SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Wednesday, May 17, 2017

Entry kepam : Wedding adik

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Haii followers2 ku! Harini tetibe aku terasa rajin pulaks nak updet blog. Manjang bizi je life aku ni sampai takde masa dah nak aktif tulis belog macam dulu2. Acebenarnya aku nak updet story yg boleh tahan kepam jugak la. Dua bulan kendian baru ada masa luang utk tulis story tentang wedding adik aku. Diulangi, wedding adik aku okeh! Bukan wedding aku. Wedding aku tak tahu entah bila. Jodoh pun tak nampak2 bayang lagi. Barangkali dia masih malu2 gitew nk tunjukkan diri. Auww! *gediks*
  Tanggal 11 Mac 2017 hari sabtu, telah berlangsungnya majlis gilang gemilang terbilang adik perempuan aku. Kahwin dah dia! Langkah bendul engko, weiiii. Bagus gak langkah bendul, tak pepasal aku dapat cincin! Gila tak untung! Hahahaha. So back to the story, pagi sabtu tu dlm pukul 10 gitew bermulalah upacara akad nikah berlangsung dekat Masjid Saidina Uthman. Pagi2 lagi abah aku dah kejut bangun suruh bersiap pasai nak bawak pengantin g masjid. Even bukan aku yg jadik pengantinnya, tp aku pulak yg over eksaited & nebes semacam seolah2 aku pulak yg nak bernikah! Syokk gak nengok orang nikah ni. Tetibe lak rasa kita pun nak bernikah sama. Amboiiii amboi amboiii..! 

    Nasib baik gua ada sorang je adik pempuan. Kalau ada 3, 4 orang adik pempuan untunglah gua sebab kalau dorang kawin dulu, gua yg dpt cincin langkah bendul! Hahahaha :D

    Tumpang bahgia tengok majlis orang. Aku pulak yg terlebih eksaited. Memang semua orang macam gini ke? Ke aku sorang je yg over wehh??? 

    Familys potrait. Dah dapat adik ipar, lepasni tunggu dapat anak buah pulak. Asyik jaga anak kucen je pun lepu jugak life! 

    Tinggal 3 ketol ni jela yg belum kawin & masih meneruskan kelangsungan mengabiskan beras mak pak kat umah! 
 
    Selain bertindak sebagai kakak pengantin, gua jugak bertindak sbg photographer tak berbayar majelis ni. Takpe, gua redhooooo! 

    Majlis ni hanya diadakan secara sederhana dekat persekitaran Masjid Saidina Uthman je. Bukanlah dlm dewan yg gah & gempaks. Maklumlah, abah aku ni imam & haji, maka moleklah diadakan di masjid je. Saje je aku mengebang cite kat atas td majlis ni gilang gemilang terbilang sajo bikin havoc! Kah! 
    
    Semua adik beradik aku diberikan tugas pd hari kejadian. Aku sbg photog x berbayar, adik laki aku no 3 tu sbg driver tak bergaji & adik bongsu aku tu bertindak sbg tukang kipas pengantin lelaki merangkap abang ipar dia! Tukang kipas okeh, bukan kaki kipas! 

    Kedua mempelai bersanding megah diatas pelaminan indah. Kakak pengantin pulak krik2 dekat bawah sambil snap photo ni. Nasiiibbb badaaannn! 

    Selain bertindak sbg photog, aku gak bertindak sbg pelayan tetamu yg tak putus2 datang. Kengkawan abah, mak, jiran2 tetangga, jiran lama, kawan sekolah, jodoh, ehhh? Celah mana jodoh??! Tak aku tipu je. :P

   Aku cuba menelan liur seberapa kerap yg boleh tengok kesedapan kek ni. Sebabkan aku sejenis yg ajet2 ayu, terpaksa la buat2 cool je pandang kek ni padahal dalam hati dah cairrnyaa tuh disini..! Blerghhh!

    Duduk amik berkat kejap. Siapa tahu, next turn ahkak pulak naik pelamin! Kan kan kan!!! 

