SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, July 20, 2014

This Is Germany!

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai semorang. Salam Ramadhan & selamat berhujung minggu. Ya ampun lama betul tak berapdet belog ni. Aku sendiri hampir lupa bahawasanya aku punya sebuah belog cabuk. Life aku ni terlalu bizi katanya. Nak hadap segala jenis laman sosial nih x berapa nak sempat. Mahapkanlah hamba. Hewhew. 
  First sekali, aku nk ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam. Ces dah ramadhan yg ke 22 baru terhegeh hegeh nak wish. Apesal x tunggu malam raya je baru nak wish! Haha malam raya gua wish selamat hari raya lah weii. Kendian, mcm yg dah diketahui ramai, utk World Cup 2014 kemenangan telah berpihak kepada Germany! Yeaaayyyy! This is Germany! Haruslah hepi sebab nya aku ni die hard fan germany team! Bravoooo! 

    Gambar ni di snap seblom World Cup mula. Masa ni instinct aku kuat mgatakan yg Germany akan menang pada World Cup tahun ni. Jadi tanpa rasa segan silunya aku meminta izin pekedai disitu utk snap gambar aku besama piala World Cup! Pastu bila Germany menang akhirnya, laju laju aku hapload gambar ni dekat instegram. Haaa nmpk tak betapa bajetnya aku. Nyiahahaha

    Ada mcm gaya aku pegang piala tak? Ada tak? Ada tak? 

   Wajah2 kegumbiraan champion! 

    Wajah2 champion bersorak kemenangan. Nak tumpang sorak sekalilah. Yeaaaayyyyyy!!!

    Germany bertemu Argentina pd final world cup itu hari. Ekceli, Argentina jugak antara team fevret aku. 

    Messi redha tumpas di tangan team germany. Ehh Messi pun hebat, apa! 
    
    Lepas ni jersi Germany akan bertambah dgn satu lg bintang. Nora kasi hempat bintangg untuk Germany!! *over*

   Germany always in my heart. Githuwww! 

    Andaikata kalau Germany tidak menang pun, aku tetap akan sokong Germany smpai bebila. Err bleh tak nk buat hashtags #sayapenyokongtegar #sayabukanlalang #sayadiehardfangermany. Hmm cukuplah. Kang team lain bash aku pulok. Ehhh :-P

   Hmmm cukuplah setakat ini. Aku tak larat nk taip pepanjang. Nak tahu cite penuh about Germany,pegi google saja. Aku mcm tak layak je nk cite pjg lebar kt belog sebab aku dah ketinggalan gila nk update. Hahaha. Btw, congrates to Germany! 
   Dan di balik keseronokan & kegumbiraan atas kemenangan Germany, jgn pulak kita lupa dekat nasib umat Islam di Gaza yg sehingga hari ini, masih dibedil oleh Zionis yg kejam! Juga tragedi tragis yg menimpa Malaysia ketika ini iaitu berita pesawat MAS MH17 yg ditembak jatuh lalu terhempas di Ukraine yg mengorbankan kesemua nyawa. Ujian buat Malaysia di bulan suci Ramadhan ini. Meh sesama kita panjatkan doa, kirimkan doa buat umat islam dekat Gaza agar diberi lebih kekuatan utk menghadapi ujian yg maha berat itu. Juga salam takziah buat keluarga mangsa nahas MH17. Moga mereka tabah. Moga mereka kuat. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah...... 

Friday, June 6, 2014

Selfie tu apa & gila Selfie.

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai semorang. Tatkala menaip enteri ini, gua sedang berjuang melawan batuk yg maha teruks. Hah mana tak teruk, ubat langsung tak makan. Yang eskrim, air sejuk segala ko bedal tak hingat duniaa. Haha aku tak suka ubat batuk walau cap hape mende pun! Noktah. Hmm cuti sem berbaki 2 hari lagi seblom masuk ke sem baru. Wuwuwu kejapnya masa bergerak. Naik sem, bulan ramadhan, world cup 2014. Heaven!
   Ni nk cite sikit pasai selfie. Masa memula buat insetagram dolu, taktau pon menatang hape selfie tu. Kalo selfish aku tahu lah. Tapi sejak dah mjadi pgguna tegar setagram, ayat2 setagram sume dah buleh hapal dlm kapala hotak. Heh mende2 lagha kemain kau cepat hapal. Ayat2 nak tasmek punyo lombap ekau nak hapal..! Apo nk jadii ( Jgn contohi beliau ) 
   Selfie ialah gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telepon bimbit atau webcam dan dimuat naik ke dlm laman web atau laman sosial. Perkataan selfie banyak mendapat perhatian oleh pengguna laman sosial sejak tahun 2003. Penggunaan terawal perkataan selfie dikesan pada pos forum Australia pd September 2002. 
    Kalo ditanya rata2 umat pada zaman moden nih, kebanyakannya penah selfie. Lagi pulak dgn kemodenan gajet2 canggih yg hade skg nih, makin memudahkan setiap org selfie walau dimana jua. Selfie paling pemes semestinya di dalam toilet pavilion oleh bebudak pavi satu ketika dulu. Wawawa. Aku tak eh, aku tak! Aku memang suka pegi pavi, tp utk bergambar di dalam toilet tidak sama sekali. Hape kejadahnya sume itu. Kah! :D
    
    Selfie pertama. Masa ni pakai Nokia touch screen 5800. Dah habis canggih ah fon ni pd masa tu. 

