SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Thursday, September 15, 2016

PTPTN kan adoooooo!

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Harini aku rajin sikit nak updet blog. Acebenarnya, mood aku masih swing ni. Semuanya gara2 aku terima emel dari Ptptn kelmarin yg terus buat mood aku berubah 360 darjah. Cite dia camni, ok aku ni baru je abis konvo hujung bulan 8 tuari. Aku masih belom ada kerja tetap dan stabil. Yelah weii, zaman skrg ni payah beno nak dapat kerja. Iklan kerja kosong melambak2 nak pakai orang (kononnya). Tapi bila apply, submit resume, berjanggut tunggu tak dipanggil2 interview. Apply keje by SPA lagi takyah citelah. Memang tunggu sampai kucen bertanduk pon belum tentu engko dapat keje. Inilah cabaran dunia semasa yg sangatlah kritikal.. ((
   Ok sambung cite. Sebabkan masih belum dapat kerja yg mnjamin, aku pun buat tak tau la pasal ptptn ni. Sebab bagi aku, kalo dah dapat surat & emel tu bermakna kita dah kena start bayar. Tapi dalam kes aku, langsung sebarang surat & emel aku tak terima dalam tempoh dari aku abis belajar (disember) sampai awal bulan september. So dalam pikiran aku, tentu ptptn bagi tempoh setahun kat kita utk xpayah bayar lagi. Tapi sangkaan aku meleset. Tup2 13/9 kemarin aku dapat emel dari ptptn mengatakan aku dah tertunggak sbanyak rm776. Punyalah terkejut beruk & takut aku masa tu. Yelah, tak dimaklumkan awal2 tahu2 dapat emel dah ada tunggakan banyak gitu. Aku pulak xde kerjaya tetap dan menjamin lagi buat masa ni. Tentu la aku rasa tak best. Dalam emel tu pulak kata, kalau aku tak jelaskan tunggakan dalam masa terdekat, nama aku akan terus blacklist. Kalau nama dah blacklist ni, engko paham2 la yee. Susah utk ko nak keluar negara, ko akan kena waran tangkap dan naik mahkamah dan secara tak langsung rekod engko busuk laa, so acane ko nak apply keje2 gov mahupun swasta?? Majikan dan kompeni pun takut nak hamik ko keje kalo rekod dan nama ko di blacklist. Sedih betul. 
    Jadi, lepas je baca emel tu aku dah mula tak menentu. Disebabkan aku ni sejenis manusia gabra, aku menangis tak semena mena. Dok pikir mana nak carik duit selonggok dalam masa yg singkat, dok pikir apa akan jadi kalau aku tak dapat bayar penuh, dok pikir makpak aku akan bebel tujuh hari tujuh malam kalau tahu mende ni...perghhhh! Down gak aku rasa time tu. Tak lama pastu, lepas dh abis nangis, aku tarik nafas sedalam dalamnya, aku p hamik wudhuk dan solat lalu berdoa moga dipermudahkan urusan dan ditenangkan hati yg tengah gundah tu. Aku percaya, setiap masalah ada jalan keluarnya. Mohonlah pada Allah agar ditunjukkan jalan penyelesaiannya. Dan lepastu, aku kembali tenang. Aku mula positif. 
    Esoknya (semalam), aku terus ke post office dan keluarkan simpanan aku. Aku sempat cerita sikit ke ayah aku berkenaan ptptn ni. Aku mintak pinjam duit ayah aku sikit untuk lunaskan tunggakan ptptn ni. Alhamdulillah, ayah aku paham kondisi aku ketika itu dan ayah pinjamkan duit dia sikit untuk aku g bayar tunggakan dekat Pejabat Ptptn, Utc Pudu Sentral Kl. Sesampainya aku kat sana, aku tanyakan pada staf petugas, mintak pencerahan sikit dari dorang nape jadi camtu. Tapi yelahh, dorang ni staf je. Dan dorang pun dah banyak sangat jumpa jenis manusia yg mungkin bagi banyak alasan. So dorang tak percaya apa kita cakap. Aku paham, sebab satu ketika dulu aku pernah ada kat tempat staf bertugas sebab aku penah handle kes ptptn dan aku jumpa banyak karenah peminjam dgn seribu satu alasan. Maka setelah melunaskan tunggakan sebanyak Rm776 tu, aku terus mintak utk buat penstrukturan yakni buat pengurangan bayaran per bulan. Sepatutnya aku dimintak bayar Rm153 setiap bulan tetapi sebab aku belum bekerja tetap maka aku dapat pengurangan sebanyak Rm86 saja dgn syarat aku tak boleh miss walau satu bulan pun kerana nanti interest akan bertambah dan aku akan diminta buat bayaran tinggi. Gitulah citenye sal ptptn ni. Panjang, kan cite aku? Huhuhu