    Outfit uk majlis sebelah pihak lelaki. Kalini bleh melaram sikit laa pasal tak kena buat mende. Datang bawak perut & makan je. Haaa yg ni aku suka! Benda lain aku tak pandai, aku pandai makan je! Kahkah

    Adik bongsu aku dh balik poli masa ni, jadi dia tiada didalam gambar. Ah tu lantak dialah, janji aku tetap gojes dalam ini gambar. Kihkih

    Oleh kerana aku ni giler bergambar jadik setiap ceruk aku pergi snap gambar. Kezen aku jadik mangsa kena snap gambar2 aku sampai dia rasa annoying tahap gaban. Hahaha lantak situ! 

   Kasi payung sikit laa kezen2 ku yg cantik menarik tertarik hangpaa memang daboom ni sikit! Siapa bilang awek kedah tidak menawan oiiiiiiiii 
 
    Terasa seolah vvip pulakk dok kat meja bersantap pengantin ni. Tetibe terasa percikan glamer bila photographer snap gambar kita sekali..! Oh no camera, plissss! :D

   Jujur dari perut yg lapar, aku tak hirau langsung pasal benda lain. Yg aku kisah ketika tu adalah makanan & lauk pauk pengantin yg sungguh menyelerakan nih! Tapi tulah, sebabkan aku ni pemalu nak mampus, terpaksa la makan dgn penuh kesopanan & kesusilaan! Ceit
 
   Kebahagiaan aku hanyalah pada makanan. Ye! Makanan. 
  
   Ini adalah sebahagian dari kaum kerabat abah aku yg mai dari kedah. Jangan ko tak tahu, abah aku sewa sebijik bas dari kedah utk bawak kaum kerabat dia dtg majlis ni weh! Happening betol depa ni. Semangat persaudaraan yg tinggi sungguh! Pulun kedah pulun!!! 

    Kezen2 aku yg best & sporting. Sape berkenan, pm tepi. Kalau berkenan yg kiri sekali tu, takpe. Wasap je terus. Nak datang bawak rombongan meminang pun dialu2 kan! Ha sila silaaaa :P

   Majlis sebelah pihak lelaki berlangsung keesokan harinya, yakni pada ahad 12 mac 2017 di Kompleks Sukan Datuk Keramat, Kl. Bijakkk sungguh dia ni. Carik suami orang kolumpo gak. Takdelah ko bertekak tiap kali raya nanti nak balik kampung siapa! Kahkah! 
   Majlis ni even sederhana, tapi sangatlah meriah dgn kedatangan sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga, miskin kaya berhari rayaaa ehh silapp ko dah kenapa! Ehh pendek kata, ramailah yg datang. Maklumlah, abah aku ni orang dikenali. Selama ni dia jek p majlis orang, kalini bila anak dia sendiri kawin, memang ramai namatikkk laa cite dia orang yg datang! Hazabedahhh wehhh ramai gila ko serupa wedding anak najib haaa! 
   Apepun, majlis berjalan lancar & harmoni even ini kali pertama kitorang buat majlis kawin! Yelah tak pandai lah nak handle 1st time wedding caremony cam gini. Kalau kenduri kendara, open house bagai tu dah selalu sangat dah buat so takde problem lah. Aku jugak turut menumpang seronok sebab pada hari tu jugak, ramai gila kengkawan aku yg datang! Housemates aku masa kat Kuim adelah grup pertama yg tiba, diiringi kawan baik merangkap teman sekolah, opismates, bekas opismates & paling seronok sekali teman sepermainan zaman berhingus dekat rumah lama aku dulu turut hadir memeriahkan majlis! Macam tak caye pun ada dapat jumpa dorang balik setelah berpuluh tahun tak jumpa! Masing2 dah kawin & beranak pinak haaa! Teringat dulu main mak2 atas tangga depan rumah main masak2 segala. Allah! Rindu sungguh kenangan itew. 
   Apepun, mewakili pengantin aku mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga pada sesape yg dah datang memeriah & mendoakan kedua pengantin. Maaf andai ada terlebih terkurang tu, yg mana tak terlayan dan terkurang layanan tu maklom lah terlampau bizi katanyewww! Nyiahaha.. 
  
         Apa? Aku bila lagiiiiii????!!!

  Jap japp! Aku payung gambar jap! Kosabajap! 
   
    Haaa tanya! Tanyaaa! Ada brann?? :D

   

   
    

No comments:

Post a Comment