    Selfie lepas balik keje. Menyinggah Times Square utk menyopink & sempat menSelfie. 

    Selfie dlm kete menuju ke wedding kezen. Haa iyelah. Iyelah selfie pepuas nak. 

    Selfie di wedding member. Selagi ada peluang, selagi tu aku selfie. Ape aku pedulik?

    Selfie guna ipad. Baru berjinak2 ngedit rupa guna produk 360 cam. Memang taklah kulit aku nak selicin itew kan! ( saiya ta cantik macam awa2 semuew ) :D
    
    Selfie di dlm kedai mainan Toys ur Rus sbb boring boypren khusyuk nengok mainan Transformers. Eh eh gambar ni mcm gambar header blog ah! Hahaha tak lawak lah bodooo :P

   Selfie di pagi syawal lepas semayang raya. Sempat kau ek! ( parah kalo tak dibendung! ) 

    Selfie seblom pegi kelas. Kan aku dah kata, asal boleh je aku selfie. Haishhhh! 

    Selfie seblom makan. Lapar tolak tepi, asal mesti selfie. Kepala hotak kau! :P

   Selfie semtara tunggu boypren yg selalu lambat time nk berdating. Haaa pon boleh katekooooo

    Selfie di dlm Ktm. Aku pedulik hapenye bangla nak usha2, janji aku selfie! Eh aku naik ladies coach mana hade bangla. Wiwiwi ( bangla dipersalahkan )

   Selfie semtara tunggu order smpai. Drpd aku boring menahan lapau, apa kata selfie sebarang dua. Kahkah. Telinga di sebelah itu, milik hencek mimpi ehh encik boypren! ( dia malas layan gupren yg gilak selfie mcm gua ) 

    Selfie time tengah treatment rambut dekat salon. Kebodohan apekah semuaa ini??? ( yg hitam tu bukan rambut aku tp kain penutup rambut yaaa ) <-- siap2 infom takut di bash :P

   Selfie sebab boypren malas nak layan aku menceceh krn dia khusyuk nak mampuoh main PsP. Fine, fine! Takmo layan sudah name mu dolah baikk aku selfie dulu dahh..! 

    Selfie ketika sdg menanti pilem dlm panggung nk start. Pon boleh lah jah. Tu eyebag sekilo asal mana???? ( krik krikk ) 
 
    Setuju tak kalo aku katakan, pempuan paling teruk nokharom berselfie berbanding lelaki. Tu sebab ada sesetengah pempuan, sampai sanggup berselfie dlm toilet ( toilet pavi paling top ), selfie atas katil buat muka duckface ( euww ), selfie pakai telekung duduk atas sejadah ( no komen ah ). Pendapat aku, boleh je nak selfie tp tak perlu kot kalo smpai di tmpt2 yg x sepatutnya. Kang x pepasal orang ngata bash kau memacam kang haa! ( melainkan kau tahan keji, takpelah ) 
   Btw, selfie takpe jgn selfish. Selfie tak nyusahkan orang, x guna rete benda org pun. Sedangkan retis, selebriti, pendakwah pun berselfie kan. Org kata, selfie ni mcm syok sendiri. Tp aku kata, selfie ni sbb aku nk simpan gmbr2 aku dari semasa ke semasa utk ditilik pd masa akan dtg, nk tgk perubahan wajah laa senang cegite...! Eh ok lah. Aku ni demam, tp panjang pulak aku menaip ni semua. Bye! 

Pesanan penaja : Usah muntah layan gambar2 selfie aku. :D
   

    

Tuesday, June 3, 2014

Pasport Antarabangsa, Kursus kawin & X-Men

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai. Heaven tidak tajuk diatas? Ada macam tajuk pilem Bernard Chauly tak? Tidak? Okeh mari teruskan bacaan anda. Lama betul tak updet blog. Maklum sajor, bizi je manjang. Hah cuti sem pun bizi engko tahu! Bizi menyetelkan memacam urusan seblom naik sem baru. Ini pun aku rasa mcm x cukup je cuti sebulan nih. Kalo buleh aku nak cuti 3 bulan. Eh eh kemahinn ko :D Alhamdulillah, semua yg aku plan berjaya di selesaikan dlm sebulan ni. Berkejar ke sana ke sinun memang fenat nokharom baqhang! Nahh hasilnya skrg, aku dah demam....... :( Ini aku x gemar nih. Dedekat nak abis cuti nihlah nak demam apa bagai. Dari dulu memang gini aku ni. Asal nak bukak sekolah, asal nk masuk keje baru, asal nak abis cuti sem mulaaa ah..mula ah demam pun tanpa segan silu mari. Allahu. Sabar saja yg mampu.. :) Tapi syukurlah, demam melanda tatkala semua urusan sudah berjaya disettlekan. Amin:)
   Awal2 cuti sem, pesta buku Pwtc dah aku jejak. 2, 3 kali jugaklah jejak ke sana ngabiskan voucer buku. Kendian dalam tengah bulan gitu, jejak ke imigresen utk buat international pasport. Waktu kekecik dulu ada dah pasport antarabangsa tuh. Lepas pindah tah mana ilang mende alah tuh, dah x pepasal kene bikin pasport baru pulek! Kemain gigih ah pegi UTC Pudu Sentral tu utk buat pasport. Tapi malang sejuta kali malang, 2 kali pegi hampeh..! Sistem down dgn umat maknusia yg ramai gilos! Biase ah pendatang asing nak bikin pasport katanya.. Lepas tu aku pegi imigresen Wangsa Maju & tadaaaa...siap akhirnya! Dan lepas nih boleh pegi travel keliling donia balik mcm masa kecik2 sekolah2 dulu tu...hehehe :) 

    Akhirnya siaaap. Pasni boleh pegi travel balik setelah berkurun tidak melakukannya. Haha pasaipa skema sgt? 

