SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Wednesday, January 22, 2014

Berfesyen.

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai semorang. Meh nak cerita sikit. Aku nih adalah sorang umat yg suka bergaya & berfesyen. Taktahu ngape, aku suka sangat bereksperimentasi dgn memacam gaya. Dari kecik senanya, aku suka sangat pakai baju cantik2. Masa kecik cinonet lagi, mak selalu beli & pakaikan aku & adik pempuan fesyen yg omei2 ranggi2. Sejak kecik lagi, mak suka riaskan kitorang dgn memacam gaya rambut, siap pakaikan mekap2 lagi uollssss! Kemain kau jah..! Tak menahan kau, kecik2 lagi dah pakai baju jenama siot..! Masa tu kalau utk brand kanak2 opkos ler brand Kiko & Kiki Lala yg sangat pemes. Ehh masa zaman tu, 2 brand tu mahal tahu dopp harganya! Ingat lagi aku masa tu, jumpsuit Kiko paling mahal pernah mak belikan dlm rm200 gitu.. Tapi bila dah agak besa sikit, mak dah belikan baju2 brand Giordano Kids. Konon time tu habis gempaks laa bebudak lagi dah pakai Giordano brand katekoo! Hahaha. Tambahan pulak masa tu, family aku nih rajin nau travel sana sini. Masa tu, kecik2 dah kesana sini naik flight. Pegi Thailandlah, pegi Bali, bla bla blaa. So bila sebut je naik flight, memang gaya taknak kalah lah katekoo! Mak adelah insan yg palin sibuk merias kitorang kalo nak travel memana. Haha kerlasss mak iollss tau :-D
   So, dari kecik membawak ke remaja sampai lah dah dewasa ni aku cukup suka bergaya dgn fesyen2 terkini & ikut citarasa sendiri. Ada sesetengah fesyen tu, aku x rujuk pd buku pon, malah aku try aplikasikan ikut citarasa sendiri, mengikut kesesuaian & paling penting harusslah menutup aurat gituuu.. Ngeee. 

   

    

    

 

    Pada aku, tak salah pun nak berfesyen, asalkan tidak menjadi mangsa fesyen. Berlebihan dlm berfesyen sehingga menimbulkan kepelikan, fesyen yg keterlaluan sehingga menjolok mata, lebih2 lagi bagi muslimah bertudung. Paling penting, aurat perkara penting harus dititikberatkan dlm berfesyen. Sape cakap, pempuan bertudung terhad dlm bergaya? Silapp tuu.. Bertudung & menutup aurat jugak boleh bergaya setanding dgn pempuan yg free hair tahu! 
   Sampai sekarang, mak aku even dah berumur tetap bergaya. Sampai kenkadang aku pulak yg pelik, mak bergaya kalah anak dara dia. Cuma pesan mak, jaga aurat & tahu batas2 dlm berfesyen. Dan sekarang, bila aku dah bergelar student di kolej islam, fesyen aku makin berubah ke arah yg lebih baik. Umpamanya, aku dah mula pakai stokin, handsocks, labuhkan tudung, pakai baju2 yg longgar. Awalnya aku rasa susah jugak nak berubah macam gitu, tp lama kelamaan bila dah biasa, mende tu akan jadik kebiasaan sampai kita rasa tak biasa pulak kalau x buat semua tu. Alhamdulillah. Semoga aku terus istiqomah. 
   
   Handsock & stokin pemberian momot.

   Selain mak & abah, aku jugak mendapat sokongan penuh dari boypren terchenta dlm bab2 berfesyen nih, tambahan pulak boypren iolls nih memang kaki fesyen. Fashionable lah senang cerita. Dia jugak yg banyak bagi sokongan moral utk aku berfesyen menutup aurat dgn lebih sempurna. Mana2 fesyen aku yg agak tak kena pada pandangan mata dia, secara otometiknya dia akan tegur. Hehe. 
   Btw, berfesyenlah mengikut landasan syarak & apa yg telah digariskan Islam. Memang, mujahadah itu pahit tapi hasilnya memang manis. Percayalah. 

