SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Thursday, September 1, 2016

Malam Pra-Graduasi Kuim 2016


  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan salam kemerdekaan ke-59 buat korang semua rakyat Tanah Melayu yang telah merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! *sambil kibarkan bendera*. Oh yaa, sebelum aku memulakan coretan dan bebelan, ribuan terima kasih jugaklah aku ucapkan ke engko2 yg masih sudi dan setia membaca kisah dan cerita2 dalam blog aku yg tak seberapa ini. Muah cikedd..! 
 Pada 26/8/2016 bersamaan hari Jumaat tempoh hari, aku sekali lagi naik ke Melaka kerana telah diadakan Raptai Penuh dan Malam Pra-graduasi sempena konvokesyen ke-20 Kuim. Seawal pagi aku telah bergegas ke Melaka untuk menghadiri rehearsal konvokesyen yang bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Sekitar pukul 8 pagi, aku dan housemate telah tiba di perkarangan Seri Negeri dan acara rehearsal bermula kira2 8.30 pagi sehingga ke pukul 12.45 tengahari. Menurut urusetia yang mengelolakan pesta konvokesyen untuk edisi ke-20 ini, konvokesyen pada kali ini mencatat sejarah paling ramai pelajar bergraduasi yg dilahirkan oleh Kuim. Hagak terasa bangga jugaklah kerana secara tak langsung aku antara yg termasuk di dalam barisan pelajar yg bakal bergraduasi utk edisi kali ini. Alhamdulillah. :)
  Setelah rehearsal tamat, kitorang kembali ke chalet untuk berehat sementara menanti malam utk ke acara makan malam graduasi yg bertempat di Hotel Hatten, Melaka. Umpama orang mengantok disorongkan bantal, apalagi bagi aku yg sememangnya amat mengantuk, bila saja terpandang katil dan tilam maka tanpa menunggu lama aku terus membuta dgn enaknya. Sekitar pukul 6 petang, barulah kitorang (aku & 2 orang housemate) bergegas ke Hotel Hatten, Melaka. 

   My gojes outfit by Jovian Mandagie & Naelofar Hijab. 

   Kitorang tiba di Hotel Hatten sekitar pukul 7.15 kerana dijangka acara bakal bermula sekitar 7.30 seperti yg tercatat didalam jadual aturcara majlis. Sebenarnya, aku agak kekok sedikit memandangkan sudah agak lama rasanya aku tidak menghadiri sebarang acara keramaian seperti ini. Makhluk introvert seperti aku ini lebih suka memerap di dalam bilik sahaja kerana aku ini bukanlah jenis yg suka akan suasana keriuhan. Alamak aihh ape pasal skema sangat penulisan aku ini? Ok abaikan dan teruskan pembacaan anda. 
    Acara bermula sekitar ke angka 8 kerana menanti ketibaan para Vip dan kehormat. Biasalah...janji melayu ginilah. Mengikut aturcara, akan ada persembahan artis, ucapan para kehormat, cabutan bertuah dan sebagainya. Aku tidak ambil pusing akan semua itu kerana bagi aku apa yang paling penting adalah makan kerana perut aku terlebih dulu buat konsert sebelum artis buat persembahan. Bola mata aku asyik menjeling ke arah santapan yg terhidang di dalam bekas bertutup di tengah meja. Namun kerana dikuasai malu yg menebal, aku tahankan saja tangan ini daripada membuka penutup bekas tersebut. Nampaknya akal waras aku menegah drpd membuat perkara yg bakal menjadi tohmahan masyarakat.. Kahkahhkah!! 

    Hidangan yg membangkitkan selera aku yg sememangnya sedang kebulur tahap naga ini. Pic ini disnap oleh housemate aku kerana aku terlupa hendak snap pic dikala makanan telah menggoda aku. Nasib baiklah housemate aku sempat snap, jika tidak tiadalah pic utk ditempek di blog ini...nyiahahhaha

    My housemates~

    Kelihatan aku begitu fokus mengadap fon kerana boring dengar ucapan bla bla blaa para kehormat. 

    My gegila housemate. Tak cukup lagi 2 orang sebab dorang belum konvo lagi. 
    
   Semua acah2 perempuan paling sopan di abad milenium ini padahal masing2 punya perangai...fuhh takyah cite! 
   
   Engko jangan tanya nape memori fon orang pompuan cepat full. Sebab ginilah..bergambar aje kerjanya! 

    With my ex-roomate yg tengah pregnant. Santiknya seri ibu mengandung! 

    Dia ni bodyguard aku dekat kampus. Boleh kata orang suruhan jugak yg selalu tolong aku sepanjang 3 tahun studi. Dia muda dari aku tapi kelihatannya serupa pakcik2 atau YB umno pun ada. 

   Satu2 nya roomate aku yg paling gila. Dia ni pun muda dari aku. Tapi ternyata disitu nampak aku lagi pendek dari dia. Heh susah betol jd orang tak cukup ketinggian ni.. 

    Mekap dah hilang. Mata dah ngantok. Perut dah kenyang. Takde lain yg aku pikir saat ni melainkan nk balik chalet dan tido.

   Mengikut atucara didalam jadual, sepatutnya acara tamat pada pukul 10.30 malam, akan tetapi kerana kelewatan para tetamu vip, serta acara cabutan bertuah yg berlangsung agak lewat sehingga membawa ke angka 12 malam. Mengantuk dia tak usah cerita. Seakan ternampak nampak bantal tilam dan katil melambai2 ketika itu. Dan malam itu meninggalkan seribu satu kenangan yg terpatri di dalam hati. 
    
    

No comments:

Post a Comment