    Sabar ajelah aku punya gigih lilit shawl panjang2 sekali time nak snap gambar dia suro tuka tudung hitam. Haihhh. Nasib baik molek jugak gambar pasport aku tuh walaupun ada rope mcm puak rohingya myanmar tuh. Kah! 

    Cambese dah setel segala bagai, time utk menternak lemak ah cite dia. Aku dgn makan berpisah tiada lah senang cegite! Apepun, Ramly fastfood mmg lejen! 

    Dan, hujung bulan pulak aku menyetelkan kursus kawin. Nasib baik gak tak penuh date utk hujung bulan itu hari. Biasa ah, kursus kawin mana penah x ramai woi. Semua nak kawin katekooo! Syukur jugak dapat tempat yg dekat jek, dlm kolumpo gak. Pasai masa memula aku google tarikh yg ada semua jejauh smpai ke selangor nun. Mampuihh! Dan akhirnya berjaya jugak ah menghabiskan 2 hari kursus itu & tinggal utk hamik sijil je lagii haaa. Kihkih :D Tapi, honestly ckp memang best gila pegi kursus kawin. Satunya best sbb pegi dgn pasangan & yg paling2 penting, best sbb ilmu yg dikongsi oleh moderator tu semuaa berguna. Bukan je berguna utk alam rumahtangga nti, tp utk dipraktikkn dlm kehidupan jugak! Dalam sejarah aku x mengantuk dgr ceramah even seblom nih, ceramah boleh bikin aku ngantuk kuasa namblas! Nyiahaha. Syabbas buat semua moderator krn ceramah2 yg x menghampakan, x ngantuk & paling best sbb kelakar gila. Mcm tengok live Maharaja lawak mega siootttt. Padu! 
       Hari pertama kursus. Betapa poyonya aku siap berjubah bagai. Peserta lain simple jeee kot. Ko peserta kursus ke moderator kursus woi? 

    Hari last kursus. Dah x berapa nak warak sgt dah siap pakai palazzo je dtg kursus. Peserta lain plak aku tengok melaram x ingat. Kahkah. Pape jelaah labuu.
 
    Sempat jugaklah berselfie dgn salah sorang moderator kursus, Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat. Pemes ustaz nih, siap ada buku sendiri haa. Dalam 6 orang moderator spjg 2 hari tu, aku paling suka ustaz ni sebab beliau bukan saja ustaz malah sorang pakar kaunseling & psikologi. Sebagai student kaunseling psikologi, setentunya kene dgn jiwa aku topik2 ceramah beliau. Paling kelako ustaz ni yg ajak kitorang berselfie. Gittuuu! Kerlass kau jah :P

     Dan lagi sekali kalau urusan sume dah setel, pengakhirannya ialah makan! And nasik lemak yg super sedap nih dekat Kopi Club Sg Wang Plaza. Sila try utk kepuasan maksima.

    Pilem yg dinanti-nantikan tahun ini ; X-Men : Days Of Future. Sebagai sorang peminat fanatik superhero film, memang takk lah gua x layan pilem niii. (Dlm misi utk layan kali ke-2) :D
  
    Oke lah x larat dah nak menaip pepanjang. Hingus aku ni asik nak meleleh jek. Payah nau kalo dah demam nih, complete package semua datang. Nak g makan ubat kejak. Tingkiu yg sudi baca. Nanti gua belanja lu orang gula gulaa. Mau? Takmau, lu boleh blah (ko ngape?) <-- otak semakin tidak centre mungkin. Orait. Bye. Wasalam :) 
    
      

