Hallu Aimiey Azizan In Da' House
Aku
Hanyalah insan kerdil
Cuma manusia lemah
Hanya seorang hamba
Kepada sang pencipta
Yang hanya menumpang
Di bumi sementara
Aku
Diamku bukan bisu
Diamku bukan takut
Diamku bukan kalah
Manusia
Mereka lihat aku keseorangan
Mereka lihat aku bersendirian
Mereka lihat aku tidak berteman
Manusia
Mereka sangka aku lemah
Mereka fikir aku goyah
Mereka rasa aku akan rebah
Sedang mereka silap
Sebenarnya
Aku tidak sendiri
Aku tidak rasa sunyi
Kerana kiri kananku ada yang menemani
Kerana kiri kananku ada yang mengawasi
Memang
Aku tidak punya teman
Mereka yang berbaju kawan
Kerna itu aku sering bersendirian
Melangkah keseorangan
Sedang mereka lupa
Aku masih punya Tuhan
Yang memandangku dengan penuh rasa kecintaan
Dan kerana itu
Apa perlu aku kisahkan
Jika pun tidak punya teman?
Kerna belum tentu
Mereka menjanjikan kebahagiaan
Dan kerana itu
Apa perlu aku risaukan
Jika pun tidak punya kawan?
Jikalau pun hadir hanya menyakitkan?
Wahai Manusia
Aku mengejar sebuah kejayaan
Yang begitu aku impikan
Dan kerna itu
Aku masih bertahan
Meredah selaut dugaan
Merentang sejuta cabaran
Kerna aku tahu
Itu ujian
Yang Allah turunkan
Untuk menguji tingkat keimanan
Kerna aku tahu
Itu juga jalan menuju kejayaan
Syukur aku panjatkan
Kerana menjadi insan pilihan
Diberi bermacam ujian
Oleh Tuhan.
No comments:
Post a Comment