SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Thursday, August 2, 2012

Islamic Entry : Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan

            Salam & Hye
           Hallu Aimiey Azizan In Da' House

       Salam Ramadhan guys.Alhamdulillah syukur kpd Allah atas nikmat & rezeki yg melimpah ruah d bulan puasa nih.Sungguh pantas masa berlalu,tup2 arinih kita dah 13 hari berpuasa.Bila dah dekat2 pertengahan Ramadhan nih,hati mulai terasa sebak & sayu sbb dah hampir terasa Ramadhan dekat nk habis...Bagi yg menghargai kemanisan & keseronokan Ramadhan memang akan terasa syahdu & pilu Ramadhan menginjak pantas & bakal melabuhkan tirainya apabila terbit fajar Syawal kelak.Tapi bg yg merasakan Ramadhan bulan yg menyesakkan & memboringkan memang akan rasa tak menyabar nk tunggu Ramadhan habis sbb boleh terus membuncitkan perut d siang hari tanpa sekatan & larangan,lagi2 bg si kaki smoking! Takat yg aku nengok dekat para heavy smoker nih,buka puasa jek pekena rokok dulu seolah-olah rokok tuh penghilang lapar & dahaga..!! Yang lagik x boleh pakai,bagi alasan gestrik lah bagai so xleh nk berpuasa! Ehh isap rokok boleh pulak ekk..Ehh sungguh tak ohsem lah tak puasa sbb nk smoke semata2!
      Dalam bulan mulia nih,kita sgt d tuntut utk memperbanyakkan ibadat krn pahala yg berlipat kali ganda.Segelintir muslim kenkadang agak terlepas pandang tentang beberapa kesilapan kerap d bulan Ramadhan.Sesetengahnya merasakan Ramadhan adelah bulan d mana kita hanya berpuasa dgn menahan lapar & dahaga semata2,sedangkan dlm bulan mulia nih semua anggota,perlakuan,pertuturan & akhlak turut kena jaga.Pernahkah kita terpikir hapekah kesilapan2 kerap tu?? Meh sesama renungkan & peringatan jugak buat diri sendirik------>

   
       KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN :-

--> Memasuki Ramadhan dlm keadaan harta masih d penuhi dgn harta haram.

--> Bersahur dgn hanya makan & minum saja tanpa melakukan ibadah lain.

--> Makan sahur d waktu tengah malam kerana malas bangun d akhir malam.

--> Menganggap waktu imsak sbg 'lampu merah' bg sahur.

--> Makan & minum dgn bebas setelah batal puasa dgn sengaja (bukan kerana uzur yg d terima Islam).

--> Bermalasan & tidak produktif dlm kerja2 d siang hari dgn alasan berpuasa.

--> Tidak menunaikan solat ketika sedang berpuasa.

--> Memperbanyakkan tidur d siang hari dgn alasan ia adalah ibadat.

--> Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana terawih.

--> Tidak memperbanyakkan doa ketika sedang berpuasa & berbuka.

--> Menunaikan solat terawih d masjid @ surau dgn niat ingin memeriahkan suasana.

--> Wanita berterawih beramai-ramai d masjid @ surau tanpa menjaga aurat.

--> Berpuasa tetapi masih berpakaian tidak menutup aurat sehingga mengurangkan pahala puasa org yg terpandang.

--> Hanya rajin mengimarahkan masjid & surau d awal Ramadhan.Masuk pertengahan & penghujung Ramadhan masjid seolah2 sepi.

--> Lebih mementingkan bekalan perut dgn membeli pelbagai juadah d bazar berbanding mencari bekalan pahala d bulan Ramadhan.

--> Berpuasa tetapi tidak mampu bersabar,tidak mampu menahan amarah, malah menjadikan alasan sebab lapar maka mudah naik angin.

--> Hanya bersemangat & bersungguh d awal Ramadhan tetapi d pertengahan & penghujung Ramadhan sudah hambar malah bersungguh utk persediaan berhari raya sehingga tidak kisah lg tentang 10 malam terakhir Lailatulqadar...

   
       Sesungguhnya tidak sempurna puasa kita jika kita tidak mendirikan solat kerana amalan pertama yg akan d soal d akhirat kelak adalah SOLAT.Gantikan bulan PUASA kpd bulan RAMADHAN. Ramadhan itu lebih luas maknanya..Perbanyakkan ibadat d sepuluh malam terakhir,bukan memperbanyakkan masa dgn bershopping utk raya.Bak kata Ustaz Azhar Idrus : Orang2 soleh byk duduk d masjid pd akhir Ramadhan utk mencari pahala d malam LAILATULQADAR,jgn kita pulak dok sibuk mencari kain baju raya d KAMDAR...:D

-- BETULKAN YG BIASA & BIASAKAN YG BETUL.RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL --
   

No comments:

Post a Comment