Sunday, May 4, 2014

Spiderman, Pesta Buku & Hangoutz

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da' House

   Haiii. Happy sunday guys! Kemana je engko orang cecuti gini? Hangout? Dating? Sopink? Pegi kenduri jiran tetangga? Lepaking di rumah dari subuh tadi sampai la ni x bangun2 *tido ke meninggal tu* atau bekerja? Apepun pun yg engko org buat, semoga hepi laa hndaknye. Aku? Aku sdg gegolek atas tilam smbil menaip entri. Hahahaha. Ini hari x kemana mana pun sbb takde mood. Senggugut katekooo! Memang taklah nak keluar apa semua. Sakit perut baqhang! Lagipun, semalam satu ari suntuk dah berjalan sakan. Pegi layan muvie, g pesta buku, dating bla bla bla. Aku ni kaki berjalan. Doblas jam berjalan tanpa henti pun aku snggup tahu! *gebang lebih ah kau ni jemah* :P
   Ok mari terus bergebang. Semalam, sekali lagi gua pegi terjah Pwtc. Biase ah, aku mana puas kalo buat seswatu takat sekali je. Musti punya berkali kali. Memandangkan voucer buku pun tinggal sekeping je lagi, maka aku bertabah lah jejak sana moga2 dpt ah grab novel sebijik dua. Seblom g pwtc, aku ngan boypren, iaitu AAB (bukan nama sebenar) ke Pavillion. Cambese ah, gua teman mamat tu g salon nk treatment rambut dia. Heh zaman milineum nih, lelaki sgt menjaga penampilan siot! Aku yg pempuan nih pun g salon setahun sekali jek. Kah! Jadi, pendekkan cite lepas menternak lemak, jejak ke salon tunggu mamat tu. Ok. Takpe. Walau gua ni pesen yg menyampah nak arwah menunggu, tp demi insan tersayang, gua gigih jd penunggu. Gua gigih, gua gigih! Mohon kagum sekejap :-P

    Si penunggu yg sempat berselfie semtara tunggu boyprennye treatment rambut. Gambar ni aku paksa suro dia snap. Andainya dia enggan, gua ugut nak bakar salon tu! (Cerita rekaan semata mata, ko caye ke?) 

    Settle di salon, maka berarak membeli tiket muvie. Cambese ah, dekat Gsc skg tengah hot dgn pilem The Amazing Spiderman 2. Memang penuh ah manusia beratur beli tiket. Dan tiket pun banyak yg dah abis. Terpaksa ah beli tiket utk muvie petang lalu masa yg ada diisi dgn lari sebentar ke Pwtc. Kat Pwtc di hari2 terakhir pesta buku, memang ramai sungguh manusia. Biaselah, orang kita kan suka g last minit pape mende pun. Oleh sbb ini kunjungan yg ke-2 kalinya, maka aku dah hafal letak duduk setiap booth fevret. Dlm hati aku masa tu, berharap sgt ah kunjungan aku kali nih membuahkan tuah. Tuah ayam nmpak di kaki. Tuah aimiey nampak di..? Di pesta buku lah. Hahaha tak kelakar wei :-D
Aku harap sgt dpt ah jumpa novelis ke, kartunis ke, penulis ke whatever! Lalu aku ajak AAB ke booth Moy Publications. Aku intai2 kalo ada kartunis fevret aku. Hmm hampa :( Semua kartunis bebaru yg aku x kenal. Lepas dh grab brg kat situ, blah g booth Creative Enterprise. Ada sesi lukis karikatur oleh kartunis majalah Gila-Gila. Masa ni, tetibe aku rasa nak beli karikatur muka sendiri lepas sekian lama x buat cenggitu. Aku ajak AAB join sekaki. Dia ni memula taknak, tp lepas dia nmpk kartunis lejen fevret dia, kartunis Nud's, dia plak melebih. Eh ekau dah konapo jang? Sebabkn ramai jugak umat yg berbaris nk tunggu mukanya dilukis oleh kartunis, maka lari balik ke booth Moy. Haa mase ni tetibe aku jadik sawan nak mampus! Sebabnya aku nampak barisan kartunis2 lejen dkt situ. Ada kartunis Rambai, Sireh, Lengkuas, Bawang & opkos 2 kartunis yg aku gila iaitu kartunis Sukun & Lambok! Haaa kan aku dah kata, tuah aku nampak di pesta buku katekoooooo :D

    Ini kartunis Sukun, pelukis kartun Workshop dlm majalah Ujang. Aku fanatik nak mampus dgn kartun Workshop! Nasib baik mas Sukun tidak berape ganteng, kalo tidak lama sudah aku terpikat sama mu, mas Sukun! :D

   Ini kartunis Lambok. Sapa yg suka baca majalah Apo?, kompem gila dgn lawak antarabenua beliau yg kelakar nokharom tuh! Cemana kelakarnya kartun beliau, gitu ah beliau dlm alam realiti yg kelakar & sengal. Mcm rope ustaz2 sikit abg Lambok nih. Terpikat patplohpat saat jap. :D

    Draw by kartunis Lambok. Lejen! Waktu beliau draw mende alah ni, beliau mengusik kitorang. Kartunis Sukun tumpang semangkuk. Thorbaikk! Hahaha

    Karya Sukun ngan Lambok yg weolls sapu dekat booth Moy. Hikhikhikk

    Waktu sesi bergambar tu, memang kejung jap pipi sbb terlampau malu ramai nk mati umat maknusia kat situ dok mengusha. Barisan kartunis pulak boleh menganjing kitorang yg pakai spiderman sedondon. Crew Moy pon tumpang sekaki. Lepas bergambar, suro kartunis draw watak kartun dekat buku. Aku rasa, takde lg umat dkt situ yg ngajak kartunis bergambar full. Kitorang ah yg pecah tradisi paksa kartunis bergambar lari dari meja dorang. Aku syak lepas kitorang dh buat, kompem ah ramai gak yg nak bergambar cenggitu. Hahahaha padu! 
     Kendian lari sekali lagi ke booth Creative. Yeah, terus grab kartunis Nud's laju2. Dgn jakunnya, maka kitorang mintak uncle Nud's lakarkan karikatur wajah kitorang. Sejam gak aih tunggu beliau settlekan. Waktu ni pun malu tak ingat ah pasai rmai sgt yg mengusha. Aku dah rasa mcm retis haaa. Aura2 glamour tu dtg tetibe. *puihhh*

