Kesusahan itu..mengajar aku erti ketabahan
Kesusahan itu..mengajar aku erti kesabaran
Kesusahan itu..mengajar aku erti kematangan
Kesusahan itu..mengajar aku erti kedewasaan
Kesusahan itu..mengajar aku erti kejayaan
Kesusahan itu..menjadikan aku kuat
Kesusahan itu..menjadikan aku hebat
Kesusahan itu..menjadikan aku bersemangat
Kesusahan itu..menjadikan aku nekad
Kesusahan itu..menjadikan aku tekad
Kesusahan itu..takkan membuatkan aku kesal
Kesusahan itu..takkan membuatkan aku sesal
Kesusahan itu..takkan sesekali membuatkan aku gagal
Kesusahan itu..takkan membuatkan aku tergugah
Kesusahan itu..takkan membuatkan aku goyah
Kesusahan itu..takkan membuatkan aku hilang arah
Kesusahan itu..takkan membuatkan aku rebah
Kesusahan itu..takkan sesekali membuatkan aku musnah
Kerana kesusahan itulah,
Menguatkan aku untuk terus mengorak langkah
Dalam perjuangan meniti lurah dan lembah
Kerana kesusahan itulah,
Menguatkan aku untuk terus gagah menongkah
Menguatkan aku untuk terus pasrah meredah
Segala arus, onak dan rencah
Kehidupan dan ranjau yang begitu lelah
Sehingga ke jalan penyudah
Sehingga ke titik noktah
Dan kerana kesusahan itulah,
Makin membuatkan aku bersemangat
Untuk bangkit menempuh segalanya
Kerana aku tahu, di balik kesusahan itulah..
Terselit seribu kemanisan..sejuta kejayaan
Yang telah dijanjikan Tuhan.....
Love,
- Aimiey Azizan -
Saturday 3.20pm kuim 📝
No comments:
Post a Comment