentas lebih awal dari jangkaan katekau! Haaa begituuuu.. Dalam hati aku masa tuh dah terpikir, aduyaii aku nak pegi dgn sape ek masa tu. Takde ke orang nak teman aku. Aku ni kalo nebes, memang nak kene ada peneman supaya aku bleh bersembang ke hape dmi nak menghilangkan sereba sikit tahap kenebesan itu. Tapi tulah kan...nak taknak terpaksa jugak aku melangkah seorang diri ke Auditorium utk majelis gilang gemilang itu.. Masa tu aku rasa nebes nak arwah, takot, cuak, & seribu satu lah perasaan yg takleh aku nak gambarkan! Seingat aku lah, last aku menjejakkn kaki naik ke pentas pon adalah masa amik anugerah cemerlang time sekolah dulu. Dan sekarang ini, sekali lagi kaki ini jejak ke pentas untuk anugerah dekan pula! Syukur ya Allah! 
  Dengan berbekalkan doa tak putus2, maka aku pon try la merelakskan diri sehabis baik dlm audi tu. Sempat lah jugak berwechat dengan boypren utk menghilangkan tahap nebes nak mati itu. Lepas aje persembahan nasyid, tiba sudah penyampaian sijil oleh Dekan Fakulti. Masa tu, tapak tangan aku dah lencun dah aku rasa. Jantung berdegup bagai nak rak. Aku mula tak senang duduk selagi nama aku tak dipanggil. Aku usha kiri kanan depan belakang, rata2 nya semua datang dgn kengkawan memasing sedangkan aku sensorang mcm kera sumbang... Sedeihh pon ade gak waktu itu! Sob sobb..! Beberapa minit kendiannya, maka nama aku dipanggil oleh pengacara majlis utk naik ke atas pentas menerima watikah *watikah wakluuuu!* Maka dgn perasaan nebes itu, kaki aku hayunkan perlahan2 ke arah pentas dgn diiringi tepukan gemuruh oleh penonton. Bapakk ahhh! Time ni tetibe pikiran nakal menerjah kepala hotak aku ni. Bayangkanlah, dlm dok nebes2 tu boleh pulak aku terbayang kekonon aku ni pemenang pelakon wanita popular anugerah bintang popular! Hahahaha kepala hotak engkau! 
   Jadinya, setelah diatas pentas itu, aku pon bersalaman dgn Dekan Fakulti. Sempat lah snap gambar sambil pegang sijil itu & berjabat tangan dgn Dekan Fakulti. Haha masa tu aku rasa memang takklah kan aku nak pandang ke depan nengok muka penonton tu semua. Malu & nebes botingkek tingkek katekau! Nasib aku tak tersadung atas pentas tu masa berjalan nk turun pentas. Err ekceli ini perkara yg bukan saje memalukan malah boleh bikin aku dua minggu tak pegi kelas kerana sgt kemaluan! Hoiii ape kau merepek ini bah! 
   
    Bertambah lagi koleksi sijil2 aku. Alhamdulillah...! 

    Terimalah sepatah dua kata dari aku jika ingin berjaya seperti aku. Ehhh??! 
    
   Betul. Sebab aku dah lalui pun semua itu. Betapa seblom meraih kejayaan ini, sejuta keperitan & kegetiran aku lalui keseorangan, tanpa mereka bergelar teman. 

   Tetaplah tersenyum meski hati dilanda galau. Tersenyumlah meski jiwa menangis pilu.

    
     Sesungguhnya, kehidupan ini banyak mematangkan & mendewasakan aku. 
 
     Jangan takut berdepan dengan ujian.
     Jangan takut berdepan dengan realiti.

      Biar kita sakit kerana realiti
      Daripada parah kerana dibuai mimpi.
   
      Hidup kita ada satu misi
      Misi menuju jalan ilahi.

      Siapa yang goyah
      Pasti rebah.

      Siapa yang tabah
      Bertemu di syurga Allah.
      Pasti..! 

    Di sebalik gementar itu sebenarnya, terselit kebanggaan untuk diri sendiri. Jujur, aku ni bukanlah dlm kategori pelajar yg genius. Tapi kerana usaha tidak putus2, berdoa tanpa henti seterusnya bertawakal kepada Allah, akhirnya kejayaan selalu menjadi milik aku. Aku ini tidak pernah punya ramai kawan sejak di alam persekolahan. Apetah lagi apabila telah bergelar pelajar kolej, belajar pula diusia yg telah dewasa dikalangan rakan2 yg sebaya adik sendiri, semua itu menuntut kesabaran & ketabahan yg bukan sedikit. Tatkala diri ini dimusuhi & disakiti oleh insan sekeliling, sedikitpun aku tidak patah semangat utk terus bangkit mengorak langkah. Dalam diam, aku menanam impian yg bukan sedikit. Ya, aku nak sangat meraih dekan! Dan betul, Allah tunaikan impian aku. Allah memang maha pemberi. Maha segala-galanya. Kerana aku tahu, biarpun aku tidak punya teman, tetapi Allah senantiasa ada bersama aku dikala susah mahupun senang! Maka, apa perlu aku gusarkan? 
    Walaupun baru pertama kali meraih dekan, tetapi aku tidak akan merasa puas. Kerana motif hidup aku, kepuasan sebenar bilamana aku telah berjaya membanggakan kedua mak dan abah dgn kejayaan. Ini baru titik permulaan kpd kejayaan yg seterusnya. Insya allah, jika diizinkanNya, aku mahu meraih dekan utk sem2 seterusnya. Cuma aku sedikit kecewa kerana sem 1 hanya beberapa points saja lagi utk aku meraih dekan. Its soooo keyyyy! Teruskan usaha, tanpa putus asa. Insya allah, kejayaan pasti milikmu. Alhamdulillah ya Rabb! Syukur diatas kejayaan ini. Semoga aku tidak lalai & leka didalam kejayaan ini. Moga riak & takabbur tidak bercambah didalam qalb ini. Amin ya rabbal alamin... Terima kasih Allah. :)

   



No comments:

Post a Comment