    Tadaaa! Karikatur by kartunis Nud's. Btw, kartunis Nud's ni sgt pemes dgn karya Once Upon A Time & sembang sembang dkt majalah Gila-gila. Sape taktahu, mohon pegi mereput dlm gua! :P

    Ini kartunis Nud's. Pon kelakar orangnya. Antara kartunis yg sgt lejen. Sekali imbas, mcm rope ustaz Azhar Idrus pun hade. Hahaha. Waktu ni aku dah kejung pipi sbb malu rmai sgt umat yg mengusha, jd cenggitu lah rupa aku. :P

    Lepas settle semua dkt Pwtc, maka bergegaslah ke Pavillion semula sbb sengah jam je lagi muvie nak mula. Sesampai je kat pavi, jam dah pun pukul 6.45 sdgkan muvie start pukul 6.30. Blergh! Berharap janganlah muvie tu dh start. Dan lega ya amat sbb memasuk je mmg btl pun muvie x start lagi. Huhu tuah aimiey nampak di Gsc, bukan? 

   Mr & Mrs Spiderman with Spiderman muvie poster. Aiyaiyaiii

   Spiderman kali ni lagi best dari yg petama dulu sbb kali ni Peter Parker berlawan dgn kwn baik sendiri, Harry Osborn & musuh dia, Max Electro. Nak tahu lebih, mohon pegi tonton lah ye! Apepun, seronok gila sbb semua yg plan dpt di settle kn dlm 1 hari. Lepasni, nak settle kan kursus kawen pulak. Opsssssssssssss xxxxxxxxxxxx :D 

- Thanks 4 reading guys -

    
    

Saturday, April 26, 2014

Terjah Pesta Buku Antarabangsa PWTC

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Hai engko orang. Samat berhujung minggu. Kemana aje cecuti ni? Engko orang yg taktau nak gi mana tu, pekata engko orang pegi terejah Pwtc sebab sekarang ni tengah ada Pesta Buku Antarabangsa @ International Book Fair. Aku baru je pegi semalam. Memandangkan aku tengah cuti sem nih, memang laju2 la aku pegi terejah sana. Aku mana bleh miss event ni, tetiap tahun wajibbul gunnah pegi wei. Gila nak miss! Aku kan ulat buku. So sesape yg ulat buku cam aku jugak, wajiblah ke Pwtc yew! Ulat bulu mohon pegi mereput. Hahaha *tak kelakar*
   Cambese lah, pesta buku ni mana penah tak best. Dari zaman sekolah sampai lah ke zaman dah tak begape nak remaja nih, tetiap tahun aku usha makin lama makin gemps! Ha, tak paham? Gempss means gempak lah. Adoih! Pestu aku nengok memang banyak ah booth2 yg best. Cambese booth fevret aku kalo gi pesta buku opkos lah Moy Publications (Ujang & Apo), Creative Enterprise (Gila-Gila), Karangkraf, Ana Muslim, Lejen Press, Dubook, Buku Fixy, Terfaktab ehh banyaklah! Tu belum kira buku2 dakwah @ agama lagi. Kalo booth islamik aku suka Telaga Biru, Hijjaz Records & Al-Hidayah Publishing. Haa booth utk novel tak kira lagi. Aku mcm meroyan kalo pegi booth Penulisan2U, Kaki Novel, Alaf 21 & bla bla bla. Memang aku borong novel maha banyak katekooo! Pulak tu, utk pesta buku tahun nih, ada booth novel yg jual novel adaptasi ke drama tv. Peh! Memang takklah kan aku nak miss! Gila nak miss! Nyiahaha

    Aku fanatik abis ngan novel The Wedding Braker @ Ariana Rose (versi tv). Sebabkn terlalu fanatik, name tuiter pun letak Evelyn Ariana Rose *muntah*. Novelnye aku dah beli lama dah. Jadi, dgn gigih aku beli t-shirt ni dekat booth Penulisan2U. Tapi yg xbestnye, t-shirt ni xleh pakai voucer buku. Heh, terpaksa keluarkan duit ah cenggitu. Err tp nasib baik boypren aku belanja, tahu! Maceh momot <3

    Ini aku grab dekat booth Lejen Press & Terfaktab. Zaman skg nih, muda mudi suka baca novel indie weh. Indie ok, bukan india! Aku pulak, asalkan namanya NOVEL, semua aku baca! Katanya ulat buku, kannnnnzzz! :-D

    Moy Publications adalah booth yg memang wajib aku terejah tetiap kali pesta buku. Aku ni membesar dgn majalah Ujang & Apo, tahu! Dan aku sangat fanatik dgn kartun Workshop karya kartunis Sukun! Siap aku tanya dekat penjual yg jge booth tu, kartunis Sukun x datang ke... See, nampak x betapa obsesnya aku kepada Sukun? 

    Ini pulak aku grab dekat booth Ana Muslim. Even orang cakap Ana Muslim ni utk bebudak & x seswai utk aku yg dah 'sendu' ini, tp aku pedulik hapenye! Aku membesar dgn komik Ana Muslim. Dan aku sangat suka dgn kartun2 islamik yg maha comel Ana Muslim tu. 

