SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, July 21, 2013

Nukilan buat Teman

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hati ini sedang galau.Hati ini sedang kacau.Hati ini menangis.Hati ini terguris.Semuanya kerana kehancuran dalam sebuah ikatan persahabatan...Maka lahirlah sebuah nukilan.Buat tatapan teman.Semoga kalian yg berteman bersamaku,menghargai nilai sebuah persahabatan sepertimana aku.Bersahabatlah kita kerana Allah..Peliharalah ukhuwah ini kerana Allah..Buat yg bergelar teman..hayatilah...~~

  Teman..
  Sama ertinya dengan kawan..
  Sama maksudnya dengan rakan..
  Teman..
  Hadirmu memberi seribu kemanisan..
  Pergimu membawa sejuta kepahitan..
  Teman..
  Antara kita banyak kenangan..
  Momen indah yang sukar dilupakan..
  Kuharap ukhuwah ini kekal berpanjangan..
  Sepanjang meniti arus perjuangan..
  Dalam mencari segunung kejayaan..
  Tetapi..
  Kusangka panas hingga ke petang..
  Rupanya petang turunnya hujan..
  Kusangka ukhuwah ini kekal berpanjangan..
  Rupanya putus ditengah jalan..
  Kerana engkau salah fahaman..
  Kerana engkau penuh keegoaan..
  Teman..
  Perkenalan kita kerana pertemuan..
  Putusnya kita kerana perpisahan..
  Tinggallah aku sendirian..
  Dengan airmata menjadi peneman..
  Pedihnya hati tak dapat ditahan..
  Kata-katamu tajam bermain di fikiran..
  Kenapa engkau berlaku demikian..
  Teman..
  Maafkan aku atas semua kesalahan..
  Salah silap harap di ampunkan..
  Segala-galanya harap dihalalkan..
  Semoga engkau beroleh ketenangan..
  Teman..
  Semaikan kebahagiaan buangkan kebencian..
  Kita disini saling memerlukan..
  Dalam meniti sebuah pengorbanan..
  Demi mencari segenggam kejayaan..
  Untuk bekalan masa hadapan..
  Ingatlah teman sila sematkan..
  Kawan itu bukan lawan..
  Semaikanlah benih kejujuran..
 Tanamkanlah putik keikhlasan..
 Cambahkanlah bunga kemesraan..
 Supaya tumbuh menjadi sebuah persahabatan..
 Yang ikhlas dan diredhai Tuhan...

Lots of Love - AimieyAzizan- 2.50pm-monday-220713


   
  


 

No comments:

Post a Comment