Monday, January 20, 2014

Realiti @ Mimpi

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da' House

 Haii uollsss. Curik2 masa updet belog kejap. Dari sehari ke sehari nak updet, tapi masa ni mcm terkejar2 je aku rasa. So harini, memandangkan satu hari takde kelas, setelah menyetelkan ape2 yg patot, dgn gigih aku nak updet cegite terkini yg takler sensasi mana. Hikhik. Oh yea, hari sabtu kelmarin, aku telah mencemar duli *ko ngape?* naik ke pentas utk menerima sijil penganugerahan dekan. Macam terkejut je, macam terperanjat je aku rasa sebab tetibe je diwajibkan hadir bg sesiapa yg bergelar dekan utk menerima sijil tersebut. Mati2 aku ingatkan, anugerah dekan tu akan diberi waktu konvo nanti. Rupanya sangkaan aku meleset. Tak pepasal naik ke pentas lebih awal dari jangkaan katekau! Haaa begituuuu.. Dalam hati aku masa tuh dah terpikir, aduyaii aku nak pegi dgn sape ek masa tu. Takde ke orang nak teman aku. Aku ni kalo nebes, memang nak kene ada peneman supaya aku bleh bersembang ke hape dmi nak menghilangkan sereba sikit tahap kenebesan itu. Tapi tulah kan...nak taknak terpaksa jugak aku melangkah seorang diri ke Auditorium utk majelis gilang gemilang itu.. Masa tu aku rasa nebes nak arwah, takot, cuak, & seribu satu lah perasaan yg takleh aku nak gambarkan! Seingat aku lah, last aku menjejakkn kaki naik ke pentas pon adalah masa amik anugerah cemerlang time sekolah dulu. Dan sekarang ini, sekali lagi kaki ini jejak ke pentas untuk anugerah dekan pula! Syukur ya Allah! 
  Dengan berbekalkan doa tak putus2, maka aku pon try la merelakskan diri sehabis baik dlm audi tu. Sempat lah jugak berwechat dengan boypren utk menghilangkan tahap nebes nak mati itu. Lepas aje persembahan nasyid, tiba sudah penyampaian sijil oleh Dekan Fakulti. Masa tu, tapak tangan aku dah lencun dah aku rasa. Jantung berdegup bagai nak rak. Aku mula tak senang duduk selagi nama aku tak dipanggil. Aku usha kiri kanan depan belakang, rata2 nya semua datang dgn kengkawan memasing sedangkan aku sensorang mcm kera sumbang... Sedeihh pon ade gak waktu itu! Sob sobb..! Beberapa minit kendiannya, maka nama aku dipanggil oleh pengacara majlis utk naik ke atas pentas menerima watikah *watikah wakluuuu!* Maka dgn perasaan nebes itu, kaki aku hayunkan perlahan2 ke arah pentas dgn diiringi tepukan gemuruh oleh penonton. Bapakk ahhh! Time ni tetibe pikiran nakal menerjah kepala hotak aku ni. Bayangkanlah, dlm dok nebes2 tu boleh pulak aku terbayang kekonon aku ni pemenang pelakon wanita popular anugerah bintang popular! Hahahaha kepala hotak engkau! 
   Jadinya, setelah diatas pentas itu, aku pon bersalaman dgn Dekan Fakulti. Sempat lah snap gambar sambil pegang sijil itu & berjabat tangan dgn Dekan Fakulti. Haha masa tu aku rasa memang takklah kan aku nak pandang ke depan nengok muka penonton tu semua. Malu & nebes botingkek tingkek katekau! Nasib aku tak tersadung atas pentas tu masa berjalan nk turun pentas. Err ekceli ini perkara yg bukan saje memalukan malah boleh bikin aku dua minggu tak pegi kelas kerana sgt kemaluan! Hoiii ape kau merepek ini bah! 
   
    Bertambah lagi koleksi sijil2 aku. Alhamdulillah...! 

    Terimalah sepatah dua kata dari aku jika ingin berjaya seperti aku. Ehhh??! 
    
   Betul. Sebab aku dah lalui pun semua itu. Betapa seblom meraih kejayaan ini, sejuta keperitan & kegetiran aku lalui keseorangan, tanpa mereka bergelar teman. 

   Tetaplah tersenyum meski hati dilanda galau. Tersenyumlah meski jiwa menangis pilu.