    Oleh sebab aku ni student kolej islam, maka aku sangat2 memerlukan baju muslimah. Dekat Ana Muslim, baju muslimah memang comel2, cantik2, & sopan2 (haruslah sopan dah namapun baju muslimah, ye dok?). Handsock pun cecantiks dik non! 

    Ini hasil tangkapan aku semalam. Itupun aku x keluarkan abis tu. Tak muat pulak aku nak susun sesatu. Muahaha

   Aku berbelanja dekat sini langsung tak keluarkan duit sebab semuanya aku pakai voucer buku. Untung betul ah jadik student nih. Marilah jadik student beramai ramai..! Hahaha. Kalo x memang terasa gak ah beratus abis dekat sini. Engko boleh bayang x, Rm250 voucer buku aku, balik rumah tinggal Rm50 je. Means, Rm200 aku berbelanja dekat pesta buku. Gilo! Cer kalo pakai duit, balik gumah garu kepala menyesal tak sudah. Hahaha. Yg lagi kelako, satu buku pelajaran pun aku x beli dekat pesta buku. Semua mende2 alah gini je aku beli. Hahaha apo nak jadiiii. :-D
    Lepasni, aku akan terejah utk kali ke-2 pulak. Aku mana puas takat sekali je. Aku harap dpt ah jumpa dgn kartunis fevret, novelis fevret, penulis fevret & bla blaa. Dgn voucer buku berbaki Rm50 tu aku akan grab hape yg patut ah. Hehe
   
    Selfie harus ada walau di mana pun. Biase ah pempuan. Engko orang harus paham ah. Err ini seblom aku jejak pesta buku thats why tangan kosong jeeeee! :-D

   Berlatar belakang buku2 politik. Err aku x beli pun buku politik. Ini aku teman boypren je. Beliau sedang rambang mata memilih buku politik di kala ini & aku memaksa suro snap pic kejak. Biase ah pempuan. Hahaha

   Jadi engko orang sekalian, jgn buang masa pegi ah terejah pesta buku semtara masih ada masa ni. Tak silap aku mende nih berlangsung seminggu je kot. Bawak anak2, tok nenek, jiran tetangga segala pegi sini. Alahaii kalo JomHeboh gagah jek harung pepanas terik tuh, xkan lah pesta buku dlm aircond cenggini x mampu nak pegi, kan! Pesanan penaja : Membaca itu jambatan ilmu. Tidak membaca itu jambatan dungu. Ewah! K ah. Nak g baca buku2 yg beli semalam tuh. Babaiii :))
    

Friday, April 11, 2014

Ujian berat saat berjuang

   Salam & Hye
  Hallu Aimiey Azizan In Da' House

  Assalamualaikum kepada pembaca2 & pengikut2 belog cabuk ini. Teghime kasih jejuta lemon kalau masih ada yg setia baca coretan hambar dlm belog nih. Korang memang cuns! Huhu. Lama betoi x updet cegite terbaru. Kehidupan yg sgt sibuk & kelam kabut sbg sorang student tidak memungkinkan aku utk menaip aksara2 di belog cabuk ini. Mahapkanlah kesalahan hamba. Diminta janganlah unfollow belog ini. Wuwuwuuu (ko dah kenapa) 
  Ok mari memulakan carutan, opss silaaap! Mari memulakan coretan. Wahai korang.. Di ketika ini, tatkala sedang menaip aksara2 di belog ini, aku senanya sedang dalam kedemaman ( - - ). Sudah hampir seminggu aku diserang demam. Seingat aku, bulan 3 itu hari aku dah dilanda demam. Dan bulan 4 ni, sekali lagi aku diserang demam. Malah yg lagi memburukkan keadaan, demam kali ini sangat derita aku rasakan. Derita sebab demam yg suhunya mencecah ke 40 darjah celciuss! Complete pakej dgn batuk yg maha maha teruk, selsema, tonsil yg maha bengkak, sakit kepala, langsung takdak selera makan, muntah2, badan yg panas gila macam api tapi sejuk nokharom dekat luar (ko bleh bayang x cane), pengsan & pitam. Dan yang lagi lagi laggiiii derita sebab aku demam di kala 2,3 hari lagi nak final exam! Allahuakhbar. Sungguh, memang ini UJIAN. 
   
       4 hari seblom final exam. Sudah terasa aura2 tidak sihat disitu. Namun, wajah kegumbiraan sebab nk balik rumah terchenta jelas kelihatan disitu. Bleh nampak x? :D

       Jumaat di kolumpo. Demam sudah agak kritikal. Tapi kerana kerinduan terhadap boypren, maka demam dilupakan, boypren diutamakan. Itulah maksalah anak remaja sekarang! Jgn mencontohi ye adik-adik! 

