SALJI

I Am Superwoman

I Am Superwoman

Sunday, August 21, 2016

Pre-graduation seorang Aimiey

  Salam & Hye
 Hallu Aimiey Azizan In Da'House


 Apa khabar warga belog? Tuan tanah datang melawat kawasan ni...hikhik. Tenggelam timbul aku ni,kan! Lama menghilang, kini muncul balik. Masa mencemburui betul untuk aku hapdet belog. So, sementara tunggu Daie Pendakwah Nusantara dan memandangkan buletin utama ni boring tahap haramjadah, maka molek benar curik masa kejap menceceh dekat sini..nyiahahaha
 Oh ye, tak lama dah aku nak konvo. Pantas betul masa berlalu. Tak sangka betul 3 tahun belajar berlalu sudah. Gila tak seronok? Dah berpenat lelah perah otak, airmata, hingus dan segala titik peluh belajar, bersengkang mata hadap esaimen yg bertingkek tingkek, mereput tunggu duit pt masuk sebab terpaksa ikat perut bila duit dah takdak, mengilai malam2 dgn housemates yg kepala masuk air, membatu dalam bilik gelap bersama housemates bila taknak turun p baca yasin bawah blok, kutuk pak guard perangai jilake macam samseng kampung dusun, ehhh banyaak lagi laaa perangai tak semenggah student ni kalo nk dirungkaikan satu persatu. Dan skarang, masa yg dinanti2kan tentunya hari graduasi @ konvokesyen! Aku belum pernah jumpa lagi ada manusia yg berduka lara di hari konvokesyennya melainkan dia seorang yg takde perasaan. Konvo ke tidak sama saja baginya...hahaha! Taknak cite panjang laaa. Nak tepek gambar je alang2 dah lama tak mencapap sini...wakakakkkkak :-D

    Seawal pagi gerak ke kampus utk urusan konvo. Kitorang buat bas tu cam bapak kitorang punya sebab suara kitorang je memekak kt belakang tu. Kah!

   Muka acah2 senyum padahal tengah kebuluran pasal pagi tak bekpes. Kuat nau perut buat konsert battle of the band sampai satu kampus boleh dengar dan tahu aku tengah lapar. Ok, tipu je. Aku memang suka buat cerita gempak! 

   Tepi longkang pun jadilaanaakk. Takkan beriya aku nak shoot atas stage pulak kan padahal belum konvo lagi. Tak memasal karang aku ditohmah masyarakat kerana terlalu over nak mampus eh macam ko sorang je yg konvo kan!! 

   Ini bukan dibawah lindungan kaabah. Ini namanya dibawah lindungan pokok. Melaka panas berdengkang weh! Takkan nak berpanas pulak semata2 nk shoot. Hitam kang kulit ahkaaakk dikk!

    Muka2 tashabar nak konvo. This is my masuk air housemates! 

    Posing berdiri je kitorang mampu. Nak posing baring2 atas rumput, golek2 atas tanah kang mampus kena keji. Jadi kitorang decide posing sopan begini saja. 

    Kasi hashtag sahabat sejati saiyang sampai mati cikeddd :-)

    Sebenarnya memasing dah lecak tiaak sebab panas membahang dgn jubah tebal senggitu, tapi muka tetap ada sinyumm jugak. Eleh perempuan dgn selfie mana berpisah tiada. 

   Geng2 masuk air! Rinduuuuu~
  
    Tulaa antara gambar2 pra graduasi aku. Ye, taklah sehebat gambar2 pra graduasi orang lain sebab engkorang yg gambar gempak2 tu upah photographer hebat2 utk shoot gambar korang. Aku ni insan sederhana cukupah ala kadar saja paksa member ambilkan gambar kita janji bahagiaaa eh apa aku meroyan ni? Ok lah. Tunggu aku menceceh dan tempek gambar konvo banyak2 next week! Mana tahu ada gambar lompat2 beruk makyeh ke, baring golek2 ala hindustan ke, kaaan! Haa time tu lantak p lah over ke tidak! Nak aku hashtag aku yg konvo ko yg panas ke? Ahahahhahaha ok2 aku gurau je. Jangan keji dan kecam. Ok, nak p tengok Daie tv3. Kena banyak tonton program islamik cenggini biar kasi keinsafan sikit dlm hati aku ni kalo tak asyik nak mengarut je. Ok bhaaaiiii. Muah ciked.