    
     Sesungguhnya, kehidupan ini banyak mematangkan & mendewasakan aku. 
 
     Jangan takut berdepan dengan ujian.
     Jangan takut berdepan dengan realiti.

      Biar kita sakit kerana realiti
      Daripada parah kerana dibuai mimpi.
   
      Hidup kita ada satu misi
      Misi menuju jalan ilahi.

      Siapa yang goyah
      Pasti rebah.

      Siapa yang tabah
      Bertemu di syurga Allah.
      Pasti..! 

    Di sebalik gementar itu sebenarnya, terselit kebanggaan untuk diri sendiri. Jujur, aku ni bukanlah dlm kategori pelajar yg genius. Tapi kerana usaha tidak putus2, berdoa tanpa henti seterusnya bertawakal kepada Allah, akhirnya kejayaan selalu menjadi milik aku. Aku ini tidak pernah punya ramai kawan sejak di alam persekolahan. Apetah lagi apabila telah bergelar pelajar kolej, belajar pula diusia yg telah dewasa dikalangan rakan2 yg sebaya adik sendiri, semua itu menuntut kesabaran & ketabahan yg bukan sedikit. Tatkala diri ini dimusuhi & disakiti oleh insan sekeliling, sedikitpun aku tidak patah semangat utk terus bangkit mengorak langkah. Dalam diam, aku menanam impian yg bukan sedikit. Ya, aku nak sangat meraih dekan! Dan betul, Allah tunaikan impian aku. Allah memang maha pemberi. Maha segala-galanya. Kerana aku tahu, biarpun aku tidak punya teman, tetapi Allah senantiasa ada bersama aku dikala susah mahupun senang! Maka, apa perlu aku gusarkan? 
    Walaupun baru pertama kali meraih dekan, tetapi aku tidak akan merasa puas. Kerana motif hidup aku, kepuasan sebenar bilamana aku telah berjaya membanggakan kedua mak dan abah dgn kejayaan. Ini baru titik permulaan kpd kejayaan yg seterusnya. Insya allah, jika diizinkanNya, aku mahu meraih dekan utk sem2 seterusnya. Cuma aku sedikit kecewa kerana sem 1 hanya beberapa points saja lagi utk aku meraih dekan. Its soooo keyyyy! Teruskan usaha, tanpa putus asa. Insya allah, kejayaan pasti milikmu. Alhamdulillah ya Rabb! Syukur diatas kejayaan ini. Semoga aku tidak lalai & leka didalam kejayaan ini. Moga riak & takabbur tidak bercambah didalam qalb ini. Amin ya rabbal alamin... Terima kasih Allah. :)

   



Sunday, January 12, 2014

U.N.I.K.

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Salam hujung minggu. Curik masa metar updet blog sebab kepala agak serabut dari pagi ngadap esaimen tak habis2! Bile mau habis daaa. Menimbun nimbun den koba kek kau tahu. Haaa penuh semangat aku cegite. Haha. Err sepatutnya hari ni dah berambos balik kampus. Tapi..nok wat guano, tiket bas balik melaka abih lah pulok. Terpaksa den balik hati selasa niii. Eleh senanya kau nak panjangkan cuti, kan! Puiii..! Eh manede ahh! Esok gua nak pegi check up kesihatan niaaa..! Hikhik
   Ekceli, takde mende nak cegite pon. Tah nape takde idea pulok petang2 yg syahdu gini. Sebab sekarang aku rasa macam best je, macam syahdu je layan mata petang2 cenggini. Ngantok jah petang2 nii.. Haha! Ok takmo lah menceceh pepanjang. Macam meroyan je aku rasa skg ni kalo updet belog tpi takde topik nak cegite. Mulelah jadik mengarut meraban segala. Nah layan jela gambar dekat bawah nii ye.. 
       