     Dipendekkan cegite, waktu jumpe boypren tu aku dah diserang batuk teruk, menggigil kesejukan even dah pakai cardigan tebal, sakit kepala & tonsil memberat dekat batang leher. Derita betoi aku rasa. Potong betoi nak beborak ngan boypren. Sabar jelaah. Sabarrrr. Sabaarrrr. Dan, pada esok harinya hamikau! Demam paling power dtg menyerang. Batuk paling superb dtg bertandang! Derita sangat. Lagi bikin aku pusing, lusa nya aku dah final exam katekooo. Fuh! Padu rasanya.
     Kalau nak ikutkan, aku ni umat yg paling benci & menyampah nak makan ubat lelagi ubat batuk. Kerana memikirkan final, dalam terpaksa rela maka ku tolak tepi semua kebencian & kemeyampahan terhadap ubat lalu digantikan dgn rasa 'oh ubat... I lapp youww, babyy!' . Sampaikan ubat batuk yg sejuta kali tak sedap tu aku jadikan sbg teman tapi mesra kerana dirimu begitoo berharga,lah! Tapi malangnya, demam aku masih x sembuh2 malah makin teruk dari sehari ke sehari sampailah ke hari final exam. Ok cegite sadis bermula d sini...

     Malangnya pakai mende alah ni pun suhu badan x turun2. Adekah ini satu penipuan utk melariskan produk semata mata?? K takpe, nti kite siasat. Skrg, mari kite teruskan cegite.. Zasss!
 
    Final exam bermula selasa dgn subjek teori kaunseling. Allah, Tuhan saja yg tahu derita yg aku tanggung. Badan aku lemah selemah lemahnya. Tekak aku perit seperit peritnya. Entah, x mampu aku nak cegite tahap ketidak berdayaan aku ketika itu. Malam seblom exam, aku dah solat hajat minta Allah beri kesembuhan, kekuatan, kesabaran & dipermudahkan menjawab soalan. Begitu jugak subuh seblom exam. Sekali lagi aku berbicara ke Tuhan minta semua itu. Dan Allah makbulkan, DIA pinjamkan sedikit keupayaan agar aku kuat melangkah ke dewan exam. Dengan iringan doa, aku melangkah dgn tenang dgn semangat yg kuat utk mgmbil exam. Dan sewaktu di dlm dewan, sekali lagi aku diuji. Bayangkan, tatkala ingin menjwab soalan, jemari aku kejang tak boleh menulis! Allahuakhbar. Nauzubilllah. Ujian apakah ini, Tuhan? Aku seakan strok krn xdpt menggerakkn seluruh tangan kanan! Aku beristigfar. Berzikir. Mohon doa sama Tuhan. Macam2 yg aku minta. Sehinggakan aku rasa dekat setengah jam aku berdoa. Dan aku mula mampu menulis & menjawab soalan pertama setelah setengah jam masa exam bermula. Syukur, Tuhan dengar doa aku. :') :') 
    Dan akhirnya, kesemua soalan esei itu mampu aku jawab dgn lancar. Syukur seribu rahmat. Biarpun menjawab soalan dlm keadaan lemah, dgn batuk yg maha teruk tp aku bersyukur krn Allah mempermudahkan aku mengingat semua yg aku baca. Maha adil Engkau, Tuhanku! 
    Dan pada esok harinya yakni rabu, paper Sosiologi Islam pula menanti. Dan pada malamnya seblom paper itu, demam aku makin teruk. Suhu badan aku tersangat panas sehinggakan aku sendiri takut menyentuh kulit sendiri kerana terlalu panas. Aku sangat tak berdaya. Lemah. Sehinggakan mahu solat, aku terpaksa melakukannya dalam keadaan duduk. Ya, sepanjang hidup ini adalah kali pertama aku melakukan solat orang sakit! Aku menangis semahunya di atas hamparan sejadah, meminta dan terus meminta secebis kekuatan buat bekalan diri utk menghadapi perjuangan seterusnya pada esok hari. Setelah itu, aku bersolat hajat. Minta lagi diberikan semua itu. Ya, bukan saja kekuatan yg aku perolehi, malah jgk ketenangan sehinggakan aku dpt studi smpai ke pagi. Syukur, Engkau Maha Mendengar ya Tuhanku! :') :') 
     Pada esok harinya, sekali lagi kaki melangkah ke dewan exam. Berbekalkan secebis kekuatan yg Allah pinjamkan, aku meneruskan menjawab soalan dgn sedaya mungkin walau pada pertengahan masa, aku hampir mahu pitam kerana terlalu xberdaya! Syukurlah, aku berjaya juga menjwab kesemua soalan. Dan petang itu jugak selepas habis exam, aku bergegas balik kolumpo dgn classmate memandangkan exam seterusnya melangkau 4 hari. Saat smpai dirumah sendiri, aku menangis semahunya merasakan betapa nikmat tak terperi berada dirumah sendiri disamping keluarga terchenta. Dan semalam, abah telah membawa aku ke klinik pakar. Hasil dari urine test & blood test, aku di dapati punya virus dalam darah. Allahuakhbar! Hampir terjelepok aku mendengarkan keputusan dokter itu. Tuhan, mengapa begitu berat ujian yg engkau timpakan ke atas aku sedangkan perjuangan aku di medan peperiksaan belumpun selesai....

   Oh ubat. Please be nice to me... (Blerghhhh) 

   Saat itu jugak, aku di suntik di lengan oleh dokter itu. Kata dokter, aku harus di masukkan ubat kedalam tubuh dgn segera krn kondisi aku ketika itu sudah sgt kritikal akibat virus durrrrjana itu. Dan tatkala ini, aku sedang berehat di katil sendiri, sambil menelaah, diikuti dgn makan ubat ikut time. Ya, orang sakit pun haruslah studi yaa. Jangan kau nak bersenang sangat, exam kau belum habis taukk! :D

    Bingkisan semangat buat diriku yg lemah ini....

    Hanya mampu makan ini sebab tidak ada selera utk menikmati yg lain. Allah tarik nikmat selera itu. Bertabahlah. Sabar. Sekurang kurangnya masih boleh makan. 

    Biarpun aku masih belum sihat sepenuhnya, namun aku bersyukur. Bersyukur kerana diuji. Bersyukur kerana ditimpakan sakit dikala aku sedang berjuang di medan peperiksaan. Ya, bukan sesuatu yg mudah utk lalui. Sungguh, ini antara demam yg paling seksa aku rasa selain denggi beberapa tahun dulu. Namun aku redha. Aku terima semua yg Allah telah beri ke aku. Allah uji, kerana Dia sayangi. Allah uji, kerana Dia mahu membersihkan dosa. Allah uji, kerana Dia mahu mempertingkatkan iman. Allah uji, kerana Dia mahu menaikkan martabat. Dan Allah uji, kerana Dia tahu hambaNya mampu untuk hadapi. Dia uji, kerana ada hadiah yg akan diberi. Ya, aku percaya itu. Kerna itu, kita sebagai hambaNya, sabarlah tatkala ditimpakan ujian, redhalah disaat kegetiran dan yakinlah, kita bakal diberi sebuah kemanisan berupa kejayaan! Terima kasih Tuhan. 
    

Sunday, March 2, 2014

Birthday me & you

    Salam & Hye
   Hallu Aimiey Azizan In Da House

  Hai semorang. Selamat membaca blog yg hambar ini. Tengkiu ah pada engko orang yg tak penah jemu baca coretan & karutan aku selama blog ini tertubuh. Blog ni tak ler best mana pun. Tuan blog lagi lah, tak pemes langsung haa. Err tapi tak kisah ah, aku menulis bukan kerana nama. Hekhek :P  Dah kenapa aku ni mengarut petang2 yg syahdu gini :D
  Senanya iolls ni baru sajor menyambut besday yg ke..... (0_0) Err err doploh plus plus. Doplohlima campur dua sama dengan? Haa doplohtujuh tahun katekoo! Haha lek ah. Remaja lagiiii. Kan? Campur tiga angka maka genaplah tigaploh tahun umo gua! Huhu :D . Tua? Hmm kenkadang terasa jugak dgn perkataan tuh. Gamaknya cemtulah perasaan orang tua bila dipanggil tua kan. Biasa lah, dari tahun ke tahun sudah pastilah umur kita meningkat, bukan? Ngape pulak kita kene takut dgn peningkatan umur. Apa ada pada angka? Benaran enggak? :D

     
     Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk terus bernafas & hidup di muka bumi Allah ini. Syukur, kerana terus diberi kesempatan untuk memperbanyakkan amal di dunia buat bekalan di akhirat. Syukur, atas nikmat iman & islam. Syukur, kerana diberi kekuatan yg bukan sedikit dalam menempuh jalan yang penuh ranjau & melelahkan sepanjang berjihad mencari ilmu ini. Syukur, kerana Allah memberi tingkat kesabaran & ketabahan yg maha tinggi untuk terus melangkah meniti laluan kehidupan sebagai hambaNya. Syukur, syukur ya Allah. 

   
    Dan hari ini, besday chenta hati aku pulak. Dan secara rasminya, genap sudah weolls doplohtujuh tahun usia hidup di muka bumi Allah. Syukur. Sungguh pantas masa bergerak. Doplohtujuh dah kita berdua mot. Tapi nasib bahek kita kecik, jadi orang taktau pun kita berdua dah tua. Orang ingat kita budak2 sekolah je. Haha mohon bangga kejak mot..! :D

     
    Dia, bukan saja teman lelaki yg setia bersama aku susah senang selama 7 tahun lebih, malah dia adalah tonggak penting selain family yg menjadi tulang belakang menyokong aku tanpa henti. Dia ibarat kaunselor, yg selalu meminjam telinga mendengar pelbagai luahan hati setiap malam, yg selalu meminjam bahu utk sandaran bila hati ini kesedihan. Yang selalu ada kala aku memerlukan bantuan. Ehh macam2 lah tentang dia ni. Dan, pada Mac ni jugak, adalah tarikh penting utk hubungan weolls dimana pada bulan ni genap sudah 8 tahun hubungan perchentaan weolls. 8 tahun bersamaan dgn budak sekolah darjah 2. Oke tu simboliknya :D

   
    Btw, happy birthday mot. Happy belated birthday for me. Semoga dgn peningkatan umur ini, kita menjadi insan yg lebih baik dari tahun2 seblomnya, menjadi hamba Allah yg lebih bertaqwa, menjadi anak yg lebih baik kepada kedua ibu bapa, menjadi manusia yg lebih bagus sahsiah & akhlaknya dari seblom ini. Moga dgn peningkatan umur ini juga, kita menjadi seorang hamba yg lebih tahan dgn ujian & dugaan daripada Allah, menjadi insan yg lebih tahan dgn kata nista & kejian manusia. 
    Moga juga, hubungan kita berkekalan hingga ke jinjang pelamin, insyaallah. Mahal kita, love ❤️❤️