SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Thursday, September 19, 2013

Renungan Jumaat~

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai semorang. Salam Jumaat yg penuh barakah. Aku tertarik dgn status daripada Ustaz Zahazan Mohamed di fanpage beliau. Kata2 nukilan beliau betol2 mendalam maksudnya. Meh sesama kita renungkan sejenak..

~> Solat bukanlah "tayar ganti" yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah "stereng" yang menunjukkan jalan yang benar.

~> Maka kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

~> Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

~> Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan bersedih, ia juga takkan kekal lama.

~> Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

~> Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukan penamat!

~> Apabila Allah SWT menyelesaikan masalah-masalah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah SWT tidak menyelesaikan masalah-masalah anda, DIA percaya akan kemampuanmu! 

~> Seorang yang buta bertanya kepada lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan?" Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda!" 

~> Ketika anda mendoakan orang lain, Allah SWT mendengar kepada anda dan merahmati mereka, kadangkala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

~> Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.


No comments:

Post a Comment