   Sure korang pelik ape motip tayang gambar tu. Hahaha jangan tertipu sudeh. Itu bukan lens kamera Canon tau. Itu adalah sebuah, ehh sebuah ke? Err sebiji? Err err pape jelah. Err sebotol botol air berbentuk lens kamera Canon. Botol air jewwwww! Puihhh..botol air pon nak cegite dekat blog kau dah kenapa?! Nampak tak betapa takde idea nak menulis disitu.. Haha sadis! 
   Botol air nih tak ler beso mana pon. Kecik jek isipadu air dlm tu. Tapi rege dia tak kecik ah. Tak kecik weii...! Takleh blah jugaklah rege dia. Nak tau, usha sendiri ler dekat S&J (kedai barangan unik kaler oren tuh). Ape yg buat aku tertarik lalu beli adelahs sebab keunikannya! Aku nih pantang nau nampak mende2 unik & pelik nih. Dgn sepantas mungkin aku grab laju2! 
   Kalau orang taktau, mati2 orang ingat aku pegang lens Canon! Terbit sedikit kebanggaan disitu lah. Tapi bila bukak penutup & minum air, orang akan ternganga dua saat sebab pelik. Pelik sebab unik. Ngehngehngeh! 
    Mesti korang cakap, takkan botol air je? Kamera DSLR Canon betul2 takde ke?? Erk! *tercekik* 
K ah. Nak buat pengakuan jujur ni. Iolls takde kamera dslr..! Sadis kan? Isk iskk :(   Tapi iolls nak kamera dslr nih sebagai hadiah hantaran satu ari nanti.. Hahaha mata doitan hang nih! So, bakal suamikuwww, simpan duit banyak2 dari sekarang ye. Abis belajo kite jalaann! ( kawen ) Nanti kita nak hantaran kamera dslr dgn sebijik Suzuki Swift tau tauu *sambil layan lagu Taylor Swift*. Ehh alamak kat tv3 ada Mr Bean skrg! Nak layan Mr Bean. Bye :))

Friday, January 10, 2014

Epilog seorang AKU.

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House


  Aku
  Hanyalah insan kerdil
  Cuma manusia lemah
  Hanya seorang hamba
  Kepada sang pencipta
  Yang hanya menumpang
  Di bumi sementara
  Aku
  Diamku bukan bisu
  Diamku bukan takut
  Diamku bukan kalah
  Manusia
  Mereka lihat aku keseorangan
  Mereka lihat aku bersendirian
  Mereka lihat aku tidak berteman
  Manusia
  Mereka sangka aku lemah
  Mereka fikir aku goyah
  Mereka rasa aku akan rebah
  Sedang mereka silap
  Sebenarnya
  Aku tidak sendiri
  Aku tidak rasa sunyi
  Kerana kiri kananku ada yang menemani
  Kerana kiri kananku ada yang mengawasi
  Memang
  Aku tidak punya teman
  Mereka yang berbaju kawan
  Kerna itu aku sering bersendirian
  Melangkah keseorangan
  Sedang mereka lupa
  Aku masih punya Tuhan
  Yang memandangku dengan penuh rasa kecintaan
  Dan kerana itu
  Apa perlu aku kisahkan
  Jika pun tidak punya teman? 
  Kerna belum tentu
  Mereka menjanjikan kebahagiaan
  Dan kerana itu
  Apa perlu aku risaukan
  Jika pun tidak punya kawan?
  Jikalau pun hadir hanya menyakitkan?
  Wahai Manusia
  Aku mengejar sebuah kejayaan
  Yang begitu aku impikan
  Dan kerna itu
  Aku masih bertahan
  Meredah selaut dugaan
  Merentang sejuta cabaran
  Kerna aku tahu
  Itu ujian
  Yang Allah turunkan
  Untuk menguji tingkat keimanan
  Kerna aku tahu
  Itu juga jalan menuju kejayaan
  Syukur aku panjatkan
  Kerana menjadi insan pilihan
  Diberi bermacam ujian
  Oleh Tuhan.

  
  

Thursday, January 2, 2014

Cerita dari sudut hati.

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Salam Jumaat 2014. Rasanya ini 1st enteri aku di tahun baru. Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan usia utk terus bernafas di muka bumi Allah ini. Tahun nih, meningkat setahun lagi umur aku - doplohtujuh tahun, yakni satu angka yg dikira sudah cukup matang dlm kehidupan di pertengahan remaja. Yeke pertengahan? bukan akhir remaja ke?? ngeeee :-D  Kata orang, umo cenggini dah layak sangat haa kawin. Kalo kawin, anak dah nak masuk 2,3 orang gitu... Macam yg aku plan, sepatutnya memang 2014 nih aku nak menamatkan zaman bujang. Tapi...kita hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukan. Mana nak sangka, 2014 bukannya jadik bini org, tp jadik student lah pulokkk! Nampaknya terpaksa lah hasrat nak mendirikan masjid itu diinjak ke 2 @ 3 tahun lagi, yakni lepas grad ler cegite diaa! Memang masa tu kalo dipanjangkan umo, rasanya dlm usia nak dekat tigaploh laa lebey kurang baru menjadik isteri orang....Haa, aku tahu tua sudahhh. Tapi apedehal? Ella tu lagi ah..lek jek dah umo patploh baru kawin..! Hahaha
   Kehidupan sbg student nih menuntut komitmen yg tinggi. Sungguh, adakalanya begitu melelahkan aku rasa. Kalau nak dibuat perbandingan antara bekerja dgn belajar, boleh aku katakan alam belajar sumpah jauh lebih penat dari alam bekerja. Kalo alam bekerja, kita lebih penat fizikal & jarang sangat penat mental. Tapi alam belajar nih fizikal & mental super duper penat. Sebab tu aku respek abis bg student2 yg dah berstatus isteri & ibu tuh mampu membahagikan masa utk belajar & menjalankan tanggungjawab. Salute ahh! Kalau aku, jujur cakap memang tergolek dog aku rasaa nak strugle mcm gitu..Haha
   Bila belajar dlm usia yg dah berumur nih, rasa aku cabaran dia memang lagi hebat drpd zaman aku belajar di usia sebaya dulu. Waktu zaman sebaya dulu, pressure & stress tak sebanyak masa study dikalangan bebudak nih. Kenkadang aku rasa, aku nih mcm makluk ganjil dlm kelas. Maklum sajor, jarak umo yg kemain jauh antara aku dgn bebudak kelas semacam terbit jurang dlm komunikasi, sampai menerbitkan salah faham & persengketaan. Bebudak skrg nih pulak, sorry to say la dari persperktif kaca mata aku, memang dah zero dgn adab & akhlak! Yang masih kekalkan sifat2 terpuji dlm diri pon cuma segelintir. Selebihnya, adab bebudak skrg nauzubillahhhh..! Macam syeitonnirrajim pon hade katekau! Terlebih diajar ke cemana tah pesen rope tuu...! Sedih aku nengok..
   Jadiknya, aku lebih selesa bergerak sensorang kemana sajor. Aku dah kembali ke tabiat asal sejak azali aku, seorang yg maha pendiam. Aku lebih banyak memerhati & mengkaji tentang gelagat manusia di sekitar, tambah pulak course yg aku bawak nih menuntut utk aku lebih mengkaji berkaitan mereka yg dipanggil MANUSIA. Ya. Jujur aku katakan, manusia ini memang sangat kompleks! Terkadang aku sangat serabut dgn gelagat manusia di sekitar aku. Sangat!


   Apepun, hidup ini memang penuh likunya. Penuh warna warni. Penuh asam garam & rencah.Terpulang kpd kita macamana kita mencorakkan kehidupan. Adakalanya kita dibawah. Adakalanya kita diatas. Hidup ini macam roda. Kadang kita tersungkur jatuh. Kadang kita selesa diatas. Satu pegangan aku, bangkit setelah jatuh sangat memberi makna kpd aku sebab disitu aku tahu bagaimana utk merencana kehidupan seterusnya.

   Manusia
   Takkan selalu ada
   Untuk kita
   Bersama kita
   Di sisi kita
 
   Terkadang
   Manusia seringnya mengecewakan
   Melukai
   Menyakiti

   Seandainya mereka hadir
   Itu semua kerana Allah
   Dengan izinNya

   Yang selalu ada itu,
   Allah.
   Yang tidak akan pernah mengecewakan
   Melukai
   Dan menyakiti
   Malah menyayangi
   Dan mengasihi hambaNya

   Dan kerana itu
   Aku tidak pernah merasa keseorangan
   Tanpa mereka bernama manusia
   Kerana aku punya Allah
   Yang selalu ada
   Kala aku susah dan senang
   Kerana dibalik tiap kesusahan dan
   Keseorangan itu
   Allah memandangku
   Dengan penuh rasa kecintaanNya.