    
    Aku bukannya nak kutuk ptptn ni. Tak. Aku malah hargai ptptn ni dalam membantu para pelajar di institusi pengajian tinggi untuk meneruskan pembelajaran. Takde ptptn, cemanalah kita nak terus belajar, lagi2 bagi keluarga yg kurang berkemampuan. Maka dengan adanya ptptn, secara tak langsung kita dapat terus belajar dan mencapai cita2 utk menjadi seorang ilmuwan. Cuma nasihat aku bg korang2 yg berkemampuan, seeloknya korang gunalah duit sendiri. Tak perlu pinjam ptptn, buat bayaran sendiri, itu lebih baik (jika mampu). Sebabnya, korang takkan terikat dgn hutang bila korang dah tamat belajar nanti. Lagi2 bagi korang yg dah tamat tapi masih tiada rezki utk kerja. Sakit weh... Allah saja maha tahu. Ibarat engko pinjam dari along, ko xdapat bayar, along kejar ko sampai lubang cacing. Apa ko ingat along nak dengar ke reason ko tak bekerja, anak sakit, nenek masuk spital, kucen ko mati duit takde.. Haha memang taklah along nk layan alasan2 ko tu. Bagi dorang, pandai pinjam pandai2 bayar maaa...apa mau susah! Haha cuma along ni lagi kejam dari ptptn...hahahha
   Nasihat aku lagi, bagi korang2 yg masih belajar dan akan sambung belajar dan meminjam dari ptptn, beringatlah. Jangan gelap mata dapat duit ptptn. Macam duit brim jugak, jangan nak gumbira sangat dapat duit brim. Tu bukan duit najib, tu dia kita sebagai rakyat! Opss.. :P Ingat, duit tu untuk kita belajar, bukan utk kita enjoy! Takyah kemaruk nak beli iphone 7 laa, belanja awek beli bra victoria secret la, pegi vocation dgn member2 time cuti sem laa bagai sebab sume tu manisnya hanya sementara. Pahitnya nanti ko dah abis belajar, duit2 tu semua dah melambai2 panggil sambil acu pisau ke leher engko! Haaa takut ke idok? Alhamdulillah. Nasib baik masa aku belajar dulu, duit ptptn aku gunakan utk benda berpekdah, simpan dlm asb contohnya. Tu pun ada satu sem aku terpaksa guna duit tu utk beli laptop baru sebab laptop lama aku cam haramjadah rosak time aku nk wat assignment. :'(
   Bagi aku, nak berjaya memang gitulah cabaran dan dugaannya. Takde benda yg sennag dalam dunia ni. Sedangkan nak masuk syurga pun engko kena lalui seribu satu ujian atas muka bumi ni. Inikan pulak nak berjaya. Lagi pulak, ptptn terpaksa bertegas sbb dah ramai sgt malaun yg buat pinjaman, lepas dh berjaya, dah dapat kerja tak reti2 nak membayar! Hutang apapun kita wajib bayar ye wahai puak2 manusia sekalian! Ptptn pun terpaksa tegas dgn peminjam sebab duit2 tu nanti lah akan di rolling semula utk bakal2 manusia yg nak sambung belajar. Paham ke idok? Soal ptptn dah takdak fulus nak rolling duit sebab menteri makan duit tu aku tanak komen. Tu lantak menteri lah nak makan duit ke mende! Nanti biar menteri tu jawab dgn Allah kat akhirat sana. Kita ni, sabar dan berdoa je dan anggap ni sebahagian ujian hidup atas muka bumi Tuhan ini. 
   Bagi engkorang yg nak masuk belajar, toksah pening. G je belajar setinggi yg boleh. Takde duit, ptptn kan hadooo! Kahkah!! Pastu, beringat masa belajar, belajar bersungguh2, dapatkan pointer yg cemerlang sebab mana tahu ada rezki kalo pointer ko cemerlang ko dah takyah bayar balik ptptn sebab terus dikira biasiswa, dapatkan kerja yg baik selaras apa yg ko dh belajar, dan jgn buat2 lupa nak bayar balik apa yg dah ko pinjam tu! Ingat, hutang tetap hutang. Ok? 
   Panjang pulak aku membebel. Apapun, yg baik kita ambil. Yg buruk kita perbaiki. Jangan maki jangan keji. Aku cuma menulis apa yg terbuku di hati. Satu aku nak cakap..

   "Ptptn dekat di hatiiiiii....." 

  Muah ciked. 

   
   Nasib baik ada ptptn, kalau takde ptptn, tak sampai lah aku sejauh ini. Ptptn kan hadooooo! :)

7 comments:

  1. Nak tak nak keja cari kerja jugak utk bayar hutang ptptn ni..tak lama lagi dpt lah keja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah terima kasih bro. Rezeki ada. Allah yg bg rezeki. Positif je :))

      Delete
  2. Replies
    1. Hidup malaysian! Sehati sejiwa ptptn kan adooo! :))

      Delete
  3. Tanpa ptptn. Siapalah malaysia. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa malaysia siapalah najib. Ni baru betul bro

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete