SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Friday, September 2, 2016

My Graduation Day.

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Seribu kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Besar, Allah SWT. Tanggal 28 Ogos 2016 bersamaan hari Ahad, detik bersejarah telah terlakar dengan indah. Bertempat di Dewan Shahbandar, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka menyaksikan aku dan sejumlah besar para pelajar dari Kuim telah menerima penganugerahan Diploma dan Ijazah selepas berhempas pulas berjuang di medan ilmu. Alhamdulillah. 
   Bagi seorang yg bergelar pelajar, tiada lain yg menggembirakan hati selain berjaya menamatkan pelajaran dan diberi penghargaan atas tiap titik peluh sepanjang berjuang. Ya. Hari graduasi adalah detik yg paling dinantikan bagi mereka yg bergelar penuntut menara gading. Bukan saja para pelajar, hari graduasi juga adalah saat dan momen terindah buat ibu dan bapa kerana dapat menyaksikan kejayaan anak2 tercinta. 

    Istiadat Konvokesyen Kuim ke-20. 

   Setiap orang punya momen pahit dan manis semasa belajar. Bagi aku, sepanjang 3 tahun menjadi full time student, bermacam kenangan dan 1001 suka duka, pahit manis, masam kelat yg tersimpan dlm kotak memori aku. Melanjutkan pelajaran dalam usia yg agak lewat memberi seribu satu dugaan dan cabaran tersendiri kerana kita terpaksa 'masuk' dgn bebudak yg sebaya adik kita. Dipulaukan, disakiti tu perkara biasa bila engko hidup di alam kampus. Tak cukup tido, tak cukup makan, tak cukup duit, tak cukup rehat pendek kata serba serbi ketidakcukupan itu normal bila engko menjadi student. Belum cerita stress dan pressure tahap unta bila nak kena ngadap esaimen bertingkek tingkek, ngadap nota bila nak midterm, kuiz & final exam. Kadang2 aku rasa nk bakar je nota2 tu semua pasal asyik dok ulang lapan kali baca belum tentu masuk otak sebab kat otak aku ingat nak makan ngan tido je. Betapa haramjadahnya aku ni...kahkah..! 3 tahun di bumi Melaka, berjauhan dgn family dan berdikari di satu tempat yg asing bukanlah perkara yg mudah apatah lagi bagi aku yg sudah terbiasa duduk di KL dgn segala bagai kemudahan tersedia di depan mata. Tak mudah weh, tak mudah! Dan akhirnya, 3 tahun berjaya aku tempuhi dgn penuh sabar dan cekal. Kini detiknya, secara offically aku telah tamat belajar! Yippiee yabedabedoooo! 
    Istiadat Konvokesyen aku bermula pukul 2.30 petang. Setelah bersiap dan sebelum checkout dari D'village Chalet, sempat jugaklah aku acah2 photoshoot di sekitar chalet. Acesebenarnya ahkak tengah nebes dupdap dupdap wehhh...! Eh gila tak nebes, dah la nama aku first bg senarai perempuan. Dari tadika asyik aku je jadik orang first ni. Mencik betoiii.. Harapnya dalam perkahwinan, aku tetap menjadi bini yg first bukan yg kedua ketiga apatah lagi keempat...! Haa mohon dijauhkan..! 

    Tudiaaa hitamnya muka bila bertudung putih....isk isk iskk

    Sepanjang hidup tak pernah secalit mekap pun aku tempek dekat muka. Ini laa kali pertama muka aku serupa tepung gomak.. Nangis tengok muka sendiri macam pondan!

    Gigih aku paksa housemate aku amik kan gambar. Nasib baik dia penyabar orangnya dan memahami perangai gila bergambar aku ini...nyiahahaha

   Lepas sakan berphotoshoot, kitorang checkout dan bergerak utk mengisi perut yg sememangnya tengah kebulur. Setibanya kitorang kat perkarangan Dewan Seri Negeri kelihatannya orang telah ramai. Dan kitorang bergegas menyarung jubah dan terus beratur mengikut senarai nama. Engko tahu, punyalah aku nebes namatik sampai aku terlupa nak bawak fon masuk hall. Yang peliknya, minyak cap kapak aku pegi bawak masuk hall. Kahkah! 

   Disebabkan aku tak bawak fon, terpaksa la aku tumpang selfie dekat fon orang lain.. Aku ni memang asal boleh je..wakakakka

   Acah2 senyum padahal tengah tahan nebes dalam hatiii.. 

   Tak pepasal budak ni terus jadik geng aku.

    Boring pulak dengar ucapan Datuk Canselor. Selfie lebih baaikk! 

    Eh ehhh Aimiey dah konvo?? Tahniah Aimiey..! :))

    Aku belum punya tulang rusuk (suami) tetapi aku ada tulang belakang (abah). Abah adalah makhluk Tuhan yg paling aku sayang atas muka bumi ini. Biarpun abah pernah menentang utk aku sambung belajar 3 tahun yg lalu, tapi selepas itu abah adalah manusia yg paling menyokong sehingga aku sampai ke tahap ini. Abah bukan saja penyokong, malah banker aku bila aku tengah nazak dekat kampus tunggu duit pt tak masuk2 lagi... Mekasih abah! 

   Aku ingat baru je nak acah2 baling topi masa konvo, sekali topi takde daaa. Nak baling bunga, tak sampai hati pulak sesusah abah ngan boypren dah bagi. Dah la bunga tu mahal. Mesti dorang lempang kalo aku baling bunga tu... Isk isk 

   Kalau aku manusia paling tua dalam kelas aku, dia ni pulak manusia ke-2 tua lepas aku. Tapi dia ni pandai. Aku kagum dgn dia. Graduan terbaik fakulti tuuuu... Tahniah, ayu! 

    Bila pakai kamera Dslr Ayu ni baru nampak cerah sikit rupa aku. Kalo tidak, serupa pondan dah aku tengok muka aku. Sedih betul.

    Ini bodyguard merangkap bff aku sepanjang 3 tahun dekat Kuim. Orang suruhan aku bila aku suruh dia p belikan makanan kat luar pasai aku tak selera makan dlm kampus. Tukang buat esaimen statistik aku, tukang print kan esaimen kat luar, informer aku bila aku tak g kelas. Ehh banyaklah jasa dia ni pendek kata..!
    
   Ini pak guard paling best dlm kampus tu, pakcik wan. Ramai2 pak guard dan mak guard, pakcik wan paling sporting. Dia selalu cover aku bila aku nak larik kua kampus time cuti beku, dia satu2 nya manusia yg tahu aku hari2 keluar beli makanan luar kampus. Ayat takleh blah dia masa aku ajak bergambar 'sepanjang aku jd guard dlm kuim ni, belum pernah ada manusia yg ajak aku bgambar masa konvo. Ko la org pertama'. :D

    From abah & boypren. Abah macam tetahu aku gila pink. Nasib baik abah x beli patung pokemon. 

    Terima kasih tak terhingga buat kedua mak abah, boypren, kawan2, lecturer & sesiapa saja yg selalu ada memberi sokongan penuh dikala susah dan senang. Tanpa sokongan, sudah tentu aku tak sampai hingga ke tahap ini. Tahniah buat diri sendiri kerana begitu cekal dan kental mengharung ujian, dugaan dan cabaran selama 3 tahun bergelar penuntut. Terima kasih dan syukur alhamdulillah kepada Allah kerana memberi kejayaan ini.
    Kejayaan tidak datang bergolek, melainkan adanya kesabaran, kekuatan, semangat dan sikap tidak mudah putus asa dalam mengecap kejayaan. Teruskanlah berusaha biar sejuta kepayahan yg kita alami. Percayalah, akan adanya kemanisan dan kebahagiaan di penghujungnya. You should be thankful for the journey of life. You only make this journey once in your life time. Usaha tangga kejayaan. Salam saiyangggg! 
    

1 comment: